Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 08, 2005

BADAK BERENDAM dari Resepi.Net-Diana


Sumber: Aini Salim

Bahan A - Kulit
600 gram tepung pulut
350 gram kentang

(bahan dibawah gaul rata dan tapis)
4 helai daun pandan, ditumbuk halus
500 ml air suam kuku
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh warna hijau, jika suka
1/2 sudu teh warna kuning

Bahan B - Inti
1 biji kelapa parut putih
1 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
250 ml air
100 gram gula tanjung
100 gram gula Melaka
100 gram gula pasir

Bahan C - Kuah
1000 ml santan pekat dari 2 biji kelapa parut putih
12 helai daun pandan
2 sudu makan tepung pulut atau tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara untuk Bahan A
Kentang dikupas bersih, direbus dan dilecek halus. Uli rata semua Bahan A sehingga lembut. Ambil sedikit adunan, lalu isikan inti dan bulat-bulatkan. Didihkan air, masukkan sehelai dua daun pandan dan secukup garam. Apabila airnya mendidih, baru dimasukkan adunan dan rebuslah sehingga timbul. Keluarkan kuih yang sudah dimasak itu dan masukkan kedalam loyang yang telah diis dengan setengah bahagian kuah iaitu "C". Kemudian siramkan diatasnya lebihan kuah.

Cara untuk Bahan B
Ketiga-tiga jenis gula dimasak dengan air sehingga mendidih dan gulanya hancur. Tapis. Gaulkan dengan kelapa, daun pandan dan garam. Masak lagi sehingga pekat, baru dimasukkan tepung pulut dan kacau sehingga tanak. Sejukkan dahulu, kemudian bulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Cara untuk Bahan C
Semua Bahan C digaul rata dan dimasak sehingga pekat.

Panduan : Untuk lebih mudah siapkan B dan C dahulu.
Posted by Hello

No comments:

Post a Comment