Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 17, 2005

Sambal Ikan

Assalamualaikum.

Meh Chetam kasi satu resepi yang sampai simple. Bahan tak banyak tapi sedap dimakan ngan nasi putih. Resepi ni Chetam dapat dari rancangan Ala-Ala Kampung di Astro Ria beberapa minggu yang lepas.

Sambal Ikan

Ikan Selar
Cili Kering
Bawang Merah

Cara
Ikan direbus. Lepas tu buang tulang dan ditumbuk halus. Cili kering dimesin halus. Bawang pun dimesin halus. Chetam ni pemalas sikit, so Chetam gabungkan cili kering dan bawang merah dalam blender dan terus mesin.

Panaskan minyak, masukkan bawang.....goreng hingga naik bau. Lepas tu masukkan cili yang dah dimesin. Masak sampai naik minyak baru masuk ikan yang telah ditumbuk tu. Goreng hingga kering.

Mudah kan? Tapi sedap............makan ngan pulut....huiyo.....rasa macam serunding pulak ai.....hehehehe

Jangan lupa untuk mencuba resepi yang amat simple ni.

No comments:

Post a Comment