Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 25, 2007

Jom Pekena Murtabak......


Nak pekena murtabak di atas ni susah sikit.......jauh tu! Murtabak ni Chetam beli kat Kampung Baru, Medan. Memang tak sangka dapat jumpa Murtabak kat Medan. Rasanya memang tak sama dengan murtabak di Malaysia. Lebih menjurus kepada rasa telur dadar tetapi istimewanya murtabak ni sebab disertakan dengan beberapa biji cili padi. Kelihatan dalam gambar atas sekali tu, di belakang Mamak ialah Chenul dan Buya.

Murtabak Maggi Mama
Sumber : MamaZieza Rnet

6 biji telur
2 bungkus maggi perasa kari
1 cawan isi ayam yang didadu
1/2 cwn udang yang didadu (korang buang laa kulit ekkk...)
Daun bawang dihiris
Bawang besar sebiji dihiris (yang kecil)
Cili merah dihiris
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuatnya
1. Memula masak maggi mee dalam air mendidih selama 2 minit dan toskan. Ketepikan.
2. Isi ayam dan udang itu gorengkan sedikit supaya masak sedikit.
3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Apabila layu, angkat dan ketepikan.
4. Pecah telur-telur tadi. Masukkan garam, lada sulah dan perencah kari maggi dan kacau. Kemudian masukkan ayam dan udang tadi dan masukkan maggi mee.
5. Siapkan kuali, kalau ada non stick lagi bagus. Goreng bahan-bahan tadi ngan minyak yang sedikit. Biarkan ia jadi seperti murtabak/telur dadar yang tebal. Mama buat kecil-kecil dalam 4 inci radius. Dapat 4 biji tebal.
6. Setelah masak sebelah terbalikkan sebelah lagi. Biarkan ia masak betul-betul. Kemudian hidangkan. Nak sedap lagi makan ngan sos. Isi ayam tu boleh diganti dengan sesuka hatinya.

Murtabak Maggi
Sumbangan: Norehan Yaacob kepada Rnet June 16 2005

2 pack atau lebih mee maggi kari - celur & asingkan
2 atau lebih telur
½ kg nugget ayam
2-3 ulas bwg. putih & merah
1 biji bwg besar - dimayang
mix vege secukupnya - jika suka
kari ayam adabi secukupnya

1. nugget, bwg. putih, merah, kari adabi dan telur diblend (jgn lupa kari yg dlm peket maggi tu pun masukkan sekali
2. lepas tu semua bahan yg diblend tadi dicampurkan dgn maggi, bwg. besar dan mix vege, digaul rata hingga sebati
3. panaskan kuali, isi minyak sikit dan masukkan 1-2 senduk bahan tadi dan
goreng spt. biasa.

Murtabak Singapore.
Sumbangan: Juliana kepada Restoren Pak Amir 15 Jun 2004
Gambar: Chetam rembat dari www.virtualtourist.com (murtabak kedai zam zam)

Murtabak Singapore in biasanya berukuran 4 segi tepat. dan ianya agak famous di johor baharu esp kaw.kg melayu.

Kulit (A)
Tepung Gandum -600 gram.bergantung kepada berapa ramai yg nak makan.
telur-1 biji
mentega- 1 cawan kecil-agak2 sebab nak diuli bersama doh.
garam sedikit.
air- 1/2 cawan

Inti(B)
daging ayam/lembu
bawang merah-4 ulas
bawang putih- 1 ulas
halia-1 inci
rempah kari-adabi- 1/2 peket kecil
garam
gula-sedikit

(C)
telur-2 biji
bawang besar-1 biji(dipotong dadu kecil2)

Caranya.
Bahan A dicampur dan diuli tanpa menggunakan mentega/planta. uli dlm 5-6 mins then calitkan mentega diatas doh dan uli rata2 buat sehingga doh tak meletak di tangan. Asingkan.

Bahan B utk isinya:
Rebus sekejap kisar daging lembu/ayam dan asingkan.Kisarkan(jgn halus sgt).
Kisar bawang merah,putih dan halia kemudian tumis sehinggan naik bau. Minyak
jgn banyak!! kemudian masukkan rempah kari adabi dan kacau rata2 pada daging tadi. Masukkan garam dan gula. Biar sebati dan sejukkan.

Cara membuat nya.
Untuk membuat murtabak spore, adunan doh kena besar sebab saiznya besar, so masa menebar tu pastikan ianya agak lebar dan luas. Pecahkan sebiji telur dan ratakan atas doh kemudian ambil segenggam bawang besar yg telah dipotong dadu dan taburkan atas telur tadi. kemudian ambil segenggam inti daging dan taburkan atas bawang dan taburkan bawang besar sedikit lagi(based on citarasa masing2).

Lipatkan ikut saiz 4 segi tepat...dan letakkan atas kuali leper. Terbalikkan dan pecahkan sebiji telur dan seletkan atas lapisan atas murtabak tersebut(1 side saja) kemudian terbalikkan. then bila dua2 bahagian dah masak, bahagi 2 dan lipatkan murtabak tersebut. Sentiasa pastikan lapisan yg diselitkan dgn telur tadi mestilah di bahagian luar.

MURTABAK KRACKERS
Sumber: Mami Asmah Laili
Sumbangan: Diana kepada Rnet 21 Sep 2005
Gambar: Chetam rembat dari Kornerasa, Puspanita

Bahan-bahannya
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan
lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas
kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam

Cara-caranya

CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.

CARA MELAPIS MURTABAK
Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap
supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama
berisi penuh dengan biskut.

Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur
pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan
bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya
sedikit telur.

Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan
pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi
untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur
diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah
dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah
masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang
dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato.

MURTABAK PERANTAU - anggaran 12 keping murtabak
Sumber: NoorMasri
Sumbangan: Diana kepada Rnet 12 Sep 2005

Bahan-bahan :
12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:
Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak
Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam..

No comments:

Post a Comment