Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 13, 2005

Mexican Bun - Resepi Sumbangan Detox (Pengunjung Teratak Chetam)

Resepi di bawah ni sumbangan salah seorang pengunjung Teratak Chetam - Detox.

[Quote]
Salam perkenalan dari saya. Pagi tadi saya test buat bun ni alhamdulillah menjadi. So saya nak kongsi la recipe dia, saya dapat dari satu site, sbb bahan2 dia meyakinkan terus pagi tadi cuba. Siap bangkit kol 4.30 pagi lagi sebab keterujaan yang melampau hihihihi....ok take care....
Noorin.@ Detox :)

Mexican Bun

This bun is also known as the Mexican bun. The rotiboy consists of three parts: the filling, topping, and sweet dough. The filling and topping can be prepared beforehand and kept in the refrigerator until ready for use. The ingredients and instructions for preparing each of the three parts are given as follows. Pls don't be put off by all the steps, i have just been very detailed. The aroma that is going to fill your home is WONDERFUL, but it's nothing compared to trying this fresh out of your oven.


Filling
200 g
salted butter, softened
1/2 teaspoon vanilla flavoring
70 g
brown sugar

Topping
200 g
butter, softened
160 g
icing sugar, sifted
3 large
eggs, lightly beaten
1 teaspoon coffee flavoring (available from bakery supplies shop, You can use 2 tablespoons instant coffee powder dissolved in 1)
1 pinch
ground cinnamon, can be added to the coffee flavouring for extra flavour
200 g
all-purpose flour, sifted

Sweet dough
500 g
bread flour, sifted
20 g
powdered milk, sifted
75 g
caster sugar
6 g
salt
8 g
instant yeast
1
egg, lightly beaten
270 g
water or milk (do not use milk powder if using milk)
60 g
butter, softened

17 Buns
1 hour 15 minutes 1 hr prep

For Filling:.
Beat butter in electric mixer on medium speed with the paddle attachment for three minutes.
Blend in vanilla essence and brown sugar.
Spoon mixture into bowl and refrigerated until firm.
Divide mixture into 20 g portion into ball. Keep refrigerated until ready to use.

For Topping:.
Beat butter and icing sugar in electric mixer with the paddle attachment on medium speed for five minute until mixture is light and fluffy.
Gradually beat in eggs.
Mix in coffee flavouring.
Sift flour onto mixture and mix on low speed until combined.
Refrigerate until ready to use.

For Sweet Dough:.
Mix sifted flour, castor sugar and salt in electric mixer with dough hook on low speed for one minute
Mix in yeast.
Add egg and water or milk.
Mix on low speed for another minute.
Mix on medium speed for eight minutes.
Mix in butter.
Mix five minutes more on medium speed until soft, smooth and elastic(but not sticky) dough forms.
Remove dough from mixture and shape into a ball.
Divide the dough into 55 g portions(should get 17 portions).
Roll each portion into a ball. Cover the balls of dough and leave to rest for 10 minute

To shape the buns:.
Flatten a ball of dough with the palm of your hand.
Place a ball of filling in the centre of the dough.
Gather the edge and pinch to seal. (Be sure to seal well or the filling will leak out during baking.)
Pat into shape and place on a greased baking tray.
Repeat with remaining portions of dough.
Place each bun about 7.5 cm apart on the baking trays.
Prove for 45 min in a warm place.
Pipe the topping on the buns in a spiral, starting from the centre.
Bake in preheated oven at 200 deg C for 12 to 15 min or until buns are lightly brown.

[UnQuote]

Nota Kaki Chetam : Chetam tahu yang dalam pc Chetam ada satu lagi resepi Mexican Bun. Cari punya cari.....terjumpa. Yang paling best.....resepi tersebut dikirim oleh Diana ResepiNet dan merupakan terjemahan dari resepi di atas. So tak payah berpeluh buat alih bahasa............hehehehehe. Sila semak resepi di bawah.

[Quote]
Diana telah mencuba resipi Singapore' Rottiboy (Mexican Bun) yang telah dikongsi bersama oleh Suzinor sewaktu di Restoran Pak Amir bulan lepas. Resipi itu telah diperolehi dari laman www.recipezaar.com dalam Bahasa Inggeris dan Diana telah terjemah kepada BM.

Feedback Diana, mesti try punya rating 9 out of 10. First time Diana buat Alhamdullilah menjadi, tak payah penat-penat beratur nak beli Roti Boy lagi. Kelembutan roti ini memang best, dari segi kemanisan memadai. Waktu bakar satu dapur berbau harum. Tapi toppingnya tu kalau ikut adunan asal pakai tak habis banyak lagi tinggal so mungkin kali kedua Diana buat boleh gunakkan topping itu lagi, sebab boleh simpan di peti sejuk.

Untuk Intinya pula 20 gram tu agak terlalu banyak, sebab bila roti dibelah dua banyak butter yang mengalir keluar so baik kurangkan kepada 10 gram so buat setengah adunan sahaja. Untuk resipi asal rotinya dapat menghasilkan 16 roti. Sewaktu menguli tu memang adunan agak lembik, Diana tambahkan dengan tepung roti lagi sedikit demi sedikit sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Masa untuk menguli selama 5 minit tu agak cepat sangat kerana untuk menghasilkan doh yang lembut dan licin, masa mengulinya selama 25 minit menggunakan mesin le, tangan alahaiiii lenguh. Kepada semua mesti try buat sure menjadi. Diana lampirkan gambar roti yang sempat dibuat untuk buat semua tergodaaaaaaaaa.... Selamat mencuba.. dan terima kasih pada Suzinor yang telah berkongsi resipi ini.
Resipi asal yang diterjemah.



ROTI BOY (MEXICAN BUNS)
Untuk 17 biji roti (setiap satu 55 gram)

Bahan untuk Inti
200 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gram gula perang

Bahan untuk Topping
200 gram mentega, dilembutkan
160 gram gula aising, diayak
3 biji telur besar, dipukul sedikit
1 sudu teh esen kopi (boleh didapati di kedai menjual bahan kuih, jika mahu boleh gunakan 2 sudu besar kopi segera dicampur dengan 1 sudu besar air)
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
200 gram tepung serbaguna, diayak

Bahan untuk Doh Manis
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
6 gram (1 sudu teh) garam
8 gram (1 1/4 sudu teh) yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

Cara untuk Intinya
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy
Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditengan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 12 - 15 minit atau sehingga roti kekuningan.

Nota: Untuk Inti dan Topping buat setengah adunan sudah mencukupi. Selamat mencuba.
[UnQuote]

Anda juga boleh cuba lagi satu resepi dari Noor Masri.


MEXICAN BUN
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
60 g gula
1 biji telur
100 ml susu segar
110 ml air sejuk

Bahan-bahan topping:
100 g mentega
100 g tepung kek/rendah protein – kak Noor guna plain flour biasa jer..ok ga
k80 g gula icing (kalau suka lebih manis bubuh 100g)
2 biji telur
½ sudu kecil serbuk kopi segera bancuh dgn setitis air

Cara membuat topping:
Pukul gula dan mentega sehingga kembang kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur, pukul lagi hingga sebatiMasukkan tepung dan serbuk kopi, kacau hingga sebati.Simpan di dlm peti sejuk sementara nak menggunakannya

Cara membuat doh:
Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut. Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Bahagikan doh kpd bahagian kecil seberat 50 g. Buatkan bulat-bulat kemudian susunkan dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak pastikan jarak antara satu sama lain agak jauh supaya bila doh mengembang ianya tak bercantum antara satu sama lain. Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula.

Kemudian paipkan topping menggunakan piping bag atas bun tersbt secara membulat bermula dr tengah2. (lihat gambar 1)
Panaskan oven pd suhu 180-200’C (bergantung kpd kuasa oven masing2)
Masukkan dlm oven bakar selama 15 -25 minit atau sehingga keperangan
Enak dimakan sebaik keluar dari oven..nyum nyum..Jika suka boleh letak inti (versi akak buat ni tanpa inti)Bun ni bila dibiarkan semalaman topping dah tak crunchy dan cam melekit sket.

2 comments:

  1. Anonymous10:41 am

    May i know which recipe u used to make this buns....i notice there r more than one recipes. Thanks a lot

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:43 pm

    camne kalu nak buat yang vanilla? ari ade perasan jual...cara yang sama ataupun tukar sedikit resepinya?

    ReplyDelete