Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 03, 2005

Koleksi resepi yang Chetam lupa nama penyumbangnya. Maaf yer!

Resepi-resepi ni Chetam dah lama dalam simpanan Chetam. Elok rasanya kalau Chetam paparkan dalam Teratak Chetam.

Puding Roti Epal
6 biji epal hijau
100gm + 100 gm mentega, dilembutkan
2 sudu besar gula
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 batang roti perancis
1/4 cawan kismis
4 biji telur
2/3 cawan gula halus
2 sudu teh esen vanila
Secubit serbuk buah pala
Krim putar untuk menghidang - optional

Epal dikupas dan dipotong dadu besar. Cairkan 100gm mentega didalam kuali, masukkan epal, gula dan serbut kulit kayu manis. Goreng epal diatas api sederhana selama kira kira 10 minit dan dikacau selalu.

Buang kulit roti dan dipotong dadu sebesar 2cm.
Gris bekas pembakar 2.1/2 quart yang dalam dengan 100gm mentega. Campur roti, kismis, apel dan cecair daripada menggoreng epal di dalam bekas pembakar. Didalam mangkuk lain, pukul telur, susu, gula, esen vanila dan serbuk buah pala. Tuangkan adunan keatas campuran roti dan epal. Bubuh bekas pembakar didalam periuk cetek yang berisi air panas setinggi 2.5cm. Bakar pada suhu 180deg. C atau 360deg. F selama 1.1/2 hingga 2 jam sehingga puding masak. Hidang panas panas dengan krim yang diputar.

Apam Gula Hangus
3 cawan tepung
Setengah buku butter atau 1 cawan marjerin
0.5 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
1.5 cawan gula pasir - jadikan gula hangus
2 sudu kecil soda bikarbonat
Kismis jika sika

* 3 cawan tepung tersebut diayak bersama dengan soda bikarbonat.

Cara membuat gula hangus :
------------------------------------------
Masukkan gula pasir 1.5 cawan dalam periuk dan jerang
atas api sederhana besar. Kacau hingga hitam dan menggelagak,
masukkan air setengah cawan supaya tidak terlalu pekat. Jika
pekat tambah lagi air... biarkan sejuk.

Cara menyediakan kek :
-----------------------------------
1. Pukul butter atau marjerin dan juga gula hingga kembang.
2. Masukkan telur ayam dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat.
4. Masukkan kismis jika suka dan gula hangus, kemudian kacau rata.
5. Atau taburkan di atas permukaan sebelum kukus.
6. Kukus sehingga 1 jam, jangan buka penutup kukus sebelum ianya masak.

Puding Roti
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
4 keping roti putih
5 sudu gula
1 sudu esen vanila
1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus

1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang.
2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair.
3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang.
4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang.
5. Dikukus sehingga masak.

Puding Roti (1)
1 buku besar roti gardenia / High5
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur

Bahan untuk creamer susu:
1 tin susu cair dimasak bersama sedikit gula dan air. Kacau hingga
menggelegak.

Cara-cara:
1. Carik-carikkan roti sampai habis dan asingkan dalam satu bekas.
2. Pukul bersama gula tadi bersama santan pekat, susu cair dan telur.
3. Sukat adunan tadi. Sekiranya dapat Cik Norleen dapat 4 cawan maka tambahkan 7 cawan air ke dalam adunan tadi supaya semuanya menjadi 11 cawan. Sekiranya 5 cawan maka tambah 6 cawan air utk menjadi 11 cawan. Kacau lagi sehingga gula sebati.
4. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam roti. Biar sehingga roti kembang.
5. Sapukan butter pada loyang dan taburkan sedikit butter ke atas adunan tadi. Tujuannya supaya nampak kuning dan lebih sedap.
6. Bakar pada suhu 180 - 200 celcius selama 1 jam.

Sedap dimakan sewaktu panas atau pun sejuk bersama creamer susu tadi.

Puding Roti (2)
100g agar-agar
6 cawan air
3 cawan santan
8 kpg roti
1/2 cawan gula
1 tin susu pekat

Masakkan agar + air sehingga sebati. Masukkan gula kacau. Mesin roti + santan + susu pekat. Agar-agar yang dimasakkan tu tapis dan masukkan dlam satu bekas. Masukkan bahan yang dimesinkan
Kacau sehingga sebati. Biarkan sekejap. Agak-agak dah sejuk masukkan kedalam satu bekas.

Popiah Batang Buruk
1 paket kulit popia
1 paket tepung kacang hijau
Gula halus
Minyak masak
Putih telur

Goreng tepung kacang tanpa minyak hingga kekuningan. Setelah diangkat, campur dengan gula halus dan gaul hingga sebati.
Potong kulit popia kecil-kecil dan gulung. Sapu putih telur supaya gulungan itu melekat.Kemudian goreng sehingga kekuningan.
Setelah sejuk, campur dengan tepung kacang hijau yang dicampur gula tadi.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan pada pagi hari raya untuk 10 orang.

Tambahan:
Elakkan kulit popia terdedah di kawasan kering supaya tidak susah
untuk menggulungnya.

Biskut Chocolate Chips
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 butir telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder
2 1/2 cawan oat - dikisar halus
1/2 sudu teh garam
4 auns (lebih-kurang separuh ketul) coklat masakan - diparut
8 auns chocolote chips (lebih-kurang 1 paket kecil)
1 1/2 cawan walnut - dicincang
1 cawan gajus - disangrai dan dicincang

Pukul mentega dan kedua-dua jenis gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Masukkan esen vanilla dan pukul rata. Masukkan tepung, soda, baking powder, oat dan garam. Gaul rata (boleh guna tangan/senduk kalau mesin kek dah tak terdaya). Masukkan coklat parut, chocolate chips dan kekacang. Gaul rata. Bentukkan mengikut citarasa anda (tapi jangan besar sangat sebab biskut ni mengembang sedikit). Aturkan dalam loyang pembakar dengan jarak 1/2 inci antara setiap biskut. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190 darjah Celsius selama 10 minit.
Biarkan sejuk sedikit dalam loyang sebelum diangkat ke atas redai kek untuk sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Puding Senja
1 tin buah-buhan koktel - diasingkn air dan buahnya
30 gm agar-agar (1 bungkus)
1 cawan susu cair
4 cawan air
2 biji kuning telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Hiasan:
Buah kiwi dan strawberi (jika suka)

1. Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar hancur.
2. Masukkan gula dan biarkan larut.
3. Sementara itu dalam bekas lain pukul seketika susu cair, air buah-buahan koktel dan kuning telur kemudian tuang ke dalam adunan agar-agar tadi. Biarkan mendidih.
4. Padamkan api dan masukkan buah-buahan koktel.
5. Padamkan api dan masukkan buah-buahan koktel.
6. Tuangkan adunan ke dalam bekas puding.
7. Hias dengan buah-buahan segar.

PIZZA CRACKERS
32 keping biskut cream crackers
4 sudu makan susu tepung
475ml air panas
100gm keju dipasak
100gm lada sayur potong dadu (1 biji green pepper)
3 biji bawang besar potong dadu
2 biji buah tomato hiris bulat
3 biji telur rebus
2 biji telur untuk disiram atas pizza
250gm daging cincang
3 sudu teh tomato puree
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa dan minyak

1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang dadu, daging, tomato puree, lada putih garam dan sedikit air. Masaklah hingga hampir kering lalu masukkan lada sayur balik-balikkan, angkat dan sejukkan.
2. Alas loyang 11x11x1 inchi dengan aluminium foil dan sapukan sedikit butter di permukaannya.
3. Celupkan 16 keping biskut ke dalam susu lalu susun dalam loyang, tabur daging, telur rebus, tomato, keju dan siramkan rata-rata 1/2 bahagian telur. Celupkan lagi 16 keping lalu tutup atas pizza , tekan dan siramkan lagi 1/2 bahagian telur.
4. Tekan sedikit lalu bakar lebih kurang 20-30 minit.

Dadih
susu segar 1 liter atau
susu tepung dibuat 1 liter (ikut sukatan kepekatan di tin)
agar-agar satu genggam - 5-6 urat
gula 2 senduk atau lebih ikut suka(senduk gulai biasa)
sedikit garam
air - 2 cawan
2 helai daun padan.

Rebus agar-agar bersama-sama air sehingga hancur semua agar-agar tersebut kemudian masukkan susu dan sedikit garam,biar sekejap kemudian masukkan gula dan daun padan,tunggu sambil kacau sedikit sehingga susu hampir mendidih tapi jangan sampai mendidih lama sangat tutup api dapur dan boleh di tuang kedalam acuan sambil di tapis dengan penapis teh yang kecil. Kalau suka ada perasa boleh diletak perasa tersebut (contoh koko atau jagung) sebelum api ditutup.

selamat mencuba...dan jangan terlalu banyak agar-agarnya nanti tak jadi dadih tapi jadi agar-agar susu pula.

Kek Kurma Oren
12 biji telur
500 gm mentega
500 gm gula
500 gm serbuk badam
200 gm kurma - dikisar
120 gm tepung gandum
100 gm kulit limau - diparut

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji sehingga habis dan putar lagi sehingga ia kembang
3. Tambahkan tepung gandum, serbuk badam, kurma yang telah dikisar dan parutan kulit limau. Putar sehingga ia sebati.
4. Bakar dalam suhu 180 C antara 30 hingga 45 minit.
5. Setelah sejuk hias dengan ising jika suka.

Kek Pisang
2 cawan tepung gandum
1.1/2 cawan minyak masak
1.1/2 cawan gula pasir
2 cawan pisang emas yang dihiris nipis.
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar baking soda
8 biji telur ayam

Pisang dicampur dengan minyak dan gula, kemudian masukkan dalam blender dan kisar halus. Tuangkan dalam mangkuk adunan. Kemudian blender telur pula hingga hancur.
Campurkan telur tersebut kedalam adunan pisang tadi. Kemudian gunakan pengadun kek dan pukul hingga sebati, masukkan tepung yang telah diayak dengan baking soda dan garam. Kacau hingga rata.

Sapukan loyang pembakar dengan mentega, kemudian masukkan adunan tadi. Bakar dengan api yang perlahan selama lebeh kurang 50 minit-60 minit.

Nota: Kek ini lebeh baik dibakar dalam loyang yang berlubang ditengah (loyang kuih bakar) Lihatlah hasilnya.

Steamed Fruit Cake
5 biji telur
1 kotak buah-buahan (big sister brand)
1 tin mentega (golden churn - agak 454 gm)
2 sudu teh carbonate of soda
4 sudu teh cream of tartar
600 gm tepung gandum
1 cawan gula (untuk digoreng tanpa minyak atau dijemur)
2 cawan gula halus
1/2 biji buah pala (ditumbuk/parut)
1 sudu besar essence oren

1. Ayak tepung , carbonate of soda, cream of tartar dan buah pala, kemudian digaulkan bersama buah-buahan.
2. Pukul mentega sampai puteh
3. Pukul telur dan gula halus. Jangan terlalu kembang. Kemudian masukkan bahan (1) dan (2), gaul rata.
4. Masukkan esen oren. Akhir sekali masukkan gula goreng. Gaul rata dan dikukus selama 4 jam. Loyang harus disapukan mentega dan ditutup dengan aluminium foil supaya air wap kukusan tidak masukkan kedlm kek.

Peringatan: Mesti panaskan tempat kukusan dahulu sebelum masukkan bahan kek. Dan baru tambah air kukusan dari masa ke semasa dengan pengunakan air panas/mendidih.

No comments:

Post a Comment