Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 08, 2005

Beranika Resepi Kerabu

Assalamualaikum

Chetam tampilkan beranika resepi kerabu yang terdapat di dalam simpanan Chetam. Kebanyakannya belum lagi dicuba tetapi sekiranya anda dah cuba, jangan lupa hantar komen. Resepi-resepi ni Chetam dapat dari pelbagai sumber, antaranya Restoren Pak Amir(RPA), MealTimesMenu dan lain-lain.

Kerabu Nangka Muda sumbangan Azman Ali dr RPA

setengah biji nanka muda
satu sudu udang kering
satu sudu udang hidup
satu sudu kerisek
tiga biji cili hidup
tiga ulas bawang merah
tiga keping asam keping
Kelapa

cara membuatnya begini rebus nangka hingga mepuk. Tumbuk cili dengan udang kering, bawang dimayang dan rebus asam keping. Perah kelapa dan ambil santan tiga sudu. Campurkan semua bahan-bahan dengan nangka, air asam keping, santan dan garam.

Kerabu Mangga sumbangan Fitriah Bakri RPA

2-3 biji mangga muda (ikut kapasiti pemakan)
Cili padi, ikut nak pedas macam mana
udang kering/sotong kering/ikan bilis goreng
(kalau di thailand, banyak guna sotong kering yang biasa kita beli kat tmpt2 tepi laut yang enak juga dimakan begitu saja.)
Bawang besar
sedikit fish sos (ada tak ada pun tak apa, fish os rasanya masin, so ingat kalau dah letak fish sos, jgn letak garam lagi..takut terlebih masin)
belacan bagi yang gemar aromanya
kacang tanah goreng ditumbuk kasar
Gula secukup rasa

Cara2nya,
simple sgt. potong halus2 mangga tu, (jgn terlalu halus sampai berair, tak sedap), tumbuk cili padi ngan belacan, kalau guna udang kering, goreng kering then tumbuk kasar2 n cam pur sekali mangga n cili (So kalu guna ikan bilis, campur bila nak makan, tkt ikan bilis absorb air dr buah mangga nnt jadi liat tak best..mesti nak rangup ) kalau guna sotong kering tu, just racik2 halus n mix sekali. campur kacang tanah n bwg besar.

Kerabu Mangga. (nama penyumbang tidak ada - RPA)

mangga muda (hirisan tidak terlalu nipis dan halus)
cili api (ikut pedas )
bawang merah
sedikit halia
udang kering (digoreng terlebih dahulu kemudian ditumbuk lumat)
sotong kering (dihiris nipis dan halus)
sos nampla (sos ikan)
sedikit gula & perasa.

caranya -
hirisan mangga direndam dengan air garam terlebih dalulu untuk seketika, kemudian toskan. cili api, bawang merah, dan halia dimayang halus. gaulkan ketiga bahan diatas bersama udang kering yg dah ditumbuk lumat. campurkan gula , perasa dan sos nampla.
akhir sekali, taburkan sotong kering goreng diatasnya.

Kerabu mangga sumbangan Lela Omar (RPA)

2 biji mangga epal/ 1 biji mempelam sala dimayang
1 camca besar udang kering
5 ulas bawang merah dimayang
1 batang serai dimayang
1 kuntuk bunga kantan dimayang (optional)
5 biji cili padi ditumbuk/dihiris halus
1/2 cawan kacang tanah (beli yg siap digoreng)
atau kacang gajus panggang
3 sudu besar gula pasir
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya:
1. Goreng udang kering hingga garing dan ditumbuk
halus
2. Gaul semua bahan yang dimayang, taburkan gula & garam dan gaul hingga sebati, baru taburkan kacang dan gaul semula sebelum dihidangkan.

Kerabu mangga sumbangan Siti Khadijah Abd Aziz (RPA)

1 biji mangga (kat Perlis orang panggil mempelam Sala) yang tidak terlalu muda atau terlalu masak atau mangga epal pun boleh, dimayang
2 sudu besar udang kering direndam, dicuci dan digoreng garing
1 sudu sos ikan
4 sudu besar gula pasir
secubit garam
2 batang serai dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
secawan gajus goreng/kacang tanah goreng
5 biji cili padi (dihiris halus atau ditumbuk)

Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Kerabu Mangga sumbangan Asmawati Che Nan (RPA)
mangga (dihiris - agak2 besar batang mancis)
cili merah (dihiris)
bawang besar (dihiris nipis - tapi janganlah terlalu nipis)
ikan bilis (dibuang isi perut & digoreng - setelah digoreng, dihancurkan sedikit)
limau nipis
garam, gula dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Campurkan kesemua bahan dan perahkan limau nipis ke dalam campuran. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa dan digaul rata-rata. Setelah selesai, boleh lah dihidangkan.

Kerabu Epal Hijau sumbangan Rohaya Arshad (RPA)

2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/4 cawan udang kering digoreng juga dan ditumbuk
5 biji cili api
1 kuntum bunga kantan (jika suka)
1 sudu kecil kerisik
garam & gula secukup rasa
5 biji imau kasturi

Hiris apple nipis2 (jgn sagat) dan rendam dlm air garam utk mengelakkan dari menjadi lebam. Hiris cili api dan bunga kantan
gaul semua bahan2 dan yg dihiris dan tabur udang kering dan kacang tanah. Perah limau kasturi. Bubuh garam dan gula sebelum dihidang.

Kerabu Ikan Kembung sumbangan Kak Chek (Meals)
8 ekor ikan kembong digoreng dengan sedikit garam dan kunyit
1 cm halia muda dihiris nipis
½ cawan daun pudina diracik halus
½ cawan daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
4 batang serai muda
10 biji bawang merah
8 biji cili padi dihiris nipis
2 biji mangga masam
¼ biji nenas
½ bunga kantan
¼ cawan sos ikan
Jus dari 3 biji limau nipis dilarutkan sampai sebati dgn.
3 camca besar gula melaka
minyak untuk mengoreng ikan

Asingkan isi ikan yang telah digoring dan buang tulangnya. Kemudian hancurkan jangan halus sangat.
Gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk menjadi satu dan sajikan segera.

Kerabu Sotong sumbangan Betainfra (Meals)

600 gm sotong basah
1/2 biji timun
1 biji bawang besar
2 helai daun bawang
1 batang serai
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu besar santan@susu cair
garam dan serbuk perasa secukup rasa

1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat-bulat dan direbus sehingga masak.
2. Timun, bawang besar, daun bawang dan serai dimayang halus.
3. Kemudian campurkan kesemua bahan di atas(1 dan 2) dan tuangkan air limau nipis dan santan sedikit-sedikit dan digaul.
4. Tambahkan garam serta gula secukupnya dan bagi yg suka pedas tambahkan dgn cili api yg. ditumbuk kasar-kasar...

Kerabu Timun sumbangan Kak Chek (Meals)

1 kg timun
10 gm udang kering
60 gm cili merah
60 gm bawang merah
1 biji kelapa ( ½ cawan santan pekat )
1 sudu teh garam

Timun dipotong bulat & dimayang halus, isinya digunakan . Udang
kering , bawang merah, cili merah hendaklah ditumbuk. Timun yang
dimayang digaulkan dengan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan pati santan & garam secukup rasa.
*kalau nak sedap lagi dan tak kisah pasal diet hancurkan sebiji telur rebus dan gaul dalam sanatan.

Kerabu Ikan Kembung sumbangan Deltra (Meals)

6 ekor ikan kembung digoreng sampai garing
6 ulasbawang merah dihiris nipis
2 biji cili merah dicincang halus
4 biji cili padi dihiris
1/2 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk
2 biji mangga muda (masam) dan dihiris nipis-nipis
Jus dari 2 -3 biji limau nipis
1 kuntum bunga kantan dihiris
Segenggam daun pudina di cincang halus
3 camca besar sos ikan
1 camca kecil gula
1 batang serai dihiris nipis

1. Ikan diasingkan tulang dan di kopek-kopek isinya lalu digaulkan
semua bahan-bahan di atas. Sajikan

Stop sini dulu...........nanti Chetam sambung.

Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. Anonymous12:25 am

    kerabu epal nie nmpk menarik la.rsa cam nk cuba lak.agpun tak pernah mkan pun.

    ReplyDelete
  2. kalau ada gambar kan mesti lagi menarik..

    ReplyDelete