Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 16, 2007

SPAGHETTI BOLOGNAISE VERSI MELAYU



SPAGHETTI BOLOGNAISE VERSI MELAYU
Sumbangan : Roziyati Rnet

I pkt Sphagetti
1/8 cawan minyak makan

Bahan tumis
1/2 cawan minyak makan
2 sudu besar cilli boh
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1 tin kecil tomato puri
1/2 botol tomato sauce
1/4 botol cilli sauce
1/2 kilo daging kisar
2-3 keping asam gelugor

Bahan Dihiris Nipis
1 tin mushroom butang
8 batang anak jagung
1 pkt kacang parang (kacang peas yang nipis bentuk cam parang)
1 biji capsicum hijau
100 gm cauliflower

Bahan Dipotong Dadu
2 labu bawang besar
2 biji buah tomato

Bahan Perasa
Gula dan Garam secukup rasa
Dedaun berikut 1/2 camca teh dah cukup
Daun Oregano
Daun Basil
Daun Terragon
Daun Chives
Parsley
Thyme.
Jgn juga lupa cheese untuk taburan (Tips: Suka gunakan Cheese buku Cheddar Kraft punya dan disagat sebab lebih lemak berbanding Parmesan Cheese)

Tabasco - ikut rasa sendiri suka pedas ke tak

Cara-cara

1. Jerang air + minyak makan hingga mendidih dalam periok dan masukkan sphagetti. (Tips: Pastikan sphagetti tidak melekat antara satu sama lain. Jadik kena kacaulah...). Rebus hingga tanak dan tapis (jgn lama nanti terlalu kering sphagetti tak mengancam gitu).

2. Kalau suka boleh gaulkan ngan butter atau marjein skit dalam 1 sudu besar (masa tengah panas2).

3. Tumis bahan2 tumis hingga garing dan masukkan tomato puri, tomato sauce dan cilli sauce. Gaul hingga rata.

4. Bersihkan daging kisar dan masukkan dalam bahan sos tadi (Tips: ramaskan daging dalam 2 cawan air supaya daging tidak berketul2 dan sauce nie cantik)

5. Kecilkan api, renehkan dalam 5 min. Masukkan asam gelugor dan mushroom. Biarkan sekejab dan masukkan anak jagung dan dituruti ngan cauliflower. Bila dah sebati masukkan kacang parang, capsicum, bawang besar dan tomato. Reneh lagi hinggá betul2 sebati. Masukkan bahan perasa. Biarkan lagi (Tips: Lagi sedap bila kita renehkan dengan lebih lama..atau biarkan semalaman …cam asam pedaslah, lagi lama kita panaskan lagi sedap). Kalau terlalu pekat bleh tambah air. Ikut suka kecairan masing2.

6. Hidangkan dengan taburan cheese cheddar yg disagat.

SPAGHETTI BOLOGNESE
Sumbangan : Ana Restoren Pak Amir

1 Bungkus spaghetti
1 tin tomato puree
1 tin tomato sup- kalau ada & suka
400g minced meat
mixed herb......oregano/1 helai daun bay
2 biji bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1 batang carrot-potong dadu
1 biji terung bulat-potong dadu (optional)
125 g keju parmesan-jika suka (boleh diganti dgn cheddar)
3 camca minyak - ikut suka
sedikit garam
sedikit sebuk lada hitam-jika suka

Cara Membuatnya:-

1. Rebus spaghetti dlm air yang mendidih dan di campur sedikit garam & minyak supaya tidak melekat sampai spaghetti tu lembut.
2. Tumis separuh daripada bawang besar dan bawang putih tu sampai naik bau dan agak kekuningan.
3. Masukkan daging (minced meat) dan selepas tu masukkan kesemua bawang tadi.
4. Masukkan pula tomato puree tunggu sampai mengelegak........
5. Masukkan pula tomato sup, mixed herb/daun bay/oregano, garam dan lada hitam.
6. Lastly masukkan kesemua veges. and serve hot with grated parmesan cheese.

SPAGHETTI BOLOGNAISE
Sumbangan : Diana

(Untuk 6 hidangan)

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1 pound daging cincang
3/4 cawan bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
1/4 cawan minyak zaiton
2 (28 oz) tin tomato yang telah dibuang kulit (boleh dapat di supermarket)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai bay leaf
1 (6 oz) tin pes tomato
3/4 sudu teh basil kering (dried basil)
1 sudu besar dried parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-caranya
Rebus spaghetti mengikut cara yang ditunjukkan dipaket. Panaskan periuk dengan api sederhana, tuang minyak zaiton dan tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan tomato, garam, gula dan bay leaf. Tutup periuk dan biarkan api kecil. Biakan ia untuk 90 minit. Masukkan pes tomato, dried basil, dried parsley dan lada hitam dan juga daging cincang dan masak untuk 30 minit. Kemudian boleh dihidangkan bersama spaghetti dan taburkan dengan parmesan cheese.

SPAGHETTI SEAFOOD
Sumbangan : Diana

Bahan-bahan

1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

Cara-cara
Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
Masukkan udang dan sotong.
Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
Hiaskan dengan daun parsley.


SPAGHETTI

Sumber: Asmah Laili
Sumbangan : Diana

Bahan-bahan untuk Mee Spaghetti
1 kotak (500 gm) spaghetti
4 sudu makan minyak zaitun
secukup air rebusan
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah
400 gm bawang besar, didadu
200 gm kentang, didadu
200 gm cendawan shitake, dihiris
300 gm bunga kobis, dihiris
12 batang jagung muda, dihiris
2 batang lobak merah, diparut

Dikisar dengan sedikit air
20 batang lada kering
200 gm bawang besar
20 gm bawang putih
10 gm halia

Bahan-bahan lain
1 kg daging kisar
170 gm tomato paste
500 gm sos tomato
300 gm cili sos
3 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
2 tin tomato biji (whole peeled tomatoes)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh Italian spice
2 helai Bay leaf
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara menyediakan Spaghetti
Didihkan air dalam periuk. Masukkan spaghetti kering kedalam air rebusan hingga tenggelam. Masukkan garam dan dua sudu makan minyak zaitun. Biarkan ia mendidih dan kacau selalu, supaya semuanya rata.
Bila spaghetti sudah betul-betul lembut, angkat dan toskan. Dan segera lumurkan dengan dua suduh makan minyak zaitun.
Untuk mengetahui kelembutan spaghetti yang direbus, ambik sedikit dan gigit, jika ia tidak lagi liat dan mudah digigit, bererti ia sudah boleh ditoskan.

Peraturan untuk kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah kisar hingga garing. Masukkan pelaga, bunga cengkih dah kayu manis. Gaul rata hingga naik bau. Masukkan tomato biji, tomato paste, bawang dadu dan daging cincang. Biarkan ia mendidih sambil pecah-pecahkan tomato bijinya. Masukkan Bay leaf, oregano dan Italian spice dan kacau rata.

Setelah itu, masukkan semua sayur-mayur kecuali bunga kobis. Jika ia terlalu pekat, masukkan 1 cawan air. Kacau lagi. Kuah spaghetti ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangit. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

Ahkir sekali masukkan hirisan bunga kobis dan kacau rata. Kuah spaghetti ini haruslah pekat, tetapi tidak kering bergintil-gintil. Rasanya haruslah pedas, manis, masam dan lemak.

Cara menghidang
Semasa menghidang, letakkan mee spaghetti dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya. Untuk sedap lagi rasanya taburkan hirisan cili padi.

SPAGETI ALA MELAYU
Sumbangan : Lanee Abdul OnTheMenus

Bahan-Bahan :
3 labu bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - mayang
* 2 batang daun saleri - cincang
* 1 biji lada hijau - cincang
* 2 batang lobak merah - hiris halus
* 125 gm cendawan butang
# 4 biji tomato - hiris agak halus
# 2 biji cili hijau - tumbuk
# 3 sudu besar tomato puri
# 250 gm daging cincang
2 sudu besar gula pasir
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 bungkus spageti
Sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Masukkan bahan bertanda *. Kacau sebentar.
Masukkan pula bahan bertanda # dan air secukupnya.
Masukkan gula, garam dan lada sulah. Kacau sebati.
Biar kuah agak pekat dan angkat.

Cara Menyedia Spageti :
Didihkan air bersama garam dan masukkan spageti.
Masukkan 1 sudu besar minyak bila hampir lembut. Toskan.

Spageti Berkuah
Sumbangan : Anjung 99 OnTheMenus

Bahan-bahannya:
850 ml air
200 ml santan
4 sudu besar minyak masak
2 kuib pati tom yam
2 camca besar kerisik
1 camca teh gula
garam

Bahan dikisar:)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
4 biji cili merah
4 sudu besar bawang goreng

Cara membuatnya:
•panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. masukkan air, santan, pati tom yam, kerisik, gula, garam. Kacau dan biar mendidih. Reneh selama 10 minit. siap.

300 gm Spaghetti
rebus ikut arahan bungkusan.

•Hidang di hias dengan lobak merah parut, telur puyuh rebus atau telur ayam, tomato & limau kasturi.

SPEGHETTI MARINARA
Sumbangan : Diana

Bahan-Bahan
1 paket spaghetti mentah
bawang putih
100g udang
100g sotong di potong halus
300g kupang yang sudah dibersihkan
garam
chili paste
minyak zaiton

Cara Cara
Rebus spaghetti hingga lembut. Panaskan minyak zaiton dan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong kupang dan gaul ramuan tersebut bersama garam secukup rasa dan chili paste. Masukkan speghetti yang telah lembut itu dan gaul hingga rata.

Nota Kaki Chetam : Chetam suka makan spaghetti tapi Chetam masak cara mudah guna yang readymade jenama Preego, Maggi atau Kimball. Dan paling Chetam suka bila tambah daging cincang. Perghhh.......

No comments:

Post a Comment