Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 02, 2005

Lagi koleksi Kerabu dari MDC.

Untuk Diha, rasa resepi yang pertama ni merupakan resepi yang Diha cari.

SOM TAM [KERABU BETIK] - Kak Liza

Bahan
1 biji betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad
1 biji tomato [ dibelah lapan]
4 tangkai cili padi [racik halus]
50 gm udang kering [ditumbuk kasar ]
3 sudu besar kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
1 labu kecil bawang besar [mayang]
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil jusnya
Gula mengikut rasa

Cara:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.

Kerabu Seafood - Nafizah

40gm Sotong
30gm Udang
40gm Kepah
30gm Cili Merah (dipotong kecil)
10gm Bawang Putih (dipotong halus)
45gm Nampla (sos ikan)
45gm Jus Limau Nipis
15gm Gula
10gm Serai
1 Helai Daun Limau Purut
30gm Daun Bawang
10gm Bawang Besar (dipotong Bulat)
20gb Lobak Merah
5gm Daun Pudina

CARA MEMBUAT

1. Rebuskan semua makanan laut.
2. Campurkan cili merah,bawang putih,nampla (sos ikan),jus limau nipis,gula,serai, daun limau purut,daun bawang,bawang besar yang dipotong bulat,lobak merah dan daun pudina.
3. Apabila kesemua siap dicampur masukkan pula kesemua makanan laut yang telah direbus.

Kerabu Rambutan - Nafizah

1 Mangkuk Rambutan (dibuang biji)
½ Mangkuk Tauhu (dihiris)
½ Mangkuk Udang
¼ Mangkuk Timun (dihiris)
2 Sudu Daun Parsli Cina
2 Sudu Daun Bawang
1 Biji Tomato (dihiris)
1 Batang Lobak Merah
1 Sudu Kecil Cili
1 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Jus Limau Nipis
1 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
1 Sudu Besar Cili Hijau


CARA MEMBUAT

1. Gaulkan gula, jus limau nipis, sos ikan dan cili hijau yang telah dikisar.
2. Masukkan rambutan, tauhu goreng, timun yang telah dipotong serta udang ke dalam mangkuk.
3. Campurkan kesemua campuran tersebut di dalam satu mangkuk.
4. Sedia dihidang.

KERABU MANGGA - Kak Liza

1 biji mangga
7 biji ciliapi...kalau nak pedas boleh tambah
2 biji cili merah
5ulas bawang merah
2 s/b udang kering
1/2 cawan kacang tanah [goreng dn tumbuk kasar]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
gula and garam secukup rasa
2 s/b jus limau kasturi

1. Mangga dicincang sehingga halus.
2. Bawang dimayang/cili dipotong nipis
3. Gaulkan semua bahan tadi.
4. Masukkan sos nampla/ikan, garam dan gula secukup rasa..
5. Perahkan limau nipis dan taburkan kacah tanah.
6. Hidangkan ngan ikan goreng dan nasi putih.

KERABU JANTUNG PISANG - Kak Liza

1 biji jantung pisang[rebus sehingga lembut........hiris]
250 gm perut lembu[rebus sehingga lembut..hiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya

1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah..................]
cili api & cili merah.....]
sedikit belacan
garam
gula

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

KERABU PERUT - Kak Liza

10 tangkai kacang panjang(dipotong kecil/pendek2])
1 mangkuk tauge [bersihkan kakinya]
500 gm perut lembu[rebus sehingga lembut & hiris ]
½ biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai [mayang halus]
2 labu bawang besar[mayang]
1/2 cawan santan pekat
2 biji limau nipis [ambil air saja]
garam
gula

bahan tumbuk
2 s/b udang kering
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah

Cara:
1. Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil.
2. Taugeh dan kacang panjang dicelur lembut.
3. Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi ditumbuk hingga halus.
4. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik.
5. Masukkan perut lembu, bawang besar, kacang panjang & tauge.
6. Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata.
7. Hidangkan bersama nasi putih.

URAP - Kak Liza

Bahan
1 btg lobak merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [mayang halus]
200 gm taugeh [bersihkan kakinya & celurkan]
500 gm kerang [rebus dan ambil isinya]

Bahan Sambal
5 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1/2 biji kelapa parut [goreng sikit]
3 biji limau nipis [ambil airr]
gula
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dalam magkuk.
2. Masukkan air limau.gula dan garam.
3. Masukkan isi kerang dan gaul rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih.

KERABU PEGAGA - Kak Liza

pegaga...rendamkan supaya bahan lain akan terasing..pastu hiriskan halus
kelapa parut ...............]
ikan bilis/udang kering....]
sambal belacan.............]. ditumbuk
bawang merah ............].
sikit lada hitam..............]
garam..gula

cara
Tumiskan sket bahan yg ditumbuk sehingga agak garing.
Masukkan pegaga dan tutup api...jgn sampai layu sangat.
Angkat dan hidangkan.

KERABU TIMUN BERSANTAN - Kak Liza

400 gm timun.....buang tengah dan hiris nipis
50 gm udang kering... ]
3 biji cili merah............]tumbuk
5 ulas bawang kecil....mayang
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara:
Gaul rata semua bahan dan hidangkan.

KERABU BELIMBING - Kak Liza

buah belimbing buluh..ikut suka...lagi banyak lagi masam..
2 biji bawang besar ] dimayang
1 pokok daun bawang ]
1/2 cawan pati santan
udang kering ]
1 inci belacan ] ditumbuk
2 biji cili merah ]
5 biji ciliapi ]
Sedikit garam
secubit gula..untuk seimbangkan masam buah belimbing

1. Belimbing dihiriskan kecil dan dibasuh dengan sedikit air garam
kemudian ditoskan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan dedalam sebuah mangkuk.
3. Tuangkan santan dan gaul rata-rata.
4. Rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan ikan bakar...nyum..nyummm

KERABU DAUN SELOM DAN ULAM RAJA - Kak Liza

Bahan
1 ikat daun selom
1 ikat daun ulam raja
2 labu bawang besar
[semua ni dibersihkan dan dimayang halus]

5 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit belacan
udang kering
[semuanya ditumbuk halus]

1 cawan kelapa parut [muda]
air asam limau nipis
gula dan garam secukupnya

Cara:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar
dan rasakan masin dan manisnya.

JELATAH atau KERABU NENAS - Kak Liza

1 biji nenas muda
2 biji timun
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan kacang tanah goreng [tumbuk ]
gula
garam


bahan tumbuk/mesin kasar
5 tangkai cili merah
2 s/b udang kering
2 ulas bawang merah
1 cm belacan

cara
1. Nenas dan timun dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sedikit garam
3. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan kemudian hidangkan.

KERABU TUNA - Kak Liza

120 gm tuna dalam air [hancurkan]
120 gm carrot
120 bunga kobis/kobis biasa
1 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
2 biji cili merah [cincang]
garam

Cara membuat
1. Sayur dipotong kecil dan halus dan kukuskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan roti fiber atau ratah saja

KERABU TERUNG - Kak Liza

4 biji terung panjang..potong kecil....celur/rebus/bakar dan buangkan kulitnya
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah........]
1 biji cili merah...................] mayang halus

3 biji cili merah ]
sket belacan ]
2 biji cili api ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam ]
garam

Cara membuat
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan.

KERABU TAUGEH atau PUCUK PAKU - Kak Liza

bahan
300 gm perut lembu (perut yang tebal seperti tuala)
2 sm halia
500 gm taugeh
1 labu bawang besar
2 s/b kerisik
1 cawan kelapa digiling
3 biji cili merah
Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
1 labu bawang besar[mayang]
Asam limau
garam & gulasecukup rasa
Belacan sebesar ibu jari

Cara membuat
1. Perut hendaklah direbus dgn halia dan garam sehingga lembut.
2. Kemudian dipotong kecil.
3. Cili dan belacan ditumbuk halus untuk dibuat sambal.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal, kerisik.
5. Gaulkan sekali perut lembu, taugeh, garam, gula dan asam limau.
6. Hidangkan dlam pinggan.

No comments:

Post a Comment