Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 22, 2005

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura - Part 1

Himpunan koleksi resepi sumbangan Puan Puti Mazura yang Chetam kumpul dari Restoren Pak Amir. Dah lama tak dengar khabar berita dari Puan Puti. Kalau Puan Puti terserempak dengan Teratak Chetam ni, jangan lupa hantar mesej pada Chetam.

NASI BERINGIN
(Resipi Muar)

1. 4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
2. 6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
3. 4 ulas bawang putih, ditumbuk
4. 2 ulas bawang merah, ditumbuk
5. 5 biji buah pelaga
6. 1 sudu teh cengkih
7. 1 sudu teh jintan manis
8. 2 bunga lawang
9. 1 inci kayu manis
10. ½ inci halia muda, ditumbuk
11. gula dan garam
12. 2 sudu makan minyak

Cara
1. Pijarkan minyak di dalam kuali besar
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau
3. Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih
4. Sejukkan beras tersebut
5. Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
6. Masak seperti nasi biasa.
7. Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.

* Penyediaan air rebusan daging
1. 1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2. 2 liter air
3. 1 inci halia, ditumbuk kasar
4. 2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
5. 2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
6. 1 inci kayu manis
7. 5 biji buah pelaga
8. 5 biji bunga lawang

Cara
Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
Sejukkan stok daging tersebut. Daging yang dah rebus tu, bolehlah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.

Cara Masak Nasi Lemak Kukus
1. Rendamkan beras dalam santan cair selama 2 jam. Paras santan tu menutup beras je, tak membazir.

2. Alaskan pengukus dengan kain muslin, panaskan atas periuk kukusan yang sudah dididihkan airnya. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air didihan.
3. Toskan beras, dan masukkan dalam pengukus, kukus sehingga setengah masak
4. Pijarkan minyak/butter dan tumiskan bawang kuning yang dihiris, halia yang dihiris, bawang putih yang dihiris, kayu manis dan sedikit garam, hingga bawang layu.
5. Masukkan santan pekat ke dalam tumisan dan gaul rata. tutup apinya.
6. Keluarkan nasi yang separa masak dan masukkan dalam santan, gaul rata.
Biarkan sebentar.
7. Masukkan nasi sekali lagi ke dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak.

Insya Allah, jadi, tapi masya Allah, lecehnya...

Steamed Chicken (Ayam Kukus)

1. 1 ekor ayam (kalau on diet, sila buang kulit & lemak, tapi of
courselah, tak berapa sedap) - alternatively, use very very lean chicken like ayam kampung/spring chicken and leave the skin on. Bersihkan ayam dan toskan. Biarkan seekor.
2. 1 sudu makan garam halus
3. 1 sudu makan gula atau madu
4. 3 inci halia (2 inci ditumbuk lumat dan 1 inci dihiris batang
mancis)
5. 10 ulas bawang putih (6 ulas di tumbuk lumat dan 4 ulas dihiris
batang mancis)
6. 5 ulas bawang merah, dihiris
7. 10 biji cili padi, dibelah 2
8. 2 sudu makan sos tiram
9. segenggam daun bawang (dipotong panjang seinci)
10. segenggam daun saderi (dipotong panjang seinci)
11. 1 cawan cendawan shiitake/butang - rendam dan bersihkan.

Cara-cara menyediakan
1. Sediakan periuk pengukus, didihkan air.
2. Sementara air mendidih, blehlah sediakan ayam. Masukkan halia yang ditumbuk lumat, bawang putih yang ditumbuk lumat, 1 sudu makan sos tiram, setengah sudu makan gula/madu dan setengah sudu teh garam dalam satu bekas dan gaul rata.
3. Masukkan lebihan gula/madu, garam dan sos tiram ke dalam satu bekas lain.
4. Masukkan bahan dalam langkah 2 ke dalam ayam dan lumurkan bahan dalam langkah 3 ke seluruh permukaan/kulit ayam.
5. Susunkan cendawan, daun bawang, daun saderi, halia hiris, bawang putih hiris, bawang hiris dan cili padi di atas pinggan untuk mengukus dan letakkan ayam di atasnya.
6. masukkan dalam periuk pengukus dan kukuslah selama
sekurang-kurangnya sejam.

Tips: Kalau tidak gunakan seekor ayam, biarkan ayam dalam potongan yang besar e.g. setengah ekor atau suku ekor. Gunakan teknik melumur shj bagi bahan yang ditumbuk halus.

Oxtail Soup (Sup Ekor) - ataupun daging/tulang.

1. 1 kilo Daging/Tulang/Oxtail (ekor)
2. 1 small packet of serbuk rempah sup Adabi, bancuh dengan air untuk buat pes
3. 5 ulas bawang putih (garlic), ditumbuk
4. 6 ulas bawang merah (shallots), ditumbuk
5. 1½ inch halia (ginger), ditumbuk
6. ½ inch lengkuas (galangal),
7. 1 lobak merah besar, potong baji (large carrot, cut in bite size
pieces)
8. 4 biji kentang, potong empat (potatoes, quartered)
9. 4 batang celery, potong panjang setengah inci
10. 1 sudu makan gula (tbsp sugar)
11. salt and pepper to taste
12. air
13. minyak untuk menumis
14. Daun saderi & daun bawang dihiris
15. Bawang goreng
16. 10 biji cili padi, ditumbuk kasar (optional)
17. 2-3 sudu makan cuka masak (optional). See notes.*

Caranya
1. Rebus tulang/daging/oxtail sehingga empuk/lembut, ketepikan
2. Pijarkan minyak di dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, garlic, lengkuas & halia, jangan sampai
garing
4. Masukkan pes rempah sup
5. Masukkan tulang/daging/oxtail yang sudah empuk/lembut beserta air rebusannya
6. Masukkan kentang, carrot dan celery, biarkan empuk
7. Untuk menghidang, masukkan sup kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan daun saderi & daun bawang. And of course the cili padi, if using.

*Untuk sup tulang, and for those wishing to increase their calcium intake, while the soup is boiling, pour in the vinegar (this will hakis the tulang and akan masuk ke dalam sup). The soup will be slightly sour but it is good. Yang tak boleh makan cuka, boleh perahkan limau nipis sebelum menyenduk sup ke dalam mangkuk.

AYAM MASAK MERAH ALA MAGHRIBI

10 keping ayam
2 cm halia - dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
1 sudu kecil koma-koma (saffron)
3 ulas bawang putih (hentak/cincang halus)
2 ulas bawang besar - didadu
1 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 tin tomato sup
2 sudu besar madu
Jus dari ½ biji lemon
Segenggam daun ketumbar
15 biji buah zaiton hitam, belah 2 (jika suka, kalau tidak, hilanglah satu "Morocco" nya)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.
2. Masukkan ayam dan serbuk ketumbar, digorengkan sebentar dan
balik-balikkan untuk "seal" permukaan ayam (sehingga warna permukaannya putih/kuning garing).
3. Setelah ayam mula agak garing sedikit, masukkan air, tomato sup, madu dan koma-koma.
4. Masaklah sampai ayamnya empuk dan barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar.

Ayam Goreng Rangup Berempah
Ini ada resepi yang I have tried and enjoyed.

1 ekor Ayam (dipotong mengikut suka)
Minyak untuk mengoreng (sila pastikan ayam tenggelam dalam minyak)
Garam, kunyit & sedikit gula digaul bersama ayam
2 biji Telur (digaul bersama ayam)
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan-bahan yang ditumbuk
2 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
3 inci Halia
Cili kering direbus dan dikisar /cili boh (ikut suka asalkan nampak merah)
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putin
1 sudu besar Lada hitam

Cara-caranya
1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam & diperap selama 3 jam.
2. Kemudian digoreng, apabila sudah masak sila taburkan daun kari
kedalam kuali.
3. Angkat sebelum Daun kari hangit.

Air Asam
(untuk dimakan dengan ikan bakar atau buat kuah untuk nasi pun
boleh...)

1. 2 inci persegi belacan Melaka (dibakar hingga wangi)
2. 1½ - 2 cawan air asam jawa, sederhana pekat, (bancuh dengan air suam ye...)
3. 2 labu bawang merah - dimayang kasar
4. 5 biji cili merah, potong kasar
5. 10 biji cili padi (besar), dihiris halus
6. 3 sudu makan gula
7. Satu biji tomato merah
8. ½ - 1 sudu teh garam (bergantung pada kemasinan belacan)
9. 1 sudu makan kerisik

Cara-cara
1. Masukkan belacan, air asam jawa, belacan, cili merah, garam, tomato, kerisik dan gula dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga semua hancur dan sebati.
2. Masukkan bawang (ramas-ramaskan sikit) dan cili padi. Gaul rata.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan ke dalam peti sejuk. Kacau sekali lagi dan hidangkan.

Hot Plate Noodles
(resepi sendiri, bukan resepi di Giant) untuk 2 orang makan.

2 keping mee kering (egg noodles/magi/yee mee)
8 ekor udang yang sedang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor.
3 ekor sotong yang sederhana besar
1 cawan daging ayam (potong nipis)
1 sudu besar taucho
2 biji telur
¾ - 1 cawan air
sedikit tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 ulas bawang putih , ketuk dgn, pisau besar
1 inci halia, hiris halus
1 batang lobak merah (potong serong, nipis)
1 cawan cendawan butang (kalau ada), belah dua.
2 cawan sawi (potong pendek, sebelum potong, hentakkan batangnya dengan anak lesung, jangan sampai hancur)
garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Celur mee (ikut lah "lembut" mana you suka) dan ketepikan.
2. Pukul 2 biji telur, 2 sudu makan air, garam dan lada sulah,
ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga wangi.
4. Masukkan tauchu, tumis lagi.
5. Masukkan ayam, goreng hingga permukkannya putih.
6. Masukkan lobak dan sedikit air & sos tiram & kicap. Masak hingga
lobak lembut
7. Masukkan sotong yang telah dipotong, udang, sawi dan cendawan, kacau rata.
8. Masukkan air lebih. Adjust garam & gula.
9. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam rencah. Gaul rata. Kecilkan api.
10. Cepat-cepat, panaskan hot plate, tuang sedikit minyak, ratakan.
11. Kemudian tuang campuran telur (langkah 2), di hot plate hingga rata.
12. Masukkan mee dan cepat-cepat masukkan bahan-bahan yang
ditumis/goreng yang masih menggelegak.
13. Sedia untuk dihidangkan. Kalau suka taburkan daun saderi, daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Acar Buah
Ini untuk kawan-kawan, buat pecah selera masa bersahur bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti ye..

1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. ½ cawan aprikot kering - dihiris
10. ½ cawan asam boi (jika suka)
11. ½ cawan buah pala (dihiris)
12. ½ peket serbuk kari daging Adabi
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.

Ini ada 3 resepi telur untuk you cuba malam ni.

Resepi pertama - Spanish Omelette

1. 6 eggs, beat until fluffy
2. 1 large potato, boiled (or baked in microwave oven) and chopped
3. 1 large onion, chopped (best to use Spanish onion)
4. 1 clove of garlic, crushed/chopped finely
5. 4 button/shitake mushroom, chopped coarsely
6. 1 red chilli, chopped (boleh lebihkan, kalau suka pedas)
7. 1 small tomato, deseeded and chopped
8. 3-4 tablespoon of full cream milk (pour into the beaten egg & beat further)
9. Half a cup of grated cheddar cheese (or any hard cheese)
10. Half a cup of boiled chopped spinach (optional)
11. 3-4 tbsp of olive oil / any cooking oil.
12. Salt and pepper (put into the eggs before beating)

Method
1. Heat a deep and heavy frying pan
2. Pour the oil, pijarkan.
3. Tumiskan garlic, chopped onion and chopped chilli
4. Masukkan mushroom, tomato and spinach. Fry until soft.
5. Masukkan chopped potato, gaul rata.
6. Kecilkan api (sekecil boleh) dan masukkan bancuhan telur tadi (to cover all ingredients).
7. Cover and cook until the eggs are set.*
8. While it is still on the stove, pour the grated cheese on top of the omelette. * Alternatively, you may bake the omelette in the oven (after pouring the egg mixture, halfway, letakkan the cheese).
9. When the eggs are cooked, remove from heat (boleh tambah grated cheese lagi kalau suka).
10. Potong macam potong pizza and serve. (Can be eaten on its own, with salad or as lauk to our all time favourite nasi putih)

(NB: "Inti" omelette ni boleh ditukar mengikut suka, ada yang masukkan olives, capsicum, artichoke and carrot - tapi janganlah masukkan sawi atau kobis ye?)

Resepi kedua - Telur Bungkus

5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless
chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang

1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara:
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan
kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

Resepi ketiga - Sambal Tumis Telur Bodoh

1. 10 tangkai cili kering, rebus dan bilas
2. 4 ulas bawang merah, potong dua
3. 4 ulas bawang putih
4. suku inci persegi belacan, bakar
5. 1 labu bawang besar, mayang halus
6. setengah senduk minyak
7. 5 biji telur
8. Setengah cawan air asam jawa
9. 1 sudu teh garam
10. 2 sudu makan gula

Cara:
1. Kisar bahan 1, 2, 3 dan 4
2. Panaskan kuali dan pijarkan minyak
3. Masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi
4. Masukkan bahan kisar, kacau selalu, hingga naik pecah minyak
5. Renihkan hingga 5 minit.
6. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata hingga didih.
7. Pecahkan telur didalamnya dan kecilkan api. Bila telur dah masak, masukkan gula, kacau rata dan sedia untuk dihidang.

Daging/Ayam Masak Rawan

1. 1 ekor ayam dipotong 8 / 1 kilo daging direbus dan dipootong nipis lebar
2. 6 ulas bawang merah
3. 6 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 1 inci lengkuas
6. 1 sudu makan serbuk kayu manis
7. 1 sudu makan ketumbar - ditumbuk kasar
8. 1 sudu teh cengkih
9. 1 sudu teh buah pelaga (dipecah-pecahkan)
10. 1 sudu teh serbuk pala (nutmeg)
11. 3 biji isi buah keras
12. setengah cawan kicap manis
13. setengah cawan air asam jawa (atau 2 sudu makan cuka)
14. 1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar ATAU 2 sudu makan cili boh (ATAU kalau nak "Jawa" lagi sikit, gunakan 2 sudu makan cili padi yang ditumbuk kasar).
15. 1 labu bawang besar, mayang kasar
16. setengah cawan air
17. 1 sudu makan kicap tiram (ini modify sendiri, bukan resepi asli)
18. minyak untuk menumis
19. gula & garam secukup rasa.

Cara
1. Kisar bahan 2,3,4 & 5
2. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar. Masukkan cili boh, kacau hingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam/daging dan "seal"kan hingga permukaannya putih.
4. Masukkan bahan 6,7,8,9 & 10. Gaul rata. Tutupkan api
5. Pindahkan ayam dan rempah dari kuali tadi, kedalam periuk tanah
(ataupun slow cooker).
6. Masukkan bahan 12, 13, 16 dan 17, kacau rata dan biarkan masak dengan api perlahan selama setengah jam (atau lebih).
7. Masukkan isi buah keras dan renihkan lagi hingga kuah pekat.
8. Masukkan bawang, gula & garam (jika belum manis & masin ikut
citarasa anda).
9. Kacau sekali lalu. Tutup api dan biarkan sejuk dalam periuk selama 20 minit sebelum menghidangkan.

Makan dengan nasi panas, tempe goreng dan lepas tu. minum air kopi kampung, Uhhh.. tak nak bangun...

Resepi Satay dan Kuah Kacang

SATAY
1. 1 kg daging lembu/kambing/ayam(buang urat daging,cuci dan tos. Potong daging tipis & memanjang).
2. 2 sudu makan gula merah/tebu/melaka/kabung
3. 2 sudu teh garam
4. Lidi sate secukupnya, rendam dalam air, semalaman.
Untuk dikisar:
5. 2 camca jintan halus
6. 1 sudu makan lada putih
7. 3 sudu makan ketumbar biji
8. 2 inci lengkuas
9. 2 inci halia
10. 1 inci kunyit
11. 4 batang serai
12. 6 ulas bawang putih
Untuk memanggang
13. 1 mangkuk minyak kacang/minyak masak
14. 4 sudu gula merah/pasir
15. Air lebihan perapan (yang jatuh dalam bekas tu lah)
16. 4 batang serai, dititik dan diikat untuk buat macam berus

Campurkan bahan 13, 14 dan 15 (lepas ni dipanggil campuran minyak)

Cara-caranya:
1. Kisar bahan yang disebutkan tetapi jangan terlalu halus.
2. Gaulkan bahan-bahan kisar pada daging bersama gula, garam dan perap selama 2 jam
3. Cucukkan sate pada lidi
4. Simpan dalam petisejuk semalaman (atau sekurang-kurangnya 5 jam).
5. Siapkan tempat bara untuk memanggang
6. Susunkan sate diatas grill pembakar
7. Semasa membakar renjis/sapukan campuran minyak pada sate.
8. Balik-balikkan dan bakar sehingga masak.
9. Hidangkan dengan kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.

Kuah Kacang/Satay
1. 5 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
2. 15 tangkai cili kering, direbus dan bersihkan
3. 10 ulas bawang merah, hiris kasar
4. 5 ulas bawang putih, ketuk dengan pisau
5. 1 inci lengkuas, hiris kasar
6. 5 batang serai
7. setengah cawan minyak masak
8. 2-3 sudu teh garam
9. 1 inci persegi belacan Melaka, dibakar
10. 1 cawan gula merah (atau gula pasir)
11. Air , cukup untuk kepekatan yang dikehendaki
12* Optional - sotong rendam yang dipotong kecil/sotong kering yang dah direndam dan dipotong kecil/daging yang disiat - anggaran 2 cawan. - Ini kalau untuk makan dengan nasi himpit, bukan sebagai kuah satay.
13. Optional - asam gelugor (5-6 keping)

Cara
1. Blend bahan-bahan no. 2, 3, 4, 5 & 9.
2. Pijarkan minyak dalam kuali yang tebal dan agak dalam
3. Tumiskan bahan yang dah di blend, kacau selalu, goreng hingga
garing.
4. Masukkan air dan serai, kacau, biar sampai menggelegak
5. Masukkan kacang dan gaul rata.
6. Masukkan sotong(kalau guna) dan asam gelugor (jika guna)
7. Kecilkan api dan biar masak hingga keluar minyak.
8. Masukkan daging siat (kalau guna)
9. Masukkan gula, kacau rata dan biarkan lagi atas api selama lebih
kurang 15 minit.
10. Adjust rasa garam dan gulanya.
11. Sejukkan sebelum menghidang.

Note:
1. Sebenarnya rasa asli kuah kacang ni, tak ada rasa masam. For
instance, Sate Samuri tu, kuah kacangnya cuma kacang dan gula (+ bawang bawang tu lah...), then letakkan sambal tumis untuk pedaskan.
2. Tapi kalau nak juga ada rasa masam, I would suggest guna asam
gelugor instead of asam jawa.
3. Cuba lah masak kuah satay ni selama mana yang boleh, supaya minyak daripada kacang akan keluar dan jadikan isi lebih garing dan kuah lebih lemak. Jangan sampai hangus pulak. Api biar sederhana ye...
4. Pastikan gula dimasukkan last sekali.

Bubur Lambuk (Family recipe - bukan Kg Baru)

1. 4 cawan beras (guna beras biasa, jangan guna beras Basmathi/beras Siam)
2. 1 kilo daging, dipotong kecil, kalau jenis yang keras, rebus dahulu
3. 1 kilo udang - kupas kulitnya dan rebus kulit, ambil air rebusan
4. 1 genggam udang kering - rebus, jangan buang air rebusannya, kisar
5. 2 peket kecil serbuk rempah sup Adabi
6. 2 peket kecil serbuk rempah korma Adabi
7. 4 sudu makan kerisik
8. Santan dari 2 biji kelapa
9. 1 genggam kacang tanah
10. 1 genggam kacang kuda (chickpeas)
11. 1 cawan campuran kekacang lain (ikut suka)
12. 10 biji bawang merah kecil
13. 5 ulas bawang putih
14. 1 inci halia
15. 1 inci lengkuas
16. 3 batang serai
17. 1 inci kayu manis
18. Air
19. Garam dan gula secukup rasa
20. Minyak untuk tumis
21. Bawang goreng
22. Daun saderi dan daun bawang, dihiris halus

Cara
1. Rendam kacang-kacang semalaman. Buang air rendaman dan tukar air. Rebus sehingga lembut.
2. Kisar bahan-bahan no. 12, 13, 14, 15 dan 16.
3. Pijarkan minyak, tumiskan bahan yang sudah dikisar (seperti no.2 )dan kayu manis
4. Masukkan rempah sup & korma, kacau rata.
5. Masukkan udang kering yang telah dikisar dan daging (kalau guna yang belum direbus). Kacau rata
6. Masukkan beras dan air dan kacang yang telah empuk (jangan masukkan air rebusan kacang, nanti bubur jadi hitam)
7. Kecilkan api and masak sehingga beras pecah.
8. Masukkan daging yang sudah direbus berserta stoknya sekali, isi
udang, air rebusan kulit udang dan santan. Gaul rata.
9. Masak lagi sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula dan garam
secukup rasa. Gaul rata.
10. Masak sehingga daging lembut. Kacau selalu supaya tidak
hangus/berkerak.

Untuk menghidang, masukkan bubur kedalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun saderi dan daun bawang.
My family, selalunya makan dengan rojak (timun, nenas dan sengkuang + kuah kacang) atau kerabu taugeh/pegaga atau acar rampai.

Note: Kalau bubur terlalu pekat, masukkan air panas dan kacau, adjust garamnya.

BUBUR LAMBUK PAHANG

1. 3 cawan beras hancur
2. 4 ekor ikan kembung besar (atau setengah ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung
3. segenggam isi udang hidup
4. 1- 2 cawan santan cair
5. 10 ulas bawang merah kecil
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 inci halia
8. 1 batang serai, dititik
9. 7 cawan air
10. Garam dan gula secukup rasa
11. 2 sudu the serbuk lada hitam
12. 3 keping asam gelugor
13. 1 inci halia (selain drpd no. 7), dititik
14. 1 inci lengkuas, dititik
15. 2 helai daun pandan, basuh dan simpulkan
16. 2 cawan pucuk paku perak (daun dan batang yang lembut shj), basuh dan toskan.

Cara
1. Rebus ikan & udang (dengan halia & lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor) sehingga sangat sangat lembut. Ketepikan.
2. Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan & udang (asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak halus). Air rebusan jangan dibuang.
3. Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam. Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam. Gaul rata dan perapkan selama 1 jam
4. Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih.
Tambahkan air jika perlu
5. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan + udang dan bahan perapan. Gaul rata.
6. Masukkan serai dan santan. Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
7. Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan
8. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak. Gaul sekali dan tutup api.
9. Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin
(chaipoh) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.

Kupang Serai (Lemon Grass Mussels)
Masakan ni boleh disediakan dalam masa tak sampai setengah jam (dari awal mengupas bawang hingga menghidang). Ini resepi arwah nenek saya.

1. 1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit (boleh gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan)
2. 6 batang serai, dimayang halus (pastikan buang bhg berdaun)
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 ulas bawang merah
5. 10 biji cili padi (kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Suku cawan air asam jawa pekat
8. 1 cawan santan pekat
9. 1 sudu the garam
10. 1 sudu makan gula pasir
11. 3 sudu makan minyak untuk menumis
12. 2 helai daun kunyit, dihiris halus
13. 2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara
1. Tumbuk bahan no. 3, 4, 5, 6 dan 9.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga pecah minyak
3. Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
4. Masak hingga agak kering, kacau selalu.
5. Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

NASI AYAM
Kalau untuk Nasi Ayam Madu, tambahkan 4 camca besar madu dalam bahan perapan ayam, sebelum digoreng. Tapi hati-hati, api jangan terlalu besar, ayam cepat hangus because of the sucrose dalam madu tu ye...

1. 2 ekor ayam (quartered), kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong kecil.
2. 8 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan
3. 3 liter air (tambah kemudian jika perlu)
4. 2 labu bawang putih, ditumbuk (bahagi 5)
5. 10 ulas bawang merah, ditumbuk (bahagi 2)
6. 1 biji bawang besar, dimayang

7. 3 inci halia, ditumbuk (bahagi 3)
8. 10 biji buah pelaga (bahagi 2)
9. 1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)
10. 1½ cawan kicap manis
11. 1 cawan sos tiram
12. ½ cawan sos tomato
13. 1½ cawan sos cili
14. 1½ sudu makan cuka/ 3 sudu makan jus limau kasturi (bahagi 2)
15. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
16. 5 biji cili merah, digoreng sebentar hingga pecah kulit dan ditumbuk
17. Minyak yang banyak untuk deep fry ayam dll.
18. Gula dan garam

19. 2 batang timun, dihiris bulat
20. 5 biji tomato, dihiris bulat
21. ½ pokok daun salad, disiat kecil.
22. Bawang goreng
23. Daun saderi dan daun bawang dimayang halus.

Cara
1. Pijarkan 2 sudu makan minyak
2. Tumiskan 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia, 1 dan bawang besar
sehingga naik bau
3. Masukkan 1 bhg buah pelaga
4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak
5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan gula (lebihkan masinnya sedikit)
6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang selebihnya). Ayam
hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit. Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak perlu dikeluarkan).
7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Campurkan kicap, sos tiram dan sos cili dan perapkan ayam yang telah direbus selama satu jam

Untuk Nasi
9. Pijarkan 3 sudu minyak didalam kuali
10. Tumiskan 1 bhg. buah pelaga (yang dipecah-pecahkan), 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia dan 1 bhg bawang merah hingga naik bau.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa
12. Masukkan beras dan goreng rata. (sehingga putih keseluruhannya). Ketepikan dan sejukkan

Back to the Ayam
13. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Back to Nasi
14. Sementara itu, masukkan beras yang sudah digoreng dan disejukkan, ke dalam periuk nasi dan sukat air (gunakan stok ayam yang telah disejukkan, No. 7), anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan stok. Sesuaikan air ikut suka. Masak seperti biasa.

15. Untuk membuat sos cilinya, pijarkan 2 sudu makan minyak goreng ayam tadi, tumiskan 1 bhg halia & 2 bhg bawang putih. Masukkan cili kering & cili merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1 cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan
renih sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

16. Untuk menyediakan kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

17. Potong ayam yang telah digoreng kepada beberapa bhgn. kecil.
18. Panaskan lebihan stok ayam (tambah air, garam & gula jika perlu).

Untuk menghidang
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.
Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam
3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
BON APPETIT!!

1 comment: