Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

October 21, 2004

Resepi Soto Yang Lengkap dari Puan Puti Mazura

Hari ni Chetam nak beri satu resepi soto yang memang best. Chetam dah buat 2 kali untuk rumah terbuka. Yang paling best, sambalnya.....huiyo.....kecur lidah Chetam....hehehehe. Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir dan disumbangkan oleh Puan Puti Mazura. Puan Puti ni orang Johor, so banyak resepi-resepi asli dari Johor dikongsikan dalam Restoren Pak Amir.

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

P/S....Jangan tak cuba.....

18 comments:

  1. sedapnya tak sabar nak buat praktikal .. tq

    ReplyDelete
  2. ahah.. best tu, nak cuba la juga, tima kasih bagi resipi tu... :-)

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:00 pm

    sy dh buat..jd..sedap,thank you..tp nk tanye mcm mana buat pes dgn btul?

    ReplyDelete
  4. sedap memang sedap..i dah cuba. ramai yang puji . thanks chetam

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:37 am

    resepi ini terbukti sangat lazat... Saya dah cuba untuk hidangan berbuka puasa bersama rakan-rakan... semua memuji kelazatannya... terima kasih atas resepi...

    ReplyDelete
  6. kak.. nak tanya la.. resepi nih utk berapa org mkn ek? hehe

    ReplyDelete
  7. laila4:48 pm

    mmg sedap.. ramai yg mintak resepi..
    menu hari raya ke-2..
    terbaik..

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:09 am

    memang menyelerakan...resepi asli dr johor tuu

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:04 pm

    slm...sy mtk resepi yer, nk cuba ptg ni=)

    ReplyDelete
  10. memang sedap...terbaek dari ladang.....teringat 10 tahun lepas, 1st time buat rumah terbuka di rumah sendiri.....chetam masak soto ni...mmg sedap. paling tak boleh lupa...rasa sambal kicap yg mmg mengancam

    ReplyDelete
  11. Ella_Zuhaila9:04 am

    tq. mmg tgh cri resepi soto utk rumh terbuka esok. dh tgk byk resepi tp yg ni nmpk plg menarik..

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:10 am

    thank you.esok nak cuba,insyaAllah.tengok resepi pun dah rasa enaknya.

    ReplyDelete
  13. Hiedawati3:55 pm

    sedapnyeee...mesti kena cuba niii..:)

    ReplyDelete
  14. salam akk.
    nak tanye la,
    resepi ni anggaran dye berapa org makan yer..
    reply asap..

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam..masa chetam buat dulu untuk jamuan rumah terbuka...mmg cukup utk tetamu yang datang makan.

    ReplyDelete
  16. kalu dlm 100 or 150 org,
    ckup x resepi nih?
    esok nak masak nih..

    ReplyDelete
  17. Anonymous11:30 am

    nk tnya yntuk buat sambal, cili tu perlu digoreng dengan minyak atau tidak perlu minyak?

    ReplyDelete
  18. Ingat nak cuba jugak esok.

    ReplyDelete