Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 13, 2006

BALI - Part 4 (18 November 2006)

Dalam perjalanan balik ke hotel, John syorkan untuk makan malam di sebuh restoren Cina - seafood berdekatan dengan kawasan hotel. Chetam ambil kesempatan tanya kat mana Restoreen Ayam Bakar Wang Solo. John kata dekat jer dari simpang yang kebetulan kami tengah lalu waktu itu. Simpang tu dah menuju ke area hotel. Kawan Chetam tanya Madhi (dreber bas), berapa meter jarak dari simpang tu ke Wang Solo. Madhi jawap cuma 100meter saja. Senyum lebarla Chetam dan gang......idaklah jauh......Sampai je kat hotel terus mandi dan tukar baju. Geng yang non muslim dah keluar nak mencari makanan tradisi di Bali iaitu Khinzir Guling. Chetam dan lagi dua orang geng Melayu mulalah perjalanan mencar Restoren Ayam Bakar Wang Solo.

Jalan kaki dengan penuh semangat hingga ke simpang yang ditunjukkan oleh John tadi. Pusing ke kanan.....melangkah lagi dengan gagah. Aiks.....Madhi kata 100meter.....tak nampak bayang restoren tu pun. Jalan lagi.......sampai jumpa sekumpulan dreber teksi yang sedang rehat di tepi jalan. Dreber teksi tu kata tak jauh.......lebih kurang dalam 1 kilometer......Mak Ai......Dalam hati dok kata.....dreber teksi ni kelentong kut sebab nak suruh naik teksi depa. Tak kan lagi 1 kilometer. Kaki pun dah mula tak bermaya. Jumpa sorang adik pompuan.......dia kata......atas lagi........Mak Ai......memang jauhla.......sepanjang berjalan tu memang ada beberapa gerai beroda yang jual makanan muslim. Tapi perut nak makan Ayam Bakar Wang Solo. Lebih setengah jam jalan kaki baru nampak kelibat restoren tu.........

Chetam terus oder Nasi Goreng Biasa dan Ayam Bakar.......halusnya ayam ni......ayam kampung kut. Tak sesuai dengan selera Chetam sebab rasanya manis.




Chetam oder Es Pokat. Sedap tapi kecik sangat gelasnya.


Kawan Chetam order nasi goreng seafood dan yang lagi sorang cuma makan Tahu Bakar.

Selesai jer makan, terus blah sebab nak pegi tengok kedai-kedai baju di tepi jalan. Masa balik ni lah Chetam singgah satu kedai aksesori dan beli anting-anting serta gelang manik. Murah giler dan sampai sekarang Chetam menyesal sebab tak borong banyak-banyak. Gambarnya Chetam nak tunjuk dalam Part 3. Sebab sebenar Chetam tak beli banyak kat kedai tu ialah kerana esoknya John nak bawak kami ke Tanah Lot. Menurut John, kat Tanah Lot lagi banyak barang dan murah-murah. So Chetam dah terover excited nak pegi ke Tanah Lot.

Sampai hotel punyalah letih. Sebelum tu sempat melintas Restoren Seafood yang John syorkan sebelumnya. Nampak di restoren tu ada papan tanda 100% HALAL. Mak Ai.......dalam hati Chetam dok kata.......apsal susah-susah jalan kaki jauh-jauh kalau restoren Seafood tu halal..........hehehehe.......Ini dah makan ayam bakar ngan nasi goreng tapi bila sampai hotel lapar semula. Peluh jangan la cakap............berbaldi-baldi Chetam berpeluh. Sempat juga singgah kedai beli MIZONE - Minuman Isotonik Bernutrisi. Air ni macam 100Plus kat Malaysia. Ada perasa Lime dan Markisa. Air ni salah satu produk jenama AQUA dan dikeluarkan oleh syarikat DANONE. Kat Malaysia, Danone ni popular ngan biskut.


Deretan botol Mizone. Chetam beli banyak botol dan minum Mizone untuk ganti peluh yang keluar. Kat rumah Chetam ada lagi 2 botol belum buka. Entah kenapa, bila dah sampai Malaysia trus tak minat nak minum Mizone.....hehehehehe....

Stop Sini.

No comments:

Post a Comment