Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


May 26, 2005

Resepi Kek Span oleh Kak Liza

Kek Span ni boleh digunakan semasa membuat Kek Keju

KEK SPAN
Bahan

175 gm butter
200 gm gula akstor
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
280 gm tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayak

Cara
1. Pukulkan butter dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen vanila dan akcau lagi.
4. Masukkan tepung dan kacau rata.
5. Masukkan dalam acuan dan masakkan selama 30 minit dalam suhu 170'C

KEK SPAN [minyak]

Bahan-bahan:
4 biji putih telur

6 biji kuning telur
140 g gula kastor
80 g tepung naik sendiri
40 g tepung jagung
Jem (ikut suka jenisnya)

Cara
1. Alaskan loyang dengan kertas kalis minyak (lengser dengan sedikit marjerin).
2. Pukul kuning telur dengan separuh gula hingga kembang,
3. Dalam mangkuk & pemutar bersih, putar putih telur dan baki gula hingga kental.
4. Kaupbalikkan putih telur ke dalam kuning telur, diselangseli dengan bahan ayak (tepung naik sendiri & tepung jagung).
5. Tuangkan ke dalam tin. Bakar selama 15 minit pada 180'C

Kek Butter Lapis Oleh SitiSlam


3/4 cawan gula
1 cawan butter
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Tepung diayak ngan baking powder sebanyak 3 X
Pukul gula ngan butter sampai kembang
Masukkan telur dan esen vanila , putar sampai sebati
Masukkan tepung sikit demi sedikit sampai abis
Bakar dalam suhu 180 darjah C dalam 45 minit atau bila cucuk ngan lidi takder melekat.
dah masak biarkan sejuk

bahan-bahan
guna jem kegemaran ambil dalam 1/2 cawan..putar sampai lembut

nak buat layer kek
ambil benang,ukur ketinggian layer yang kita nak cara potongnya dengan menjerut secara perlahan-lahan.
pastu sapu filing tadi.

Coating

1/4 cawan butter
1/2 cawan fresh cream
1/2 cawan jem kegemaran
1/2 cawan gula ising

Semua ni putar sebati.
Posted by Hello

KEK COKLAT MOCCA KUKUS oleh Kak Liza


Bahan A
1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis

3 biji telur
1 tsp esen vanilla

1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }


1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.
Selamat mencuba.
Posted by Hello

TRIPLES CHOCOLATE MUFFIN oleh Kak Liza



Bahan
110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]

250 gm coklat cooking [potong dadu/kiub]

Cara.
1. Panaskan oven 180'C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Masukkan coklat cooking yg dipotong dadu dalam adunan.
9. Bakar selama 20 minit.
10. BIla dah masak sejukkan dan hidangkan.
Posted by Hello

BANANA CAKE oleh Noor Masri



3 large bananas (pisang raja) } mashed
250g self raising flour
160g sugar
180g butter
4 tablespoon fresh milk
3 eggs } beaten
1-2 drops banana essence
1 level teaspoon baking powder
1 level teaspoon bicarbonate of soda
pinch of salt

Preheated oven at 150'C
Sieve flour, baking powder, bicarbonate of soda and salt into a dry container
Put butter and sugar in a bowl, cream untill creamy white
Add beaten eggs a little of a time
Beat well after each addition
Add essence, milk and mashed banana
Fold in flour to blend well
Pour mixture into a greased cake tin
Bake at 150'C for 1 hr
Posted by Hello

MARBLE CHEESE CAKE oleh Noor Masri


Ingredients for base:
200 gm of any biscuits (e.g. Oreo + Marie) - kak Noor guna biskut digestive
50 gm butter
1/2 tablespoon honey - kak Noor guna 1 sudu besar golden syrup sbb dah sedia ada
1 tablespoon Evaporated Milk (susu sejat) - semlm wat tak buh pun ni sbb malas nak buka tin susu nak guna skit benor

Method:
Crush cookies/ biscuits (in plastic bag)
Micro butter/ honey/ milk for 1 minute
Mix butter/honey/milk to biscuits
Press into an any lined cake tins

Ingredients for cake:
500 gm cream cheese
100 gm castor sugar
2-3 eggs
1 (1 ounce) square unsweetened chocolate, melted - akak guna serbuk koko je sbb mmg dah ada stok kat dlm kabinet..hehe
1 teaspoon vanilla extract

Method:
Cut cream cheese into pieces
Beat cheese with sugar until cheese soften add vanila
Add eggs (one or two at a time) and mix well
Micro chocolate 2 minutes to melt
Pour about 30-40% of cheese mixture to chocolate
Ladle onto base in tin (alternating portions for marbling)
Steam bake at 160c for 52 minutes
(microwaves, convection N.B. at 180c in conventional oven )
To stem bake, pour 1 glass water onto a 10"X10" cake tin then put the 8"X8" tin in

Take the cake out to cool
After about 1.5 hours, refrigerate the cake

NOTA:
Ni kak Noor jelaskan lebih terperinci nak buat marble kat atas kek tu spt gambo kak Noor tu..
Asingkan adunan sebanyak 4 sudu besar dan campurkan dengan 1/2 sudu besar serbuk koko.
Ratakan baki adunan ke atas base tadi kemudian akhir sekali sudukan adunan berkoko di atasnya dan lorekkan spt marmar dgn menggunakan garpu atau lidi sate
Posted by Hello

TIRAMISU oleh Kak Liza


Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko

Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.
Posted by Hello

KEK BUAH KUKUS oleh Kak Liza


Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan.
Posted by Hello

Beberapa resepi Kek Keju


KEK KEJU oleh Kak Liza
Bahan
1 biji span biasa/vanilla nipis dalam acuan bulat 9 inci

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

1 s/b tepung jagung

Hiasan..cream coklat cair

Oven setting 140'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada kek span nipis taadi.
8. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
9. Bakar sehingga masak.
10. Kelauarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan coklat cair.
11. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.


KEK KEJU SEJUK oleh Kak Liza

Bahan:
250 gm cream cheese
75 gm gula kastor
100 gm fresh cream
100 gm agar-agar cair

Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya

Cara:
1. Pukul cheese dan gula hingga kembang.
2. Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata.
3. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan.
4. Jika suka bolihlah letakkan topping...saperti blueberry atau sbarang perasa lain.
5. Potong dan hidangkan.
Posted by Hello

HAZELNUT CHEESE CAKE oleh Arweena
Bahan A

150g Butter
250g cream cheese
180g castor sugar

Bahan B
4 biji telor

Bahan C
200g tepung
1 sudu teh baking powder
100 g ground hazelnut

Method:
1) Pukul Bhn A hingga kembang, kemudian pukul telur pun sampai kembang.
2) Masukkan Bhn C , dan kacau sebati..bakar pd suhu 150 darjah celcius selama 1 jam.

KEK PRUNE oleh Noor Masri


1 cawan prune tanpa biji
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur (asingkan kuning dengan putihnya)
2/3 cawan gula
2/3 cawan minyak jagung
2 oz raisins (dicincang)
120 ml susu segar dipanaskan sedikit
1 sudu besar soda bikarbonat (paras rata)
1 sudu besar esen vanilla

Panaskan oven pd suhu 140'C, alas acuan dgn kertas minyak
Masukkan prune ke dalam periuk dan tambahkan air separas dengan prune. Reneh sehingga lembut dan airnya kering kemudian lenyek hingga hancur.
Pukul telur putih hingga kembang kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit diselang seli dengan telur kuning. Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
Kemudian masukkan prune.
Kaup balikkan hingga sebati, masukkan minyak jagung.
Masukkan susu segar yang masih suam.
Akhir sekali masukkan raisin, kaup balikkan sekejap hingga sebati
Masukkan ke dlm acuan
Bakar pada suhu 140 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

* Lebih enak dimakan sehari selepas dimasak.
Posted by Hello

SALAD BUAH-BUAHAN Oleh Kak Liza


Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa buah2an)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil
Posted by Hello

SALAD BUAH Oleh Noor Masri


1 biji buah epal
300 g honey dew
300 g anggur hitam
300 g anggur hijau
300 g strawbery
2 cawan yogurt perasa rasbery atau apa2 perasa buah yg digemari
1 cawan single cream (fresh cream)
2-3 sudu besar gula jika suka

Jika suka boleh guna buah2 mengikut selera masing2 spt jambu batu, betik dll.

Cara membuat:
Buah dipotong dadu, campurkan kesemua bahan dan sejukkan dlm petisejuk, sedia utk dihidangkan.
Posted by Hello

PUDING LAICI atau KOKTEL oleh Kak Liza


Bahan:
10 gm agar2 serbuk atau 1 bungkus agar2 biasa [rendamkan]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici atau buah2 koktel dlam tin... asingkan air dan buahnya

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi.
3. Masukkan air laici atau buah koktel dan susu cair. Tutup api dan kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici atau buah koktel yang diasingkan tadi.

Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....
Posted by Hello

PUDING NENAS oleh Kak Liza


Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 mug air
1 tin buah nenas gelang [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkan tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya
Posted by Hello

PUDING MARBLE oleh Kak Liza


Bahan:
1 peket agar-agar [rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik
Posted by Hello

PUDING CENDUL oleh Kak Liza


Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagiakan agar2 kepada 3 bahagian.
4. 2 bahagian di panaskan sekejap dan masukkan susu cair dan cendul.
5. Kacau rata dan masukkan dalam loyang. Sejukkan sebentar.
6. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
7. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
8. Tuangkan perlahan2 atas adunan yg berisi cendul dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.
Posted by Hello

PUDING KACANG MERAH SOS COKLAT oleh Kak Liza


Bahan-bahan:
1 bungkus agar2 [20 gram]..rendamkan
5 mug/gelas air
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
200 gm kacang merah [mesinkan]
1/2 cawan tepung kastad

hiasan..
1 tin fruit cocktail

SOS COKLAT
250 gm cooking choklat
1 s/b gula
1/2 cawan susu cair/whipping cream
2 s/b minyak/majerin

ara
1. Masakkkan agar2 dan air sehingga hancur dan mendideh.
2. Masukkan gula dan tapiskan.
3. Bancuhkan tepung kastad, susu cair dan kacang merah.
4. Kacau rata dan biarkan mendideh sikit.
5. Masukkan adunan dalam acuan dan sejukkan.
6. Hidangkan besama sos coklat dan fruit cocktail.

Cara buat sos coklat
1. masukkan semua bahn kecuali minyak/majerin dalam mangkuk tahan panas dan masakkan dalam kuali berisi air..secara double boiler.
Posted by Hello

PUDING JAGUNG RASBERI oleh Kak Liza


Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
4 cawan air

Bahan Agar2
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.
Posted by Hello

TRIFFLES oleh Kak Liza


Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Posted by Hello

KUEH LOPES oleh Kak Liza


Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan [blend daun pandan dgn air kelapa muda]
1/2 biji kelapa parut muda [kalau takder..gunakan yg putih saja]

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah

Air Gula
2 buku gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan

Cara
Masakkan semua bahan sehingga pekat dan tapiskan.
Posted by Hello

KUEH SERIMUKA JAGUNG oleh Kak Liza


Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Tengah..gaul semua dan masakkan sikit
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung cream
sedikit garam

Lapisan Atas..gaulkan semua dan masakkan sikit
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula
sedikit garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]
4. Masakkan anggaran 15 minit.
5. BIla dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan]dan kukuskan algi selama 15 minit.
6. Bila dah masak, sejukkan betui2 baru di potongkan dan hidangkan.
Posted by Hello

KUEH KASWI PANDAN oleh Kak Liza


Bahan
6 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
[Masakkan semua dan sejukkan]

1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
� cawan tepung kanji/ubi
1 sudu kecil kapur kueh

Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit].
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
Posted by Hello

Kuih Koci oleh Kak Liza


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut putih atau hitam
3/4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan untuk inti:
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah atau gula kabung
1/4 cawan air
1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara:
1. Campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.
2. Daun pisang dipotong empat segi dan disapukan dengan sedikit minyak. 3. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula.
5. Bungkus adunan ini seperti nasi lemak dan lakukan sehingga selesai kesemuanya.
6. Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak anggaran 30 minit.
7. Bila telah masak, sejukkan barulah dihidangkan.
Posted by Hello

KUEH TEPUNG BUNGKUS oleh Kak Liza


Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air..saperti buat andeh2 tu]

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
2 s/b air
daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.
2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.
4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.
Posted by Hello

KUEH LAPIS CENDUL oleh Kak Liza


Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan air gula merah

1 cawan cendul
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
Posted by Hello

KUEH LAPIS PANDAN oleh Kak Liza


Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau

1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. 8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
Posted by Hello