Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 20, 2006

Pai Tee


KUIH JAMBANG (PAI TEE)
Sumber: Hajjah Senesa Abdul Rahman
Sumbangan: Diana Rnet

Bahan-bahannya
500 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur kecil
850 ml air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak untuk menggoreng
secukup inti samosa, atau inti popiah
sedikit daun bawang, daun sup dan hirisan lada merah
sedikit sos cili
acuan kuih jambang

Cara-caranya
Kedua-dua tepung diayak dalam mangkuk. Ketepikan. Telur, garam dan pewarna kuning dikacau rata. Tuangkan 1/2 bahagian air, ratakan, lalu dimasukkan sedikit-sedikit kedalam mangkuk tepung, sambil mengacau sehingga adunan sebati. Tambah baki air kedalam adunan sehingga menjadi cair dan nipis.

Gunakan kuali kecil ukuran 10". Tuangkan minyak 1/2 kuali. Panaskan acuan jambang didalam minyak tersebut. Keluarkan acuan itu sebentar, supaya tidak terlalu panas, lalu celupkan kedalam adunan dan goreng dengan api sederhana. Acuan hendaklah dienjut-enjutkan sehingga adunan menjadi kekuning-kuningan, baru boleh dilepaskan dan ditolak perlahan-lahan dengan lidi. Apabila menggoreng, ratakan sehingga berwarna perang. Angkat dan toskan.

Isi kelongsong dengan inti daging, seperti inti samosa atau sayuran sengkuang seperti inti popiah. Hiaslah diatas dengan daun bawang atau daun sup serta lada merah dan sos cili.

Pai Tee (Singapore Pai)
Sumbangan: Koaysc Restoren Pak Amir

Bahan Kulitnya:
600gm tepung gandum
150gm tepung beras
2 biji telur ayam
2 cawan air
sedikit kapur

Bancuh semua bahan diatas (kalau boleh blender supaya tepung tak berbiji (bergentel).
Panaskan minyak dalam periuk agak besar sikit utk minyak penuh. rendam acuan dalam minyak supaya panas sebelum celup dalam bancuhan tepung tadi. ambil sesenduk taruh dalam mangkuk kemudian celup acuan yg telah dipanaskan tadi kedalam mangkuk tadi agak-agak setengah dari acuan. takut susah nak lekang pulak kalau celup penuh. dah lekang dari acuan , goreng seketika agak kekuningan. angkat dan toskan. betul betul sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara atau tin. caranya macam nak buat kuih loyang saja.

Bahan inti:
1 biji sengkuang }
1 batang lobak merah } dihiris nipis panjang
1 biji timun }
2 biji telur
sedikit bawang goreng

tumis bersama telur dan bawang goreng hingga kering - toskan.

Sos cili
50gm cili kering }- dikisar
5 ulas bawang putih }
1 camb. cuka
sedikit air asam jawa
garam/ gula secukup rasa

masak kesemua bahan tersebut hingga pekat.

***jika suka sosnya boleh diganti dengan kuah kacang.

Nota Kaki Chetam: Chetam penah buat Pai Tee ni. Tapi tak pasti sama ada ianya resepi yang kedua atau tidak. Inti Pai Tee yang Chetam buat ada letak udang.

Tips Chetam:
Kita boleh buat sarung Pai Tee ni dulu. Selepas di goreng dan ditoskan minyaknya, boleh disimpan di dalam bekas kedap udara sehingga tiba saat kita memerlukannya.
Pastikan intinya kering kerana inti yang terlalu basah akan menyebabkan sarung Pai Tee kita cepat lembik dan tidak rangup.
Untuk sosnya, jikalau perut tak tahan baik gantikan cuka dengan perahan air limau nipis. Buya sakit perut lepas makan Pai Tee yang Chetam buat. Perut Buya memang tak boleh terima cuka.

1 comment:

  1. Anonymous5:17 pm

    saya ada wat kulit pai tee... tapi tak menjadi mcm topi... boleh tlg bagi tau mcm mana nak dapatkan kulit pai tee yang cantik? email fazlida84_77@yahoo.com

    ReplyDelete