Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 12, 2006

Dengan Bangganya Chetam Umumkan....

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Setelah beberapa hari berhempas pulas dan membanting otak, akhirnya Chetam dapat menyempurnakan satu permintaan yang dikemukakan oleh ramai pengunjung Teratak Chetam. Sampai cerita Bali pun terhenti seketika dek penangan permintaan ini.

Mungkin ada yang perasan ada satu kelainan di sebelah kanan blog Teratak Chetam ni. Sekarang anda tidak perlu tercari-cari resepi atau posting di bulan-bulan terdahulu. Chetam telah menyediakannya dalam bentuk "Dropdown listbox" (istilah orang susah...hehehehe). Buat masa ini, Chetam belum sempat nak masukkan kesemua resepi. InsyaAllah.....bila ada masa terluang, Chetam akan updatekan sedikit demi sedikit.

Chetam sebenarnya tak ada kelulusan dalam IT so lembab sikitlah. Itupun jenuh search dalam internet. Background Chetam ialah Accounting tapi dah tersasar dalam company IT so banyak benda kena research sendiri. Alhamdullilah.....berjaya juga akhirnya. Baru Chetam perasan yang Chetam dah banyak post resepi-resepi dalam Teratak Chetam.

Chetam masih belum habiskan cerita tentang percutian di Bali dan Chetam masih berhutang tentang cerita Raya di Medan. InsyaAllah, bila senang Chetam akan paparkan.

InsyaAllah juga, hari Khamis malam Jumaat Chetam, Buya dan Chenul akan balik ke Tepen dengan keretapi. Ini kerana Kenduri Tahlil untuk kedua-dua Arwah Ayahanda dan Bonda akan diadakan di rumah Kakak Chetam di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Kenduri Tahlil kali ini diadakan di Padang Rengas kerana kat sana kawasan kampung dan ada ramai kariah di surau.

Buku Surah Yassin dan Tahlil khas untuk Majlis Tahlil ini telahpun siap. Cantik warna kulitnya - biru muda.

Nantikan posting Chetam berkenaan Majlis Tahlil ini kelak.

Hingga bertemu lagi.
Salam Manis dari Chetam.

No comments:

Post a Comment