Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 12, 2005

TRIFFLES Kak Liza dan Air Saja2 dan Sedap Misleha

Lagi satu hidangan yang Chetam buat untuk kenduri Buya. Chetam buat 2 bancuhan dan dapat 3 bekas. Seronok tengok orang surau dok berulang makan trifles ni sampai sorang makcik - jiran Chetam di tingkat atas bawa balik ke rumah. Esoknya dia pulangkan pinggan sambil bagi tahu anak dia nak resepi. Terus jer Chetam hulur resepi yang Chetam simpan sebelum ini.

Dalam posting tahun lepas, ada satu lagi resepi trifles. Beza antara kedua-dua resepi ialah resepi yang dulu menggunakan susu cair. Gambar di bawah ni dari Kak Liza juga kalau Chetam tak silap.



Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Posted by Picasa

Nota Kaki Chetam : Untuk lapisan bawah, Chetam beli swiss roll dari Mydin. Chetam pilih perasa pandan. Harga memang murah, cuma RM2.95 saja. Untuk lapisan atas, Chetam guna jeli Nona. Harganya RM1.90. Maaf gambar memang Chetam tak ambil. Masa tu tengah sibuk buat persiapan mental sebab nak ditinggalkan lebih sebulan oleh suami......hehehehe....

Berikut adalah resepi air dari Misleha ResepiNet. Chetam tak ikut sepenuhnya tapi hasilnya tidak mengecewakan. Sedap sungguh.

AIR SAJA-SAJA & SEDAP - Sumber dari Misleha

1 bungkus sumi jeli
1 tin Lycee
1 tin susu cair
2-3 packet buah honey dew (potong kecil2)
susu manis secukup rasa
Ais kiub
Air Cream soda (kalau suka - optional)

Mudah saja campurkan semua bahan di atas dalam bowl, hidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah.

Nota Kaki Chetam : Ada ahli ResepiNet yang bagi cadangan supaya sumi jeli diganti dengan nata de coco. So Chetam ikut cadangan tu. Air yang Chetam ubahsuai tu tak menggunakan susu cair, susu manis aka pekat dan juga ais cream soda. Sebaliknya Chetam ganti dengan air gula sirap yang Chetam buat terlebih dahulu. Honey dew, Chetam tak potong tapi Chetam cedok ngan alat yang biasa orang guna untuk gubahan hantaran. So hasilkan jadi bulat. Chetam juga beli jeli segera perasa lime. Bila dah keras, Chetam cincangkan ke dalam air tu. Hasilnya......aduh saliha........memang sedap....

No comments:

Post a Comment