Chetam dah cuba 2 kali resepi ni. Kali pertama sebagai bahan eksperimen semasa berbuka puasa di rumah Chetam tapi mendapat sambutan hangat dari kakak, abang, kakak ipar dan anak2 sedara. Kali kedua Chetam buat semasa berbuka puasa di kampung(Tepeng). Itupun selepas anak2 sedara buat permintaan. Lagi sekali dapat sambutan hebat sampaikan ada permintaan untuk buat sekali lagi.....tapi Chetam tak sanggup.........hehehehe
Resepi ni disumbangkan oleh Kak Rashidah dari ResepiNet. Kak Rashidah telah mengeluarkan RM200 untuk membeli resepinya tetapi memberikan resepi tersebut kepada ResepiNet secara percuma. Semoga Allah membalas jasa baik Kak Rashidah. Resepi ini telah dicuba oleh ramai ahli ResepiNet dan Diana juga sudah mencuba dan telah mengolah resepi tersebut supaya senang diikut.
Chetam rekomen 100% agar anda mencuba resepi ini. Gerenti anda akan berasa puas hati.
BINGKA DAGING BERCHEESE
Bahan A
300 gram daging cincang
3 sudu teh jintan putih
4 sudu teh lada putih
1 sudu teh minyak sayuran
1 sudu teh garam
Bahan B
250 gram tepung gandum
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa (perah untuk mendapatkan 750 ml - 150 ml untuk digunakan untuk Bahan C)
100 gram mentega, dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh garam
Bahan C
150 ml santan (dari lebihan perahan 1/2 biji kelapa tadi)
75 gram cheddar cheese, diparut
1 sudu besar tepung gandum
Bahan Hiasan
1 batang lada merah, dihiris halus
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang, dihiris
Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak masukkan daging dan taburkan jintan, lada putih dan garam dan masak sehingga ia bertukar warna dan airnya kering. Sedia untuk digunakan.
Cara untuk Bahan B
Gunakan food processor ataupun blender. Mesti bersihkan dari segala bau-bauan seperti sambal, belacan dll. Cuci dengan sabun dan isi air dan kemudian blender kasi blender itu betul2 bersih dan tidak berbau.
Masukkan santan, garam dan telur, blender rata. Kemudian masukkan tepung, blender hingga sebati. Last masukkan mentega cair yang telah disejukkan dan blender rata. Gunakan periuk non-stick dan juga senduk kayu ataupun whisk. Masak adunan tepung diatas api yang kecil dan hendaklah adunan dikacau selalu tidak boleh ditinggalkan. Ini penting kerana jika tidak adunan akan bergentel.
Masak adunan tepung sehingga sedikit pekat (pekatnya sama macam Macaroni and Cheese - cheese tu pekat macam gitu rupanya). Kemudian angkat dari atas api dan campurkan dengan 100 gram daging cincang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Gunakan loyang springform 9 inci tak payah lapik dengan aluminium foil. Lenser loyang dengan 2 sudu besar mentega, ini perlu untuk mendapatkan tepi bingka yang berwarna kuning emas lagi garing nampak menarik. Kenapa Diana gunakan loyang springform (loyang itu sahaja yang ada dirumah my friend hehe) sebab ia non-stick dan juga bila dah masak senang untuk membukanya dan kuih akan keluar cantik dan senang untuk letak atas pinggan dan sajukan. Tuang adunan tepung kedalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 - 45 minit. Kemudian sediakan Bahan C.
Cara untuk Bahan C
Campur tepung bersama santan dan gaul rata supaya tidak bergentel. Kemudian masukkan cheddar cheese dan masak atas api yang sederhana sehingga ia pekat sedikit. Sedia untuk digunakan.
Bila bingka telah masak, tuang Bahan C dan ratakan. Tabur lebihan daging, bawang goreng, daun sup/ daun bawang dan terakhir cili merah. Tekan sikit kasi daging tu melekat kat Bahan C. Dan sambung bakar selama 10 minit. Bila keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk selama 10 minit, baru buka loyang springform, sedia untuk dihidang. Sedap makan panas-panas bersama cili sos.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment