Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 30, 2007

MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Kemerdekaan dari Chetam untuk semua pengunjung-pengunjung Teratak Chetam.

August 24, 2007

Nak Promote Produk dari Toko Chetam

Buat masa ini, Toko Chetam sedang mengadakan tawaran hebat sempena Merdeka Celebration. Pembelian melebihi RM100.00 akan mendapat diskaun 10%. Lebih banyak anda beli, anda akan menerima hadiah percuma sama ada anting-anting berjurai (bukan kristal swarovski), anting-anting 925 Silver (kristal swarovski), HP aksesori (kristal swarovski atau pun kristal China), Brooch Pin Lampin dan macam-macam lagi. Free gifts adalah bergantung kepada nilai pembelian anda.


Di samping itu, Toko Chetam juga menawarkan PELAN MUDAH pembayaran ansuran 2 kali untuk pembelian melebihi RM300.00 untuk pembelian barangan Kristal sempena Hari Raya Aidil Fitri. Bayaran pertama selepas dapat gaji bulan Ogos dan bayaran kedua selepas gaji bulan September. Tempahan anda akan dihantar sebelum Hari Raya Aidil Fitri selepas selesai pembayaran.

Sila email chetam1@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Design Baru : Freshwater Pearls dari Sabah

Kombinasi freshwater pearls dan kristal swarovski bulat 8mm dengan Rodelled
RM25.00 (tanpa delivery charges)


Kombinasi freshwater pearls dan kristal swarovski bulat 8mm, Rodelles, Spacer
RM45.00 (tanpa delivery charges)
[sold.jpg]
Baru masuk kedai dah disambar orang. Alhamdullilah.
Dibuka untuk tempahan.

Berminat untuk tempahan sila email chetam1@gmail.com. Pilihan warna kristal di tangan anda.

Meh Jamu Mata.....

Diikat dengan Emas 14K menggunakan kristal bicone 8mm.

Bunga yang di tengah tu guna bicone 5mm dan UFO 10mm. Di kiri kanan guna bicone 4mm dan UFO 6mm. Warna Light Olivine.


Rantai tangan bicone 8mm warna Light Olivine. Rambunya Heart 10mm warna Olivine AB diserikan dengan bunga daisy putih berkilat.

Rantai tangan yang sama tapi posisi lain.......boleh dibuat rantai leher juga. Memang cantik.

Tempahan Kek Doll dan Cupcakes

Kek Doll ni anak sedara yang tempah sempena besday. Tapi Chetam bagi list barang dan suruh dia beli sendiri dan Mak Tam dia yang cute ni akan tolong buat....hehehehe. Cupcakes ni pulak order dari kawan anak sedara ni. Depa masih menuntut di MMU, Cyberjaya.

Kek Doll guna resepi Kek Magnolia yang diberi oleh pengasas Rnet, Puan Jeni tak lama dulu. Resepi di bawah yer.

Magnolia Bakery Vanilla Cupcakes - Sumbangan Puan Jeni Rnet
Menghasilkan 2 dozen cupcakes

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawancup butter, dilembutkan
2 cawan gula
4 biji telur yang saiz A
1 cawan susu (boleh guna fresh milk dalam kotak atau botol)
1 sudu kecil esen vanila

Cara
Panaskan oven dengan suhu 350°. Dalam mangkuk kecil, gabungkan kedua-dua jenis tepung. Ketepikan dahulu. Pukul butter hingga kembang menggunakan mixer letrik. Masukkan gula sedikit-sedikit. Pukul hingga sebati dan gebu selama 3 minit. Tambahkan telur sebiji-sebiji. Campurkan tepung diselang selikan dengan susu dan esen vanila. Pukul hingga rata dengan perlahan-lahan.
Kalau nak buat cupcakes, bubuh adunan dalam cawan kertas dan bakar antara 20 hingga 25 minit. Bila dah masak, perlu disejukkan sebelum dihias.

Resepi cupcakes pulak ialah dari Kek Coklat Kukus Badariah tapi ditambah perasa kopi dan dibakar dalam oven, bukannya dikukus. Resepi kat dalam kotak koleksi di sebelah kanan.

Masak Lemak Labu ngan Udang Galah

Dua minggu lepas Chetam beli udang galah kat Billion Bandar Teknologi Kajang. Dok fikir nak masak apa???? Beli labu kuning setengah biji. Memandangkan Chetam dan Buya peminat Masak Lemak Labu so Chetam nak cuba rencah udang galah pula sebab selalunya guna ikan bilis. Hasilnya memang sedap sebab kuahnya manis......bukan manis gula tapi manis udang......BEST!!!! tapi yang tak bestnya...labu dah terlebih masak. So hancur.....hehehehe....Buya kata lain kali masak udang tu dulu.......

Resepi di bawah versi campak yer.

Masak Lemak Labu ngan Udang Galah
Sumber : Chetam

Labu Kuning
Udang Galah (kalau tak der, bubuh jer ikan bilis atau udang kering)
Bawang Merah
Santan (Chetam guna santan segera)
Secukup garam
Air
Cabai Merah

Cara-cara
Bersihkan udang. Buah labu dibuang kulit dan biji. Potong ikut suka.
Sediakan periuk. Masukkan labu, udang, bawang merah dan cabai merah yang dipotong dan air ke dalam periuk. Hidupkan api. Bila labu separuh empuk, masukkan santan dan garam. Kacau jangan bagi santan naik minyak. Bila labu dah empuk, tutup api dan hidangkan.

Puding Koktail Berkuah - Resepi Ulangan Tahun 2004

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Resepi ni Chetam buat pertama kali pada bulan puasa tahun 2004 dan rasanya belum pernah diemailkan pada pengunjung berdaftar. Chetam paparkan sekali resepi ni. Resepi ni juga Chetam buat sekali lagi ketika kakak dan famili berkunjung ke rumah. Paling kelakar, satu pinggan puding ni dihadap oleh kakak Chetam seorang diri. Tak kasi peluang kat orang lain dah.

Chetam minta maaf pada tuan punya resepi sebab totally tak ingat resepi ni dari mana. So untuk Sherry, kawan Chetam yang nak impress husband beliau.........ini dia Puding yang sedap dan ada kuah. Kalau buat dan Che Mie berkenan....ambil gambar dan Chetam paparkan di sini.....hehehehe.

Dan juga satu pesanan untuk Puan Hafiza yang sudi meninggalkan komen pada posting resepi ini pada 29 June 2006.....terima kasih bebanyak. Sori Chetam terlepas pandang your komen. Puan Hafiza minta tulisan di Teratak Chetam dibesarkan....hehehehe...yerla....dulu sengaja Chetam kecilkan tulisan dengan alasan nak jimat ruang.




Puding Koktail Berkuah

Bahan untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan susu tepung atau 1/2 cawan susu pekat
5 camca besar gula sekiranya mengunakan susu tepung
Sedikit Kismis hitam

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kismis. Masak atas api sederhana sehingga likat dan berkilat baru perlahankan api. Bila kastad dah meletup-letup, boleh padamkan api. Untuk memudahkan dikeluarkan nanti, basahkan loyang dengan air dan taburkan kismis hitam. Tuangkan kastad ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.

Bahan untuk kuah
1 tin susu cair
2 tin air
3 camca besar tepung kastad
kismis
Gula secukupnya

Cara
Campur semua bahan dan masak atas api hingga mendidih. Seeloknya kuah ini disejukkan dahulu.

Cara menghias.
Potong kastad dan letak bahagian berkismis ke atas. Taburkan buah-buahan koktail. Kemudian di tuang kuah tadi. Boleh juga dihias dengan ceri merah. Seeloknya di makan ketika sejuk dan boleh di tambah ketulan ais.

August 20, 2007

Meringue Kisses - Permintaan Dari Nadiah, Singapura

MERINGUE KISSES
Disumbangkan oleh Diana kepada Rnet, July 2005
Bahan-bahannya

(A)
2 biji putih telur
180 gram gula
1/4 sudu teh cream of tartar

(B)
1/2 sudu besar tepung jagung

150 gram coklat masakan, dicairkan

Cara-caranya
1. Pukul putih telur bersama dengan cream of tartar sehingga kembang dan kaku. Campurkan gula sedikit demi sedikit hingga pekat.
2. Kaup dan balikkan (B) hingga ia sempurna.
3. Bubuh adunan kedalam beg piping bermuncung bintang. Paipkan keatas kertas pembakar.
4. Bakar pada suhu 130 darjah C selama 1 jam atau sehingga ia ranggup.
5. Sesudah sejuk, celup meringue dengan coklat masakan cair. Letak diatas kertas minyak sehingga ia keras.

August 14, 2007

Deko Yang Very The Sweet dari Sifu Anis




No recipes.....please.....hehehehe........Chetam nak tayang deko kek yang Sifu Anis buat untuk tempahan. Comel sesangat. Kalau anda berminat untuk menempah kek kawin atau harijadi, boleh kontek Sifu Anis di anisadlina@gmail.com. Oh Ya! Sifu Anis dok di nun UTARA kat Kedah.

3-STEP MANGOSTEEN LAYER CHEESECAKE - Sumbangan Sifu Anis


Susulan dari resepi Jem Manggis.....Sifu Anis telah menggunakan jem manggis tersebut untuk membuat cheese cake.

3-STEP MANGOSTEEN LAYER CHEESECAKE

(resepi asal diambil dari laman web Kraftfoods - 3-step strawberry layer cheesecake)

Bahan2 :-
500g cream cheese (pada suhu bilik)
1/2 cawan gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla
2 butir telur (saya guna gred A)
1/4 cawan jem manggis
5 titik pewarna merah
100 ml non-dairy whipped topping (saya guna jenama vivo)

Cara2 :-
  1. Panaskan ketuhar ke suhu 170C.
  2. Pukul cream cheese, esen vanilla & gula pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  3. Masukkan telur & whipped topping. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Asingkan 1 cawan adunan. Masukkan jem & pewarna ke dalam adunan 1 cawan ni. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang 1/2 adunan warna asal, diikuti adunan warna merah & diakhiri dgn baki adunan warna asal ke atas kek span.
  6. Bakar selama 45 minit atau bahagian tengah ciskek hampir kental (kira masih ada sket goyang2).
  7. Buka pintu ketuhar sedikit & biarkan ciskek di dalam hingga sejuk sepenuhnya.
  8. Simpan ciskek dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum dihidang.
Nota Kaki Sifu Anis: Bahan yang dalam warna biru di atas tu ditambah sendiri. Resipi kek span saya letak letak cos guna sponge mix je....mungkin lain jenama sponge mix, lain sukatannya.

Nota Kaki Chetam: Resepi sponge kek segera memang berbeza-beza ikut kedai yang bekalkan sponge mix tu. So kalau beli, jangan segan2 untuk bertanya dengan tuan punya kedai macam mana nak buat sponge kek tu.

Jem Manggis Dari Sifu Anis

Chetam terima permintaan resepi jem melalui email. Chetam dah minta kebenaran dari Sifu Anis untuk paparkan resepi dan gambar jem Manggis di Teratak Chetam. Sifu Anis bukan orang asing di Teratak Chetam kerana Chetam pernah beberapa kali memaparkan hasil deco kek yang Sifu Anis pernah buat.

Resepi jem manggis ini telah Sifu Anis olah dari resepi asal yang diambil dari laman web Filipina.

JAM MANGGIS - Sumbangan Sifu Anis

Bahan2 :-
2 kg manggis (timbang sebelum dibuang kulitnya)
500 g gula pasir
200 ml air panas (opsyenal - cuma masukkan klu jem terlalu pekat)
Cara2 :-
  1. Buang kulit manggis dan ambil isinya saja. (gambar JAM1)
  2. Bilas sket isi tu utk pastikan xde serdak2 kulit yg tertinggal (klu masuk kulit dlm jem, nanti jemnya kelat)
  3. Gaul isi manggis dgn gula hingga rata (JAM2). Ketepikan selama 2 jam. (hasil lepas 2 jam - JAM3)
  4. Masukkan isi manggis tu dlm periuk yg dalam & tebal (paling mudah - guna periuk nasi tu)
  5. Masak atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala (tempoh yg saya ambil - 2 jam. tp ni akan berubah ikut dapur masing2lah ye)
  6. Bila dh pekat, matikan api. (klu ikut penyumbang asal, jem ni patut gelap warnanya. klu jem dh pekat, tapi masih cerah, tambah air & sambung masak sampai dpt warna yg dikehendaki. tp jgn sampai terlalu pekat sebab jem ni bila dah sejuk, makin pekat)
  7. Siap utk makan/simpan.





Nota Kaki Chetam: Teringat masa dulu-dulu, Arwah Emak Chetam memang rajin buat jem manggis dan rambutan. Jem manggis memang sedap sesangat......dah lama tak makan jem manggis ni. Tapi sekarang harga buah manggis punya la mahal. Pokok manggis kat belakang rumah famili masih lagi teguh berdiri.......dah berpuluh tahun. Jem rambutan pulak Arwah Emak buat dari buah rambutan yang tak lekang bijinya. Sedikit masam tapi masih enak.

August 10, 2007

JOM BERAMAL - KITA DERMA UNTUK BABY ENCIK ZAFIAN ZAINOL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ni posting bukan tentang resepi atau kristal tapi tentang kemanusiaan. Baby kepada ENcik Zafian Zainol ni mempunyai masalah perkumuhan/anus dan semua bahan kumuh akan dikeluarkan melalui bypass ke bahagian kolum baby, seperti yang anda dapat lihat dlm photo di atas.

Chetam terima email yang sama dari 2 individu berbeza. Chetam tidak sangsi dengan kesahihan pertolongan yang diminta kerana salah seorang individu yang menghantar email berkenaan telah menghubungi sendiri Encik Zafian Zainol.

Berikut adalah keratan email yang dihantar oleh individu berkenaan berserta dengan email dari penganjur kutipan ini iaitu Encik Nizam yang merupakan rakan sekerja kepada Encik Zafian Zainol.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Subject:
Re: Tlg bantu kawan kita

Assalamualaikum
Saya baru bercakap dengan bapa baby ini dan juga En. Nizam yang menguruskan dana untuk kos pembedahan baby tersebut... hujung Ogos 2007 ni pembedahan kedua..
baby tu baru je 3 minggu...anak ke 6...
Jika ada sesiapa yang berhasrat nak menghulur bantuan untuk baby tersebut...
sila bank in ke
MBB 1571 3900 9553
MOHD NIZAM
Moga hasrat murni anda diberkati dan dirahmati dan semoga baby tersebut dapat meneruskan hidup seperti anak2 lain...
Sapa2 yang dok belah utara...mungkin boleh menziarahi ....

----- Original Message -----

Mohon sedikit sumbangan untuk membantu saudara kita yang memerlukan bantuan kewangan untuk melakukan pembedahan keatas anaknya.

Segala sumbangan boleh di salurkan melalui no phone seperti berikut:

1) ZAFIAN ZAINOL = 017-401 6386 (BAPA)
2) MOHD.NIZAM = 012-486 2168

PEJABAT BAX GLOBAL : 04-651 7136

Diharap dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga tersebut.


From:
Mohd Nizam
To:
hamzah@hanshinfreight.com.my
Sent:
Friday, August 03, 2007 4:08 PM
Subject:
Tlg bantu kawan kita

Hamzah..

Hang tlg sebarkan message nie kat kawan kawan kita... tengoklah sapa sapa yg blh bantu rakan kita nie...

Donation semua hantar kat aku... aku akan uruskan segala perbelanjaan pembedahan..

"

Mohamad Zafian Bin Zainol Tel Number 017 401 6386 is the Operations Supervisor based at BAX PEN Airport Warehouse. It is sad to hear that his newborn has a medical condition which needs immediate attention.

Seek kind of generosity of all friends to help another fellow . Any contribution from you will be greatly appreciated to ease Zafian's financial burden to pay for his son's medical expenses.

Terima Kasih

Nizam
012 486 2168

Tel : +6 04 651 7136
Fax : +6 04 644 1827
Export Documentation
Freight Management (PG) Sdn. Bhd.
Tel : 604-3314358 Ext : 206
Fax : 604-3314368

August 07, 2007

Rantai Kristal Anak-Anak Dara Mamazieza

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Chetam nak tayang gambar rantai yang telah Mamazieza tempah untuk anak-anak dara beliau. Gambar ni atas ehsan Mamazieza........baru la terang dan nampak clear.

Kalau ada yang teringin design yang sama atau reka design sendiri, jangan malu dan segan untuk email Chetam at chetam1@gmail.com





Pin Tudung untuk Mamazieza. Thanks for the orders.


Yang atas ni satu set gelang dan brooches. Orang dari EPF yang order.

Kalau nak tengok lebih banyak items, sila singgah ke Toko Chetam.

August 03, 2007

Snickers Cheesecake - Resepi dari Sherina

Resepi ni Chetam pamirkan dengan kebenaran tuan tanahnya iaitu Puan Sherina. Beliau telah membawa Chesse Cake ini sempena gathering Rnet bulan lepas.


Snickers Cheesecake

Crust
* 150 gm Digestive biscuits, dihancurkan
* 70 gm Butter, dicairkan

Cheesecake
Filling
* 500 gm cream cheese
* 1/4 cup castor sugar
* 2 (A) eggs
* 1tsp vanilla essence
* 3 snickers bar ( 1 batang dipotong 4 bahagian. kemudian dipotong kecik2)

Topping
Choc Ganache
* 150 gm whip cream
* 200 gm Dark Choc
* 100 gm peanuts, roasted, chopped

Caramel Sauce
* 1/2 cup brown sugar
* 1 cup whip cream (saya guna emborg. Brand lain ada guna tapi dia jadi cair sgt)
* 1 tbsp butter

Cara-cara
1. Prepare crust. Chill in fridge
2. Beat cream cheese and sugar
3. Add eggs and vanilla essence
4. Spoon enough cheesecake batter to cover the crust.
5. Place cut up snickers into cheesecake batter. Press it down to avoid air bubbles.
5. Spoon the rest of the cheesecake batter on top and bake150 C for 20-25 mins
6. Once cool place in fridge until ready to use
7. Prepare choc ganache. Double boil whip cream and dark choc until thicken
8. Prepare caramel sauce. Place brown sugar, whip cream and cook until thicken. Stir in butter. Let cool.
9. Remove cheesecake from fridge and let it come down to room temperature.
10. Spoon choc ganache and sprinkle with chopped peanuts
11. Then spoon caramel sauce on top.

Nota Kaki Sherina: Kek ni pesyen tak boleh simpan lama2 dlm fridge selepas di letak topping nye sbb peanuts akan lemau....siap kena mkn terusss...hehehhe. Mungkin ada sesapa yg ada petua utk kasi itu kacang maintain ranggup.....bole le share ek....

Nota Kaki Chetam: Kalau anda ingat, dulu Chetam pernah post tentang cupcakes yang Sarah Jasmine buat bersama dengan Nasya.....cupcakes mereka memang cantik dan ceria. Sebenarnya Sarah Jasmine dan Sherina ni merupakan saudara kembar. Sherina lebih pakar dalam membuat Cheese Cakes. Kalau berminat nak order mini cheese cakes pelbagai rasa, jangan lupa singgah ke 4 Cakes In A Cup

Koleksi Resepi dari Laman Web MMVitaoils - AROMA SELEBRITI

Koleksi resepi Aroma Selebriti MMVitaoils ni Chetam dah kompile semenjak bulan Oktober 2005 dalam versi Word document. Hari ni Chetam dah convertkan ke pdf supaya lebih kecil saiznya.

Antara resepi selebriti yang terdapat dalam koleksi ini ialah Ayam Masak Jinggo(Sheila Rusly), Biskut Quaker Oats(Apek Senario), Cinnamon Rolls(Allahyarham Hani Mohsein), Croissant Pudding with Dried Fruits(Erra Fazira) dan beberapa lagi resepi dari Betty Benafe, Azhar Sulaiman dan Serena. Rancangan Aroma Selebriti ini pernah ditayangkan di TV3 pada tahun 2004 dan hostnya ialah Chef Zam. Di bawah ni gambar Chef Zam semasa perlancaran rancangan masakan baru - Serimas...Selera Dunia. Gambar dari NST.

Apa itu MMVitaoils? MMVitaoils ni sebenarnya pengeluar produk-produk yang berasaskan minyak kelapa sawit seperti minyak masak, marjerin, shortening dan minyak sapi. Anda boleh lawat laman webnya : http://www.mmvitaoils.com.my/

Macam biasa, pengunjung yang telah berdaftar dengan Teratak Chetam akan menerima koleksi ini melalui email mereka. Kepada yang belum mendaftar tetapi menginginkan koleksi ini, sila email chetam1@gmail.com

Chetam

Dah beli Majalah Jelita keluaran Bulan Ogos 2007?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah beli Majalah Jelita? Chetam belum beli lagi tapi dah nampak kat KL Sentral malam tadi. InsyaAllah, hari ni Chetam akan dapatkan senaskah.

Kepada yang telah membaca posting Chetam yang lepas, anda tentu tahu apa di dalam Majalah Jelita Bulan Ogos ni. Kepada yang belum, majalah Jelita bulan Ogos adalah edisi khas Perkahwinan dan Kak Liza dari Terengganu telah diberi penghormatan untuk mempamirkan resepi-resepi beliau. Kak Liza ni memang mahir memasak dan sekiranya anda pernah berhubungan dengan beliau menggunakan Yahoo Messenger, anda akan tahu apa yang beliau sedang masak di saat itu.

Tidak ketinggalan dalam majalah Jelita ini ialah tokeh cupcakes dan kek perkahwinan iaitu Puan Shida Aziz. Beliau amat popular di Cari.com dan seorang yang memang gemar mengikuti kursus memasak dan mendeco. Pertama kali Chetam berjumpa Puan Shida ialah semasa mengikuti kursus mendeko kek di Bake With Yen, Puchong.

Berikut adalah gambar sumbangan Puan Julie dari Rnet.

Muka depan

Sumbangan resepi dari Kak Liza

Sumbangan resepi dari Shida Aziz