Assalamualaikum. Terima kasih Chetam ucapkan kepada semua pengunjung blog ni. Terima kasih juga kerana sudi mencuba resepi-resepi yang Chetam paparkan di sini. Kepada yang belum tu.....rajin-rajin mencuba.
Resepi kali ni Chetam dapat dari MealTimesMenu. Bila Chetam makan kek ni, Chetam tak rasa thrill sangat tapi selepas beberapa beberapa hari baru rasa kesedapannya. Jumlah gula yang digunakan juga nampak banyak, atas nasihat org yang telah mencubanya, Chetam kurangkan gula. Personally Chetam rasa, baik ikut rsepi yang diberi.
Whipping Cream Pound Cake
1 cup butter
3 cups white sugar
6 eggs
3 cups cake flour
1 cup heavy whipping cream
2 teaspoons vanilla extract
1 teaspoon almond extract (optional)
Panaskan oven 325 degrees F (165 degrees C). Gris dan taburkan tepung pada loyang. Seeloknya 10 inch tube pan. Dalam mangkuk besar, krimkan butter selama 2 minit. Tambahkan gula dan teruskan memukul selama 5 minit. Tambahkan telur satu persatu. Teruskan memukul. Masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream. Masukkan vanila dan almond extract. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 325 degrees F (165 degrees selama 1 jam 10 minit. Letakkan tuala di atas rak penyejuk. Letakkan kek atas tuala. Bila kek dah sejuk, taburkan serbuk gula. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan buah-buahan.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment