Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 03, 2007

Dah beli Majalah Jelita keluaran Bulan Ogos 2007?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah beli Majalah Jelita? Chetam belum beli lagi tapi dah nampak kat KL Sentral malam tadi. InsyaAllah, hari ni Chetam akan dapatkan senaskah.

Kepada yang telah membaca posting Chetam yang lepas, anda tentu tahu apa di dalam Majalah Jelita Bulan Ogos ni. Kepada yang belum, majalah Jelita bulan Ogos adalah edisi khas Perkahwinan dan Kak Liza dari Terengganu telah diberi penghormatan untuk mempamirkan resepi-resepi beliau. Kak Liza ni memang mahir memasak dan sekiranya anda pernah berhubungan dengan beliau menggunakan Yahoo Messenger, anda akan tahu apa yang beliau sedang masak di saat itu.

Tidak ketinggalan dalam majalah Jelita ini ialah tokeh cupcakes dan kek perkahwinan iaitu Puan Shida Aziz. Beliau amat popular di Cari.com dan seorang yang memang gemar mengikuti kursus memasak dan mendeco. Pertama kali Chetam berjumpa Puan Shida ialah semasa mengikuti kursus mendeko kek di Bake With Yen, Puchong.

Berikut adalah gambar sumbangan Puan Julie dari Rnet.

Muka depan

Sumbangan resepi dari Kak Liza

Sumbangan resepi dari Shida Aziz

No comments:

Post a Comment