Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


December 12, 2005

Kek Coklat Kukus Zaima, Kek Coklat Kukus Badariah dan Kek Coklat Kukus Ain

Chetam dah buat ketiga-tiga kek coklat kukus. Cuma kek Zaima dan Badariah yang Chetam bubuh topping. Chetam penah postkan resepi kek Zaima tapi tak perlah....Chetam postkan sekali lagi. Kek Badariah, Chetam dah buat 3 kali. Yang pertama siap topping dan hiasan sebab untuk kek hari jadi anak sedara. Gambar dalam kamera Chetam.



Gambar Kek Zaiima di atas ni dari Noor Masri kalau tak silap.

Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist)
Sumber: NoorMasri

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Selalunya...Utk topping, saya buat camnie:- (buat double boil tau)
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

KEK COKELAT KUKUS Ain - Sumber NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)


2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko powder
2 sudu teh bikarbonat soda
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh garam
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
Gula + Telur (pakai mixer boleh, pakai sudip pon ok) gaul sebati. Then masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & b.soda. Dah sebati, masukkan susu cair, diikuti minyak, biar bersatu dgn adunan tu. Pastu masukkan air panas, garam dan vanilla esen. Masa kukus pun dlm 1 - 1 1/2 jam.

Nota Kasi Chetam : Kek Coklat Kukus Badariah dan Ain seakan-akan sama. Bezanya cuma jumlah telur yang digunakan dan susu. Kek Ain guna susu cair dan gula yang lebih manakala kek Badariah guna susu pekat dan gula dikurangkan. Chetam dah cuba kedua-duanya dan pandangan peribadi Chetam kedua-duanya terasa coklatnya. Mungkin anda nak kurangkan koko sedikit sebab bagi Chetam sedikit pahit. Tapi kek Badariah yang dah dibubuh topping memang mengancam.

19 comments:

  1. sy terbaca di rnet mengatakan resepi dr pn badariah sedap... jadi sy yg nk baru belajar ni mohon halalkan sekiranya saya mencuba kelak... terima kasih kerana chetam menjadi wadah berkongsi resepi yg hebat2 :-)

    ReplyDelete
  2. chetam....assalamualaikum...hari tu saya ada reply kat chetam..tp macam tak dapat je..tak pe lah..saya nak tanya...telur tu tak payah pukul sampai kembang ek? pukul cenggitu je ke..? kalo nk elok gebu nk kena pukul lama2 ke?? maaf lah..baru belajar..

    ReplyDelete
  3. Hanim1:33 pm

    chetam
    kalau nak gantikan minyak dengan butter, mcmana nak agak byk mana butter tu?

    cairkan sikit2 atau berat butter sebelum dan selepas cair tu sama?

    ReplyDelete
  4. My QS....siler...siler...memang resepi dalam ni untuk dikongsi...

    Balqis...Waalaikumsalam...Chetam dah reply personally email tu. Telur tak payah dipukul kembang....kacau ngan senduk kayu sekadar nak gaulkan ngan bahan lain

    Hanim....boleh...cairkan butter...kuantiti sama mcm minyak...1 cawan

    ReplyDelete
  5. che tam,
    mohon izin utk share kat blog n FB... dh try.. sgt sedap!!
    http://lailasani.blogspot.com/2010/06/kek-coklat-kukus-gebuss.html

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:40 pm

    cetam,kek zaimah tu moist sgt ke

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:19 pm

    Chetam,
    seronok dapat resepi dr chetam..saya pasti buat kek choc kukus nie..say asuka memasak tuk hubby n ank2...seronok xterkata klu dpt hidangkan dorg nga masakan kita sendiri...especiall for my hubby..

    ReplyDelete
  8. resepi badariah tu sama mcm resepi yg saya dpt dr biras cuma tak letak baking powder dan kek tu di bakar (suhu 180c, 45 mnt). sedap.. nak lagi moist simpan dlm fridge semalaman..

    ReplyDelete
  9. Anonymous2:18 am

    cm sedap je,nk try ar..thanks..

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:33 am

    kek badariah simple..dh try..jd jerk..thanks chetam.tp kalau topping ltk cklat,butter ngn susu pekat je jd x?skdr brtnya

    ReplyDelete
  11. mmg jadi...itu topping yg chetam buat kalau hias kek coklat badariah

    ReplyDelete
  12. da try....memang sedap giler la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8:51 pm

      Nak tanye chetam... kek kukus zaiima tu bile nk dikukus ditutup ngan aluminium foil.. Kalo ditutup ngan foil xke nnti die xbrp naik sbb trsekat dek foil tu sndri... skdar brtanye sbb pun msh blajo... =))

      Delete
  13. jangan la guna loyang yang kecik...foil tu optional kalu nak elakkan ait stim jatuh balik atas kek.....boleh gak ikat penutup periuk kukus dalam kain sebelum tutup kukusan....

    ReplyDelete
  14. Anonymous8:42 am

    minta izin salin topping coklat

    ReplyDelete
  15. Baru buat petang tadi dapat 2 bekas plastik, siap topping lagi! Siap terus bawa ke Rawsha makan nasi arab pastu layan cokelat moist! Memng menjadi, mm yg jual kt kedai. Sape nak belajar ngan saya, area wangsa maju, pun boleh! Guna resipi Badariah yang punye

    ReplyDelete
  16. As salam. Chetam nape kek sy jadi padat (kukus). Tak gebu pun....

    ReplyDelete