Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 28, 2005

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum

Kali ni Chetam nak bagi resepi yang baru dicuba hari Sabtu lepas. Resepi ni diperolehi dari satu YahooGroup yang bernama Mealtimemenus. Belum ramai lagi ahli tetapi kebanyakan moderators menetap di luar negara. Terdapat juga resepi yang disumbangkan oleh ahli-ahli yang berasal dari Amerika dan Britain. Kalau berminat nak join YG ni, sila klik URL di atas.

Resepi Kek Coklat Kukus ni ada sumbangan dari Roha.

Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bikarbonat 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.
p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah.

Sebenarnya resepi ini dah dicuba oleh ramai ahli-ahli yang lain.

No comments:

Post a Comment