Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 22, 2005

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura - Part 1

Himpunan koleksi resepi sumbangan Puan Puti Mazura yang Chetam kumpul dari Restoren Pak Amir. Dah lama tak dengar khabar berita dari Puan Puti. Kalau Puan Puti terserempak dengan Teratak Chetam ni, jangan lupa hantar mesej pada Chetam.

NASI BERINGIN
(Resipi Muar)

1. 4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
2. 6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
3. 4 ulas bawang putih, ditumbuk
4. 2 ulas bawang merah, ditumbuk
5. 5 biji buah pelaga
6. 1 sudu teh cengkih
7. 1 sudu teh jintan manis
8. 2 bunga lawang
9. 1 inci kayu manis
10. ½ inci halia muda, ditumbuk
11. gula dan garam
12. 2 sudu makan minyak

Cara
1. Pijarkan minyak di dalam kuali besar
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau
3. Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih
4. Sejukkan beras tersebut
5. Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
6. Masak seperti nasi biasa.
7. Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.

* Penyediaan air rebusan daging
1. 1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2. 2 liter air
3. 1 inci halia, ditumbuk kasar
4. 2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
5. 2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
6. 1 inci kayu manis
7. 5 biji buah pelaga
8. 5 biji bunga lawang

Cara
Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
Sejukkan stok daging tersebut. Daging yang dah rebus tu, bolehlah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.

Cara Masak Nasi Lemak Kukus
1. Rendamkan beras dalam santan cair selama 2 jam. Paras santan tu menutup beras je, tak membazir.

2. Alaskan pengukus dengan kain muslin, panaskan atas periuk kukusan yang sudah dididihkan airnya. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air didihan.
3. Toskan beras, dan masukkan dalam pengukus, kukus sehingga setengah masak
4. Pijarkan minyak/butter dan tumiskan bawang kuning yang dihiris, halia yang dihiris, bawang putih yang dihiris, kayu manis dan sedikit garam, hingga bawang layu.
5. Masukkan santan pekat ke dalam tumisan dan gaul rata. tutup apinya.
6. Keluarkan nasi yang separa masak dan masukkan dalam santan, gaul rata.
Biarkan sebentar.
7. Masukkan nasi sekali lagi ke dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak.

Insya Allah, jadi, tapi masya Allah, lecehnya...

Steamed Chicken (Ayam Kukus)

1. 1 ekor ayam (kalau on diet, sila buang kulit & lemak, tapi of
courselah, tak berapa sedap) - alternatively, use very very lean chicken like ayam kampung/spring chicken and leave the skin on. Bersihkan ayam dan toskan. Biarkan seekor.
2. 1 sudu makan garam halus
3. 1 sudu makan gula atau madu
4. 3 inci halia (2 inci ditumbuk lumat dan 1 inci dihiris batang
mancis)
5. 10 ulas bawang putih (6 ulas di tumbuk lumat dan 4 ulas dihiris
batang mancis)
6. 5 ulas bawang merah, dihiris
7. 10 biji cili padi, dibelah 2
8. 2 sudu makan sos tiram
9. segenggam daun bawang (dipotong panjang seinci)
10. segenggam daun saderi (dipotong panjang seinci)
11. 1 cawan cendawan shiitake/butang - rendam dan bersihkan.

Cara-cara menyediakan
1. Sediakan periuk pengukus, didihkan air.
2. Sementara air mendidih, blehlah sediakan ayam. Masukkan halia yang ditumbuk lumat, bawang putih yang ditumbuk lumat, 1 sudu makan sos tiram, setengah sudu makan gula/madu dan setengah sudu teh garam dalam satu bekas dan gaul rata.
3. Masukkan lebihan gula/madu, garam dan sos tiram ke dalam satu bekas lain.
4. Masukkan bahan dalam langkah 2 ke dalam ayam dan lumurkan bahan dalam langkah 3 ke seluruh permukaan/kulit ayam.
5. Susunkan cendawan, daun bawang, daun saderi, halia hiris, bawang putih hiris, bawang hiris dan cili padi di atas pinggan untuk mengukus dan letakkan ayam di atasnya.
6. masukkan dalam periuk pengukus dan kukuslah selama
sekurang-kurangnya sejam.

Tips: Kalau tidak gunakan seekor ayam, biarkan ayam dalam potongan yang besar e.g. setengah ekor atau suku ekor. Gunakan teknik melumur shj bagi bahan yang ditumbuk halus.

Oxtail Soup (Sup Ekor) - ataupun daging/tulang.

1. 1 kilo Daging/Tulang/Oxtail (ekor)
2. 1 small packet of serbuk rempah sup Adabi, bancuh dengan air untuk buat pes
3. 5 ulas bawang putih (garlic), ditumbuk
4. 6 ulas bawang merah (shallots), ditumbuk
5. 1½ inch halia (ginger), ditumbuk
6. ½ inch lengkuas (galangal),
7. 1 lobak merah besar, potong baji (large carrot, cut in bite size
pieces)
8. 4 biji kentang, potong empat (potatoes, quartered)
9. 4 batang celery, potong panjang setengah inci
10. 1 sudu makan gula (tbsp sugar)
11. salt and pepper to taste
12. air
13. minyak untuk menumis
14. Daun saderi & daun bawang dihiris
15. Bawang goreng
16. 10 biji cili padi, ditumbuk kasar (optional)
17. 2-3 sudu makan cuka masak (optional). See notes.*

Caranya
1. Rebus tulang/daging/oxtail sehingga empuk/lembut, ketepikan
2. Pijarkan minyak di dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, garlic, lengkuas & halia, jangan sampai
garing
4. Masukkan pes rempah sup
5. Masukkan tulang/daging/oxtail yang sudah empuk/lembut beserta air rebusannya
6. Masukkan kentang, carrot dan celery, biarkan empuk
7. Untuk menghidang, masukkan sup kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan daun saderi & daun bawang. And of course the cili padi, if using.

*Untuk sup tulang, and for those wishing to increase their calcium intake, while the soup is boiling, pour in the vinegar (this will hakis the tulang and akan masuk ke dalam sup). The soup will be slightly sour but it is good. Yang tak boleh makan cuka, boleh perahkan limau nipis sebelum menyenduk sup ke dalam mangkuk.

AYAM MASAK MERAH ALA MAGHRIBI

10 keping ayam
2 cm halia - dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
1 sudu kecil koma-koma (saffron)
3 ulas bawang putih (hentak/cincang halus)
2 ulas bawang besar - didadu
1 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 tin tomato sup
2 sudu besar madu
Jus dari ½ biji lemon
Segenggam daun ketumbar
15 biji buah zaiton hitam, belah 2 (jika suka, kalau tidak, hilanglah satu "Morocco" nya)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.
2. Masukkan ayam dan serbuk ketumbar, digorengkan sebentar dan
balik-balikkan untuk "seal" permukaan ayam (sehingga warna permukaannya putih/kuning garing).
3. Setelah ayam mula agak garing sedikit, masukkan air, tomato sup, madu dan koma-koma.
4. Masaklah sampai ayamnya empuk dan barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar.

Ayam Goreng Rangup Berempah
Ini ada resepi yang I have tried and enjoyed.

1 ekor Ayam (dipotong mengikut suka)
Minyak untuk mengoreng (sila pastikan ayam tenggelam dalam minyak)
Garam, kunyit & sedikit gula digaul bersama ayam
2 biji Telur (digaul bersama ayam)
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan-bahan yang ditumbuk
2 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
3 inci Halia
Cili kering direbus dan dikisar /cili boh (ikut suka asalkan nampak merah)
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putin
1 sudu besar Lada hitam

Cara-caranya
1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam & diperap selama 3 jam.
2. Kemudian digoreng, apabila sudah masak sila taburkan daun kari
kedalam kuali.
3. Angkat sebelum Daun kari hangit.

Air Asam
(untuk dimakan dengan ikan bakar atau buat kuah untuk nasi pun
boleh...)

1. 2 inci persegi belacan Melaka (dibakar hingga wangi)
2. 1½ - 2 cawan air asam jawa, sederhana pekat, (bancuh dengan air suam ye...)
3. 2 labu bawang merah - dimayang kasar
4. 5 biji cili merah, potong kasar
5. 10 biji cili padi (besar), dihiris halus
6. 3 sudu makan gula
7. Satu biji tomato merah
8. ½ - 1 sudu teh garam (bergantung pada kemasinan belacan)
9. 1 sudu makan kerisik

Cara-cara
1. Masukkan belacan, air asam jawa, belacan, cili merah, garam, tomato, kerisik dan gula dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga semua hancur dan sebati.
2. Masukkan bawang (ramas-ramaskan sikit) dan cili padi. Gaul rata.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan ke dalam peti sejuk. Kacau sekali lagi dan hidangkan.

Hot Plate Noodles
(resepi sendiri, bukan resepi di Giant) untuk 2 orang makan.

2 keping mee kering (egg noodles/magi/yee mee)
8 ekor udang yang sedang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor.
3 ekor sotong yang sederhana besar
1 cawan daging ayam (potong nipis)
1 sudu besar taucho
2 biji telur
¾ - 1 cawan air
sedikit tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 ulas bawang putih , ketuk dgn, pisau besar
1 inci halia, hiris halus
1 batang lobak merah (potong serong, nipis)
1 cawan cendawan butang (kalau ada), belah dua.
2 cawan sawi (potong pendek, sebelum potong, hentakkan batangnya dengan anak lesung, jangan sampai hancur)
garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Celur mee (ikut lah "lembut" mana you suka) dan ketepikan.
2. Pukul 2 biji telur, 2 sudu makan air, garam dan lada sulah,
ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga wangi.
4. Masukkan tauchu, tumis lagi.
5. Masukkan ayam, goreng hingga permukkannya putih.
6. Masukkan lobak dan sedikit air & sos tiram & kicap. Masak hingga
lobak lembut
7. Masukkan sotong yang telah dipotong, udang, sawi dan cendawan, kacau rata.
8. Masukkan air lebih. Adjust garam & gula.
9. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam rencah. Gaul rata. Kecilkan api.
10. Cepat-cepat, panaskan hot plate, tuang sedikit minyak, ratakan.
11. Kemudian tuang campuran telur (langkah 2), di hot plate hingga rata.
12. Masukkan mee dan cepat-cepat masukkan bahan-bahan yang
ditumis/goreng yang masih menggelegak.
13. Sedia untuk dihidangkan. Kalau suka taburkan daun saderi, daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Acar Buah
Ini untuk kawan-kawan, buat pecah selera masa bersahur bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti ye..

1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. ½ cawan aprikot kering - dihiris
10. ½ cawan asam boi (jika suka)
11. ½ cawan buah pala (dihiris)
12. ½ peket serbuk kari daging Adabi
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.

Ini ada 3 resepi telur untuk you cuba malam ni.

Resepi pertama - Spanish Omelette

1. 6 eggs, beat until fluffy
2. 1 large potato, boiled (or baked in microwave oven) and chopped
3. 1 large onion, chopped (best to use Spanish onion)
4. 1 clove of garlic, crushed/chopped finely
5. 4 button/shitake mushroom, chopped coarsely
6. 1 red chilli, chopped (boleh lebihkan, kalau suka pedas)
7. 1 small tomato, deseeded and chopped
8. 3-4 tablespoon of full cream milk (pour into the beaten egg & beat further)
9. Half a cup of grated cheddar cheese (or any hard cheese)
10. Half a cup of boiled chopped spinach (optional)
11. 3-4 tbsp of olive oil / any cooking oil.
12. Salt and pepper (put into the eggs before beating)

Method
1. Heat a deep and heavy frying pan
2. Pour the oil, pijarkan.
3. Tumiskan garlic, chopped onion and chopped chilli
4. Masukkan mushroom, tomato and spinach. Fry until soft.
5. Masukkan chopped potato, gaul rata.
6. Kecilkan api (sekecil boleh) dan masukkan bancuhan telur tadi (to cover all ingredients).
7. Cover and cook until the eggs are set.*
8. While it is still on the stove, pour the grated cheese on top of the omelette. * Alternatively, you may bake the omelette in the oven (after pouring the egg mixture, halfway, letakkan the cheese).
9. When the eggs are cooked, remove from heat (boleh tambah grated cheese lagi kalau suka).
10. Potong macam potong pizza and serve. (Can be eaten on its own, with salad or as lauk to our all time favourite nasi putih)

(NB: "Inti" omelette ni boleh ditukar mengikut suka, ada yang masukkan olives, capsicum, artichoke and carrot - tapi janganlah masukkan sawi atau kobis ye?)

Resepi kedua - Telur Bungkus

5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless
chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang

1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara:
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan
kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

Resepi ketiga - Sambal Tumis Telur Bodoh

1. 10 tangkai cili kering, rebus dan bilas
2. 4 ulas bawang merah, potong dua
3. 4 ulas bawang putih
4. suku inci persegi belacan, bakar
5. 1 labu bawang besar, mayang halus
6. setengah senduk minyak
7. 5 biji telur
8. Setengah cawan air asam jawa
9. 1 sudu teh garam
10. 2 sudu makan gula

Cara:
1. Kisar bahan 1, 2, 3 dan 4
2. Panaskan kuali dan pijarkan minyak
3. Masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi
4. Masukkan bahan kisar, kacau selalu, hingga naik pecah minyak
5. Renihkan hingga 5 minit.
6. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata hingga didih.
7. Pecahkan telur didalamnya dan kecilkan api. Bila telur dah masak, masukkan gula, kacau rata dan sedia untuk dihidang.

Daging/Ayam Masak Rawan

1. 1 ekor ayam dipotong 8 / 1 kilo daging direbus dan dipootong nipis lebar
2. 6 ulas bawang merah
3. 6 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 1 inci lengkuas
6. 1 sudu makan serbuk kayu manis
7. 1 sudu makan ketumbar - ditumbuk kasar
8. 1 sudu teh cengkih
9. 1 sudu teh buah pelaga (dipecah-pecahkan)
10. 1 sudu teh serbuk pala (nutmeg)
11. 3 biji isi buah keras
12. setengah cawan kicap manis
13. setengah cawan air asam jawa (atau 2 sudu makan cuka)
14. 1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar ATAU 2 sudu makan cili boh (ATAU kalau nak "Jawa" lagi sikit, gunakan 2 sudu makan cili padi yang ditumbuk kasar).
15. 1 labu bawang besar, mayang kasar
16. setengah cawan air
17. 1 sudu makan kicap tiram (ini modify sendiri, bukan resepi asli)
18. minyak untuk menumis
19. gula & garam secukup rasa.

Cara
1. Kisar bahan 2,3,4 & 5
2. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar. Masukkan cili boh, kacau hingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam/daging dan "seal"kan hingga permukaannya putih.
4. Masukkan bahan 6,7,8,9 & 10. Gaul rata. Tutupkan api
5. Pindahkan ayam dan rempah dari kuali tadi, kedalam periuk tanah
(ataupun slow cooker).
6. Masukkan bahan 12, 13, 16 dan 17, kacau rata dan biarkan masak dengan api perlahan selama setengah jam (atau lebih).
7. Masukkan isi buah keras dan renihkan lagi hingga kuah pekat.
8. Masukkan bawang, gula & garam (jika belum manis & masin ikut
citarasa anda).
9. Kacau sekali lalu. Tutup api dan biarkan sejuk dalam periuk selama 20 minit sebelum menghidangkan.

Makan dengan nasi panas, tempe goreng dan lepas tu. minum air kopi kampung, Uhhh.. tak nak bangun...

Resepi Satay dan Kuah Kacang

SATAY
1. 1 kg daging lembu/kambing/ayam(buang urat daging,cuci dan tos. Potong daging tipis & memanjang).
2. 2 sudu makan gula merah/tebu/melaka/kabung
3. 2 sudu teh garam
4. Lidi sate secukupnya, rendam dalam air, semalaman.
Untuk dikisar:
5. 2 camca jintan halus
6. 1 sudu makan lada putih
7. 3 sudu makan ketumbar biji
8. 2 inci lengkuas
9. 2 inci halia
10. 1 inci kunyit
11. 4 batang serai
12. 6 ulas bawang putih
Untuk memanggang
13. 1 mangkuk minyak kacang/minyak masak
14. 4 sudu gula merah/pasir
15. Air lebihan perapan (yang jatuh dalam bekas tu lah)
16. 4 batang serai, dititik dan diikat untuk buat macam berus

Campurkan bahan 13, 14 dan 15 (lepas ni dipanggil campuran minyak)

Cara-caranya:
1. Kisar bahan yang disebutkan tetapi jangan terlalu halus.
2. Gaulkan bahan-bahan kisar pada daging bersama gula, garam dan perap selama 2 jam
3. Cucukkan sate pada lidi
4. Simpan dalam petisejuk semalaman (atau sekurang-kurangnya 5 jam).
5. Siapkan tempat bara untuk memanggang
6. Susunkan sate diatas grill pembakar
7. Semasa membakar renjis/sapukan campuran minyak pada sate.
8. Balik-balikkan dan bakar sehingga masak.
9. Hidangkan dengan kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.

Kuah Kacang/Satay
1. 5 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
2. 15 tangkai cili kering, direbus dan bersihkan
3. 10 ulas bawang merah, hiris kasar
4. 5 ulas bawang putih, ketuk dengan pisau
5. 1 inci lengkuas, hiris kasar
6. 5 batang serai
7. setengah cawan minyak masak
8. 2-3 sudu teh garam
9. 1 inci persegi belacan Melaka, dibakar
10. 1 cawan gula merah (atau gula pasir)
11. Air , cukup untuk kepekatan yang dikehendaki
12* Optional - sotong rendam yang dipotong kecil/sotong kering yang dah direndam dan dipotong kecil/daging yang disiat - anggaran 2 cawan. - Ini kalau untuk makan dengan nasi himpit, bukan sebagai kuah satay.
13. Optional - asam gelugor (5-6 keping)

Cara
1. Blend bahan-bahan no. 2, 3, 4, 5 & 9.
2. Pijarkan minyak dalam kuali yang tebal dan agak dalam
3. Tumiskan bahan yang dah di blend, kacau selalu, goreng hingga
garing.
4. Masukkan air dan serai, kacau, biar sampai menggelegak
5. Masukkan kacang dan gaul rata.
6. Masukkan sotong(kalau guna) dan asam gelugor (jika guna)
7. Kecilkan api dan biar masak hingga keluar minyak.
8. Masukkan daging siat (kalau guna)
9. Masukkan gula, kacau rata dan biarkan lagi atas api selama lebih
kurang 15 minit.
10. Adjust rasa garam dan gulanya.
11. Sejukkan sebelum menghidang.

Note:
1. Sebenarnya rasa asli kuah kacang ni, tak ada rasa masam. For
instance, Sate Samuri tu, kuah kacangnya cuma kacang dan gula (+ bawang bawang tu lah...), then letakkan sambal tumis untuk pedaskan.
2. Tapi kalau nak juga ada rasa masam, I would suggest guna asam
gelugor instead of asam jawa.
3. Cuba lah masak kuah satay ni selama mana yang boleh, supaya minyak daripada kacang akan keluar dan jadikan isi lebih garing dan kuah lebih lemak. Jangan sampai hangus pulak. Api biar sederhana ye...
4. Pastikan gula dimasukkan last sekali.

Bubur Lambuk (Family recipe - bukan Kg Baru)

1. 4 cawan beras (guna beras biasa, jangan guna beras Basmathi/beras Siam)
2. 1 kilo daging, dipotong kecil, kalau jenis yang keras, rebus dahulu
3. 1 kilo udang - kupas kulitnya dan rebus kulit, ambil air rebusan
4. 1 genggam udang kering - rebus, jangan buang air rebusannya, kisar
5. 2 peket kecil serbuk rempah sup Adabi
6. 2 peket kecil serbuk rempah korma Adabi
7. 4 sudu makan kerisik
8. Santan dari 2 biji kelapa
9. 1 genggam kacang tanah
10. 1 genggam kacang kuda (chickpeas)
11. 1 cawan campuran kekacang lain (ikut suka)
12. 10 biji bawang merah kecil
13. 5 ulas bawang putih
14. 1 inci halia
15. 1 inci lengkuas
16. 3 batang serai
17. 1 inci kayu manis
18. Air
19. Garam dan gula secukup rasa
20. Minyak untuk tumis
21. Bawang goreng
22. Daun saderi dan daun bawang, dihiris halus

Cara
1. Rendam kacang-kacang semalaman. Buang air rendaman dan tukar air. Rebus sehingga lembut.
2. Kisar bahan-bahan no. 12, 13, 14, 15 dan 16.
3. Pijarkan minyak, tumiskan bahan yang sudah dikisar (seperti no.2 )dan kayu manis
4. Masukkan rempah sup & korma, kacau rata.
5. Masukkan udang kering yang telah dikisar dan daging (kalau guna yang belum direbus). Kacau rata
6. Masukkan beras dan air dan kacang yang telah empuk (jangan masukkan air rebusan kacang, nanti bubur jadi hitam)
7. Kecilkan api and masak sehingga beras pecah.
8. Masukkan daging yang sudah direbus berserta stoknya sekali, isi
udang, air rebusan kulit udang dan santan. Gaul rata.
9. Masak lagi sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula dan garam
secukup rasa. Gaul rata.
10. Masak sehingga daging lembut. Kacau selalu supaya tidak
hangus/berkerak.

Untuk menghidang, masukkan bubur kedalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun saderi dan daun bawang.
My family, selalunya makan dengan rojak (timun, nenas dan sengkuang + kuah kacang) atau kerabu taugeh/pegaga atau acar rampai.

Note: Kalau bubur terlalu pekat, masukkan air panas dan kacau, adjust garamnya.

BUBUR LAMBUK PAHANG

1. 3 cawan beras hancur
2. 4 ekor ikan kembung besar (atau setengah ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung
3. segenggam isi udang hidup
4. 1- 2 cawan santan cair
5. 10 ulas bawang merah kecil
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 inci halia
8. 1 batang serai, dititik
9. 7 cawan air
10. Garam dan gula secukup rasa
11. 2 sudu the serbuk lada hitam
12. 3 keping asam gelugor
13. 1 inci halia (selain drpd no. 7), dititik
14. 1 inci lengkuas, dititik
15. 2 helai daun pandan, basuh dan simpulkan
16. 2 cawan pucuk paku perak (daun dan batang yang lembut shj), basuh dan toskan.

Cara
1. Rebus ikan & udang (dengan halia & lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor) sehingga sangat sangat lembut. Ketepikan.
2. Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan & udang (asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak halus). Air rebusan jangan dibuang.
3. Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam. Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam. Gaul rata dan perapkan selama 1 jam
4. Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih.
Tambahkan air jika perlu
5. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan + udang dan bahan perapan. Gaul rata.
6. Masukkan serai dan santan. Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
7. Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan
8. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak. Gaul sekali dan tutup api.
9. Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin
(chaipoh) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.

Kupang Serai (Lemon Grass Mussels)
Masakan ni boleh disediakan dalam masa tak sampai setengah jam (dari awal mengupas bawang hingga menghidang). Ini resepi arwah nenek saya.

1. 1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit (boleh gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan)
2. 6 batang serai, dimayang halus (pastikan buang bhg berdaun)
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 ulas bawang merah
5. 10 biji cili padi (kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Suku cawan air asam jawa pekat
8. 1 cawan santan pekat
9. 1 sudu the garam
10. 1 sudu makan gula pasir
11. 3 sudu makan minyak untuk menumis
12. 2 helai daun kunyit, dihiris halus
13. 2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara
1. Tumbuk bahan no. 3, 4, 5, 6 dan 9.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga pecah minyak
3. Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
4. Masak hingga agak kering, kacau selalu.
5. Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

NASI AYAM
Kalau untuk Nasi Ayam Madu, tambahkan 4 camca besar madu dalam bahan perapan ayam, sebelum digoreng. Tapi hati-hati, api jangan terlalu besar, ayam cepat hangus because of the sucrose dalam madu tu ye...

1. 2 ekor ayam (quartered), kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong kecil.
2. 8 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan
3. 3 liter air (tambah kemudian jika perlu)
4. 2 labu bawang putih, ditumbuk (bahagi 5)
5. 10 ulas bawang merah, ditumbuk (bahagi 2)
6. 1 biji bawang besar, dimayang

7. 3 inci halia, ditumbuk (bahagi 3)
8. 10 biji buah pelaga (bahagi 2)
9. 1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)
10. 1½ cawan kicap manis
11. 1 cawan sos tiram
12. ½ cawan sos tomato
13. 1½ cawan sos cili
14. 1½ sudu makan cuka/ 3 sudu makan jus limau kasturi (bahagi 2)
15. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
16. 5 biji cili merah, digoreng sebentar hingga pecah kulit dan ditumbuk
17. Minyak yang banyak untuk deep fry ayam dll.
18. Gula dan garam

19. 2 batang timun, dihiris bulat
20. 5 biji tomato, dihiris bulat
21. ½ pokok daun salad, disiat kecil.
22. Bawang goreng
23. Daun saderi dan daun bawang dimayang halus.

Cara
1. Pijarkan 2 sudu makan minyak
2. Tumiskan 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia, 1 dan bawang besar
sehingga naik bau
3. Masukkan 1 bhg buah pelaga
4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak
5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan gula (lebihkan masinnya sedikit)
6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang selebihnya). Ayam
hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit. Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak perlu dikeluarkan).
7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Campurkan kicap, sos tiram dan sos cili dan perapkan ayam yang telah direbus selama satu jam

Untuk Nasi
9. Pijarkan 3 sudu minyak didalam kuali
10. Tumiskan 1 bhg. buah pelaga (yang dipecah-pecahkan), 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia dan 1 bhg bawang merah hingga naik bau.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa
12. Masukkan beras dan goreng rata. (sehingga putih keseluruhannya). Ketepikan dan sejukkan

Back to the Ayam
13. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Back to Nasi
14. Sementara itu, masukkan beras yang sudah digoreng dan disejukkan, ke dalam periuk nasi dan sukat air (gunakan stok ayam yang telah disejukkan, No. 7), anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan stok. Sesuaikan air ikut suka. Masak seperti biasa.

15. Untuk membuat sos cilinya, pijarkan 2 sudu makan minyak goreng ayam tadi, tumiskan 1 bhg halia & 2 bhg bawang putih. Masukkan cili kering & cili merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1 cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan
renih sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

16. Untuk menyediakan kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

17. Potong ayam yang telah digoreng kepada beberapa bhgn. kecil.
18. Panaskan lebihan stok ayam (tambah air, garam & gula jika perlu).

Untuk menghidang
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.
Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam
3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
BON APPETIT!!

June 21, 2005

Resepi sumbangan Kak Ina..............tima kacih daun keladi yer : )

Suria........ni resepi yang Suria minta. Siap ngan pakai ukuran cawan lagi. Resepi ni dihantar ke email Chetam oleh Kak Ina.

Moist Chocolate Cake

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
¾ cawan mentega (6 oz)
1 ½ camca kecil vanilla
1 camca air sejuk
½ cawan koko
½ camca teh Nescafe (rata)
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor

Cara membuatnya:
1. Koko dan air dibancuh dan masukkan vanilla dan Nescafe. Kacau dan simpan dalam perti sejuk selama 10/15 minit.
2. Mentega dan gula dipukul hingga putih dan masukkan telur satu per satu. Masukkan tepung dan bancuhan no. 1.Kacau supaya tidak berketul.
3. Tuang dalan bekas 9x9 yang telah digris. Bakar selama 25/30 minit.
4. Setelah kek masak , salutkan dengan coklat masak yang telah dicairkan dengan mentega

Sedikit berita dari Chetam

Assalamualaikum Sumer

Tak sangka yang pelawat di Teratak Chetam ni dah melebihi 10000 hits. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk singgah ke Teratak Chetam ni.

Minggu lepas, sad news sebab baby Chetam tak sihat. Dah nak masuk seminggu. Pegi ke klinik kerajaan, tiada pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Doktor tu tak pakai stateskop dia pun.....dapat ubat tapi masih batuk teruk dan muntah-muntah. At the end, Chetam bawa Klinik Lawrence di Kajang. Doktor sahkan yang Baby Chetam ada Asma dan dah serius. Dah 3 kali bawa sedut gas....hopefully after this ada perubahan.

Tadi Chetam surf internet cari petua-petua untuk penyakit Asma ataupun lelah. So sesiapa yang nak tahu petua-petua yang lain, sila ke segmen Meh Jengok. Ada dua halaman yang Chetam tambah di sana. Kedua-duanya tentang petua-petua Melayu.

Salam Isnin Buat Semua
Chetam

June 17, 2005

Koleksi Resepi untuk Wanita di dalam Pantang - Pak Amir

Chetam nak tambah sikit lagi yer tentang pesanan Pak Amir berkenaan Ikan Haruan.

[Quote]
Pak Amir nak beri pandangan yang agak penting di sini..

Ikan haruan sememangnya elok dimakan untuk sesiapa yang baru sahaja performed an operation, tak kiralah apa pembedahan sekali pun, masak bubur ikan haruan tanpa tulang boleh, masak sop ikan haruan elok, panggang ikan haruan pun jadi.. pakai sahaja mana-mana resipi yang pernah disiarkan sebelum ini.

Akan tetapi satu peringatan daripada Pak Amir, ikan haruan harus dimakan seminggu sekali atau paling maksimun 2 kali, dan makan dalam masa 2 minggu sahaja.. dalam erti kata lain ikan haruan tak boleh dimakan banyak dan hanya makan antara 2 - 4 kali dalam masa 2 - 3 minggu dan stop, barangkali cadangan " taskforce " untuk makan ikan haruan selama 20 hari berturut-rutur tu perlu diberi perhatian.. sebenarnya ada masalah yang berlaku tanpa kesedaran kita..

KENAPA ?
========
Fungsi ikan haruan ialah percepatkan penyembuhan luka, erti kata lain ianya cepat tumbuh daging dan cepat percantuman sebarangan pembedahan. Cara sepatutnya pengambilan ikan haruan ialah makan sekali dalam beberapa hari untuk mengizinkan tindak balas tersebut tadi, dan jika terlalu banyak pengambilannya akan menyebabkan perkara-perkara berikut :

1. Luka yang sembuh tadi akan jadi tidak cantik, banyak daging berlebihan tumbuh di sekeliling dan parut kelihatan besar dan tebal gituh..
2. Masalah gatal, bukan gatal sebab bisa atau bernanah tetapi gatal akibat geseran daging-daging berlebihan yang tertumbuhnya di bahagian dalam luka... keadaan gatal ini mengambil masa ada yang sampai setahun lebih pun masih terasa.. lama-lama jadi bisa gatal tu pun hilang..

Pesanan Pak Amir, ingat supaya tidak terlalu banyak mengambil ikan haruan, tiada guna mengambil banyak ikan haruan, kita tidak boleh ambil jalan pendek untuk cepat sembuh, ikan haruan sememangnya banyak membantu tetapi tetap memerlukan masa untuk tindak balasnya.. cara mengambil ikan haruan berlebihan sedikit pun tidak akan membantu dalam tujuan penyembuhan pembedahan secara pantas, sebaliknya selepas suatu tempoh masa, daging berlebihan pula jadi !

Kepada mereka yang ada pengalaman ini tetapi tidak tahu kenapa, maka itulah sebabnya kerana anda banyak memakan ikan haruan selepas pembedahan dan luka pembedahan anda sampai sekarang masih kelihatan tidak cantik dan gatal dalam tempoh yang begitu lama..

Masih ingat Pak Amir melaksanakan satu pembedahan few years ago.. pun makan ikan haruan ( bubur dan sup ) sebanyak 2 kali sahaja. Isteri Pak Amir melahirkan anak bongsu secara pembedahan pun Pak Amir sediakan ikan haruan ( sekali bubur dan sekali rebus air akar kayu nanti Pak Amir bagi resipinya ) pun.. makan dua kali sahaja, seminggu sekali selama 2 minggu, hasilnya cukup memadai dan luka garisan pembedahan hampir hilang selepas sembuh..

Sekian sahaja buat kali ini, semuga peroleh manafaat daripada artikel Pak Amir kali ini.


Wassalam.
Pak Amir.

Sekarang, Pak Amir nak bagi satu lagi resipi-maut rebusan akar kayu pati ikan haruan.. nama pun resipi-maut dah tentu best punya bukan, sememangnya cepat sembuh luka dengan air rebusan ikan haruan ini, bila sebut air rebus ikan haruan sudah tentunya tak sedap.. hanyir.. tapi tak lah hanyir sangat.. okay lerr jugaaa.. nak baik cepat tak haa...

Ikan Haruan Rebus Herba Pak Amir

Bahan-bahan
Ikan haruan 1 ekor sais sederhana ( RM5.00 )
( atau ikan haruan seekor besar >RM10.00 dibahagikan dua )

Akar kayu Pak-Key ( sejenis kulit pokok ) yang boleh dibeli di kedai ubat cina. Bagi tahu tokey kedai cina nak Pak-Key hitam, nak pakai untuk rebus air atau bagi tahu dia nak rebus ikan haruan dia tahu ler.. pesan kat dia tak mahu yang Pak-Key putih, putih murah sikit tapi Pak-Key hitam yang bagus dan berkhasiat. Beli antara beberapa gram harganya murah dalam beberapa ringgit sahaja.. dia keseping-sekeping rupanya macam kerepek pisang gituh tapi sangat nipis.. lembut.. bau wangi herba.. warga beras begitu tapi tepinya warga sedikit hitam, kalau pak-key putih dia warna putih lerr..

Air dan garam

Cara penyediaan :
Setengah periuk air dimasukkan ikan haruan dan juga Pak-Key ( pak-key dibasuh sekali lebih kurang gituh ) dan rebus selama 1.5 - 2 jam dengan api sederhana perlahan, kalau kering tambah air lagi.. rebus sampai air kering tinggal semangkuk air ( mangkuk nasi orang cina makan tuu ).
Selepas tu, buang ikan haruan tu ( tak larat laa nak makan nyerrrr ) dan juga buang kepingan Pak-Key, ambil air rebusannya yang berwarna kuning.. masukkan sedikit garam.. tutup api dan tuang ke dalam mangkuk.. ingat rebus lama sampai air kering tinggal semangkuk air sahaja.. semua pati ikan ada dalam situ bercampur dengan khasiat pak-key, pak-key bertujuan untuk pulihkan pernafasan dan edaran darah dengan baik...
Haa.. pas tu dah suam-suam tu terus tuang dalam mulut.. baca bismiLlah jangan lupa.. ulang sekali dua dalam masa 2 minggu dah cukup... sangat berkhasiat.. orang yang menjalankan pembedahan jantung / pembedahan kritical ( major operation ) paling elok dengan resipi ini, bubur ikan haruan pun tak lawan dia.. cepat sembuh..

Apaa.. tak sedapp ?? nak muntah ?? ... haaaa.. nak cepat baik ker tidak nii ??? Tak lah teruk sangat baunya.. tawar-tawar gituuu... cuba sekali dulu.. okay ler tuuu... Ingat.. banyakkan rehat, makan obat.. insya Allah cepatt sihat !!!

Selamat menjamu selera di Restoran Pak-Amir.

[UnQuote]

Lain-lain resepi dari Pak Amir.

Ikan Goreng Halia Muda

parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang

Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

* sedap dimakan dengan nasi panas2.

Ikan bilis masak lemak lada hitam

Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam

Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak

* sedap di makan dengan nasi panas2.

Ikan Haruan Goreng Rempah

1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Chef Wan atau muslim Best)
2 sudu rempah ikan
air asam jawa/garam secukup rasa

1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak)
4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.

SUP KURMA MERAH(Cina)

100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah

Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa masih panas.

SUP LOBAK PUTIH – Utk Menambahkan susu (Cina)

1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan.

KARI IKAN YU(India)

2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
sedikit cengkih dan bunga lawang
400 ml santan kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk bawang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari. Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya. Masukkan ikan dan biar seketika. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

DAUN MURUNGAY BERGORENG(India)

1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis. Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidangkan.

IKAN BILIS BERKUNYIT(Melayu)

5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam

Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.

Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri

Ikan Haruan @ Tenggiri
Lada hitam 20 biji
Halia 1 inci @ lebih
Kunyit Hidup 1 inci @ lebih
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 2 keping
Airgaram secukup rasa

Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

Limpa Goreng Kunyit

1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris
Kunyit hidup ditumbuk halus
Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping
garam

Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam. Goreng hingga agak garing, toskan. Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau. Bancuh kunyit serbuk dengan air. Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk perasa dan garam jika perlu. Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu. Ia baik untuk menambah darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi boleh juga dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.

Berikut Resepi dari Khusna Ahmad

Ikan Masak Pindang

2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)

Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.

p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin.
Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.

Ayam Halia Kukus

Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.

June 13, 2005

STEAM BOAT ORIGINAL PAK AMIR

Assalamualaikum

Atas permintaan Suria, berikut adalah cara-cara penyediaan Steam Boat. Resepi ini disumbangkan oleh tuan punya yahoogroup Restoren Pak Amir iaitu Pak Amir sendiri. Chetam tak ubah apa-apa melainkan gambarajah yang disertakan sebab resepi original tu, gambarajahnya berulang-ulang.

1. PENYEDIAAN SUP
Di peringkat pertama ini ialah kita perlu tahu bagaimana hendak menyediakan supnya. Sup sangat penting kerana ia merupakan bahan utama untuk memasak lauk yang ada nanti. Penyediaan sup yang tidak selasi dengan citarasa Steam-Boat akan merosakkan keseluruhan juadahnya nanti.

Penyediaan sup amat mudah, dapatkan satu rangka ayam (boleh diperolehi dipasar) dan rebuskannya dengan 4 - 5 liter air dalam periuk. Tidak perlu ditumis atau buat apa-apa, hanya potong rangka ayam itu kepada beberapa bahagian dan masukkannya ke dalam periuk dan masak selama 1.5 - 2.0 jam sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 1. Anda juga boleh masukkan beberapa ketul isi sengkuang jika mahukan kemanisan tambahan.



Selepas tempoh masakan tamat, asingkan (buang) semua tulang-tulang ayam itu sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 2 dan kemudian masukkan 3 - 4 sudu teh garam (secukup rasa).



Selesai bahagian Sup. Sup ayam ini akan dipindahkan ke dalam periuk nasi sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 3 dan hidupkan aliran elektrik periuk nasi elektrik tersebut. JANGAN GUNA PERIUK NASI NON-STEAK NANTI KULIT UDANG / LAUK PAUK AKAN MEROSAKKAN PERIUK TERSEBUT NANTI.



1. Bahan-bahan
Secara kasarnya, segala jenis lauk boleh dijadikan sebagai sasaran bahan Steam-Boat. Namun biasanya beberapa bahan utama dipilih. Sila rujuk lagi 4 gambarajah yang dikepilkan bersama. Bahan-bahannya semua dipotong besar-besar begitu.

Bahan-bahannya :
Berbola ikan
Berbola Sotong
Berbola Ketam
Kek Ikan
¨ (Segala jenis berbola dan kek ikan yang halal boleh diperolehi di mana-mana pasaraya dalam bungkusan siap tanda hala di situ)
Udang - (Dikunting janggut)
Sotong - (Dibelah dua memanjang, asingkan kepala sotong dan buang matanya)
Cuttlefish (Sotong Kembang)
Ayam - (Dibuang tulang dan dipotong memanjang)
Sea Cucumber
Tau-hu Keping
Cendawan
Mee kuning
Bihun - (direndam dan dilembutkan dulu)
Telor ayam
Wan Tan - (Resipi Cara membuat Wan-Tan pernah disiarkan sebelum ini, tak ada pun tak apa!)Aneka sayur - (Selalunya lobak putih atau sawi pendek macam dalam gambarajah, daunnya biar sehelai besar-besar)



Dan, tidak kurang pentingnya iaitu sos cili. Pak Amir malas nak buat sosnya. Anda boleh buat sosnya daripada resipi yang pernah disiarkan sebelum ini, sos cili Cf. Wan. Pada Pak Amir, terdapat satu sos cili yang begitu sesuai untuk hidanganan ini ialah Sos Cili Deli'sCf yang boleh diperolehi dari mana-mana kedai Cosway. (Pak Amir beli daripada Mak Amir sahaja sos cili enak ini...hehehe)

1. Penyediaan/cara memasak
Dalam bab 2 tadi, segala bahan telah disediakan dan dihiaskan atas piring dilapit dengan daun sayuran. Dalam bab penyediaan Steam Boat ini pula, ianya mudah tetapi perlu sedikit kesabaran.



Selepas dimasukkan bahan lauk tadi, tutup tudung periuk nasi dan sabar menunggu sehingga ianya mendidih dalam masa lebih kurang 5 - 10 minit.

Selepas kelihatan periuk nasi dan mula berasap (bukan terbakar yer), segera buka tudung periuk nasi, jangan tunggu lama-lama nanti lauk kurang manisnya. Lihat gambarajah 6.



Di peringkat ini, ianya boleh dihidangkan 3 - 4 orang dan boleh keluarkan semua lauk dalam periuk nasi dan, masukkan semula sebahagian lagi lauk mentah yang masih belum dimasak. Ulangi proses penyediaan semula sementara sedang menikmati juadah Steam Boat buat round pertama.

Bila hampir selesai masak round pertama, rasanya lauk dalam periuk nasi tadi dah mula masak, dan sekali lagi buka tudung periuk nasi untuk hidangan round ke 2 segera.

1. Kemuncak Hidangan Steam Boat Original Pak Amir
Dah di peringkat ini bolehlah kita makan yer... musim hujan-hujan sejuk gini memang tangkap maut gituh dengan Steam boat Original Pak Amir.

Lihat gambarajah SteamBoat Hidangan 1 yang Pak Amir kepilkan.
Masukkan separuh/sebahagian daripada setiap piring lauk (termasuk sayuran) tadi ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan sup, jangan lupa hidupkan aliran elektrik periuk nasi tadi (jangan bimbang switch periuk nasi tidak akan naik dan matikan arus elektrik).



MUSTAHAK

Setelah semua lauk dimasak dan dimakan, cuba anda minum sup dia pula kali ini. Emmm...sungguh-sungguh manisnya sekali. Sangat berkhasiat sekali. Segala khasiat lauk ada dalam sup tersebut. Waktu ini, anda boleh masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya, ulangan proses penyediaan memasak tadi. Bila dah masak, boleh makan bagi sesiapa yang masih belum kenyang lagi.

Aaarrrkkk...Alhamdulillah, dah Pak Amir dah kenyang nih. Korang bila lagi…?

Jadikan Hidangan Steam Boat Original Pak Amir sebagai satu kenyataan dan dihidangkan di rumah bersama keluarga anda hujung minggu juga! Jangan lupa...

- TAMAT -
Sekian, wassalam.Pak Amir Pak Dollah.


Chetam dah jumpa resepi sos chili yang Pak Amir nyatakan di atas. Sos chili dari Chef Wan yer....

SOS CHILI CHEF WAN
Bahan-bahan A
8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk

Cara-cara membuat
Di dalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk.

June 09, 2005

CRUNCH CHOCLATE CHIP sumbangan Diana.


Ramai yang cuba.

1 CAWAN BUTTER
1 CAWAN MINYAK
3/4 CAWAN GULA CASTER
1/2 CAWAN GULA PERANG
2 BIJI TELOR
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
2 SUDU KECIL SODABOCABONAT
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR
1 SUDU KECIL GARAM HALUS
1 1/2 CAWAN CHOC CHIP
1 CAWAN WALNUT ATAU BADAM
4 1/2 CAWAN TPG GANDUM
COFFEE OIL 1 DROP

BUAT MACAM BISKUT BIASA TAPI ADUNAN NIE AGAK LEMBIK AND JUST MASUKKAN DLM PIPING BAG. KALAU TAK ADA PUPING BAG, JUST GUNA PLASTIK DAN GUNTING MUNCUNGNYA DAN TERUS PAIPKAN KE TRAY PEMBAKAR. BUAT COMEL2 LAHHH
CUBA TAU SEBAB BISKUT NIE GERENTI SEDAP RANGGUP DAN UMPPPPP. RUGI KALAU TAK CUBA�.
Posted by Hello

BEST BIG, FAT, CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES also from Diana
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan unsalted butter, dicairkan
1 cawan gula perang, dipadatkan (packed brown sugar)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
2 cawan semisweet chocolate chips

1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang pembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang dan gula pasir sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

Note : 1 adunan dapat dalam 18 - 20 keping biskut.

MOCHA PEACH TRIFLE dari Diana


Bahan untuk Coffee Sponge Cake
6 biji telur
225 gram gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar kopi segera, dicampurkan dengan sedikit air panas
225 gram tepung serbaguna

Cara-caranya
1. Dalam bekas tahan panas diatas air yang mendidih (double boil) pukul telur, gula, esen vanilla dan kopi instant sehingga suam-suam panas 55 darjah C. Tuangkan adunan ke dalam mesin pembancuh dan pukul sehingga ia sejuk.
2. Ayak tepung kedalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang 24cm yang telah dialas dasarnya dengan kertas kuih dan bakar selama 25 minit dengan suhu 185 darjah C.

Bahan untuk Sirap Gula
1/2 cawan gula kaster
1/4 cawan air
4 sudu besar esen kopi

Cara-caranya
Didihkan air dan gula dan kemudian bila sudah sejuk masukkan esen kopi.

Bahan untuk Mocha Custard
4 cawan susu segar
2 sudu besar kopi segera
10 biji kuning telur
1/3 cawan gula kaster
2 sudu besar tepung custard
100 gram mentega, disejukkan dan dipotong dadu

Cara-caranya
1. Panaskan susu dan kopi segera di dalam periuk.
2. Di dalam bekas berasingan masukkan kuning telur, gula dan tepung custard, pukul hingga kembang dan gebu. Masukkan setengah adunan susu yang telah dipanaskan.
3. Tuangkan adunan telur kedalam periuk yang berisi susu yang lebih dan kacau sehingga custard masak dan memekat. Angkat dari api dan masukkan mentega sejuk yang telah didadu. Kacau sehingga mentega sebati dengan custard. Sejukkan custard sebelum digunakan.

Bahan untuk Chocolate Cream
200 gram bittersweet chocolate
1 cawan whipped cream

Cara-caranya
Campurkan chocolate dan whipped krim didalam bekas tahan panas dan letak diatas air mendidih (double boil). Kacau sehingga chocolate cair. Angkat dari atas api.

Untuk membuat Mocha Peach Trifle
coffee sponge cake
sirap gula
1000 gram buah peach dalam tin, ditoskan sirapnya
mocha custard
chocolate cream

Cara-caranya
1. Letakkan coffee sponge cake yang telah dipotong didasar dan tepi mangkuk trifle. Tuangkan dengan sedikit sirap gula. Aturkan buah peach diatas sirap gula dan tuangkan custard mocha dan tuangkan dengan chocolate cream. Ulangi process sehingga semua bahan-bahan habis digunakan, diakhiri dengan buah peach.
2. Sejukkan trifle semalaman sebelum dihidang.
Posted by Hello

ORANGE SHORTBREAD dari Diana


100 gram mentega
50 gram gula
1 sudu besar jus oren
1 biji oren, diparut halus kulitnya
170 gram tepung
20 gram tepung jagung

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan. Masukkan jus oren dan parutan kulitnya. Adun sehingga sebati.
2. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul rata.
3. Canaikan di antara 2 helai plastik menjadi 5mm tebal. Potong dengan acuan biskut bulat berukuran 7.5cm.
4. Susun diatas dulang pembakar yang telah disapu mentega Dengan mengunakkan garfu, buat berapa lubang dan ayak sedikit gula di permukaan.
5. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 - 25 minit atau sehingga kuning keemasan.

Nota: Parutan kulit oren dan jus oren boleh digantikan dengan parutan kulit lemon dan susu.
Posted by Hello

KEK GULUNG NATELLA dari Diana


Sumber: Liza Rahim

25 gm air sejuk (dari peti ais)
60 gm tepung jagung
185 gm gula kaster
100 gm tepung gandum
30 gm ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur, disejukkan
6 biji putih telur, disejukkan
100 gram mentega, dicairkan
1 botol Natella
Acuan untuk kek gulung 10 x 10 atau 12 x 12 (sapu sekeliling dengan mentega)

Satukan semua bahan, kecuali mentega cair dan Natella. Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul sehingga kembang.

Tuangkan adunan kedalam acuan dan ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah C. Ketuhar hendaklah dipanaskan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digunakan.

Setelah masak keluarkan dan biarkan ia sejuk. Keluarkan dari acuan. Sapukan permukaan dengan Natella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. Bungkus dengan kertas kek atau plastic dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak dihidang keluarkan dan potong bulat-bulat.

Posted by Hello

KEK KUKUS KEKACANG dari Diana


Sumber: Liza Rahim

Bahan-bahannya
2 1/2 buku (625 gram) mentega
250 gram gula kaster
600 gram tepung gandum, (keluarkan 2 genggam lebihnya diayak dengan 1 sudu teh bicarbonate of soda dan 1 sudu teh cream of tartar)
450 gram fruit mix (keluarkan 1 sudu makan dan gantikan dengan 1 sudu makan sultana, gaulkan dengan 2 genggam tepung tadi)
5 biji telur
400 gram gula pasir (dihanguskan dengan api yang perlahan)
150 gram gajus (disanggar dan dicincang)
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh esen oren
1 sudu teh buah pala

Cara-caranya
Mentega dikacau dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu, kemudian kedua-dua esen diikuti dengan buah pala, fruit mix dan gajus. Kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi. Buat lubang ditengah dan tuangkan gula hangus tadi ketika ia masih panas. Kacau hingga sebati.

Sapukan mentega pada tin pembakar, berukuran 9 x 9 inci, taburkan tepung sekelilingnya, tuang adunan kedalam loyang dan kukuslah selama 4 jam.

Nota: Dengan adunan diatas boleh dapat dua biji kek dengan ukuran yang sama.
Posted by Hello

NYONYA PINEAPPLE TARTS dari Diana


Inti
1 kg nenas
300 gram gula
secubit garam
6 cm batang kulit kayu manis

Pastri

(A)
220 gram mentega
80 gram gula aising

(B)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

(C)
350 gram tepung
2 sudu besar tepung susu

Cara untuk Inti
Kupas kulit nenas dan bersihkan. Masukkan kedalam alat pengisar sehingga menjadi halus. Tuangkan kedalam periuk. Masukkan bahan-bahan ramuan yang lain dan masak sehingga pekat. Biarkan ia sejuk.

Cara untuk Pastri
Pukul (A) sehingga lembut dan masukkan (B). Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.

Cara Pembetukan Tat
1. Bentukkan inti nenas menjadi bebola kecil 1.5cm.
2. Canaikan pastri di antara kepingan plastik setebal 5mm. Potong dengan acuan bulat.
3. Susun diatas dulang yang telah disapu mentega dan letakkan inti nenas dibahagian tengah.
4. Gulungkan 1 keping pastri untuk menghasilkan 1 jejalur nipis. Hiaskan di atas permukaan inti nenas dan bentukkan palang.
5. Sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 15 - 20 minit.
Posted by Hello

June 08, 2005

BERKAT KEK ROLL BERCERI dari ResepiNet-Diana


Sumber: Hajjah Senesa Abdul Rahmah

Bahan A
8 biji kuning telur, disejukan
4 putih telur, disejukan
140 gram gula halus
1 sudu makan ovelette
30 ml air sejuk
75 gram tepung gandum
45 gram tepung jagung
50 gram mentega, dicairkan
� sudu teh esen vanilla
3 senduk chocolate emulco

Bahan B
Jem strawberry dan cherry merah bertangkai
Royal Icing
Gelas berkaki

Cara-caranya
Satukan semua bahan A kecuali mentega dan chocolate emulco. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat. Masukkan mentega cair dan gaul rata. Ambil 3 senduk adunan dan gaulkan dengan chocolate emulco.Masukkan kedalam piping bag.

Adunan asal dibahagikan 3 loyang setiap satu ukuran 10� x 10� x 1� yang telah disapu minyak. Hias permukaann adunan dengan corak-corak menggunakan piping bag. Bakar dengan kepanasan 180 darjah C selama 8 � 10 minit. Setelah masak, sejukkan dan keluarkan dari loyang sapukan bahagian dalam (yang tidak bercorak) dengan jem lalu digulung. Simpan dahulu dalam peti sejuk selama sejam baru boleh dipotong 2 � inci tinggi, lalu dimasukkan kedalam gelas berkaki, dihiasi dengan Royal Icing dan ceri merah bertangkai. Elok dijadikan Berkat Perkahwinan, Pernikahan, Hari Lahir dan sebagainya.

Nota: (Selalu saya pipe memanjang 4 baris dan kemudian gunakan lidi dan larikan memanjang, corak macam biskut mama carries).
Posted by Hello

KUIH TAT CREAM CHEESE dari ResepiNet-Diana


Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-bahannya
300 gram mentega cap tong (Brand Golden Churn)
250 gram cream cheese
600 gram top flour, diayak
1 sudu makan vanilla flavour
1 sudu makan gula caster
garam secukup rasa
jam nenas
beberapa piring kuih tart
penyepit tart

Jem Nenas
2 biji nenas mengkal dan kuning
450 gram gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya
Pukul mentega dan cream cheese. Masukkan gula, garam dan vanilla. Pukul lagi sehingga kembang. Gaulkan dengan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut. Jika dohnya terlalu lembut, tambah sedikit tepung lagi dan uli sehingga cantik dan lembut. Perap sebentar, tutup dengan tuala lembab.

Ambil sedikit doh dan giling setebal 1 cm. Terap sebesar piring kuih tart. Masukkan kedalam piring tart dan kelim kelilingnya. Isikan tengahnya dengan bebola nenas dan ratakan. Hias dengan adunan doh. Atur dalam tin pembakar dan bakarlah sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.

Cara membuat jem nenas
Parut kasar nenas. Tapis dan tekan-tekan supaya banyak jusnya dapat mengalir keluar. Jangan diperah. Masukkan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga nenas kering sedikit. Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering sedikit baru matikan api dan sejukkan. Setelah itu buatlah bebola kecil untuk inti kuih tart
Posted by Hello

KEK BANGKOK KAYA dari ResepiNet-Diana


Sumber: Hajah Rohanna Abu

Bahan A - Untuk Kek
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gram gula
25 gram air sejuk
3/4 sudu teh baking powder
60 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
1 sudu besar Quick 75/ ovalette
50 gram mentega cair
(baking powder, tepung gandum dan tepung jagung dicampurkan dan diayak)

Bahan B - Untuk Agar-agar
1 bungkus agar-agar powder (11g)
120 gram air
1 sudu makan coffee oil
1 tin fruit cocktail, buang airnya

Bahan C - Untuk Kaya
1 bungkus agar-agar powder (11g)
170 gram gula
1/2 sudu teh garam
780 gram santan dari 1 biji kelapa parut putih
60 gram tepung jagung
150 gram susu cair
sedikit perisa pandan dan pewarna kuning

Cara untuk Bahan A
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Pukul hingga kembang semua bahan A kecuali mentega. Setelah kembang barulah dimasukkan mentega cair. Gaul sampai rata. Tuangkan kedalam loyang 10 x 10 inci dan bakar dengan kepanasan 160 - 170 darjah C sehingga masak.

Cara untuk Bahan B
Masukkan kedalam periuk kecil serbuk agar-agar, gula dan air. Kacau rata kemudian masak diatas api yang kecil. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Matikan api, masukkan coffee oil, kacau rata dan tuangkan kedalam loyang 10 x 10 inci. Susunkan fruit cocktail dan sejukkan.

Cara untuk Bahan C
Agar-agar, santan dan garam dimasak sehingga mendidih, kemudian diangkat. Tepung jagung, susu, perisa pandan dan pewarna kuning dikacau rata, lalu dimasukkan kedalam kaya yang panas itu dan dimasak lagi sebentar sehingga rata. Setelah itu dituangkan keatas agar-agar iaitu Bahan B dan disusun diatas kek iaitu Bahan A.
Posted by Hello

BADAK BERENDAM dari Resepi.Net-Diana


Sumber: Aini Salim

Bahan A - Kulit
600 gram tepung pulut
350 gram kentang

(bahan dibawah gaul rata dan tapis)
4 helai daun pandan, ditumbuk halus
500 ml air suam kuku
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh warna hijau, jika suka
1/2 sudu teh warna kuning

Bahan B - Inti
1 biji kelapa parut putih
1 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
250 ml air
100 gram gula tanjung
100 gram gula Melaka
100 gram gula pasir

Bahan C - Kuah
1000 ml santan pekat dari 2 biji kelapa parut putih
12 helai daun pandan
2 sudu makan tepung pulut atau tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara untuk Bahan A
Kentang dikupas bersih, direbus dan dilecek halus. Uli rata semua Bahan A sehingga lembut. Ambil sedikit adunan, lalu isikan inti dan bulat-bulatkan. Didihkan air, masukkan sehelai dua daun pandan dan secukup garam. Apabila airnya mendidih, baru dimasukkan adunan dan rebuslah sehingga timbul. Keluarkan kuih yang sudah dimasak itu dan masukkan kedalam loyang yang telah diis dengan setengah bahagian kuah iaitu "C". Kemudian siramkan diatasnya lebihan kuah.

Cara untuk Bahan B
Ketiga-tiga jenis gula dimasak dengan air sehingga mendidih dan gulanya hancur. Tapis. Gaulkan dengan kelapa, daun pandan dan garam. Masak lagi sehingga pekat, baru dimasukkan tepung pulut dan kacau sehingga tanak. Sejukkan dahulu, kemudian bulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Cara untuk Bahan C
Semua Bahan C digaul rata dan dimasak sehingga pekat.

Panduan : Untuk lebih mudah siapkan B dan C dahulu.
Posted by Hello

June 03, 2005

Koleksi resepi yang Chetam lupa nama penyumbangnya. Maaf yer!

Resepi-resepi ni Chetam dah lama dalam simpanan Chetam. Elok rasanya kalau Chetam paparkan dalam Teratak Chetam.

Puding Roti Epal
6 biji epal hijau
100gm + 100 gm mentega, dilembutkan
2 sudu besar gula
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 batang roti perancis
1/4 cawan kismis
4 biji telur
2/3 cawan gula halus
2 sudu teh esen vanila
Secubit serbuk buah pala
Krim putar untuk menghidang - optional

Epal dikupas dan dipotong dadu besar. Cairkan 100gm mentega didalam kuali, masukkan epal, gula dan serbut kulit kayu manis. Goreng epal diatas api sederhana selama kira kira 10 minit dan dikacau selalu.

Buang kulit roti dan dipotong dadu sebesar 2cm.
Gris bekas pembakar 2.1/2 quart yang dalam dengan 100gm mentega. Campur roti, kismis, apel dan cecair daripada menggoreng epal di dalam bekas pembakar. Didalam mangkuk lain, pukul telur, susu, gula, esen vanila dan serbuk buah pala. Tuangkan adunan keatas campuran roti dan epal. Bubuh bekas pembakar didalam periuk cetek yang berisi air panas setinggi 2.5cm. Bakar pada suhu 180deg. C atau 360deg. F selama 1.1/2 hingga 2 jam sehingga puding masak. Hidang panas panas dengan krim yang diputar.

Apam Gula Hangus
3 cawan tepung
Setengah buku butter atau 1 cawan marjerin
0.5 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
1.5 cawan gula pasir - jadikan gula hangus
2 sudu kecil soda bikarbonat
Kismis jika sika

* 3 cawan tepung tersebut diayak bersama dengan soda bikarbonat.

Cara membuat gula hangus :
------------------------------------------
Masukkan gula pasir 1.5 cawan dalam periuk dan jerang
atas api sederhana besar. Kacau hingga hitam dan menggelagak,
masukkan air setengah cawan supaya tidak terlalu pekat. Jika
pekat tambah lagi air... biarkan sejuk.

Cara menyediakan kek :
-----------------------------------
1. Pukul butter atau marjerin dan juga gula hingga kembang.
2. Masukkan telur ayam dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat.
4. Masukkan kismis jika suka dan gula hangus, kemudian kacau rata.
5. Atau taburkan di atas permukaan sebelum kukus.
6. Kukus sehingga 1 jam, jangan buka penutup kukus sebelum ianya masak.

Puding Roti
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
4 keping roti putih
5 sudu gula
1 sudu esen vanila
1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus

1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang.
2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair.
3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang.
4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang.
5. Dikukus sehingga masak.

Puding Roti (1)
1 buku besar roti gardenia / High5
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur

Bahan untuk creamer susu:
1 tin susu cair dimasak bersama sedikit gula dan air. Kacau hingga
menggelegak.

Cara-cara:
1. Carik-carikkan roti sampai habis dan asingkan dalam satu bekas.
2. Pukul bersama gula tadi bersama santan pekat, susu cair dan telur.
3. Sukat adunan tadi. Sekiranya dapat Cik Norleen dapat 4 cawan maka tambahkan 7 cawan air ke dalam adunan tadi supaya semuanya menjadi 11 cawan. Sekiranya 5 cawan maka tambah 6 cawan air utk menjadi 11 cawan. Kacau lagi sehingga gula sebati.
4. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam roti. Biar sehingga roti kembang.
5. Sapukan butter pada loyang dan taburkan sedikit butter ke atas adunan tadi. Tujuannya supaya nampak kuning dan lebih sedap.
6. Bakar pada suhu 180 - 200 celcius selama 1 jam.

Sedap dimakan sewaktu panas atau pun sejuk bersama creamer susu tadi.

Puding Roti (2)
100g agar-agar
6 cawan air
3 cawan santan
8 kpg roti
1/2 cawan gula
1 tin susu pekat

Masakkan agar + air sehingga sebati. Masukkan gula kacau. Mesin roti + santan + susu pekat. Agar-agar yang dimasakkan tu tapis dan masukkan dlam satu bekas. Masukkan bahan yang dimesinkan
Kacau sehingga sebati. Biarkan sekejap. Agak-agak dah sejuk masukkan kedalam satu bekas.

Popiah Batang Buruk
1 paket kulit popia
1 paket tepung kacang hijau
Gula halus
Minyak masak
Putih telur

Goreng tepung kacang tanpa minyak hingga kekuningan. Setelah diangkat, campur dengan gula halus dan gaul hingga sebati.
Potong kulit popia kecil-kecil dan gulung. Sapu putih telur supaya gulungan itu melekat.Kemudian goreng sehingga kekuningan.
Setelah sejuk, campur dengan tepung kacang hijau yang dicampur gula tadi.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan pada pagi hari raya untuk 10 orang.

Tambahan:
Elakkan kulit popia terdedah di kawasan kering supaya tidak susah
untuk menggulungnya.

Biskut Chocolate Chips
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 butir telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder
2 1/2 cawan oat - dikisar halus
1/2 sudu teh garam
4 auns (lebih-kurang separuh ketul) coklat masakan - diparut
8 auns chocolote chips (lebih-kurang 1 paket kecil)
1 1/2 cawan walnut - dicincang
1 cawan gajus - disangrai dan dicincang

Pukul mentega dan kedua-dua jenis gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Masukkan esen vanilla dan pukul rata. Masukkan tepung, soda, baking powder, oat dan garam. Gaul rata (boleh guna tangan/senduk kalau mesin kek dah tak terdaya). Masukkan coklat parut, chocolate chips dan kekacang. Gaul rata. Bentukkan mengikut citarasa anda (tapi jangan besar sangat sebab biskut ni mengembang sedikit). Aturkan dalam loyang pembakar dengan jarak 1/2 inci antara setiap biskut. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190 darjah Celsius selama 10 minit.
Biarkan sejuk sedikit dalam loyang sebelum diangkat ke atas redai kek untuk sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Puding Senja
1 tin buah-buhan koktel - diasingkn air dan buahnya
30 gm agar-agar (1 bungkus)
1 cawan susu cair
4 cawan air
2 biji kuning telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Hiasan:
Buah kiwi dan strawberi (jika suka)

1. Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar hancur.
2. Masukkan gula dan biarkan larut.
3. Sementara itu dalam bekas lain pukul seketika susu cair, air buah-buahan koktel dan kuning telur kemudian tuang ke dalam adunan agar-agar tadi. Biarkan mendidih.
4. Padamkan api dan masukkan buah-buahan koktel.
5. Padamkan api dan masukkan buah-buahan koktel.
6. Tuangkan adunan ke dalam bekas puding.
7. Hias dengan buah-buahan segar.

PIZZA CRACKERS
32 keping biskut cream crackers
4 sudu makan susu tepung
475ml air panas
100gm keju dipasak
100gm lada sayur potong dadu (1 biji green pepper)
3 biji bawang besar potong dadu
2 biji buah tomato hiris bulat
3 biji telur rebus
2 biji telur untuk disiram atas pizza
250gm daging cincang
3 sudu teh tomato puree
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa dan minyak

1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang dadu, daging, tomato puree, lada putih garam dan sedikit air. Masaklah hingga hampir kering lalu masukkan lada sayur balik-balikkan, angkat dan sejukkan.
2. Alas loyang 11x11x1 inchi dengan aluminium foil dan sapukan sedikit butter di permukaannya.
3. Celupkan 16 keping biskut ke dalam susu lalu susun dalam loyang, tabur daging, telur rebus, tomato, keju dan siramkan rata-rata 1/2 bahagian telur. Celupkan lagi 16 keping lalu tutup atas pizza , tekan dan siramkan lagi 1/2 bahagian telur.
4. Tekan sedikit lalu bakar lebih kurang 20-30 minit.

Dadih
susu segar 1 liter atau
susu tepung dibuat 1 liter (ikut sukatan kepekatan di tin)
agar-agar satu genggam - 5-6 urat
gula 2 senduk atau lebih ikut suka(senduk gulai biasa)
sedikit garam
air - 2 cawan
2 helai daun padan.

Rebus agar-agar bersama-sama air sehingga hancur semua agar-agar tersebut kemudian masukkan susu dan sedikit garam,biar sekejap kemudian masukkan gula dan daun padan,tunggu sambil kacau sedikit sehingga susu hampir mendidih tapi jangan sampai mendidih lama sangat tutup api dapur dan boleh di tuang kedalam acuan sambil di tapis dengan penapis teh yang kecil. Kalau suka ada perasa boleh diletak perasa tersebut (contoh koko atau jagung) sebelum api ditutup.

selamat mencuba...dan jangan terlalu banyak agar-agarnya nanti tak jadi dadih tapi jadi agar-agar susu pula.

Kek Kurma Oren
12 biji telur
500 gm mentega
500 gm gula
500 gm serbuk badam
200 gm kurma - dikisar
120 gm tepung gandum
100 gm kulit limau - diparut

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji sehingga habis dan putar lagi sehingga ia kembang
3. Tambahkan tepung gandum, serbuk badam, kurma yang telah dikisar dan parutan kulit limau. Putar sehingga ia sebati.
4. Bakar dalam suhu 180 C antara 30 hingga 45 minit.
5. Setelah sejuk hias dengan ising jika suka.

Kek Pisang
2 cawan tepung gandum
1.1/2 cawan minyak masak
1.1/2 cawan gula pasir
2 cawan pisang emas yang dihiris nipis.
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar baking soda
8 biji telur ayam

Pisang dicampur dengan minyak dan gula, kemudian masukkan dalam blender dan kisar halus. Tuangkan dalam mangkuk adunan. Kemudian blender telur pula hingga hancur.
Campurkan telur tersebut kedalam adunan pisang tadi. Kemudian gunakan pengadun kek dan pukul hingga sebati, masukkan tepung yang telah diayak dengan baking soda dan garam. Kacau hingga rata.

Sapukan loyang pembakar dengan mentega, kemudian masukkan adunan tadi. Bakar dengan api yang perlahan selama lebeh kurang 50 minit-60 minit.

Nota: Kek ini lebeh baik dibakar dalam loyang yang berlubang ditengah (loyang kuih bakar) Lihatlah hasilnya.

Steamed Fruit Cake
5 biji telur
1 kotak buah-buahan (big sister brand)
1 tin mentega (golden churn - agak 454 gm)
2 sudu teh carbonate of soda
4 sudu teh cream of tartar
600 gm tepung gandum
1 cawan gula (untuk digoreng tanpa minyak atau dijemur)
2 cawan gula halus
1/2 biji buah pala (ditumbuk/parut)
1 sudu besar essence oren

1. Ayak tepung , carbonate of soda, cream of tartar dan buah pala, kemudian digaulkan bersama buah-buahan.
2. Pukul mentega sampai puteh
3. Pukul telur dan gula halus. Jangan terlalu kembang. Kemudian masukkan bahan (1) dan (2), gaul rata.
4. Masukkan esen oren. Akhir sekali masukkan gula goreng. Gaul rata dan dikukus selama 4 jam. Loyang harus disapukan mentega dan ditutup dengan aluminium foil supaya air wap kukusan tidak masukkan kedlm kek.

Peringatan: Mesti panaskan tempat kukusan dahulu sebelum masukkan bahan kek. Dan baru tambah air kukusan dari masa ke semasa dengan pengunakan air panas/mendidih.

Resepi Fish Fillet sumbangan dari Puan Suria

Hidangan ni juga boleh dipanggil Fish and Chips.....cuma perlu gandingkan Fillet Fish ni dengan French Fries. Terima kasih pada Puan Suria(MealTimeMenus) kerana sudi berkongsi resepi. Sebenarnya, Chetam memang teringin nak buat resepi ni sebab ikan Dory yang diperlukan memang ada dijual kat Giant Kajang. Masalahnya sekarang, suami Chetam tak makan western food......hehehehe....

Apapun.....berikut adalah resepi Fish Fillet :

"Chetam quote"

Menu ni kalau order kat restaurant cost u at least 12.90. Beli fish fillet from giant or macro, ikan DORY, ikan lain tak sedap. murah aja dalam bahagian frozen fish yang biasa sekali dgn salmon, mackarel. dah siap siang tak ada kulit pun daging aja. dua keping panjang RM5.++ aja.

So defrost ikan tu dulu, potong ikut size yang suka, letak dalam bowl pecahkan sebiji telur + garam+ kunyit, lada sulah, gaul rata= letak atas breadcrumbs-golden punya breadcrumbs...golekkan sampai rata letak atas loyang dah siap sapu mentega. then bake. kalau nak masak atas api guna frying pan boleh gak tapi nanti serbuk breadcrumbs tu ada yang jatuh. bake senang tapi lambat sikit. Ikan ni sama rasa cam fish fillet kat mcdonald.

Dinner boleh makan fish fillet ni + soup mushroom tadi + garlic bread. baru ngam.

Then tambah salad;
parut kobis/ lettuce + tomato, carrot- gaul dgn thousand island salad dressing. salad ni kalau kat KFC cost u 3.50 per pack yang boleh makan sorang, buat sendiri boleh makan satu family.
or fruit salad, masuk aja buah apa you all suka, lastly letak dressing thousand island tu.

Kalau rajin lagi boleh buat potato bake or alamak lupa lah potato lenyek tu..

Bake potato
Kentang, lagi sedap kalau kentang US/Idaho, tapi kentang biasa pun sedap gak. potong belah lapan, supaya tak tebal sangat. gaul dgn garam+kunyit, oregano+ parsely+ b.putih, nak pedas letak serbuk pafrika, letak atas loyang dah sapu marjerin, atas potato tu letak sikit2 marjerin. then bake potato ni kalau kat carrefour cost 29.90/ kg, penah beli menyumpah mahal bukan susah sangat nak buat!

potato lenyek ( nama khas ni)
kentang potong kecil rebus, keluarkan lenyek + marjerine+ garam + lada sulah. nak letak susu sikit pun boleh, saya ni masak ikut apa ada dlm peti ais dan alamari kabinet kat dapur..then boleh curah dgn chicken gravy - ada jual serbuk instant ni color dark brown, serupa cam kat kfc tu lah, brand knor. kalau tak buat sendiri.
kiub ayam knorr+ air+ t.jagong= gaul dulu baru letak atas api, kacau sampai pekat curah atas potato lenyek ni. air dlm secawan aja for 1 cube knorr.

menu semua ni saya biasa masak time sahor...anak bertuah berbuka time dah sakan makan masakan melayu, sahor time nak western pulak...tak mau nasi ..hari biasa pun buat gak tak sekerap bulan puasa tu lah.

ok selamat mencuba

"Unquote"

Ini pula resepi mushroom soup yang diperkatakan oleh Puan Suria dalam resepi Fifh Filletnya. Resepi ini adalah sumbangan Puan Zubaidah juga dari MealTimeMenus.

Mushroom Sup

1 biji bawang besar di hiris nipis
1 sudu besar tepung gandum
Mushroom 1 tin dimayang nipis2
1 kotak susu segar
1 ketul kuib perasa ayam
garam
sedikit minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang agak2 kekuningan jgn sampai hitamm. Kemudian masukkan mushroom. kacau rata dan masukkan tepung gandum. curahkan susu segar tadi. Terpulang ...kalau nak banyak....taruh susu lebih. dan last kiub ayam tadi. Kacau dan tambah garam. Sedapp kacau biar pekat sikit tau baru stop.. memang sedap sebab resepi nie dari kelas memasak...chef dia dari coffee bean....selamat mencuba

Nota dari Chetam : Kalau malas nak masak sup, senang bangat.........beli jer sup segera Campbells. Cuma tambah air panas saja. Ada 3 perisa iaitu Mushroom, Ayam dan Jagung.

Resepi yang berikutnya juga dari Puan Suria :

CHICKEN CHOP
**************

4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa
minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

Cara-caranya :
1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

SOS GRAVY
*********

150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dpt di s/mrkt - dlm pkt)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)

1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stokayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.

June 02, 2005

Lagi koleksi Kerabu dari MDC.

Untuk Diha, rasa resepi yang pertama ni merupakan resepi yang Diha cari.

SOM TAM [KERABU BETIK] - Kak Liza

Bahan
1 biji betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad
1 biji tomato [ dibelah lapan]
4 tangkai cili padi [racik halus]
50 gm udang kering [ditumbuk kasar ]
3 sudu besar kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
1 labu kecil bawang besar [mayang]
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil jusnya
Gula mengikut rasa

Cara:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.

Kerabu Seafood - Nafizah

40gm Sotong
30gm Udang
40gm Kepah
30gm Cili Merah (dipotong kecil)
10gm Bawang Putih (dipotong halus)
45gm Nampla (sos ikan)
45gm Jus Limau Nipis
15gm Gula
10gm Serai
1 Helai Daun Limau Purut
30gm Daun Bawang
10gm Bawang Besar (dipotong Bulat)
20gb Lobak Merah
5gm Daun Pudina

CARA MEMBUAT

1. Rebuskan semua makanan laut.
2. Campurkan cili merah,bawang putih,nampla (sos ikan),jus limau nipis,gula,serai, daun limau purut,daun bawang,bawang besar yang dipotong bulat,lobak merah dan daun pudina.
3. Apabila kesemua siap dicampur masukkan pula kesemua makanan laut yang telah direbus.

Kerabu Rambutan - Nafizah

1 Mangkuk Rambutan (dibuang biji)
½ Mangkuk Tauhu (dihiris)
½ Mangkuk Udang
¼ Mangkuk Timun (dihiris)
2 Sudu Daun Parsli Cina
2 Sudu Daun Bawang
1 Biji Tomato (dihiris)
1 Batang Lobak Merah
1 Sudu Kecil Cili
1 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Jus Limau Nipis
1 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
1 Sudu Besar Cili Hijau


CARA MEMBUAT

1. Gaulkan gula, jus limau nipis, sos ikan dan cili hijau yang telah dikisar.
2. Masukkan rambutan, tauhu goreng, timun yang telah dipotong serta udang ke dalam mangkuk.
3. Campurkan kesemua campuran tersebut di dalam satu mangkuk.
4. Sedia dihidang.

KERABU MANGGA - Kak Liza

1 biji mangga
7 biji ciliapi...kalau nak pedas boleh tambah
2 biji cili merah
5ulas bawang merah
2 s/b udang kering
1/2 cawan kacang tanah [goreng dn tumbuk kasar]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
gula and garam secukup rasa
2 s/b jus limau kasturi

1. Mangga dicincang sehingga halus.
2. Bawang dimayang/cili dipotong nipis
3. Gaulkan semua bahan tadi.
4. Masukkan sos nampla/ikan, garam dan gula secukup rasa..
5. Perahkan limau nipis dan taburkan kacah tanah.
6. Hidangkan ngan ikan goreng dan nasi putih.

KERABU JANTUNG PISANG - Kak Liza

1 biji jantung pisang[rebus sehingga lembut........hiris]
250 gm perut lembu[rebus sehingga lembut..hiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya

1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah..................]
cili api & cili merah.....]
sedikit belacan
garam
gula

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

KERABU PERUT - Kak Liza

10 tangkai kacang panjang(dipotong kecil/pendek2])
1 mangkuk tauge [bersihkan kakinya]
500 gm perut lembu[rebus sehingga lembut & hiris ]
½ biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai [mayang halus]
2 labu bawang besar[mayang]
1/2 cawan santan pekat
2 biji limau nipis [ambil air saja]
garam
gula

bahan tumbuk
2 s/b udang kering
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah

Cara:
1. Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil.
2. Taugeh dan kacang panjang dicelur lembut.
3. Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi ditumbuk hingga halus.
4. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik.
5. Masukkan perut lembu, bawang besar, kacang panjang & tauge.
6. Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata.
7. Hidangkan bersama nasi putih.

URAP - Kak Liza

Bahan
1 btg lobak merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [mayang halus]
200 gm taugeh [bersihkan kakinya & celurkan]
500 gm kerang [rebus dan ambil isinya]

Bahan Sambal
5 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1/2 biji kelapa parut [goreng sikit]
3 biji limau nipis [ambil airr]
gula
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dalam magkuk.
2. Masukkan air limau.gula dan garam.
3. Masukkan isi kerang dan gaul rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih.

KERABU PEGAGA - Kak Liza

pegaga...rendamkan supaya bahan lain akan terasing..pastu hiriskan halus
kelapa parut ...............]
ikan bilis/udang kering....]
sambal belacan.............]. ditumbuk
bawang merah ............].
sikit lada hitam..............]
garam..gula

cara
Tumiskan sket bahan yg ditumbuk sehingga agak garing.
Masukkan pegaga dan tutup api...jgn sampai layu sangat.
Angkat dan hidangkan.

KERABU TIMUN BERSANTAN - Kak Liza

400 gm timun.....buang tengah dan hiris nipis
50 gm udang kering... ]
3 biji cili merah............]tumbuk
5 ulas bawang kecil....mayang
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara:
Gaul rata semua bahan dan hidangkan.

KERABU BELIMBING - Kak Liza

buah belimbing buluh..ikut suka...lagi banyak lagi masam..
2 biji bawang besar ] dimayang
1 pokok daun bawang ]
1/2 cawan pati santan
udang kering ]
1 inci belacan ] ditumbuk
2 biji cili merah ]
5 biji ciliapi ]
Sedikit garam
secubit gula..untuk seimbangkan masam buah belimbing

1. Belimbing dihiriskan kecil dan dibasuh dengan sedikit air garam
kemudian ditoskan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan dedalam sebuah mangkuk.
3. Tuangkan santan dan gaul rata-rata.
4. Rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan ikan bakar...nyum..nyummm

KERABU DAUN SELOM DAN ULAM RAJA - Kak Liza

Bahan
1 ikat daun selom
1 ikat daun ulam raja
2 labu bawang besar
[semua ni dibersihkan dan dimayang halus]

5 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit belacan
udang kering
[semuanya ditumbuk halus]

1 cawan kelapa parut [muda]
air asam limau nipis
gula dan garam secukupnya

Cara:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar
dan rasakan masin dan manisnya.

JELATAH atau KERABU NENAS - Kak Liza

1 biji nenas muda
2 biji timun
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan kacang tanah goreng [tumbuk ]
gula
garam


bahan tumbuk/mesin kasar
5 tangkai cili merah
2 s/b udang kering
2 ulas bawang merah
1 cm belacan

cara
1. Nenas dan timun dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sedikit garam
3. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan kemudian hidangkan.

KERABU TUNA - Kak Liza

120 gm tuna dalam air [hancurkan]
120 gm carrot
120 bunga kobis/kobis biasa
1 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
2 biji cili merah [cincang]
garam

Cara membuat
1. Sayur dipotong kecil dan halus dan kukuskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan roti fiber atau ratah saja

KERABU TERUNG - Kak Liza

4 biji terung panjang..potong kecil....celur/rebus/bakar dan buangkan kulitnya
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah........]
1 biji cili merah...................] mayang halus

3 biji cili merah ]
sket belacan ]
2 biji cili api ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam ]
garam

Cara membuat
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan.

KERABU TAUGEH atau PUCUK PAKU - Kak Liza

bahan
300 gm perut lembu (perut yang tebal seperti tuala)
2 sm halia
500 gm taugeh
1 labu bawang besar
2 s/b kerisik
1 cawan kelapa digiling
3 biji cili merah
Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
1 labu bawang besar[mayang]
Asam limau
garam & gulasecukup rasa
Belacan sebesar ibu jari

Cara membuat
1. Perut hendaklah direbus dgn halia dan garam sehingga lembut.
2. Kemudian dipotong kecil.
3. Cili dan belacan ditumbuk halus untuk dibuat sambal.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal, kerisik.
5. Gaulkan sekali perut lembu, taugeh, garam, gula dan asam limau.
6. Hidangkan dlam pinggan.

Puding Ais Krim dr Kak Liza


Bahan
120 gm gula pasir
3 biji telur (diambil kuning sahaja)
60 gm serbuk badam
850 ml air
500 ml susu segar
50 gm tepung jagung
3 s/besar serbuk agar � agar
350 gm aiskrim perasa vanila
2 s/kecil pati strawberi
sedikit pewarna merah
buah strawberi (untuk hiasan)
daun pudina (untuk hiasan)

Cara Menyediakannya
1. Pukul gula dan kuning telur sebentar, campurkan tepung jagung
dan badam serta sedikit susu, kacau rata.
2. Tuangkan air, baki susu segar dan serbuk agar � agar ke dalam
periuk.
3. Masukkan campuran tepung jagung, kacau di atas api perlahan
sehingga pekat, apabila ia mendidih, angkatkan.
4. Masukkan aiskrim dan kacau segera, bahagikan dua.
5. Tuangkan satu bahagian ke dalam acuan yang sudah dibasahkan.
6. Campurkan pati strawberi dan pewarna merah ke dalam bahagian
yang satu lagi,tuangkan ke atas puding.
7. Biarkan ia keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan
dihidangkan.
Posted by Hello