Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


June 06, 2006

Aneka Resepi Roti - Sumbangan Diana


Milk Loaf


Chocolate Milk Loaf
MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.


HORLICK MILK LOAF
Sumber: Diana

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
4 sudu besar horlick

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.



Creamy milk loaf, Diana buat gunakan breadmachine.. Rasanya memang Diana buat manis sikit dan tambah brown sugar... Creamy sebab menggunakan susu segar.. kalau nak lagi creamy bancuh 300 ml air dengan susu tepung kasi pekat2, nanti dapatlah roti creamy lemak manis disukai ramai.

CREAMY MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
8 sudu besar gula caster
4 sudu besar gula perang

2 sudu teh yis

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Basic Dough

A

350 tepung roti/high protein flour
150g tepung halus
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
Air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat265g

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam. 5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Untuk topping
240g butter
240g gula halus
240g tepung kek
6 biji telur
coklat emulco
1 camb serbuk koko

1) Pukul gula dan butter hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
3) Masukkan tepung dan sebatikan.
4) Ambil satu pertiga dari adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan emulco (untuk adunan coklat)

Inti kacang merah - 50g each
Mix fruit/raisin - 50g each


Mix fruit roll (asalnya raisin bun)
1 - Timbang doh 200g each. Gaulkan dengan mix fruit. Bulatkan dan rehatkan 10 minit.
2 - Canai doh hingga nipis.
3 - Hiris hujung canaian dengan hujung pisau tajam.
4 - Gulung doh pada bahagian yang elok hingga sampai kebahagian yang dihiris.
5 - Rehatkan roll 30 - 40 minit. Sapu kuning telur dan bakar 180 selama 25 minit.


Stollen kacang merah
1 - Doh tu kita timbang 60g each dan bulatkan. Rehatkan 10 minit.
2 - Isikan inti kacang merah dan leperkan doh tu.
3 - Kita hiris doh yang leper tu dengan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Tapi hiris jangan putus hingga bawah. Hanya di permukaan saja.
4 - Terbalikkan doh tu. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5 - Susun doh dalam loyang, biarkan 40 minit, sapu kuning telur dan bakar suhu 180 selama 20 minit.


Caterpillar Bun
1 - Doh ditimbang 60g each dan bulatkan.Rehatkan 10 minit.
2 - Canai doh hingga leper dan besar.
3 - Gulung doh memanjang. Rehatkan 30 - 40 minit.
4 - Paipkan topping yang plain dahulu diikuti dengan topping coklat. Bakar suhu 180 selama 25 minit.


FRENCH BAGUTTES/ ROTI PERANCIS
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahannya
360g tepung roti

90g tepung halus
1 camt garam halus
1 camb gula
1 camt improver
1 camt softener
3 camt yis
Gaul bahan di atas hingga sebati
250g air
10g shortening

Cara-caranya
1) Bahan yang dah digaul diuli dengan air hingga menjadi doh licin.
2) Masukkan shortening dan uli lagi hingga doh betul2 licin dan tak melekat di tangan.
3) Bahagikan doh kepada 3 bahagian 240g each.
4) Bulatkan doh dan biarkan seketika 10 minit.
5) Canai doh kepada segiempat dan gulung doh. Biarkan rehat 45 minit.
6) Beruskan air 2 kali pada permukaan doh. Kelar sedikit doh dipermukaan.
7) Masukkan loyang berisi air pada bahagian bawah dan loyang berisi doh di bahagian atas (steam bake).
8) Bakar roti selama 12 minit pada suhu 190. Keluarkan loyang air. Terus membakar
selama 10 minit lagi.


SARDINE BUNS
Sumber: Roshayati Johari

BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Nota: Untuk buat Mixed Vegetable Bread - 70 gram dan untuk Sardine Buns - 50 gram. Diana juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.

SARDINE
1 tin sardine
1 biji bawang besar, didadu
5 biji cili padi thailand, dicincang
3 sudu besar mayonaisse

Bahan digaul rata dan sedia untuk dibuat sebagai topping. Selepas roti naik letakkan topping dan bakar. Setelah roti masak, pipekan mayonnaise dan bakar lagi selama 1- 2 minit dan sedia untuk dihidang.


Cheese Topping


ROTI KISMIS
Sumber: NoorMasri (Cari.com)

Bahan-bahan:
1 cawan susu segar suam (luke warm)
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur } pukul sket
3 cawan tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
100 g kismis campuran (dried mixed fruits)

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan2 diatas ke dlm bread maker mengikut turutan Pilih butang fruits & nut pd bread maker Bila roti masak, kuarkan dr mesin tutup dgn kain bersih selama 1 jam (supaya crust atas roti tu jd lembut) Peringatan: Roti yg kuar dr mesin jika dipotong panas2 ianya akan jd benyek (sbb terlampau lembut)..kalau nak makan panas2 cubit je dgn tangan tapi kalau nak potong sekeping2 kena tunggu sejuk seketika dlm 40 min - 1 jam

GARLIC BREAD (Bread Machine Style)

Bahan-bahannya
1 cawan air suam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar dried parsley
2 sudu teh garlic powder
3 cawan tepung roti
2 sudu teh yis kering

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bread machine dan tekan butang BASIC.

4 comments:

  1. sedap2..minat sangat ngan pembuatan roti ni...nantila nk cuba

    ReplyDelete
  2. Saya dh try guna breadmaker..tk jadi pun.rasa nk jual je breadmaker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:35 pm

      sy faham perasaan awk

      Delete
  3. tgk roti2 tu gebu jer...memang sejak rajin buat roti ni mencari2 juga resepi roti.tima kasih utk resepi.Awk tmn semenyih indah rasanya dekat rumah mak sedara saya ni...
    http://dcomey.blogspot.com

    ReplyDelete