Chetam quote kata-kata permulaan Cranko21 di thread CARI.com
[Quote]
Hi semua...Dalam kita menyambut raya.. pasti ramai kita di kejutkan ngan rakan2 dan sedara mara yg mau datang berkunjung sempena raya nie.. soooo.. ni ada satu cara senang dan mudah tuk rakan2 sekelian...yg ni saya cilok dari KC porem.. thanks to Gina & Sophie.
Bahan asas yg diperlukan.....roti prata or roti canai segera (make sure yg mentah dan bukan yg dah goreng 1/3 masak k....) I selalunya pakai brand Kawan.... bahan lain yg perlu...sebiji telor - pukul sedikit sausage or sardine or sambal tumis belen2 kat petisejuk tu...hehehe.. yg perlu and buat... biarkan kepingan roti prata tadi hingga lembut sedikit agar mudah tuk dulung atau lipat roti prata tadi...
untuk sausage puff :
gulung sausage tadi ngan roti prata dan di kelar2 sedikit...sapukan ngan telor yg telah di pukul tadi dan bakar dlm ketuhar180 deg celcius, 35 minits
untuk sardine puff :
1 tin sardine - buang sos sedikit
1 bawang besar - hiris halus
1 batang lada merah - potong kecil
2 sudu makan mayonese - gaulkan bahan2 ni buat inti.
Cara: letakkan 2 sudu inti sardine tadi dan lekapkan keliling roti prata tadi.... (jadikan semi circle)sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minits ( or sehingga mendapat kekuningan yg di sukai)
[Unquote]
Contoh Roti Prata Jenama KAWAN
Instant Puff Sosej
Instant Puff Sardine
Cranko juga menyediakan diagram untuk membuat Puff Sardine di atas.
Apple Strudel dari Cranko21
Inti
3 biji fuji apple - belah 3 dan hiris nipis2
1 senduk gula
1/2 sdm serbuk kayu manis
2 sdm juice lemon (optional)
- gaul semua bahan dan biarkan- ambil pratha instant tadi dan leperkan lagi ngan kayu pengiling hingga benar2 tipis. ****
- aturkan kepingan2 apple yg dah di campur gula, serbuk kayumanis & lemon tadi di atas seluruh permukaan roti prata instant tadi dan lipat.
- sapukan telor di atas dan bakar - bila dah kekuningan... keluarkan dari ketuhar dan taburkan sugar powder yg di campur sedikit kayu manis di atasya dan hidangkan.
Nota Kaki Cranko : **** kalau mahu lipatan strudle tadi lebih byk... sambungkan 2 keping prata tadi dan buat seperti di atas.
Dua keping prata ditindan di bahagian tengah. Gunakan pengelek untuk menipiskan prata ini sehingga menjadi bentuk segi empat tepat (sila rujuk garisan putus-putus di atas).
Tips dari Cranko :
- kalau u takde oven, then what u can do is cari periuk or kuali yg tebal dan bertutup...panaskan periuk or kuali tu ngan api yg sederhana .. dan masukkan puff tadi dan buatkan periuk or kuali tu sebagai oven u..
- kalau takde telor tuk sapu atas puff sebelum di bakar, boleh gak guna susu cair atau butter.
- yg tak tau buat kulit epok2 (karipap) pun bolehlah gunakan instant prata nie..leh isi kentang, sardine, sayuran, crab stick.. dan sbgnya..
Berikut adalah komen dan resepi puff dari Diana. Chetam tempek ajer yer........tak edit apa-apa pun.
[Quote]
Ini Diana nak beri feedback mengenai Instant Puff Sardine yang Cranko (Lynn) dan juga Maklang telah cuba. Inti menggunakan sardine dan boleh dipelbagaikan, memang sesuai jika ada tetamu datang tak beri notis terlebih dahulu. Instant puff ini tak sangka macam puff pastry bila dah dibakar. Amat mudah untuk disediakan. Diana menggunakan roti prata instant jenama Springhome (20 keping - SGD6).
Tips: Prata instant hendaklah dilembutkan terlebih dahulu, tetapi jangan terlalu lembut untuk jenama Springhome kerana nanti dia melekat pada lapik plastik prata tersebut. Sebaiknya half lembut jadi senang untuk dibentuk. Prata bentuk bulat Diana potong dua dah jadi bentuk semicircle dan kemudian letak inti ditengah dan lipat "V" kanan dan kiri. Tepi boleh tekan sikit kasi lekat jadi nanti tak tersengih. Bukan kek aje boleh tersengih, instant puff ini pun boleh. Kemudian boleh letak diloyang pembakar kasi dia relax dan lembut sikit. Bila dah lembut sapu telur yang telah Diana campur sedikit dengan susu segar dalam 1 sudu besar (supaya lawa bila pastri dibakar). Bakar dan siap untuk dihidang. Ada lagi satu jenis prata yang agak tebal dan prata jenis itu tidak sesuai untuk dibuat Instant Puff ini, so take note ya.
Terima kasih Cranko dan Maklang muah muah chup chup kasi basah pipi. Jangan tanya anak Diana makan berapa kalau bawa rumah orang mak dia tutup muka (malu).
INSTANT PUFF SARDINE
Bahan-bahannya
Roti prata instant
Untuk Inti
1 tin sardin
1 biji bawang besar, didadu
7 biji cili padi thai, dihiris
2 sudu besar mayonnaise
garam dan serbuk perasa (jika suka)
Untuk Sapu
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
Cara untuk Inti
Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sardin dan bahan perasa. Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
Cara untuk membuat Instant Puff
Prata bentuk bulat digunting menjadi 2 (semicircle). Isikan inti dan lipat bentuk "V" kanan dan kiri. Atur di loyang pembakar dan sapu atasnya dengan campuran telur dan susu segar. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. [UnQuote]
Diana juga telah menyediakan Sosej Puff dan Apple Puff. Berikut adalah gambar yang Diana sumbangkan di dalam ResepiNet berserta resepi untuk Apple Filling dan lain-lain inti puff.
Apple Puff dari Diana
Sosej Roll dari Diana
Beraneka jenis inti yang sesuai untuk disumpat dalam Instant Puff. dari Diana:
INTI SARDIN
1 tin sardin1 biji bawang besar, didadu7 biji cili padi thai, dihiris2 sudu besar mayonnaisegaram dan serbuk perasa (jika suka)
Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sardin dan bahan perasa. Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
INTI APPLE PIE
3 biji epal hijau, buang kulit dan potong dadu
4 sudu besar gula perang (brown sugar)
secubit serbuk kayu manis
kismis (jika suka)
walnut yang telah dipanggang (jika suka)
Gaulkan epal, gula perang dan serbuk kayu manis kemudian masak atas periuk. Masak dalam 5 minit menggunakan api sederhana sudah memadai. Kalau lama sangat nanti filling terlalu lembik. Angkat dan sedia untuk digunakan.
INTI KENTANG
300 gram kentang, dicuci bersih, rebus hingga empuk, kupas kulit dan lecek
2 biji telur
50 gram daun sup, dihiris halus
2 biji bawang besar, didadu
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Gaul rata, kentang yang telah dilecek, telur, hirisan daun sup, bawang dadu, serbuk lada putih dan garam. Sedia untuk digunakan.
NOTA: Inti kentang juga boleh dicampurkan dengan tuna dalam tin, mayonnaise dan juga kepingan cheese cheddar. Sedappppp.
INTI DAGING REMPAH
1 biji kentang besar, dikupas dan didadu1 sudu besar mentega1 biji bawang besar, dicincang halus1 cawan sayur campuran
200 gram daging cincang/ isi ayam (didadu)3 sudu besar rempah kari daginggaram dan lada hitam secukup rasa Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau dan masukkan rempah kari daging. Masukkan daging cincang dan gaul rata sehingga masak. Masukkan kentang yang telah didadu bersama garam dan lada hitam secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan sayur campur (mixed vegetables). Gaul hingga sebati dan sedia untuk digunakan.
INTI TUNA MAYONNAISE
1 tin Hot Tuna Ayam Brand
3 sudu besar mayonnaise
2 keping cheese cheddar (dibahagi enam setiap keping)
Gaul sebati tuna dan mayonnaise dan campurkann dengan cheese cheddar yang telah dipotong kecil. Sedia untuk digunakan.
INTI AYAM
50 gm butter1 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar, didadu kecil2 biji ubi kentang, dipotong dadu3 batang carrot, dipotong dadu/ 1 cawan mixed vegetables2/3 ketul dada ayam, dipotong kecil1 cawan cendawan butang, dihiris1 cawan susu segarsedikit daun parsley, dicincang halusgaram dan lada hitam secukup rasa Dalam periuk yg panas masukkan butter dan tepung dengan api kecil. Kacau sampai rata. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga ianya pekat. Sedia untuk digunakan.
Berikut adalah tips yang diberi oleh Diana :
- kalau kita guna blueberry jam, kaya atau apa jenis cecair pun. Kalau kita buat instant puff mesti ia akan cair sebab puff tersebut telah masuk oven selama 30 minit dan automatik jem didalam puff tersebut pun panas. Rasa Diana blueberry jem memang agak tidak sesuai untuk inti puff. Kalau lihat Diana buat inti apple untuk pie pun cara lipatan Diana lain, Diana gulung macam buat popiah jadi tak ada tempat yang inti apple tersebut akan terkeluar. Dan inti apple pula Diana tidak masak sampai ia lembut sangat sebab kalau masuk oven dengan kepanasan itu sudah boleh buat inti apple itu lembut dengan sendirinya. Harap dapat membantu.
- bila buat instant puff roti prata mesti ada dalam keadaan setengah keras setengah lembut jadi senang kita nak handle.... Lagi satu bila dah gulung atau dah bentukkan. Prata tersebut kena kita kasi relax kat loyang pembakar sehingga doh tu lembut baru masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 35 minit atas sehingga nampak ia gelembung dan ia garing permukaannya....
- Hot dog tu terlebih dahulu Diana masukkan dalam air mendidih untuk 1 minit, kasi setengah masak. Lepas tu gunting prata memanjang dan lilit kat hotdog. Oh ya jangan lupa sapukan telur yang telah dicampur dengan susu segar atas puff supaya ia kelihatan menarik bila dibakar. Kalau tak cukup sambung dari prata yang you gunting lain pula.
- Guna kertas kuih ataupun sapu dulang tu dengan sedikit mentega... bila dah masak walaupun guna mentega Diana memang kena guna spatula besi tu sodok satu kali kasi dia tanggal dari loyang. Memang besar kemungkinan ia melekat melainkan alas kertas kuih dan sapu mentega. Mungkin tak melekat sangat. Bila sapu telur guna brush lembut dan jangan sampai telur meleleh tu nanti bakar tak lawa.
Berikut adalah beberapa gambar yang Chetam ambil dari CARI.com yang disumbangkan oleh TUNTEJA. Cantik apple pie yang beliau buat.
Apple Pie dan berikut adalah cara membuat fillingnya.
Inti Apple Pie
caramelkan gula+air skit..sama cm nak wat gula hangus tuk puding caramel..bila gula dah perang masokkan green apple yg potong dadu..layu je skit masokkan fuji apple..masokkan skit cinnamon powder..x pon cinnamon stick..(tp nnt kena kuar kan arr..kl nak guna apple lain pun leh gak)..masokkan air skit..bila agak2 apple dah layu..masukkan skit tepung gandum tuk pekatkan kuah ..
Cara
just tekap ngan bentuk bulat dan letakkan dlm aluminium cup..isi inti, then tekap lagi satu bulatan tuk tutup... (yg tuk base mesti besar sikit dari yg buat tutup tu)
seal... then belen2 tadi buatlah bentuk2 daun ke apa pun.. dan lekapkan di atas, sapu telur dan bakar...
Tuna Puff yang besar. Dipotong bila nak makan. Sosej dan crab filamen stick serta apple pie
No comments:
Post a Comment