Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 13, 2005

STEAM BOAT ORIGINAL PAK AMIR

Assalamualaikum

Atas permintaan Suria, berikut adalah cara-cara penyediaan Steam Boat. Resepi ini disumbangkan oleh tuan punya yahoogroup Restoren Pak Amir iaitu Pak Amir sendiri. Chetam tak ubah apa-apa melainkan gambarajah yang disertakan sebab resepi original tu, gambarajahnya berulang-ulang.

1. PENYEDIAAN SUP
Di peringkat pertama ini ialah kita perlu tahu bagaimana hendak menyediakan supnya. Sup sangat penting kerana ia merupakan bahan utama untuk memasak lauk yang ada nanti. Penyediaan sup yang tidak selasi dengan citarasa Steam-Boat akan merosakkan keseluruhan juadahnya nanti.

Penyediaan sup amat mudah, dapatkan satu rangka ayam (boleh diperolehi dipasar) dan rebuskannya dengan 4 - 5 liter air dalam periuk. Tidak perlu ditumis atau buat apa-apa, hanya potong rangka ayam itu kepada beberapa bahagian dan masukkannya ke dalam periuk dan masak selama 1.5 - 2.0 jam sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 1. Anda juga boleh masukkan beberapa ketul isi sengkuang jika mahukan kemanisan tambahan.



Selepas tempoh masakan tamat, asingkan (buang) semua tulang-tulang ayam itu sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 2 dan kemudian masukkan 3 - 4 sudu teh garam (secukup rasa).



Selesai bahagian Sup. Sup ayam ini akan dipindahkan ke dalam periuk nasi sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 3 dan hidupkan aliran elektrik periuk nasi elektrik tersebut. JANGAN GUNA PERIUK NASI NON-STEAK NANTI KULIT UDANG / LAUK PAUK AKAN MEROSAKKAN PERIUK TERSEBUT NANTI.



1. Bahan-bahan
Secara kasarnya, segala jenis lauk boleh dijadikan sebagai sasaran bahan Steam-Boat. Namun biasanya beberapa bahan utama dipilih. Sila rujuk lagi 4 gambarajah yang dikepilkan bersama. Bahan-bahannya semua dipotong besar-besar begitu.

Bahan-bahannya :
Berbola ikan
Berbola Sotong
Berbola Ketam
Kek Ikan
¨ (Segala jenis berbola dan kek ikan yang halal boleh diperolehi di mana-mana pasaraya dalam bungkusan siap tanda hala di situ)
Udang - (Dikunting janggut)
Sotong - (Dibelah dua memanjang, asingkan kepala sotong dan buang matanya)
Cuttlefish (Sotong Kembang)
Ayam - (Dibuang tulang dan dipotong memanjang)
Sea Cucumber
Tau-hu Keping
Cendawan
Mee kuning
Bihun - (direndam dan dilembutkan dulu)
Telor ayam
Wan Tan - (Resipi Cara membuat Wan-Tan pernah disiarkan sebelum ini, tak ada pun tak apa!)Aneka sayur - (Selalunya lobak putih atau sawi pendek macam dalam gambarajah, daunnya biar sehelai besar-besar)



Dan, tidak kurang pentingnya iaitu sos cili. Pak Amir malas nak buat sosnya. Anda boleh buat sosnya daripada resipi yang pernah disiarkan sebelum ini, sos cili Cf. Wan. Pada Pak Amir, terdapat satu sos cili yang begitu sesuai untuk hidanganan ini ialah Sos Cili Deli'sCf yang boleh diperolehi dari mana-mana kedai Cosway. (Pak Amir beli daripada Mak Amir sahaja sos cili enak ini...hehehe)

1. Penyediaan/cara memasak
Dalam bab 2 tadi, segala bahan telah disediakan dan dihiaskan atas piring dilapit dengan daun sayuran. Dalam bab penyediaan Steam Boat ini pula, ianya mudah tetapi perlu sedikit kesabaran.



Selepas dimasukkan bahan lauk tadi, tutup tudung periuk nasi dan sabar menunggu sehingga ianya mendidih dalam masa lebih kurang 5 - 10 minit.

Selepas kelihatan periuk nasi dan mula berasap (bukan terbakar yer), segera buka tudung periuk nasi, jangan tunggu lama-lama nanti lauk kurang manisnya. Lihat gambarajah 6.



Di peringkat ini, ianya boleh dihidangkan 3 - 4 orang dan boleh keluarkan semua lauk dalam periuk nasi dan, masukkan semula sebahagian lagi lauk mentah yang masih belum dimasak. Ulangi proses penyediaan semula sementara sedang menikmati juadah Steam Boat buat round pertama.

Bila hampir selesai masak round pertama, rasanya lauk dalam periuk nasi tadi dah mula masak, dan sekali lagi buka tudung periuk nasi untuk hidangan round ke 2 segera.

1. Kemuncak Hidangan Steam Boat Original Pak Amir
Dah di peringkat ini bolehlah kita makan yer... musim hujan-hujan sejuk gini memang tangkap maut gituh dengan Steam boat Original Pak Amir.

Lihat gambarajah SteamBoat Hidangan 1 yang Pak Amir kepilkan.
Masukkan separuh/sebahagian daripada setiap piring lauk (termasuk sayuran) tadi ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan sup, jangan lupa hidupkan aliran elektrik periuk nasi tadi (jangan bimbang switch periuk nasi tidak akan naik dan matikan arus elektrik).



MUSTAHAK

Setelah semua lauk dimasak dan dimakan, cuba anda minum sup dia pula kali ini. Emmm...sungguh-sungguh manisnya sekali. Sangat berkhasiat sekali. Segala khasiat lauk ada dalam sup tersebut. Waktu ini, anda boleh masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya, ulangan proses penyediaan memasak tadi. Bila dah masak, boleh makan bagi sesiapa yang masih belum kenyang lagi.

Aaarrrkkk...Alhamdulillah, dah Pak Amir dah kenyang nih. Korang bila lagi…?

Jadikan Hidangan Steam Boat Original Pak Amir sebagai satu kenyataan dan dihidangkan di rumah bersama keluarga anda hujung minggu juga! Jangan lupa...

- TAMAT -
Sekian, wassalam.Pak Amir Pak Dollah.


Chetam dah jumpa resepi sos chili yang Pak Amir nyatakan di atas. Sos chili dari Chef Wan yer....

SOS CHILI CHEF WAN
Bahan-bahan A
8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk

Cara-cara membuat
Di dalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk.

8 comments:

  1. memang best resipi steam boat original pak amir.. i dah try..

    disini,i nak promote kat u all yang bhn-bhn steamboat &yong tau foo halal buatan bumiputera boleh didapati di
    no. 77, jln utarid U5/22,
    kawasan industri mah sing,
    seksyen u5, shah alam.

    atau u all boleh contact
    019-6201507 (lyn) atau
    019-3282235 (syed abdullah)

    gerenti halal punya.. marilah sama-sama bantu industri kita!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:08 pm

      alhamdulilah .. bukan senang nk dpt brg2 halal nie.. hidup Islam.. Allahu Akhbar

      Delete
    2. Anonymous8:25 pm

      saya tinggal di kedah...boleh hantar ke

      Delete
  2. msak hngge " 15 - 20 jam"?lame tu .

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:21 am

    apa pula 15-20jam. baca betul betul la. 1.5-2.0 jam tu maknanye 1jam setengah hingga 2 jam la. masak apa sampai 15-20 jam. agak agak la

    ReplyDelete
  4. Pergh, special betul nama resepi steamboat nie. Restoran Pak Amir tu kat mana ya?

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:18 am

    tgh sedap2 baca, tetiba steam boat dah jadi steam boar(khinzir hutan) arghhh.. bhy gak typo ni.. tgh semangat nak mencuba ni. terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah...kesalahan.typo.dah.dibetulkan....thanks

    ReplyDelete