Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


August 14, 2007

Jem Manggis Dari Sifu Anis

Chetam terima permintaan resepi jem melalui email. Chetam dah minta kebenaran dari Sifu Anis untuk paparkan resepi dan gambar jem Manggis di Teratak Chetam. Sifu Anis bukan orang asing di Teratak Chetam kerana Chetam pernah beberapa kali memaparkan hasil deco kek yang Sifu Anis pernah buat.

Resepi jem manggis ini telah Sifu Anis olah dari resepi asal yang diambil dari laman web Filipina.

JAM MANGGIS - Sumbangan Sifu Anis

Bahan2 :-
2 kg manggis (timbang sebelum dibuang kulitnya)
500 g gula pasir
200 ml air panas (opsyenal - cuma masukkan klu jem terlalu pekat)
Cara2 :-
  1. Buang kulit manggis dan ambil isinya saja. (gambar JAM1)
  2. Bilas sket isi tu utk pastikan xde serdak2 kulit yg tertinggal (klu masuk kulit dlm jem, nanti jemnya kelat)
  3. Gaul isi manggis dgn gula hingga rata (JAM2). Ketepikan selama 2 jam. (hasil lepas 2 jam - JAM3)
  4. Masukkan isi manggis tu dlm periuk yg dalam & tebal (paling mudah - guna periuk nasi tu)
  5. Masak atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala (tempoh yg saya ambil - 2 jam. tp ni akan berubah ikut dapur masing2lah ye)
  6. Bila dh pekat, matikan api. (klu ikut penyumbang asal, jem ni patut gelap warnanya. klu jem dh pekat, tapi masih cerah, tambah air & sambung masak sampai dpt warna yg dikehendaki. tp jgn sampai terlalu pekat sebab jem ni bila dah sejuk, makin pekat)
  7. Siap utk makan/simpan.





Nota Kaki Chetam: Teringat masa dulu-dulu, Arwah Emak Chetam memang rajin buat jem manggis dan rambutan. Jem manggis memang sedap sesangat......dah lama tak makan jem manggis ni. Tapi sekarang harga buah manggis punya la mahal. Pokok manggis kat belakang rumah famili masih lagi teguh berdiri.......dah berpuluh tahun. Jem rambutan pulak Arwah Emak buat dari buah rambutan yang tak lekang bijinya. Sedikit masam tapi masih enak.

1 comment:

  1. Anonymous4:18 am

    saya azman, mohon kebenarab untuk copy resepi ini, terima kasih.

    ReplyDelete