Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 24, 2005

Koleksi Kuih Talam

Assalamualaikum Sumer
Maaf lama tak menjengah ke blog ni. Chetam balik kampung suami di Medan, Indonesia menghadiri pekahwinan adik ipar.

Chetam tunaikan Ija dulu yer.... Buat pengetahuan semua, resepi kuih dalam di bawah ni Chetam ambil dari MDC. Resepi-resepinya disumbangkan oleh Kak Liza ataupun Hanieliza. Beliau ada berikan url resepi beliau di dalam ruangan sembang di sebelah kanan.

TALAM UBI KAYU
Lapisan Bawah
1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan dan buangkan semula air tu]

3 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.

TALAM KACANG MERAH
Lapisan bawah - [kacang merah ]

1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

TALAM HIJAU
Bahan
Lapisan Bawah
2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
5 caw. air biasa
1 cawan gula
sket jus pandan/pewarna hijau

Cara...
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalamloyang yg telah disapukan minyak dan kukus sehingga masak [30 minit]

Lapisan Atas
3/4 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
3 cawan santan + sket garam

Cara...
1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.

KUEH TEPUNG TALAM
Lapisan Bawah:

3 roda gula roda ) masak dan sejukkan
4 sudu gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini.
2. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak
3. Sejukkan dahulu baru dipotong dan hidangkan.

TALAM SUJI
Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Lapis atas :
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah atau gula melaka
sedikit garam

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 minit.

TALAM KELADI/KELEDEK
Lapisan Bawah
300 gm keladi/keledek merah
375 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung ubi
1/2 s/k garam
225 gm gula

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan keladi/keledek dan rebus sehingga lembut.
2. Blendkan dengan santan cair.
3. Campurkan dgn semua bahan.
4. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap.
5. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
6. Kukuskan selama 20 minit.
7. Campurkan adunan lapisan atas dan tapis.
8. Masakkan sikit dan tuangkan atas permukaan keladi atau keledek yg telah dicakar2kan.
9. Kukuskan selama 20 minit.
10 Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.

TALAM KELADI SERUNDING
bahan A
200 gm keladi
200 gm tepung beras
1 liter santan
garam secukupnya

bahan B
sedikit bawang goreng
daun bawang ]
cili merah ] mayang halus
200 gm serunding daging

cara
1. Keladi dibuangkan kulit dan potong dadu. Rebuskan dgn garam sehingga lembut dan toskan.
2. Campurkan semua bahan dan gaulkan sebati.
3. Masakkan sebentar atas api dan masukkan dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Bila telah sejuk, taburkan semua bahan B dan potong.
6. Hidangkan.

TALAM NANGKA
bahan lapisan bawah
200 gm nangka [cincang kecil]
200 gm tepung beras
250 gm gula
800 gm santan
sedikit pewarna kuning

bahan lapisan atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masakkan sekejap atas api.
3. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
6. Kacau sekejap diatas api.
7. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan adunan lapisan atas.
8. Kukuskan selama 20 minit.
9. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

TALAM JAGUNG
bahan lapisan bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

bahan lapisan atas
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

KUEH TALAM PISANG
bahan lapisan bawah
2 cawan pisang lecek halus [pisang berangan atau pisang emas]
1 cawan gula apsir
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 cawan santan cair
pewarna kuning

cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1.5 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/k garam

cara
1. Galukan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


KUEH TALAM KACANG HIJAU
Lapisan bawah - [kacang hijau ]

1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Kesemua resepi di atas adalah sumbangan dari Kak Liza.

KUIH TALAM BERLAUK (Sumbangan dari Noor Masri yang berada di UK, juga dari MDC)
200 g keladi yg telah diparut
180 g tepung beras
50 g tepung jagung
1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu kecil garam

Bahan lauk:
250 g daging kisar
50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng
1 tangkai daun sup } dihiris
1 tangkai daun bawang }dihiris
1-2 tangkai cili merah }dihiris
garam secukup rasa
1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air masak
½ sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau kemudian masukkan daging
Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api
Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau sekata.Ketepikan.
Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.
Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.
Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus sehingga masak.
Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan
Hidangkan bersama sos cili

TALAM DELIMA sumbangan nurvidaryna, juga dari MDC. Resepi diperoleh dr CHEF ASMA NOR DIN
Lapisan bawah :
bahan A
250gm gula kastor (kalau terdesak gula biasa pun boleh tapi kurangkan)
100gm tepung beras
40gm tepung kacang hijau(green pea)
1/2 tsp garam

bahan B
650ml air
200ml santan pekat (santan dalam kotak pun boleh)

bahan C
300gm sengkuan cina (sengkuang biasa pun boleh tapi sedap lagi yang sengkuang cina)
direndam 1/2 jam
Sedikit pewarna merah jambu

Lapisan Atas
bahan D
70gm tepung beras
50gm tepung jagung
2 tsp garam halus

bahan E
800ml air
200ml santan
sedikit pewarna merah jambu

gunakan loyang 10 x 10 x 3

CARANYA:-
---untuk lapisan bawah,potong kiub sengkuang cina yg direndam 1/2jam dan toskan airnya
---masukkan bahan B kedalam A.kacau rata dan tapis kedalam periuk.
---masak atas api sederhana sehingga naik wap
---masukkan bahan C.Kacau rata kemudian tuangkan kedalam loyang
kukus selama 25 minit (tidak perlu lap).
(kalau tak mahu warna pink tu keluar, lebih baik letak bahan C sebelum tututp api or naik wap.
---untuk lapisan atas ,satukan bahan D dan kacau rata
---Tapis kedalam periuk.masak atas api sederhana dan kacau hingga wap naik.sebelum tuang,carik-carik SIKIT bahan yg dikukus tadi.
---tuangkan ke atas lapisan bawah.kukus selama 25 minit.penutup perlu dilap selalu or setiap lima minit.

32 comments:

  1. Anonymous12:54 pm

    bestnye semua resipi kueh talam kegemaran ada disini..tq chetam...

    ReplyDelete
  2. terima che tam...memang dah lama ashraf nak cari resipi banyak macam nih...hu3...sekarang baru la jumpa...ok..insyaAllah..ashraf akan cuba k..ar..ar..lupa plak nak bagi taw.,ashraf copy tadi...semua resepi kuih talam ..thanks a lot che tam..againn;-)

    ReplyDelete
  3. most welkam.

    nak copy pun boleh...war-warkan pada kenalan yg lain

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:27 pm

    sy tahu blog ni dr kawan begitu bermanfaat.tk byk2.sy minta izin copy utk simpanan sy

    ReplyDelete
  5. siler...siler...tak der masalah

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:35 pm

    salam chetam..nk tnye,sukatan cwn yg chetam guna 2 besar mana..?

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:32 pm

    seronoknye tgk resepi....nak cuba tp bila ya. Jay minta izin amik resepi...tk

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:33 am

    mekasih… dh lama dok teringin nk msk tpung talam tpi x tau cm na.. ni dah dpt esok leh la try.. mekasih resepi ni..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Che Tam, konsi resepi talam yg best2 ni..mohon izin amik nak masak yer...

    ReplyDelete
  10. Tq sharing. Minta halal n dikongsikan dengan yg lain.

    ReplyDelete
  11. Tq sharing. Minta halal n dikongsikan dengan yg lain.

    ReplyDelete
  12. Tq sharing...teruja tgk pelbagai resepi talam.

    ReplyDelete
  13. Tq sharing...teruja tgk pelbagai resepi talam.

    ReplyDelete
  14. Tkasih Chetam...sy share yer

    ReplyDelete