Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


Showing posts with label Mee dan Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee dan Pasta. Show all posts

March 16, 2007

SPAGHETTI BOLOGNAISE VERSI MELAYU



SPAGHETTI BOLOGNAISE VERSI MELAYU
Sumbangan : Roziyati Rnet

I pkt Sphagetti
1/8 cawan minyak makan

Bahan tumis
1/2 cawan minyak makan
2 sudu besar cilli boh
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1 tin kecil tomato puri
1/2 botol tomato sauce
1/4 botol cilli sauce
1/2 kilo daging kisar
2-3 keping asam gelugor

Bahan Dihiris Nipis
1 tin mushroom butang
8 batang anak jagung
1 pkt kacang parang (kacang peas yang nipis bentuk cam parang)
1 biji capsicum hijau
100 gm cauliflower

Bahan Dipotong Dadu
2 labu bawang besar
2 biji buah tomato

Bahan Perasa
Gula dan Garam secukup rasa
Dedaun berikut 1/2 camca teh dah cukup
Daun Oregano
Daun Basil
Daun Terragon
Daun Chives
Parsley
Thyme.
Jgn juga lupa cheese untuk taburan (Tips: Suka gunakan Cheese buku Cheddar Kraft punya dan disagat sebab lebih lemak berbanding Parmesan Cheese)

Tabasco - ikut rasa sendiri suka pedas ke tak

Cara-cara

1. Jerang air + minyak makan hingga mendidih dalam periok dan masukkan sphagetti. (Tips: Pastikan sphagetti tidak melekat antara satu sama lain. Jadik kena kacaulah...). Rebus hingga tanak dan tapis (jgn lama nanti terlalu kering sphagetti tak mengancam gitu).

2. Kalau suka boleh gaulkan ngan butter atau marjein skit dalam 1 sudu besar (masa tengah panas2).

3. Tumis bahan2 tumis hingga garing dan masukkan tomato puri, tomato sauce dan cilli sauce. Gaul hingga rata.

4. Bersihkan daging kisar dan masukkan dalam bahan sos tadi (Tips: ramaskan daging dalam 2 cawan air supaya daging tidak berketul2 dan sauce nie cantik)

5. Kecilkan api, renehkan dalam 5 min. Masukkan asam gelugor dan mushroom. Biarkan sekejab dan masukkan anak jagung dan dituruti ngan cauliflower. Bila dah sebati masukkan kacang parang, capsicum, bawang besar dan tomato. Reneh lagi hinggá betul2 sebati. Masukkan bahan perasa. Biarkan lagi (Tips: Lagi sedap bila kita renehkan dengan lebih lama..atau biarkan semalaman …cam asam pedaslah, lagi lama kita panaskan lagi sedap). Kalau terlalu pekat bleh tambah air. Ikut suka kecairan masing2.

6. Hidangkan dengan taburan cheese cheddar yg disagat.

SPAGHETTI BOLOGNESE
Sumbangan : Ana Restoren Pak Amir

1 Bungkus spaghetti
1 tin tomato puree
1 tin tomato sup- kalau ada & suka
400g minced meat
mixed herb......oregano/1 helai daun bay
2 biji bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1 batang carrot-potong dadu
1 biji terung bulat-potong dadu (optional)
125 g keju parmesan-jika suka (boleh diganti dgn cheddar)
3 camca minyak - ikut suka
sedikit garam
sedikit sebuk lada hitam-jika suka

Cara Membuatnya:-

1. Rebus spaghetti dlm air yang mendidih dan di campur sedikit garam & minyak supaya tidak melekat sampai spaghetti tu lembut.
2. Tumis separuh daripada bawang besar dan bawang putih tu sampai naik bau dan agak kekuningan.
3. Masukkan daging (minced meat) dan selepas tu masukkan kesemua bawang tadi.
4. Masukkan pula tomato puree tunggu sampai mengelegak........
5. Masukkan pula tomato sup, mixed herb/daun bay/oregano, garam dan lada hitam.
6. Lastly masukkan kesemua veges. and serve hot with grated parmesan cheese.

SPAGHETTI BOLOGNAISE
Sumbangan : Diana

(Untuk 6 hidangan)

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1 pound daging cincang
3/4 cawan bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
1/4 cawan minyak zaiton
2 (28 oz) tin tomato yang telah dibuang kulit (boleh dapat di supermarket)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai bay leaf
1 (6 oz) tin pes tomato
3/4 sudu teh basil kering (dried basil)
1 sudu besar dried parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-caranya
Rebus spaghetti mengikut cara yang ditunjukkan dipaket. Panaskan periuk dengan api sederhana, tuang minyak zaiton dan tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan tomato, garam, gula dan bay leaf. Tutup periuk dan biarkan api kecil. Biakan ia untuk 90 minit. Masukkan pes tomato, dried basil, dried parsley dan lada hitam dan juga daging cincang dan masak untuk 30 minit. Kemudian boleh dihidangkan bersama spaghetti dan taburkan dengan parmesan cheese.

SPAGHETTI SEAFOOD
Sumbangan : Diana

Bahan-bahan

1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

Cara-cara
Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
Masukkan udang dan sotong.
Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
Hiaskan dengan daun parsley.


SPAGHETTI

Sumber: Asmah Laili
Sumbangan : Diana

Bahan-bahan untuk Mee Spaghetti
1 kotak (500 gm) spaghetti
4 sudu makan minyak zaitun
secukup air rebusan
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah
400 gm bawang besar, didadu
200 gm kentang, didadu
200 gm cendawan shitake, dihiris
300 gm bunga kobis, dihiris
12 batang jagung muda, dihiris
2 batang lobak merah, diparut

Dikisar dengan sedikit air
20 batang lada kering
200 gm bawang besar
20 gm bawang putih
10 gm halia

Bahan-bahan lain
1 kg daging kisar
170 gm tomato paste
500 gm sos tomato
300 gm cili sos
3 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
2 tin tomato biji (whole peeled tomatoes)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh Italian spice
2 helai Bay leaf
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara menyediakan Spaghetti
Didihkan air dalam periuk. Masukkan spaghetti kering kedalam air rebusan hingga tenggelam. Masukkan garam dan dua sudu makan minyak zaitun. Biarkan ia mendidih dan kacau selalu, supaya semuanya rata.
Bila spaghetti sudah betul-betul lembut, angkat dan toskan. Dan segera lumurkan dengan dua suduh makan minyak zaitun.
Untuk mengetahui kelembutan spaghetti yang direbus, ambik sedikit dan gigit, jika ia tidak lagi liat dan mudah digigit, bererti ia sudah boleh ditoskan.

Peraturan untuk kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah kisar hingga garing. Masukkan pelaga, bunga cengkih dah kayu manis. Gaul rata hingga naik bau. Masukkan tomato biji, tomato paste, bawang dadu dan daging cincang. Biarkan ia mendidih sambil pecah-pecahkan tomato bijinya. Masukkan Bay leaf, oregano dan Italian spice dan kacau rata.

Setelah itu, masukkan semua sayur-mayur kecuali bunga kobis. Jika ia terlalu pekat, masukkan 1 cawan air. Kacau lagi. Kuah spaghetti ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangit. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

Ahkir sekali masukkan hirisan bunga kobis dan kacau rata. Kuah spaghetti ini haruslah pekat, tetapi tidak kering bergintil-gintil. Rasanya haruslah pedas, manis, masam dan lemak.

Cara menghidang
Semasa menghidang, letakkan mee spaghetti dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya. Untuk sedap lagi rasanya taburkan hirisan cili padi.

SPAGETI ALA MELAYU
Sumbangan : Lanee Abdul OnTheMenus

Bahan-Bahan :
3 labu bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - mayang
* 2 batang daun saleri - cincang
* 1 biji lada hijau - cincang
* 2 batang lobak merah - hiris halus
* 125 gm cendawan butang
# 4 biji tomato - hiris agak halus
# 2 biji cili hijau - tumbuk
# 3 sudu besar tomato puri
# 250 gm daging cincang
2 sudu besar gula pasir
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 bungkus spageti
Sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Masukkan bahan bertanda *. Kacau sebentar.
Masukkan pula bahan bertanda # dan air secukupnya.
Masukkan gula, garam dan lada sulah. Kacau sebati.
Biar kuah agak pekat dan angkat.

Cara Menyedia Spageti :
Didihkan air bersama garam dan masukkan spageti.
Masukkan 1 sudu besar minyak bila hampir lembut. Toskan.

Spageti Berkuah
Sumbangan : Anjung 99 OnTheMenus

Bahan-bahannya:
850 ml air
200 ml santan
4 sudu besar minyak masak
2 kuib pati tom yam
2 camca besar kerisik
1 camca teh gula
garam

Bahan dikisar:)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
4 biji cili merah
4 sudu besar bawang goreng

Cara membuatnya:
•panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. masukkan air, santan, pati tom yam, kerisik, gula, garam. Kacau dan biar mendidih. Reneh selama 10 minit. siap.

300 gm Spaghetti
rebus ikut arahan bungkusan.

•Hidang di hias dengan lobak merah parut, telur puyuh rebus atau telur ayam, tomato & limau kasturi.

SPEGHETTI MARINARA
Sumbangan : Diana

Bahan-Bahan
1 paket spaghetti mentah
bawang putih
100g udang
100g sotong di potong halus
300g kupang yang sudah dibersihkan
garam
chili paste
minyak zaiton

Cara Cara
Rebus spaghetti hingga lembut. Panaskan minyak zaiton dan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong kupang dan gaul ramuan tersebut bersama garam secukup rasa dan chili paste. Masukkan speghetti yang telah lembut itu dan gaul hingga rata.

Nota Kaki Chetam : Chetam suka makan spaghetti tapi Chetam masak cara mudah guna yang readymade jenama Preego, Maggi atau Kimball. Dan paling Chetam suka bila tambah daging cincang. Perghhh.......

March 22, 2006

BEEHOON HONGKONG


Sumbangan : Diana ResepiNet
Gambar : Diana ResepiNet

Bahan-bahannya
1 bungkus mee hoon, dicelur dengan air panas dan toskan
150 gram udang, dibersihkan
150 gram sotong, dibersihkan, dibuang hitamnya dan potong bulat
150 gram daging, dihiris nipis
1 ikat sayur sawi, dipotong lebar 3 inci
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan betul2 masak. Masukkan sos tiram dan gaul rata bersama garam dan juga serbuk perasa.
2. Masukkan pula daging dan sotong dan juga 1 cawan air. Biarkan daging dan sotong masak.
3. Kemudian masukkan udang pula, biarkan udang masak sebentar. Masukkan pula sayur sawi. Gaul rata.
4. Masukkan mee hoon yang telah dicelur dan gaul kesemuanya hingga sebati. Angkat dan hidangkan dengan cili jeruk.

Nota: Kalau suka mee hong kong yang agak basah boleh lebihkan air dan sos tiram, dan gaul mee tersebut basah2 gitu dan hidangkan. Sedap.

CILI JERUK - Hiris 6 batang lada hijau kasar, masukkan dalam periuk. Tuang cuka agak2 cili dah tenggelam dan masak atas api sehingga cili bertukar warna. Kemudian tutup api dan sedia pun cili jeruk tu.

Posted by Picasa

December 12, 2005

Mac n Cheese Puteri Dee

Resepi Mac n Cheese ni dari Puteri Dee ResepiNet. Ianya telah ditulis kembali oleh Jeni dan yang Chetam paparkan di bawah adalah olahan dari Diana. Gambar pun dari Diana. Mac n Cheese yang Chetam buat tu, Chetam masukkan dalam mangkuk foil yang kecil. Senang budak2 nak makan. Mangkuk foil tu Chetam beli dari kedai Bagus Kajang, RM4.80 untuk 100 mangkuk. Kalu nak tengok gambar yang mangkuk kecil tu, kena tunggu ehsan dari anak sedara Chetam.....hehehehe




Resipi dari Dee dah menambat hati anak2 dirumah. Diana sertakan gambar untuk tatapan semua dan perubahan dari resipi asal. Resipi dibawah adalah yang asli dari Dee, tetapi Diana tidak gunakan tomato puree sebaliknya menggunakan sos spaghetti PREGO, hehe ambik shortcut dan juga tambah sedikit cili padi untuk rasa pedas. Kalau ikut resipi asal topping memang agak pekat dan very rich jadi Diana gunakan 500 ml susu supaya cheesenya tidak terlalu ketara sehingga rasa macaroni tenggelam. Dee jangan marah eh kita ubah suai resipi anda. Kepada semua, cubalah sedap hingga menjilat pinggan. Anak bujang nampak macaroni aje cakap Waaaaaaweeeeeeeeee

Mac n Cheese Dee

Bahan-bahan
250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang)
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese diparut
100-200 g fresh milk
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
Tepung gandum 1 sudu besar

Cara membuatnya.
Sos Merah
1. Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.
2. Tumiskan kan bawang besar dan bawang putih.
3. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
4. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
5. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.

Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap prego ke dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese
1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
4. Kacau sampai semua cheese cair dan sebati.

Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya. Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheese atas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye) Siap !

Nota Kaki Chetam : Chetam beli bahan seperti daun bay kering(nama melayunya ialah daun salam) dan oregano di Kedai Bagus Kajang. Boleh didapati dalam bekas kecil dengan harga yang murah. Keju Cheddar pun Chetam beli di Bagus. Dah siap parut dan harga untuk 250gm ialah RM5.80, kalau di supermarket boleh mencecah RM10.

July 12, 2005

Aneka Mee, Bihun dan Kuay Teow

Assalamualaikum Sumer
Sori lama tak post resepi. Sibuk giler......Kali ni Chetam nak kongsi resepi-resepi Mee, Bihun dan Kuay Teow yang Chetam simpan dalam pc Chetam.

Mee Bandung dr twilightpurplue(OnTheMenus)

500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

MEE/ BIHUN/ KWAY TEOW SUP TULANG dr Aida(ResepiNet)
(hidangan 4 -5 org) - Sumber : Alaf 21

1.5 kg tulang lembu
2.5 liter air
3 camB. minyak
5 cm lengkuas (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang (2 kelopak ditumbuk)
6 kuntum bunga cengkih
15 ulas bawang merah} dihiris & digoreng berasingan
5 ulas bawang putih } sampai perang
1 camt. serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya

BAHAN SAMPINGAN
4 keping mee telur (dicelur lembut)/mm/bihun/kway teow
500 g perut lembu (direbus & dihiris)
300 g. tauge (dibuang ekor & dicelur)
6 tangkai daun bawang} dihiris
6 tangkai daun sup }
2 biji telur (direbus)

BAHAN SOS CILI PADI
8-10 biji cili padi } dikisar
2 biji cili hijau }
3 camB. kicap manis
garam & gula secukupnya

1. Jerang tulang dengan air hingga hampir mendidih.
2. Panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan bunga cengkih selama 1 minit.
3. Masukkan ke dalam air tadi. Bubuh pula garam dan gula. Biar hingga menggelegak dan renihkan hingga tinggal 1.5 liter.
4. Bubuh 1/3 bawang merah goreng dan serbuk lada hitam ke dalam sup. Biar merenih selama 5 minit lagi. Tambah garam jika perlu.
5. Untuk membuat sos cili padi, campurkan cili kisar dengan kicap, sedikit garam dan gula.
6. Untuk menghidangkannya, bubuh mee ke dalam mangkuk. Letak perut, taugeh, daun bawang, daun sup dan telur.
7. Curahkan sup kemudian taburkan bawang merah dan bawang putih goreng.

MEE GORENG MAMAK dr Diana(ResepiNet)

500 g mee kuning
200 g daging kambing, dihiris nipis }
1 camt kicap manis } diperap 1 jam
1 camt kicap pekat }
1/4 camt serbuk lada hitam }
60 ml minyak
10 ulas bawang merah, dihiris nipis
1 labu bawang besar, dihiris nipis
8 batang sawi, dipotong 3 cm
300 g taugeh, dibuang ekor
2 biji telur
2 tangkai cili hijau, dihiris menyerong
6 camb sos tomato
2 biji kentang, dikupas, direbus dan hiris 1/2 cm
5 tangkai daun bawang, dicincang
garam secukupnya

bahan perisa
2 camb kicap pekat
1-2 camt serbuk cili
2-3 camb air

Goreng bawang merah dalam minyak panas hingga keperangan, angkat dan sejatkan minyaknya. Goreng bawang besar hingga wangi, masukkan kambing dan kacau separuh masak. Bubuh sawi, bahan perisa dan air (utk mengempukkan kambing). Bubuh pula mee, taugeh dan telur. Kacau dan tambah garam. Akhir sekali, masukkan cili, sos tomato, buah tomato dan kentang. Sajikan dengan bawang goreng dan daun bawang.

MEE HAILAM dr Asfar(OnTheMenus)

1 kg mee kuning
300 gm daging - potong dadu
3 ekor sotong - potong nipis
300 gm udang
300 gm sawi
4 ulas bawang puting - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
air rebusan daging
garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging. Apabila mendidih sedikit, masukkan daging,sotong dan udang.Biar sebentar. Masukkan mee kuning tadi. Kacau sebati.
Masukkan sawi yang telah dipotong. Biar kuah agak pekat.

MEE HONGKONG dr Asfar(OnTheMenus)

600 gm mee kuning
100 gm daging - potong dadu
100 gm sotong - potong nipis
100 gm udang - buang kulit
100 gm hati ayam
100 gm isi ikan
2 ulas bawang putih - mayang
1.2 cm halia - hiris halus
sedikit sawi
1 biji tomato
4 cawan air
garam secukup rasa

Tumis bawang putih dan halia. Masukkan air. Apabila mendidih sedikit, masukkan daging,sotong, udang, hati ayam dan isi ikan.
Biar sebentar. Masukkan mee kuning tadi. Kacau sebati. Masukkan sawi dan tomato yang telah dipotong. Biar kuah agak pekat sedikit.

Mee Kari dr Shajeni(ResepiNet)

Minyak untuk menumis
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 bungkus kecil rempah kari
2 sudu besar cili boh
1 ekor ayam
8 cawan santan dari sebiji kelapa
Garam secukup rasa
Mee kuning dicelur
Tauge dicelur
Isi ayam disiat-siat
Tauhu digoreng dan dipotong kecil
Tauhu kering
Bebola ayam
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus
Cili hijau
Cili merah

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan-bahan kisar, rempah kari dan cili hingga wangi.
3. Masukkan ayam, santan dan garam. Masak hingga daging ayam empuk. Apabila ayam empuk keluarkan dan siat-siat isi ayam.
4. Bubuh mee ke dalam mangkuk. Letakkan tauge, isi ayam, tauhu goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng, telur rebus, cili hijau dan cili merah.

MEE KURMA dr Lanee Abdul(OnTheMenus)

200 gm mee kuning - celur
50 gm rempah kurma
15 gm bawang merah - tumbuk
10 gm bawang putih - tumbuk
10 gm halia
5 gm buah pelaga
5 gm kulit kayu manis
250 gm santan
15 gm jus limau nipis
10 gm taugeh - untuk hiasan
20 gm daging - rebus dan hiris untuk hiasan
15 gm daun ketumbar - dihiris untuk hiasan
garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk bersama halia, buah pelaga dan kayu manis.
Masukkan rempah kurma dan biarkan hingga naik minyak.
Masukkan santan dan biarkan mendidih dengan api perlahan. Rasa
garam. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. Kemudian buat seperti biasa masukkan mee dalam mangkok dan seterusnya.........

MEE PALEMBANG dr Diana(ResepiNet)
Sumber: Adidah Anang

1 kg mee kuning yang lebar
300 g sawi
150 g daging cincang
150 g udang hidup, dibuang kulitnya
150 g sotong, dihiris
8 biji bawang merah, dihiris
4 sudu makan lada kisar
4 sudu makan sos tomato
secukup air rebusan daging
secukup minyak
garam secukup rasa

*bahan dibawah ini dikisar
2 cm halia
5 biji bawang merah
1 sudu teh lada putih

Untuk hiasan
lada jeruk
hirisan telur dadar/ daun sup/ daun bawang
bawang goreng

Caranya
Tumis bawang hiris sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan biarkan sehingga rempahnya garing sedikit. Masukkan sotong dan daging. Biarkan sebentar. Apabila lembut, masukkan pula udang. Gaul rata dan bila udangnya masak, baru masukkan sos tomato, mee, sawi dan garam. Balik-balikkan sehingga rata dan masak. Jika kekeringan, masukkan sedikit air rebusan. Hidangkan dengan lada jeruk, telur dadar, bawang goreng dan hirisan daun sup/ daun bawang.

MEE PEDAS dr Diana(ResepiNet)
Sumber: Faridah Begum Abdul Shukoor

1 kg mee kuning, dibilas dan toskan
1/2 kg daging rusuk (kambing/lembu)
1/4 kg udang hidup, kupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
1/4 kg sotong, dihiris
2 biji tomato, dibelah 4
1/4 cawan sos tomato, kalau suka
1/2 cawan kicap manis
garam secukup rasa

daun sawi, kalau suka dipotong-potong
bawang goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak

*bahan dibawah ini dikisar
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 jari halia
10 biji lada merah
10 biji lada padi
2 sudu makan lada hitam biji

Caranya

Daging direbus untuk mendapatkan stoknya. Airnya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga wangi sahaja. Jika tumis terlalu garing rasa pedasnya akan berkurangan. Masukkan secukup air rebusan dengan dagingnya sekali. Masukkan juga udang, sotong, sos tomato, kicap dan garam. Biarkan mendidih sehingga sotongnya lembut. Kemudian masukkan sawi, tomato dan mee. Gaul rata. Hidangkan panas-panas dengan bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang.

Mee Pekan dr Diana(ResepiNet)

2 kilo Mee kuning
2 kilo Taugeh
1 kilo Mee hoon
1 kilo Daging cincang
½ kilo Sotong basah
½ kilo Sawi
½ kilo Udang
½ cawan Minyak
Sedikit Garam
6 biji Buah keras )
3 biji Bawang putih )
3 biji Bawang besar ) dikisar
1 sdt Lada putih )
30 tangkai Lada kering )

Bahan hiasan
2 biji Kentang goreng
2 keping Tahu digoreng dan didadu
1 biji Timun Potong memanjang
5 batang Lada merah Dihiris
5 biji Limau kasturi Dibelah dua
Telur dadar
Daun salad
Bawang goreng

Cara Cara
1 Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2 Masukkan daging, sotong, udang, sawi, taugeh dan mee. Goreng hingga sebati.
3 Setelah masak, angkat dan taburkan bahan hiasan diatasnya.

Mee Rebus atau Mee kuah dr Ariza Yusof(OnTheMenus)
(untuk 4 orang makan)

Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil)
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak. Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala. Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur. Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung. Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak

Mee Rebus dr Rosyanti Mahram(Rest PakAmir)

Bahan2 A
Keledek putih 1/2 kilo direbus dan dikisar halus - anggaran utk 1 family
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
Serbuk Ketumbar 4 sudu besar
Serbuk Jintan Manis 2 sudu besar
Serbuk Jintan Putih 2 sudu besar
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Cili blender agak2 dlm 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa

Bahan2 B
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus

Cara2 membuat kuahnya.
1. Kisar halus keledek + air
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/b.lawang,masukkan udang kering yg dikisar tadi sampai garing
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi
5. Masukkan cili blender, sampai garing
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati
7. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa

Cara2 nak hidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan d. sup,d.bwg,cili hijau,b.goreng,taugeh,tauhu & telur..pastu..apalagi masuk mulut ler...sodap...cuberler...

MEE SIAM dr Deltra(OnTheMenus)

Minyak untuk menumis
600 gm udang, dibuang kulit(kulit udang direbus bersama sedikit air
dan ditapis, ambil air rebusannya)
500 gm. mihun - direndam hingga lembut
300 gm tauge
150 gm daun kucai, dipotong sepanjang 2 cm
garam secukupnya
6 keping tauhu, digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus - hiasan
Limau kesturi - hiasan

Bahan-Bahan kisar :
15 biji bawang merah
2 camca besar cili kering, dimesin halus
6 ulas bawang putih

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan wangi. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa dan kacau rata. Masukkan mihun dan goreng sebentar hingga semua bahan sebati. Masukkan tauge dan daun kucai. Goreng sebentar. Angkat mihun tadi dan taburkan tauhu goreng di atas mihun. Hiaskan dengan telur rebus dan limau kesturi.

Bahan-bahan kuah :
Minyak untuk menumis
8 biji bawang merah, dikisar
2 camca sedang cili kisar
150 gm udang kering, direndam & ditumbuk
1/2 cawan taucu
Sedikit air asam jawa

Untuk membuat kuahnya:
(a)Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah kisar, cili kisar, udang kering dan taucu hingga wangi.
(b)Masukkan air rebusan udang dan air asam jawa. Biarkan menidih
seketika. Hidangkan bersama mihun tadi.

Mee Hoon Putih dr Hasniza Yahya(Rest PakAmir)

Mee hoon yang telah lembut (direndam)
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Ayam
Sotong
udang
Fish ball & fish cake (goreng dan potong-potong)
Sayur campur - carrot, corn & peas (yang selalu letak dalam tempat beku tu)
Daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam (jangan sampai hancur). Tumis bahan-bahan tersebut. Masukkan ayam, sotong, udang dan biar seketika. Kalau kering, masukkan sedikit air. Masuk garam. Kemudian masukkan sayur campur, mee hoon, fish ball & fish cake, daun sup, daun bawang. Biar seketika. Angkat.
Hidang dengan sambal kicap. uummppppphhhhhh........... sodappp.. insya allah...

January 25, 2005

Mee Sup Ikan Bilis

Assalamualaikum

Dah lama chetam tak tambah resepi kat blog ni. Tak ada masa nak mencuba resepi-resepi baru.

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang baru berlalu minggu lepas, Chetam berkesempatan mencuba satu resepi yang sangat simple tapi rasanya memang enak. Nama resepinya ialah Mee Sup Ikan Bilis. Amat sesuai untuk dihidang kepada anak-anak. Untuk orang dewasa, bolehlah dihidangkan bersama cili kicap, baru terasa kepedasannya.

Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir. Terlupa pulak nama pengirimnya.



Mee Sup Ikan Bilis

Bahan :
RM1.00 ikan bilis (direbus hingga mendidih)
fish ball/cake secukupnya
3 ulas bawang kecil - dihiris
6 ulas bawang putih - diketuk
Sawi
Taugeh (jika suka)
Mee Kuning/mee hoon/kuey teow
Telur (jika suka)
Sedikit minyak utk menumis

Cara :
1. Tumis kedua2 jenis bawang tadi hingga kuning atau naik baunya, selepas itu masukan fish ball/cake dikacau ;
2. Setelah itu masukan pula air rebusan bilis tadi, kacau rata dan masuk garam secukupnya ;
3. Pecahkan telur ke dlm sup tadi kacau perlahan & akhir sekali masukan sayur.
Note : Lagi banyak ikan bilis yang digunakan, lagi lagi kuahnya nanti. Rasa ikan bilisnya memang terasa.

October 20, 2004

Lagi sumbangan dari KZ GMD - Mee Kari

Resepi ni kegemaran suami KZ. Jom kita cuba.

Mee kari

Bahan2 untuk kuah:
2 labu bawang putih
8 ulas bawang merah
4 tangkai serai
1 ½ paket serbuk rempah (campur rempah daging & rempah ketam- dibancuh dengan sedikit air)
3 batang fish cake
300 gms tulang ayam
300 gms kerang dikopek
1 ekor ketam
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
tahu kering

Cara membuatnya:
1.Tumiskan bawang putih,bawang merah & serai yang telah digiling halus. Setelah kekuningan masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air
2.Kemudian masukkan ayam, fish cake & kerang. Biarkan sehingga kering airnya.
3.Masukkan santan cair & ketam. Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam dan tahu kering.

Bahan2 untuk sambal:
10 ulas bawang putih (digiling)
3 susu besar cili giling
¾ cawan udang kering (rendam dan tumbuk)
sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan cili
2.Setelah cili garing masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus & biarkan seketika & masukkan dua tiga sudu air. Setelah masak diangkat.

Hidangan ini elok di makan dengan mee kuning yang dicelur, taugeh celur, telur rebus,bawang goreng serta daun bawang. Untuk menambah keenakan boleh ditambah dengan bahan2 segar yong tau fu (dicelur dulu) .

October 19, 2004

Mee Bandung Tulang - Sumbangan dari KZ

KZ kasi sumbangan lagi......bukan dalam bentuk wang ringgit tapi resepi.........hehehehe......jom kita cuba....

Bahan2 kuah:
1 kg. tulang lembu (direbus & simpan airnya)
300 gms ayam
1 labu bawang putih
10 ulas bawang merah
3 sudu makan cili boh
1 tin tomato soup
5 biji kentang (direbus & dilenyek)
2 sudu makan bijan
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dikisar halus. Setelah kekuningan masukkan cili boh
2.Masukkan isi ayam & setelah kekuningan masukkan bijan.
3.Masukkan tulang & airnya sekali (jadikan 8 cawan air rebusan)
4.Setelah menggelegak masukkan tomato soup & kentang.
5.Masukkan garam.

Elok dihidangkan bersama mee kuning yang telah di celur, sawi celur,telur rebus, tahu goreng, bawang goreng ,daun sup & cili potong.