Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


November 08, 2005

Chetam rekomen resepi ni - Nasi Ayam Keluarga Diana

Assalamualaikum

Bertemu kembali di Teratak Chetam. Lama jugak Chetam bercuti........hehehehe.

Chetam nak berkongsi satu resepi yang diberikan oleh Diana dari ResepiNet. Chetam dah cuba sebagai juadah berbuka puasa semasa di kampung. Seumur hidup Chetam tak pernah masak nasi ayam dan Alhamdullilah, percubaan pertama menjadi dengan jayanya. Chetam dapat sokongan padu dari kakak yang tinggal di Bangi dan dari bapak Chetam sendiri bila suarakan hasrat nak cuba buat Nasi Ayam. Bapak terus ke kedai belikan halia dan bawang putih sebab nasi ayam ni gunakan banyak bahan tersebut. Tapi terpaksa tangguhkan dulu memasak nasi ayam sebab abang Chetam dari Serdang, Kedah belum balik bawa ayam. Setiap tahun apabila hari raya atau ada kenduri kendara, abang Chetam yang dari Serdang ni akan sponsor ayam walaupun dia bukan tokeh ayam....hehehehe.....So hari terakhir puasa, abang Chetam pun sampai dan bapak serahkan seekor ayam pada Chetam.

Paling kelakar sebab nama masakan ayam ni ni AYAM MASAK MADU tetapi disebabkan Chetam goreng lama sangat..............warna ayam pun dah jadi hitam...........cuma hitam di luar tapi di dalam masih lagi elok. Kakak dan Kakak Ipar Chetam kata........ini bukan AYAM MASAK MADU tapi ayam masak NEGRO............hehehehe. Tak kisah apa nama yang diberi..................tapi Chetam rekomen 100% agar anda semua dapat mencuba resepi yang amat mudah ini. End result..........habis nasi ayam yang Chetam buat dan ayam NEGRO tu pun licin. Sambal cilinya pun sedap..........siap cicah ngan keropok lekor lagi.

Terima Kasih tak terhingga Chetam ucapkan pada Diana yang tak lokek memberikan resepi keluarga beliau. Sila semak resepi di bawah.


Gambar di atas Chetam cilok dari ResepiNet - Hasil Tangan Jeni

NASI AYAM KELUARGA DIANA

Bahan-bahannya
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

SOS NASI AYAM

Bahan-bahannya
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara-caranya
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

AYAM GORENG MADU (untuk Nasi Ayam)

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan (Chetam tak ada minyak minyak bijan tapi Chetam gantikan ngan minyak jagung....hehehehe)
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranyaBersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

AYAM REBUS STYLE HAINAN/ HAKKA

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam

Cara-caranya
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

Nota dari Diana:

Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.

Nota dari Chetam:
Chetam cuma cuba Ayam Madu........sesiapa yang rajin, bolehlah cuba Ayam Rebus Hainan/Hakka. Sori tak ada gambar.........tak sempat..........hehehehe

1 comment: