Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

December 20, 2006

Buah Rotan


Buah Rotan
Sumbangan: Sha Rnet

Bahan – bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan santan pekat
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Gaul tepung pulut dengan telur dan gula.
2. Masukkan sedikit demi sedikit santan ke dalam adunan sambil diuli hingga lembut.
3. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke atas bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.

BISKUT BUAH ROTAN/REDAN/BIJAN
Sumber: Mamazieza Rdotnet

1 peket tepung pulut
1cwn matrik gula (gula pasir biasa pun boleh)
1 1/2 cwn matrik air panas
1/2 s.t. baking powder
Bijan secukupnya.

Tepung ngan baking powder tu digaul rata atau ayaklah senang.

Gula tadi, dijadikan air gula ngan air panas tadi, biarkan sejuk skit. Pastu masukkan ke dalam tepung.. Kalau tak cukup air tambah sikit-sikit, Uli sehingga tepung tu tak lekat kat tangan kita dan dia tak melepek bila kita cubit dan letak.... (faham tak)

Bulat-bulatkan, mama tak suka bulat besar2 sebab bila goreng dia lagi besar..... Mama selalu buat bulat sebesar hujung anak jari kita... .(Kalau dah malas.. .biau besaq gedempak.. hehehe)

Masa nak goreng... ni pun satu kena hati-hati... api takleh kuat... nanti bijan hangit, biskut tak garing... lembik....

Kalau lepas goreng tu, memang lembik lah... bila dah sejuk dia akan mengeras. Kalau tak keras gak, mesti tepung tu terlebih baking atau terlembik.... Takpe... goreng balik ngan api perlahan..... sampai dia takde bunyi hiizzzzzzzzzz.... gitu....

Cuba buat setengah peket aje dulu... Tu pun gerenti tak larat nak menggentel... hehehe....

Setengah peket tu pun dah banyak dapat tu...

Oh yang kalau nak sedap, air tu boleh diganti ngan santan 1/2 cwn, dia lemak-lemak sikit)

Kueh Bijan

Sumber: Siti Faridah Restoren Pak Amir(11/7/2003)
Bahan-bahan

1 packet tepong pulut
3/4 cawan gula
1 sudu susu pekat manis
1 camca baking powder
Air
bijan secukup(selalunya saya guna 500 gm untuk 1 packet tepong.

Cara membuat.
Gaul tepong pulut bersama baking powder. Air di kacau bersama susu dan masukkan kedalam tepung. Uli sehingga tidak melekat ditangan. Bulat kan sebesar duit lima sen dan gaul bersama bijan. Goreng sehingga kuning. (seeloknya goreng didalam deep fryer)


Biskut Rotan
Sumber:Rafizah Othman - Restoren Pak Amir(11/7/2003)

3.5 cawan tepung pulut
suku kati gula pasir
2 biji telur ayam
1 cawan air sejuk
20sen Bijan
satu botol mintak kacang utk menggoreng(agak-agak)

Goreng gula hingga kuning. Uli rata secawan air, telur & tepung pulut. Masukkan air gula digoreng tadi dan uli lagi sampai rata. Kepal bulat-bulat. Golekkan pada bijan dan goreng.


Nota Kaki Chetam: Tak penah buat tapi teringin nak buat. Resepi dari Mamazieza tu, Chetam copy bulat-bulat from email so komen dalam resepi tu bukan komen Chetam tau.....

2 comments:

  1. sorry la beb..masalahnya resepi u..i buat tak jadi..meletup lak...pecah..betul ke...resepi tu..cuba u cek.

    ReplyDelete
  2. hot mum3:54 pm

    Sy pun.kuih tk menjadila tgh ader lubang n lembik plak,bgla tips kt sy bole?

    ReplyDelete