Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


August 14, 2007

3-STEP MANGOSTEEN LAYER CHEESECAKE - Sumbangan Sifu Anis


Susulan dari resepi Jem Manggis.....Sifu Anis telah menggunakan jem manggis tersebut untuk membuat cheese cake.

3-STEP MANGOSTEEN LAYER CHEESECAKE

(resepi asal diambil dari laman web Kraftfoods - 3-step strawberry layer cheesecake)

Bahan2 :-
500g cream cheese (pada suhu bilik)
1/2 cawan gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla
2 butir telur (saya guna gred A)
1/4 cawan jem manggis
5 titik pewarna merah
100 ml non-dairy whipped topping (saya guna jenama vivo)

Cara2 :-
  1. Panaskan ketuhar ke suhu 170C.
  2. Pukul cream cheese, esen vanilla & gula pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  3. Masukkan telur & whipped topping. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Asingkan 1 cawan adunan. Masukkan jem & pewarna ke dalam adunan 1 cawan ni. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang 1/2 adunan warna asal, diikuti adunan warna merah & diakhiri dgn baki adunan warna asal ke atas kek span.
  6. Bakar selama 45 minit atau bahagian tengah ciskek hampir kental (kira masih ada sket goyang2).
  7. Buka pintu ketuhar sedikit & biarkan ciskek di dalam hingga sejuk sepenuhnya.
  8. Simpan ciskek dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum dihidang.
Nota Kaki Sifu Anis: Bahan yang dalam warna biru di atas tu ditambah sendiri. Resipi kek span saya letak letak cos guna sponge mix je....mungkin lain jenama sponge mix, lain sukatannya.

Nota Kaki Chetam: Resepi sponge kek segera memang berbeza-beza ikut kedai yang bekalkan sponge mix tu. So kalau beli, jangan segan2 untuk bertanya dengan tuan punya kedai macam mana nak buat sponge kek tu.

No comments:

Post a Comment