Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 04, 2006

Cup Cakes dari Sponge Cake Mix





Percubaan kali kedua buat deco untuk cup cakes. Kali ni tak ada lagi fesyen bunga-bungaan. Resepi sponge cake menggunakan sponge mix yang dibeli dari Chung Yip KL.

Resepinya
250 gm sponge mix
5 biji telur
65ml air
65ml minyak sayuran
Blueberry Filling

Cara
Campurkan semua bahan dan pukul hingga gebu dan kembang. Masukkan sedikit adunan dalam mangkuk kertas. Letakkan blueberry filling dan tutup dengan adunan sponge cake. Bakar sekejap jer. Cepat je masak.

Buttercream
1 cawan krimwell
1 cawan shortening
Sirap gula (beli yang siap di Bake with Yen)
Esen Badam

Pukul krimwell dan shortening hingga kembang. Masukkan Sirap gula dan esen badam. Pukul lagi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tengahari semalam budak yang selalu jaga Chenul bila Buya kena ajar mengaji di rumah orang datang ke rumah dengan sepupu, Danial. Rupernya ahad tu hari jadi Danial dan tujuan datang nak jemput Chenul datang nyanyi besdey....hehehehe....Chenul tersipu-sipu bila Danial datang. Maklumlah semenjak bulan puasa tak berjumpa.....hehehehe....

Majlis mula pukul 2 petang. Chetam tanya apsal tak habaq awal-awal, boleh juga buat kek sebiji. Suruh budak tu datang balik pukul 2 ambik Chenul. Dok fikir...nak buat apa. Nak buat puding karamel, takut tak cukup. Tawakkal ajerla buat kek sepan. Masa yang ada tak sampai 1 setengah jam.

Buat adunan yang sama macam cupcakes cuma tambah perahan buah lemon sebiji. Bakar guna loyang bulat. Elok naiknya.

Sebelum tu masak topping coklat guna teknik double boiler. Topping macam kek coklat Badariah tu, 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan susu pekat dan 1/2 buku farmcow.

Tunggu kek sejuk sikit, terus tuang topping. Tak sempat mendeco, budak tu datang kembali untuk kali ketiga. Sebelum tu datang ambil Chenul dalam pukul 1.30pm. Pukul 1.45pm datang nak pinjam kamera. Chetam suruh depa tunggu kat luar. Lintang pukang paip buttercream atas kek. Lepas tu cucuk sekor Batman. Tarrar.......macam Chenul pulak dah.....Chenul copy Mr Bean sebenarnya.....Ini dia Kek Sponge Batman Chetam yang siap dalam tempoh tak sampai 2 jam. Terkejut budak tu...bukan dapat pinjam kamera jer tapi siap dapat kek sebijik.......REZEKI.....

No comments:

Post a Comment