Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

July 04, 2008

Atas Permintaan: Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Atas permintaan LeenJB, ini ada 2 resepi Kuih Bakar Pandan tapi Chetam tak pernah cuba lagi. Penyumbangnya pun Chetam tak tahu sebab resepi ni dikumpul dari tahun 2003.

KUIH BAKAR PANDAN (versi 1)
Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk tepung gandum
air pandan /perwarna hijau
3 sudu bijan
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Campurkan telur ,santan ,gula,tepung gandum ,air pandan ,air .
2. Kacau hingga sebati.
3. Sediakan acuan yang telah disapu mentega dan tuangkan adunan ke dalamnya
4. Tabur bijan,kemudian bakar sehingga masak dengan suhu sedarhana.

Kuih Bakar Pandan (versi 2)

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam(mengunakan sukatan mangkuk)
1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk tepong gandum
5 helai daun pandan di perah ambil airnya 1/2 cawan
3 sudu bijan
1 sudu teh perwarna hijau
garam cecukup rasa.
(sukatan mangkuk tepong,gula dan santan ikut sukatan mangkuk telur)

CARANYA :
1. Campurkan telur,santan,gula,tepong gandum,air pandan dan perwarna hijau.
2. Kacau hingga sebati.
3. Sediakan acuan yang telah disapu mentega dan tuangkan adunan kedalamnya.
4. Tabur bijan kemudian bakar sehingga masak dengan suhu sedarhana.

January 15, 2008

Kuih Cara Kaya Chetam

Kuih Cara Kaya Chetam
Sumber: Chetam

Tepung gandum
Sebiji telur ayam
100 gm butter (dicairkan)
Santan secukupnya (jika guna santan kotak, perlu ditambah air)
Sedikit garam
Pencelup kuning
Esen vanila
Kaya

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kaya dalam satu bekas. Santan dan air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit sambil kacau bahan tadi untuk mengelakkannya dari berketul. Adunan jangan terlalu cair nanti lambat masak tapi kulit nya dah hangus.

Panaskan acuan cara atas api. Tuang minyak masak sehingga penuh. Biar hingga minyak panas baru tuangkan minyak dalam bekas tahan panas. Tujuannya ialah supaya kuih cara tak melekat pada acuan. Sediakan sedikit kertas suratkhabar untuk mencalit minyak ke dalam acuan setiap kali kuih cara masak. Tuang adunan dengan senduk, jangan sampai melimpah. Masukkan kaya secukupnya. Tutup acuan cara dengan tutup periuk. Masak dengan api perlahan. Bila dah masak, keluarkan dari acuan dan tangkup dua.

Nota Kaki Chetam: Chetam belajar buat kuih cara dengan Arwah Mak tapi kuih cara yang original la. Guna daun pandan dan intinya gula kasar. Since tak jumpa pencelup hijau hari ahad lepas, Chetam hentam guna pencelup kuning. Kalau tak nak pakai kaya, boleh pakai miskin...oopss silap......boleh ganti ngan jem. Dulu-dulu masa bujang dan bila bercuti di kampung, Chetam memang suka buat kuih untuk hidangan petang. Arwah Bapak suka sangat sebab bila bangun tidur, dah siap kuih dan kopi panas. Chetam penah buat kuih cara hijau dengan jem Manggis buatan tangan Arwah Mak. SODAP!!!!

October 10, 2007

Lepat Labu

Masa kat kampung minggu lepas, sempat juga buat lepat labu. Asalnya kakak suruh Chetam buat tapi bila masuk bab membalut, Kak Ti (yang dok Bangi dulu) yang siap sedia dengan talam besar.

Lepat Labu

1 biji labu kuning - buang kulit
Kelapa parut - yang putih jer. Jangan lupa gaul ngan sikit garam.
Sikit garam
Sikit gula
Daun pisang yang dah dilayor

Potong labu kecik-kecik trus rebus sampai lembut. Dah lembut, buang air trus capai botol kicap untuk lenyekkan labu ni. Dah hancur, boleh tambah sikit garam dan gula.

Basuh daun pisang yang dilayor dan lap ngan kain.

Letak sesudu aduan atas daun pisang.

Letakkan inti kelapa di tengah-tengah.

Balut daut pisang. Masuk dalam pengukus dan kukus sehingga masak.

Disebabkan kami lewat mula keje melepat ni, lepat ni masak ngam-ngam time berbuka. So masa berbuka, kami makan lepat panas giler.....Sedap giler....bila panas, lepat ni masih lembut so kena makan ngan sudu.

September 18, 2007

Spring Roll Caca Marba

Masa dok berlegar dalam Billion Supermarket, Buya cakap dah lama tak makan benda ni. Dulu-dulu, awek Buya selalu buat. Bila tengok dalam freezer...rupernya kulit popiah. Tak sampai hati hampakan harapan Buya sebab Buya jarang minta masakkan kuih. Yang Buya tahu, suruh buat Masak Lemak. So Ahad lepas, berbuka puasa ngan Masak Lemak Cili Api Ikan Jenahak dan Spring Roll ni.

Spring Roll Caca Marba
Sumber : Chetam

Kulit popiah yang kecil. (kalau beli yang besar, potong 4)
Sayur Campur
Udang kecil - buang kepala dan ekor
Bawang putih dan merah - dihiris
Serbuk Maggi Cukup Rasa - sikit jer
Minyak Masak
Optional : Telur Ayam - buat dadar (cincang)

Cara
Panaskan kuali. Masuk sikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kuning. Masuk udang dan sayur campur. Goreng sampai layu. Masuk serbuk Maggi Cukup rasa. Kacau hingga masak. Tutup api.

Ambil selapis kulit popiah, letak sayur campur. Pastikan ada sekor udang. Letak sikit telur dadar. Gulung kulit popiah. Calitkan sedikit air di hujung kulit popiah, gulung lagi hingga habis.

Goreng spring roll dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Boleh dihidang bersama sos cili segera atau buat sendiri.

Sos Cili
Sumber : Chetam (belajar dari Arwah Emak)

Cili Merah
Cuka
Bawang putih
Gula
Garam

Cara
Tumbuk cili merah dan bawang putih hingga lumat. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumbuk lagi. Masuk sedikit cuka. Campur air suam. Gaul rata. Boleh juga dijadikan kuah cucur udang.

July 11, 2007

COCONUT BLOSSOM CAKE

Chetam dah lama simpan resepi ni tapi tak pernah buat. Resepi ni dihantar melalui email tanpa gambar. Hari ni semasa sedang search dalam googles, terjumpa resepi yang sama tetapi disertai dengan gambar yang sungguh menikam kalbu. Gambarnya Chetam dapati dari http://rossyabakes.fotopages.com/. Kalau nak cari resepi dengan gambar-gambar yang mengancam, boleh lawati fp ni. Fp ni kepunyaan Rossya......nama yang sinonim di Forum Cari.com kalau tak silap Chetam. Sayangnya, beliau telah menutup secara rasminya FP beliau pada bulan Februari yang lalu. Tiada lagi gambar-gambar baru yang akan diupdatekan.

Chetam tampillkan resepi ini dalam 2 versi berbeza......satu dari Leen Omar dan satu lagi dari Rossya. Versinya berbeza kerana penggunaan sukatan yang berlainan. Anda pilih yang mana lebih senang untuk anda praktikkan.

COCONUT BLOSSOM CAKE Sumbangan Leen Omar Rnet 8 Ogos 2005

Bahan-bahannya
3 biji Telor Sejuk
9 oz Gula Halus
10 oz Tepong Softasilk/Tepong Hong Kong
5 oz Coconut cream atau 1 biji kelapa ambil patinya
2 oz Daun pandan di ambil patinya atau essen pandan flavour
1 tbsp Ovelette
2 ½ tsp Essen pewarna hijau

Untuk Intinya
1 biji Kelapa di buang kulitnya dan di kisar
6 oz Gula melaka/hitam
1 ½ cawan Air
1 tsp Garam
Bahan-bahan ini hendaklah di goreng.

Peratorannya
Telor di pukul hingga kembang kemudian tarok gula. Pukul hingga putih dan hancur. Tarokkan coconut cream dan ovelette. Kacau hingga pekat dan kembang barulah di tarok bahan-bahan yang lain dan juga tepong. Kacau rata-rata hingga sebati.

Setelah selesai ambil bahan ini anggaran 1 sudu tarok di dalam mangkok kertas. Tarok inti di atasnya kemudian di tutup dengan bahan tepung tadi dalam 1 sudu lagi. Kemudian hendaklah di kukus dengan air.



Steamed coconut Blossoms dari
http://rossyabakes.fotopages.com/

Bahan A:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g Softasilk
3 s.k. baking powder
1 s.k. ovelette
140g coconut cream


Filling B:
50g gula
125g gula melaka
1 s.k. cornflour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut


Semua bahan-bahan A dipukul dengan high speed. Bahagikan kepada beberapa bahgian lalu di warna mengikut kegemaran anda. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan adunan tepung. Kukus lah selama 15 minit.

Bahan-bahan untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.

June 25, 2007

Jom Pekena Murtabak......


Nak pekena murtabak di atas ni susah sikit.......jauh tu! Murtabak ni Chetam beli kat Kampung Baru, Medan. Memang tak sangka dapat jumpa Murtabak kat Medan. Rasanya memang tak sama dengan murtabak di Malaysia. Lebih menjurus kepada rasa telur dadar tetapi istimewanya murtabak ni sebab disertakan dengan beberapa biji cili padi. Kelihatan dalam gambar atas sekali tu, di belakang Mamak ialah Chenul dan Buya.

Murtabak Maggi Mama
Sumber : MamaZieza Rnet

6 biji telur
2 bungkus maggi perasa kari
1 cawan isi ayam yang didadu
1/2 cwn udang yang didadu (korang buang laa kulit ekkk...)
Daun bawang dihiris
Bawang besar sebiji dihiris (yang kecil)
Cili merah dihiris
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuatnya
1. Memula masak maggi mee dalam air mendidih selama 2 minit dan toskan. Ketepikan.
2. Isi ayam dan udang itu gorengkan sedikit supaya masak sedikit.
3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Apabila layu, angkat dan ketepikan.
4. Pecah telur-telur tadi. Masukkan garam, lada sulah dan perencah kari maggi dan kacau. Kemudian masukkan ayam dan udang tadi dan masukkan maggi mee.
5. Siapkan kuali, kalau ada non stick lagi bagus. Goreng bahan-bahan tadi ngan minyak yang sedikit. Biarkan ia jadi seperti murtabak/telur dadar yang tebal. Mama buat kecil-kecil dalam 4 inci radius. Dapat 4 biji tebal.
6. Setelah masak sebelah terbalikkan sebelah lagi. Biarkan ia masak betul-betul. Kemudian hidangkan. Nak sedap lagi makan ngan sos. Isi ayam tu boleh diganti dengan sesuka hatinya.

Murtabak Maggi
Sumbangan: Norehan Yaacob kepada Rnet June 16 2005

2 pack atau lebih mee maggi kari - celur & asingkan
2 atau lebih telur
½ kg nugget ayam
2-3 ulas bwg. putih & merah
1 biji bwg besar - dimayang
mix vege secukupnya - jika suka
kari ayam adabi secukupnya

1. nugget, bwg. putih, merah, kari adabi dan telur diblend (jgn lupa kari yg dlm peket maggi tu pun masukkan sekali
2. lepas tu semua bahan yg diblend tadi dicampurkan dgn maggi, bwg. besar dan mix vege, digaul rata hingga sebati
3. panaskan kuali, isi minyak sikit dan masukkan 1-2 senduk bahan tadi dan
goreng spt. biasa.

Murtabak Singapore.
Sumbangan: Juliana kepada Restoren Pak Amir 15 Jun 2004
Gambar: Chetam rembat dari www.virtualtourist.com (murtabak kedai zam zam)

Murtabak Singapore in biasanya berukuran 4 segi tepat. dan ianya agak famous di johor baharu esp kaw.kg melayu.

Kulit (A)
Tepung Gandum -600 gram.bergantung kepada berapa ramai yg nak makan.
telur-1 biji
mentega- 1 cawan kecil-agak2 sebab nak diuli bersama doh.
garam sedikit.
air- 1/2 cawan

Inti(B)
daging ayam/lembu
bawang merah-4 ulas
bawang putih- 1 ulas
halia-1 inci
rempah kari-adabi- 1/2 peket kecil
garam
gula-sedikit

(C)
telur-2 biji
bawang besar-1 biji(dipotong dadu kecil2)

Caranya.
Bahan A dicampur dan diuli tanpa menggunakan mentega/planta. uli dlm 5-6 mins then calitkan mentega diatas doh dan uli rata2 buat sehingga doh tak meletak di tangan. Asingkan.

Bahan B utk isinya:
Rebus sekejap kisar daging lembu/ayam dan asingkan.Kisarkan(jgn halus sgt).
Kisar bawang merah,putih dan halia kemudian tumis sehinggan naik bau. Minyak
jgn banyak!! kemudian masukkan rempah kari adabi dan kacau rata2 pada daging tadi. Masukkan garam dan gula. Biar sebati dan sejukkan.

Cara membuat nya.
Untuk membuat murtabak spore, adunan doh kena besar sebab saiznya besar, so masa menebar tu pastikan ianya agak lebar dan luas. Pecahkan sebiji telur dan ratakan atas doh kemudian ambil segenggam bawang besar yg telah dipotong dadu dan taburkan atas telur tadi. kemudian ambil segenggam inti daging dan taburkan atas bawang dan taburkan bawang besar sedikit lagi(based on citarasa masing2).

Lipatkan ikut saiz 4 segi tepat...dan letakkan atas kuali leper. Terbalikkan dan pecahkan sebiji telur dan seletkan atas lapisan atas murtabak tersebut(1 side saja) kemudian terbalikkan. then bila dua2 bahagian dah masak, bahagi 2 dan lipatkan murtabak tersebut. Sentiasa pastikan lapisan yg diselitkan dgn telur tadi mestilah di bahagian luar.

MURTABAK KRACKERS
Sumber: Mami Asmah Laili
Sumbangan: Diana kepada Rnet 21 Sep 2005
Gambar: Chetam rembat dari Kornerasa, Puspanita

Bahan-bahannya
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan
lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas
kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam

Cara-caranya

CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.

CARA MELAPIS MURTABAK
Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap
supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama
berisi penuh dengan biskut.

Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur
pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan
bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya
sedikit telur.

Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan
pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi
untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur
diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah
dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah
masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang
dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato.

MURTABAK PERANTAU - anggaran 12 keping murtabak
Sumber: NoorMasri
Sumbangan: Diana kepada Rnet 12 Sep 2005

Bahan-bahan :
12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:
Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak
Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam..

March 29, 2007

Atas Permintaan - Kuih Pau


KUIH PAU
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:
500 g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil 'dough softener'
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning (crisco)
250 g air suam

Cara membuat:
Gaul rata semua bahan kecuali air.
Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
Uli sehingga licin tak lekat di tangan
Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda
Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
Bulatkan dan masukkan inti
Lapikkan adunan diatas keratan kertas.
Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
Panaskan kukusan.
Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.


KUIH PAU.
Sumber: Kak Zie RDotNet

Bahan untuk kulitnya.
500 gm. tepung pau
50 gm. shortening
1 paket yis
75 gm. gula kaster
1 camb. double action /baking powder
240 ml air suam
1/2 camt. garam halus.

Caranya.
Campurkan gula, yis dan air hingga gula larut.
Ayak tepung dengan baking powder atau double action, kemudian masukkan garam.gaul rata.
Masukkan tepung kedalam air dan uli sebentar dan masukkan pula shortening lalu diuli hingga berkilat.
Perap selama lebih kurang 20-30 minit ataupun sehingga adunan naik 2 kali ganda. Uli sebentar untuk keluarkan anginnya.
Timbang 50 gm. buat bulat dan masukkan intinya dan alaslah denga daun pisang yang telah dipotong bulat ataupun kertas minyak pun boleh juga.
Perap sebentar ataupun semasa kita memasukkan intinya kita panaskan kukusan dahulu dan setelah semua siap kita kukus yang mula-mula kita buat tadi, begitulah seterusnya hingga habis.

INTI AYAM PEDAS [KARI]
300 gm. isi ayam [cincang halus]
2 camb. serbuk kari daging
2 camb.bawang mesin [4 biji bawang kecil, 2 ulas bawang putih,1cm. halia ]
1 camb. sos tomato
1 camb. sos tiram
1/2 camb. gula
1 kiub pati ayam.
2 camb. minyak masak untuk menumis [tak perlu banyak]
1 tangkai daun sup diracik halus

Caranya:
Tumis bawang hingga naik bau nya.Masukkan rempah kari dan sedikit air masak hingga rempahnya garing sedikit.
Setelah rempahnya garing masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos tiram, dan gula pasir gaul hingga sebati.
Masukkan daging ayam dan digaul rata dan masak hingga kering sedikit. Masukkan daun sup dan gaul sebati. Rasalah megikut selera apa yang kurang bolehlah ditambah sesuai selera.

KUIH PAU
Sumbangan: Diana
Sumber: Salamah Jalani

Bahan A
500 gram tepung Hong Kong
1 sudu makan double acting
2 sudu makan Crisco
1 sudu makan yis basah
85 gram gula kaster
240 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan B (Inti)
500 gram kacang merah (direndam sehingga kembang)
300 gram gula
2 helai daun pandan
air untuk merebus kacang

Cara-caranya
Gaul semua Bahan A (kecuali tepung) sehingga gulanya hancur. Baru masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Perap selama 20 - 30 minit. Adunannya melekit sedikit. Semasa hendak membentuknya, celupkan tangan dalam tepung, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Isikan dengan inti ditengahnya dan cantumkan semula. Kemudian letakkan diatas daun pisang atau kertas kek yang digunting bulat lebarkan 7cm. Kukus selama 7-8 minit atau sehingga masak. (Kukusan hendaklah dipanaskan lebih awal)

Cara membuat Intinya
Rebus kacang dengan daun pandan. Bila kacang sudah empuk, tuangkan dikuali dan masukkan gulanya. Masuk sehingga kering, angkat dan sejukkan. Intinya harus benar-benar sejuk, baru boleh digunakan.

Atas Permintaan - Homa Made Roti Canai

Home Made Roti Canai
Sumber : Arlina RDotNet

Bahan2
4 cwn tepung gandum
260 ml air
2 sm majerin/minyak sapi
1 bj telur
2 sm gula
1 st garam

Cara:
1. Gaul tepung bersama bahan2 lain hingga menjadi doh yang licin & sebati.
2. Bulatkan adunan seperti dlm Pic 2 (satu adunan mejadi 10 kpg roti canai). Lumurkan dengan minyak/minyak sapi (biasanya leen guna majerin+minyak)
3. Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati sebelum dicanai.
4. Adengan menebar bermula (Pic 3)... klu tak pandai menebar just canai guna tangan & tarik di sekeliling dulang (Pic 4).
5. Perang satu bhg tepi adunan & bulatkan spt Pic 5 (tang nie tak dapat nak snap coz dua2 belah tangan dah berminyak... heheee)
6. Panaskan kuali, leperkan adunan tadi & goreng mcm biasa.

ROTI CANAI
Sumbangan: MamaZieza RDotNet
Sumber: MamaFaMi Fotopage

Bahan
500 gm tepung
300 ml air
1 butir telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar shortening

Cara :
1. Sediakan bahan-bahan dan masukkan ke dalam mixer
2. Larutkan garam dalam air
3. Masukkan sedikit air garam dalam mixer, masuk sikit-sikit.
4. Buat sehingga menjadi doh
5. Bulatkan kepada 11 biji bebola
6. Lumurkan dengan majerin dan perap dalam 2 jam. Lebih lama lebih baik. Kalau semalaman lagi baik.
7. Masukkan sedikit campuran minyak dan majerin dalam mangkuk
8. Gunakan meja atau dulang besar. Minyakkan dan tepekkan sebijik doh tadi.. dan tarik-tarik.
9. Tebar seperti dalam gambar.
10.Tarik-tarik tepi doh tu sehingga menjadi nipis dan renjis dengan minyak dan majerin tadi
11. Rujuk gambar.
12. Rujuk gambar.
13. Rujuk gambar.
14. Ketepikan dalam setengah jam
15. Tekan-tekan skit
16. Boleh terus disimpan dalam bekas, lapikkan dengan plastik pada setiap keping. Kalau nak makan boleh digoreng terus..

Nota Kaki MamaFami: Roti ni tak payah goreng separuh masak dulu pun takpe... bila nak makan .. kuarkan dan goreng.

Roti Canai (Untuk 10 Keping)
Sumbangan: Adik Sha

Bahan-bahan
200 g (2 cawan) tepung gandum
100 g tepung penuh mil
60 g (1 biji) telur
50 ml (1/4 cawan) susu rendah lemak
20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
50 g (2 1/2 sudu makan) marjerin
air untuk menguli

Cara membuat roti
1.Tepung diadun dengan telur, susu, garam dan air secukupnya.
2.Uli sehingga lembut dan perapkan dengan sedikit marjerin. Bulat-bulatkan kepada
sepuluh ketul yang sama besar. Biarkan selama dua puluh minit.
3.Canaikan mengikut bentuk yang anda suka. Goreng garing dengan sedikit minyak.
4.Bila masak, tepuk-tepukkan supaya gembur dan cepat sejuk.

Cara menghidang

Sesuai dimakan dengan kuah dal, kari, ikan, dalca atau acar.

February 05, 2007

Krim Puff - Umi Imah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sori lama tak jengah ke Teratak Chetam. Chetam sibuk ngan satu projek baru. InsyaAllah, kalau projek menjadi, akan Chetam war-warkan di Teratak Chetam ni.

Chetam satu famili baru balik bercuti ke Genting Highlands. Tidur di sana 2 malam. Chenul seronok main kat sana sampai terlalu penat hingga tertidur di meja makan.

Semalam Chetam sempat buat cream puff dari resepi Umi Imah. Kalau tak silap Umi Imah dari Cari.com. Resepi ni Chetam dapat dari Pengasas ResepiDotNet, Puan Jeni. Chetam minta maaf sebab tak sempat ambil gambar so Chetam paparkan gambar dari Puan Jeni. Cream Puff ni memang sedap. Masa Chetam buat, Buya tak ader di rumah kerana mengajar mengaji di rumah orang. Bila Buya balik, komen Buya.....Umi ni tak reti masak lain...masak kek aje......Dalam hati, Chetam dah cakap, gerenti Buya tak akan sentuh cream puff ni. Tapi sangkaan Chetam meleset. Sambil tengok Aznil ambil Award Pengacara TV Popular, tangan Buya pun rancak memasukkan cream puff ni ke dalam mulut.


Krim Paff
Sumber: Umi Imah
Sumbangan : Puan Jeni RDOtNet
Gambar : Puan Jeni RDOtNet

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Nota Kaki Chetam :
1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
2. Boleh juga masukkan cream nya dari sebelah bawah dengan cara menebuk satu lubang kecil dan memicit cream ke dalam lubang tu.
3. Gunakan piping beg dengan nozzle yang kecil untuk menyumbat cream ke dalam puff
4. Kalau tak ada piping beg, boleh guna gunting untuk potong sedikit bahagian tengah dan masukkan cream menggunakan sudu.

December 20, 2006

Pai Tee


KUIH JAMBANG (PAI TEE)
Sumber: Hajjah Senesa Abdul Rahman
Sumbangan: Diana Rnet

Bahan-bahannya
500 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur kecil
850 ml air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak untuk menggoreng
secukup inti samosa, atau inti popiah
sedikit daun bawang, daun sup dan hirisan lada merah
sedikit sos cili
acuan kuih jambang

Cara-caranya
Kedua-dua tepung diayak dalam mangkuk. Ketepikan. Telur, garam dan pewarna kuning dikacau rata. Tuangkan 1/2 bahagian air, ratakan, lalu dimasukkan sedikit-sedikit kedalam mangkuk tepung, sambil mengacau sehingga adunan sebati. Tambah baki air kedalam adunan sehingga menjadi cair dan nipis.

Gunakan kuali kecil ukuran 10". Tuangkan minyak 1/2 kuali. Panaskan acuan jambang didalam minyak tersebut. Keluarkan acuan itu sebentar, supaya tidak terlalu panas, lalu celupkan kedalam adunan dan goreng dengan api sederhana. Acuan hendaklah dienjut-enjutkan sehingga adunan menjadi kekuning-kuningan, baru boleh dilepaskan dan ditolak perlahan-lahan dengan lidi. Apabila menggoreng, ratakan sehingga berwarna perang. Angkat dan toskan.

Isi kelongsong dengan inti daging, seperti inti samosa atau sayuran sengkuang seperti inti popiah. Hiaslah diatas dengan daun bawang atau daun sup serta lada merah dan sos cili.

Pai Tee (Singapore Pai)
Sumbangan: Koaysc Restoren Pak Amir

Bahan Kulitnya:
600gm tepung gandum
150gm tepung beras
2 biji telur ayam
2 cawan air
sedikit kapur

Bancuh semua bahan diatas (kalau boleh blender supaya tepung tak berbiji (bergentel).
Panaskan minyak dalam periuk agak besar sikit utk minyak penuh. rendam acuan dalam minyak supaya panas sebelum celup dalam bancuhan tepung tadi. ambil sesenduk taruh dalam mangkuk kemudian celup acuan yg telah dipanaskan tadi kedalam mangkuk tadi agak-agak setengah dari acuan. takut susah nak lekang pulak kalau celup penuh. dah lekang dari acuan , goreng seketika agak kekuningan. angkat dan toskan. betul betul sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara atau tin. caranya macam nak buat kuih loyang saja.

Bahan inti:
1 biji sengkuang }
1 batang lobak merah } dihiris nipis panjang
1 biji timun }
2 biji telur
sedikit bawang goreng

tumis bersama telur dan bawang goreng hingga kering - toskan.

Sos cili
50gm cili kering }- dikisar
5 ulas bawang putih }
1 camb. cuka
sedikit air asam jawa
garam/ gula secukup rasa

masak kesemua bahan tersebut hingga pekat.

***jika suka sosnya boleh diganti dengan kuah kacang.

Nota Kaki Chetam: Chetam penah buat Pai Tee ni. Tapi tak pasti sama ada ianya resepi yang kedua atau tidak. Inti Pai Tee yang Chetam buat ada letak udang.

Tips Chetam:
Kita boleh buat sarung Pai Tee ni dulu. Selepas di goreng dan ditoskan minyaknya, boleh disimpan di dalam bekas kedap udara sehingga tiba saat kita memerlukannya.
Pastikan intinya kering kerana inti yang terlalu basah akan menyebabkan sarung Pai Tee kita cepat lembik dan tidak rangup.
Untuk sosnya, jikalau perut tak tahan baik gantikan cuka dengan perahan air limau nipis. Buya sakit perut lepas makan Pai Tee yang Chetam buat. Perut Buya memang tak boleh terima cuka.

August 29, 2006

Kuih Jongkong

Dulu ada pengunjung Teratak Chetam yang meminta resepi kuih jongkong.

Chetam ada dua resepi di sini. Satu adalah sumbangan dari pengunjung Teratak Chetam juga. Chetam minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk postkan resepi Kuih Jongkong ini.

Kuih Jongkong
Sumbangan : Hamiesda
Sumber : Ibu Beliau

Bahan2: -
2 cwn tepung beras
6 cawan santan
Gula (ikut suka; nak manis/kurang manis)
Garam (terpulang, nak taruh boleh, tak nak taruh pun blh)

Cara:-
1) Tepung beras campurkan dengan 4 cawan santan (kacau sebati)
2) Masakkan bahan no. 1 dlm kuali dengan api yang perlahan (macam masak kanji som-som)
3) Bila sudah beku dan masak, masukkan lebih kurang 2 sudu makan tepung yang sudah msak ke dalam cawan.
4) Masukkan gula & santan kedalam cawan tersebut tp jgn sampai hapus/tutup kanji tepung tadi.
5) Kukus sampai santan masak (santan jadi mcm santan kuih limas/kuih sampan) - lebih kurang 1/2jam.

*** Kalau nak masukkan garam, masukkan garam ke dalam santan.
*** Santan jangan cair sgt...tp bukan gunakan pati santan tau...
*** Proses buat kuih jongkong nih pkai cawan, tp insyaALLAH nanti as akan antakan pic cara2 buat dia punya sarung...

Ini pula resepi sumbangan Diana.



Jongkong Kelapa Muda
Sumbangan Diana

JONGKONG KELAPA MUDA

Bahan-bahannya
100 gram tepung beras
50 gram tepung sagu
¼ sudu teh garam
600 ml air
50 ml air daun pandan
2 helai daun pandan, dipotong-potong 5cm
250 gram gula melaka, dihiris halus-halus
2 biji isi kelapa muda
500 ml santan dari 1 biji kelapa
daun pisang untuk membungkus

Cara-caranya
1. Campur tepung beras, tepung sagu dan garam sehingga rata. Bancuh dengan sebahagian air dan ketepikan.
2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Tambah air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak. Angkat dari api.
3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat. Kukus selama 60 minit sehingga masak.

May 24, 2006

KUIH KASWI sumbangan Diana



Ada yang cuba resepi tapi kuih kasuinya tak menjadi. Chetam postkan satu resepi dari Diana.

KUIH KASWI sumbangan Diana

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung sagu
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
1000 ml air

Cara Menyediakan
Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.

Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam
Posted by Picasa

April 24, 2006

CAKOI - Atas Permintaan CT Yang Berada di Iran

CAKOI - Sumber Chef Norzailina Alaf21

Adunan Yis
200g tepung gandum
300ml air suam
1 camb yis segera (instant yeast)

DOH
1 camt tawas, ditumbuk (alum)
400ml air
2 camt soda bikarbonat
1-2 camt garam
2 camb minyak
600g tepung berprotin tinggi (bread flour)
1 camb minyak, untuk sapu
2-3 camb tepung, untuk tabur
minyak untuk menggoreng

Untuk adunan yis:
Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. Larutkan tawas dengan separuh air, campur dengan adunan yis. Tambah baki air, soda bikarbonat, garam dan minyak. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yg lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam. Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping. Basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekatkan satu potongan lain di atasnya. Buat hingga habis. Angkat potongan yg bercantum, tarik sedikit kemudian terus masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga keemasan.

Cakoi Sumbangan Nor Faizah of Restoren Pak Amir)
Sumber Cari.com

Bahan2nya
600gm tepung gandum
1 bungkus ibu roti(dicairkan)
1 biji telur
1 gelas air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara2nya
1.Gaulkan tepung dgn telur, ibu roti & uli hingga lembut. Biar selama 5 jam.
2.Canai & taburkan sedikit tepung kemudian dilipat dua.
3.Potong sepanjang 8cm & tekankan atasnya dgn belakang pisau.
4.Goreng sampai kuning.

Cakoi dari Restoren Pak Amir
Sumber : Cari.com

Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1/2 cawan gula halus
1 camcateh garam
2 sudu besar minyak jagung
2 gelas air suam atau secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli. Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda. Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit. Panaskan minyak penuh dalam kuali. Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang). Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki. Turiskan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus. Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning. Hidangkan panas-panas dengan sos kastad atau lain-lain sos yang digemari

KUEH CAKOI sumbangan Kak Liza
Sumber : Cari.com

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1 s/b gula halus
1/2 s/t garam
1 s/b majerin
1/2 cawan minyak jagung
2 cawan air suam ]
1 ulas bawang putih ] dimesinkan dan tapis
tepung untuk tabur dipapan canai
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-
1. Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
2. Campurkan majerin dan gaulkan saperti buat tat..rubbing method.
3. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
4. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
5. Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
6. Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
7. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
8. Panaskan minyak penuh dalam kuali.
9. Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
10. Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
11.Tekankan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.

12.Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
13. Hidangkan panas-panas

March 22, 2006

Apam ENO


Sumbangan : Roziyati ResepiNet
Gambar : Roziyati ResepiNet

Bahan
1 pkt tepung beras (cap gajah)
300 gm gula halus
2 sendok ibu apam (resepinya di bawah)
2-21/2 cawan air

Campur air ngan tpg dan ibu apam sampai tak bergentel. Masukkan gula. Kacau hingga gula dissolve. Tapis dan biarkan semalaman.

Bila nak mengukus, ambil satu mangkuk adunan, masukkan pewarna dan ENO dalam 1 camca teh membumbung. Kacau dan adunan akan naik 2 kali ganda. Tuang dalam acuan kecil dan kukus. ENO hanya dicampur apabila time nak kukus aja. Tu yg apam akan mekar.

=================================

Ibu Apam
2 cawan nasi
1 biji ragi
(Ragi diparut dalam nasi dan gaul hingga sebati. Biarkan dalam bekas selama 3 hari, akan jadi seakan tapai. Blend + air sikit sekadar blender bleh pusing. Boleh disimpan dalam fridge kalau berlebihan)
Posted by Picasa

November 09, 2005

Lagi satu resepi yang Chetam rekomen untuk dicuba - Bingka Daging Bercheese

Chetam dah cuba 2 kali resepi ni. Kali pertama sebagai bahan eksperimen semasa berbuka puasa di rumah Chetam tapi mendapat sambutan hangat dari kakak, abang, kakak ipar dan anak2 sedara. Kali kedua Chetam buat semasa berbuka puasa di kampung(Tepeng). Itupun selepas anak2 sedara buat permintaan. Lagi sekali dapat sambutan hebat sampaikan ada permintaan untuk buat sekali lagi.....tapi Chetam tak sanggup.........hehehehe

Resepi ni disumbangkan oleh Kak Rashidah dari ResepiNet. Kak Rashidah telah mengeluarkan RM200 untuk membeli resepinya tetapi memberikan resepi tersebut kepada ResepiNet secara percuma. Semoga Allah membalas jasa baik Kak Rashidah. Resepi ini telah dicuba oleh ramai ahli ResepiNet dan Diana juga sudah mencuba dan telah mengolah resepi tersebut supaya senang diikut.

Chetam rekomen 100% agar anda mencuba resepi ini. Gerenti anda akan berasa puas hati.

Image hosted by Photobucket.com
BINGKA DAGING BERCHEESE

Bahan A
300 gram daging cincang
3 sudu teh jintan putih
4 sudu teh lada putih
1 sudu teh minyak sayuran
1 sudu teh garam

Bahan B
250 gram tepung gandum
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa (perah untuk mendapatkan 750 ml - 150 ml untuk digunakan untuk Bahan C)
100 gram mentega, dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan C
150 ml santan (dari lebihan perahan 1/2 biji kelapa tadi)
75 gram cheddar cheese, diparut
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Hiasan
1 batang lada merah, dihiris halus
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak masukkan daging dan taburkan jintan, lada putih dan garam dan masak sehingga ia bertukar warna dan airnya kering. Sedia untuk digunakan.

Cara untuk Bahan B
Gunakan food processor ataupun blender. Mesti bersihkan dari segala bau-bauan seperti sambal, belacan dll. Cuci dengan sabun dan isi air dan kemudian blender kasi blender itu betul2 bersih dan tidak berbau.

Masukkan santan, garam dan telur, blender rata. Kemudian masukkan tepung, blender hingga sebati. Last masukkan mentega cair yang telah disejukkan dan blender rata. Gunakan periuk non-stick dan juga senduk kayu ataupun whisk. Masak adunan tepung diatas api yang kecil dan hendaklah adunan dikacau selalu tidak boleh ditinggalkan. Ini penting kerana jika tidak adunan akan bergentel.

Masak adunan tepung sehingga sedikit pekat (pekatnya sama macam Macaroni and Cheese - cheese tu pekat macam gitu rupanya). Kemudian angkat dari atas api dan campurkan dengan 100 gram daging cincang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Gunakan loyang springform 9 inci tak payah lapik dengan aluminium foil. Lenser loyang dengan 2 sudu besar mentega, ini perlu untuk mendapatkan tepi bingka yang berwarna kuning emas lagi garing nampak menarik. Kenapa Diana gunakan loyang springform (loyang itu sahaja yang ada dirumah my friend hehe) sebab ia non-stick dan juga bila dah masak senang untuk membukanya dan kuih akan keluar cantik dan senang untuk letak atas pinggan dan sajukan. Tuang adunan tepung kedalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 - 45 minit. Kemudian sediakan Bahan C.

Cara untuk Bahan C
Campur tepung bersama santan dan gaul rata supaya tidak bergentel. Kemudian masukkan cheddar cheese dan masak atas api yang sederhana sehingga ia pekat sedikit. Sedia untuk digunakan.

Bila bingka telah masak, tuang Bahan C dan ratakan. Tabur lebihan daging, bawang goreng, daun sup/ daun bawang dan terakhir cili merah. Tekan sikit kasi daging tu melekat kat Bahan C. Dan sambung bakar selama 10 minit. Bila keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk selama 10 minit, baru buka loyang springform, sedia untuk dihidang. Sedap makan panas-panas bersama cili sos.

October 21, 2005

Kuih Kaswi - Permintaan Yati

Assalamualaikum

Chetam tunaikan permintaan Yati yang nakkan resepi kuih Kaswi atau Kasui. Pengunjung yang lain yang sebelum ni penah buat permintaan tapi masih belum Chetam tunaikan, Chetam minta maaf. Mungkin resepi tu Chetam tak ada atau tak jumpa atau tak sempat nak cari. Pada Mia, Chetam minta maaf sebab tak penah terjumpa serunding guna cili padi. Kalau serunding, memang ada banyak resepinya.

KUEH KASWI dari Kak Liza MDC

Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

KUEH KASWI PANDAN dari Kak Liza MDC

Bahan
6 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
[Masakkan semua dan sejukkan]

1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi
1 sudu kecil kapur kueh

Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit].
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

KUEH KASWI dari Harsha WMDC
(Harsha merupakan pengendali ruangan resepi dalam Forum MDC dan WMDC. Beliau tinggal di Kota Singa)

Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

April 24, 2005

Koleksi Kuih Talam

Assalamualaikum Sumer
Maaf lama tak menjengah ke blog ni. Chetam balik kampung suami di Medan, Indonesia menghadiri pekahwinan adik ipar.

Chetam tunaikan Ija dulu yer.... Buat pengetahuan semua, resepi kuih dalam di bawah ni Chetam ambil dari MDC. Resepi-resepinya disumbangkan oleh Kak Liza ataupun Hanieliza. Beliau ada berikan url resepi beliau di dalam ruangan sembang di sebelah kanan.

TALAM UBI KAYU
Lapisan Bawah
1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan dan buangkan semula air tu]

3 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.

TALAM KACANG MERAH
Lapisan bawah - [kacang merah ]

1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

TALAM HIJAU
Bahan
Lapisan Bawah
2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
5 caw. air biasa
1 cawan gula
sket jus pandan/pewarna hijau

Cara...
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalamloyang yg telah disapukan minyak dan kukus sehingga masak [30 minit]

Lapisan Atas
3/4 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
3 cawan santan + sket garam

Cara...
1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.

KUEH TEPUNG TALAM
Lapisan Bawah:

3 roda gula roda ) masak dan sejukkan
4 sudu gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini.
2. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak
3. Sejukkan dahulu baru dipotong dan hidangkan.

TALAM SUJI
Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Lapis atas :
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah atau gula melaka
sedikit garam

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 minit.

TALAM KELADI/KELEDEK
Lapisan Bawah
300 gm keladi/keledek merah
375 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung ubi
1/2 s/k garam
225 gm gula

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan keladi/keledek dan rebus sehingga lembut.
2. Blendkan dengan santan cair.
3. Campurkan dgn semua bahan.
4. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap.
5. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
6. Kukuskan selama 20 minit.
7. Campurkan adunan lapisan atas dan tapis.
8. Masakkan sikit dan tuangkan atas permukaan keladi atau keledek yg telah dicakar2kan.
9. Kukuskan selama 20 minit.
10 Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.

TALAM KELADI SERUNDING
bahan A
200 gm keladi
200 gm tepung beras
1 liter santan
garam secukupnya

bahan B
sedikit bawang goreng
daun bawang ]
cili merah ] mayang halus
200 gm serunding daging

cara
1. Keladi dibuangkan kulit dan potong dadu. Rebuskan dgn garam sehingga lembut dan toskan.
2. Campurkan semua bahan dan gaulkan sebati.
3. Masakkan sebentar atas api dan masukkan dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Bila telah sejuk, taburkan semua bahan B dan potong.
6. Hidangkan.

TALAM NANGKA
bahan lapisan bawah
200 gm nangka [cincang kecil]
200 gm tepung beras
250 gm gula
800 gm santan
sedikit pewarna kuning

bahan lapisan atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masakkan sekejap atas api.
3. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
6. Kacau sekejap diatas api.
7. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan adunan lapisan atas.
8. Kukuskan selama 20 minit.
9. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

TALAM JAGUNG
bahan lapisan bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

bahan lapisan atas
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

KUEH TALAM PISANG
bahan lapisan bawah
2 cawan pisang lecek halus [pisang berangan atau pisang emas]
1 cawan gula apsir
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 cawan santan cair
pewarna kuning

cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1.5 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/k garam

cara
1. Galukan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


KUEH TALAM KACANG HIJAU
Lapisan bawah - [kacang hijau ]

1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Kesemua resepi di atas adalah sumbangan dari Kak Liza.

KUIH TALAM BERLAUK (Sumbangan dari Noor Masri yang berada di UK, juga dari MDC)
200 g keladi yg telah diparut
180 g tepung beras
50 g tepung jagung
1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu kecil garam

Bahan lauk:
250 g daging kisar
50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng
1 tangkai daun sup } dihiris
1 tangkai daun bawang }dihiris
1-2 tangkai cili merah }dihiris
garam secukup rasa
1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air masak
½ sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau kemudian masukkan daging
Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api
Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau sekata.Ketepikan.
Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.
Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.
Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus sehingga masak.
Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan
Hidangkan bersama sos cili

TALAM DELIMA sumbangan nurvidaryna, juga dari MDC. Resepi diperoleh dr CHEF ASMA NOR DIN
Lapisan bawah :
bahan A
250gm gula kastor (kalau terdesak gula biasa pun boleh tapi kurangkan)
100gm tepung beras
40gm tepung kacang hijau(green pea)
1/2 tsp garam

bahan B
650ml air
200ml santan pekat (santan dalam kotak pun boleh)

bahan C
300gm sengkuan cina (sengkuang biasa pun boleh tapi sedap lagi yang sengkuang cina)
direndam 1/2 jam
Sedikit pewarna merah jambu

Lapisan Atas
bahan D
70gm tepung beras
50gm tepung jagung
2 tsp garam halus

bahan E
800ml air
200ml santan
sedikit pewarna merah jambu

gunakan loyang 10 x 10 x 3

CARANYA:-
---untuk lapisan bawah,potong kiub sengkuang cina yg direndam 1/2jam dan toskan airnya
---masukkan bahan B kedalam A.kacau rata dan tapis kedalam periuk.
---masak atas api sederhana sehingga naik wap
---masukkan bahan C.Kacau rata kemudian tuangkan kedalam loyang
kukus selama 25 minit (tidak perlu lap).
(kalau tak mahu warna pink tu keluar, lebih baik letak bahan C sebelum tututp api or naik wap.
---untuk lapisan atas ,satukan bahan D dan kacau rata
---Tapis kedalam periuk.masak atas api sederhana dan kacau hingga wap naik.sebelum tuang,carik-carik SIKIT bahan yg dikukus tadi.
---tuangkan ke atas lapisan bawah.kukus selama 25 minit.penutup perlu dilap selalu or setiap lima minit.

December 16, 2004

Karipap Versi Bakar dalam Oven

Dah lama tak posting resepi, so pagi ni Chetam nak bagitahu resepi karipap yang amat mudah. Mudah pada diri Chetam la......Sebenarnya Chetam langsung tak pandai kelim karipap so bila dapat resepi ni..............alahai.......mudahnya dan memang terangkat rasanya.

Bahan untuk Pastri
100gm plain flour
50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour)
40gm butter
40gm shortening (kalau tak de, guna butter)
1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water
1/4 tsp salt

Cara-cara :
1. Masukkan garam ke dalam campuran tepung.
2. Masukkan butter dan shortening ke dalam campuran tepung, gaulkan hingga menjadi bread crumbs. Maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.
3. Tambakan telur yang telah dipukul sedikit sehingga menjadi doh. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar nanti. Jangan diuli doh tu, kerana terlalu kerap dipegang akan menjadikan doh ni keras dan tak sedap.
4. Balutkan doh dalam cling wrap dan biarkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Dah cukup 30 minit, keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bebola sebesar limau purut atau ikut suka hati.
Tips : Bentukkan bebola ini menggunakan cling wrap supaya tak melekat pada penggelek atau meja.
6. Masukkan inti (ikut suka hati la, nak letak sardine ke, ayam atau daging) di tengah-tengah dan bungkus elok-elok. Pas tu buat la kelim kat tepi dia macam karipap tu atau kalau anda suka, tekan tepi karipap ni dengan garpu so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. Last sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. Kalau nak goreng, tak payah le buat ni.
7. Masukkan kat dlm oven and bakar pada 150 C for 20 minit.

Karipap ni memang sedap. Bila makan, pastrinya berderai jer macam yang kat bakeri. Chetam tak pernah goreng cuma bakar so karipap ni tak berminyak langsung.

Cuba.........jangan tak cuba.

P/S Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir. Lupa pulak nama penyumbangnya.

September 28, 2004

APAM BUNGA WARNA WARNI

Chetam dapat resepi ni dari MDC. First time terus menjadi. Rasa pun sedap. Ada orang kata, kuih ni juga dipanggil dengan nama Ambon (kalau Chetam tak silap). Terima kasih kepada Puan Ann di MDC yang memberikan resepi power ini.

APAM BUNGA WARNA WARNI

Bahan-bahan:
300gm tepung
250gm gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovellete
2 biji telur
200ml air
2 sudu makan susu manis
1 sudu kecil esen ros
pewarna merah & hijau

Cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk dan putar hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada tiga mangkuk, satu diwarnakan merah, satu lagi diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan tanpa warna.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10 minit.