Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


May 26, 2005

KUEH LAPIS MERAH oleh Kak Liza


Bahan-banan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
Posted by Hello

KUEH LAPIS JAGUNG 0leh Kak Liza


Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan jagung ]
1/2 air ] mesinkan

1 s/b serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/2 cawan air suam ]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan kok dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
Posted by Hello

Egg Tart

Pastry:
100g butter
40g icing sugar (sifted)
180g superfine flour (sifted)
1/2 beaten egg
1/4tsp vanilla essence

Filling:
3 eggs, light beaten
80g granulated sugar
240ml water
40ml evaporated (ideal) milk
1/4tsp vanilla essence

METHOD:
To prepare pastry:
Beat butter and sugar until light and fluffy. Add in beaten egg and vanilla essence and beat until the egg is incorporated well into the mixture.
Add in flour. Mix well until a non-sticky dough is formed.
Chill pastry dough for about 2 hours.

To prepare filling:
Dissolve sugar in boiling water. Set aside to cool.
When the syrup has cool, add in beaten eggs, evaporated milk and vanilla essence. Mix well.

To prepare egg tarts:
Divide pastry dough into 10 portions. Press each portion evenly into greased tart mould. Trim the edge to remove excessive dough. Prick base of each tart with a fork.
Fill in egg mixture to about 90% full. Bake in a preheated oven at 180 degC for 25-30 minutes.
Leave the tarts in moulds for 10 minutes before turning onto wire rack to cool.

NOTES:
Superfine flour has low protein content, most suitable for cookies and shortcrust pastries.
It is advised to first use both upper and lower heat. When surface of tarts turn golden use bottom heat only.
Note that heating characteristic of every oven varies. Please adjust temperature, heat direction and cooking time of your oven accordingly.  Posted by Hello

May 25, 2005


Kek Lapis Bata Posted by Hello

Kek Lapis Anyam Posted by Hello

Kek Lapis Kopi Keju Posted by Hello

Kek Lapis Bercorak Coklat Posted by Hello

Kek Lapis Lengit Ala Tikar Posted by Hello

Himpunan 18 resepi-resepi kek lapis dari Diana RPA

Gambar-gambar lampiran akan Chetam masukkan kemudian.
===========================================
"Quote"

Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan creativiti masing-masing. Tidak dinafikan berbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada dipasaran. Tapi, kalau dah ada resipinya dan juga tahu caranya, cubalah membuatnya sendiri. Disini Diana berikan sedikit tips bila membuat Kek Lapis.

1) Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.
2) Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.
3) Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar.
4) Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.
5) Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.
6) Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.
7) Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.
8) Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

Diana minta juga jasa baik ahli-ahli yang "terror" bab membuat kek-kek lapis ini untuk memberi beberapa tips penting untuk dikongsi bersama dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Disini Diana himpunkan 18 resipi-resipi berbagai jenis kek lapis dan antaranya adalah:-

* Kek Lapis Lengit
* Kek Lapis Lengit versi 2
* Kek Lapis Lengit Special
* Kek Lapis Sarawak
* Kek Lapis ala Tikar (Sila tengok gambar untuk cara membuatnya)
* Kek Lapis Anyam (Sila tengok gambar untuk cara membuatnya)
* Kek Lapis Bata (Sila tengok gambar untuk cara membuatnya)
* Kek Lapis Bercorak Coklat (Sila lihat lampiran gambar)
* Kek Lapis Kopi Keju (Sila lihat lampiran gambar)
* Kek Lapis Asam Manis ("Haw Flakes")/ Kek Lapis Prune
* Kek Lapis Cempedak/ Kek Lapis Durian/ Kek Lapis Keju
* Kek Lapis Kayu Manis
* Kek Lapis Coffee Princess
* Kek Lapis Strawberi Kopi
* Kek Lapis Prun


KEK LAPIS LENGIT
Bahan-bahannya
30 biji kuning telur
600 gram mentega, dipukul hingga kembang
100 gram tepung gandum
300 gram gula pasir
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan rempah kek lapis
1 sudu makan ovalette
½ sudu teh vanilla

Cara-caranya
1. Pukul kuning telur, gula, vanilla dan ovalette sehingga kembang dan naik. Masukkan rempah kek lapis dan tepung, gaul menggunakan spatula dan akhir sekali masukkan mentega yang telah dipukul dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah C atau pun boleh juga menggunakan fungsi grill panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis. Gunakan loyang 20 x 20 x 8 cm. Sapukan mentega pada loyang dan dasarnya dialas dengan kertas kuih.
3. Masukkan 3 - 4 sudu makan adunan dan ratakan, panggang selama 5 minit. Setelah kuning, gunakan spatula atau acuan leper untuk menekan kek dan kemudian sapukan sedikit mentega pada atas kek jangan terlalu banyak (kalau banyak takut kek terlalu basah).
4. Sendukkan lagi adunan tepung dan bakar sehingga habis. Setelah kek habis dibakar, sediakan kertas kuih untuk mengalas kek yang sudah dibakar. Terbalikkan loyang diatas kertas roti dan kek yang telah disejukkan boleh dipotong dan siap untuk dihidang.

KEK LAPIS LENGIT VERSI 2
Bahan-bahannya
30 biji kuning telur
3 putih telur, dipukul hingga kembang, putih dan kaku
300 gram gula halus
110 gram tepung gandum
600 gram mentega, dipukul hingga kembang dan putih
150 gram susu pekat manis
2 sudu makan rempah kek lapis
2 sudu makan ovalette

Cara-caranya
1. Pukul kuning telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dan kaku. Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga rata. Masukkan adunan putih telur dan gaul sebati menggunakan spatula. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan rempah kek lapis ke dalam adunan telur dan digaul rata menggunakan spatula.
2. Pukul mentega sehingga lembut dan tuangkan kedalam adunan tepung dan gaul perlahan menggunakan spatula hingga sebati.
3. Tuangkan adunan pada loyang ukuran 20cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar dalam ketuhar menggunakan api bawah sehingga berwarna coklat.
4. Tekan atas kek dan ulangi process melapis dan gunakan api atas (api bawah dimatikan) hingga habis.

KEK LAPIS LENGIT SPECIAL
Bahan-bahannya
175 gram tepung gandum
625 gram mentega
425 gram gula
25 biji kuning telur
6 biji putih telur
2 sudu makan rempah kek lapis
2 sudu makan ovalette
½ tin kecil susu pekat manis

Cara-caranya
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan rempah kek lapis, pukul rata dan ketepikan.
2. Pukul telur, gula pasir dan ovalette sehingga kembang dan putih. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga rata dan sebati.
3. Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.
4. Tuang sedikit adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar dengan menggunakan fungsi grill sehingga keemasan.
5. Keluarkan kek dan tekan dengan spatula atau acuan leper untuk kek lapis perlahan-lahan. Sapukan sedikit mentega pada atas kek dan ulangi melapis sehingga habis.
6. Pada lapisan terakhir, gunakan api bawah selama 25 minit pada suhu 160 darjah .
TIPS: Pukul mentega sehingga betul-betul lembut. Cara mencampurkan adunan adalah adunan mentega dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan bukan sebaliknya (telur dimasukkan ke mentega). Untuk hasil yang sedap, kek lapis harus menggunakan mentega dan bukan marjerin. Dasar loyang pembakar kek haruslah ditutup dengan kertas kuih tepat ukurkannya. Jangan ada kertas lebihan ditepi loyang hasil tepi kek akan jadi kurang menarik.

KEK LAPIS SARAWAK
Bahan A (untuk isi didalam kek)
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gram gula halus
150 gm tepung Hong Kong
1 sudu makan ovelette
50 ml air sejuk

Bahan B
300 gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
1 paket (200ml) santan krim

Bahan C
pewarna merah, hijau, kuning dan ungu

Bahan untuk Kulit (untuk kita gulung dgn bahan isi)
Bahan A
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
150 gm tepung Hong Kong
150 gm gula kastor
1 sudu makan ovellete
50 ml air ais

Bahan B
125 ml mentega, dicair
jem blackcurrent, untuk disapu

Cara-caranya untuk membuat isi
1. Mulakan dengan Bahan A (untuk isi). Pukul telur, gula, air sejuk dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung dan gaul rata menggunakan spatula.
2. Kemudian pukul Bahan B, mentega, susu pekat manis dan santan krim sehingga kembang. Campurkan Bahan B pada A dan gaul sebati.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu warnakan merah, hijau, kuning dan ungu.
4. Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya denga kertas kuih. Tuangkan 5 sudu makan adunan warna hijau kedalam loyang. Bakar dengan api grill 250 darjah dalam ketuhar selama 3 minit. Kalau oven cepat panas turunkan suhu grill.
5. Tekan permukaan kek menggunakan spatula jika ada yang gelembung. Tuangkan 5 sudu makan adunan ungu ke atas lapisan hijau dan ratakan dan bakar sebagaimana langkah 4. Ulangi proses melapis dengan adunan merah dan kuning.
6. Biarkan kek sejuk dalam acuan. Keluarkan dan potong segitiga. (Boleh gunakan besi kekisi untuk tingkap, lebih senang memotong bentuk segitiga).
7. Sesuaikan dengan warna ikut daya imaginasi dan creativiti dan kemudian sapukan jem ditengah-tengah, jangan terlalu banyak sangat hanya cukup untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain dan ketepikan

Cara-caranya untuk membuat kulit
1. Pukul telur, gula kaster, air dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong dan gaul rata menggunakan spatula. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati menggunakan spatula.
2. Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar didalam ketuhar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas grill untuk 3 minit setiap lapisan sehingga habis.
3. Sedikan kain atau tuala basah untuk melapik. Terbalikkan adunan yang telah masak dan dilapis dengan plastic pembungkus mee. Sapukan jam atas kek, jangan terlalu banyak hanya cukup sekadar untuk melekatkan inti.
4. Letakkan inti yang berbentuk macam kon (tiga segi) atas kek yang disapukan jem dan gulung ketat dan rapi dengan bungkus dengan plastic tadi. Lepas itu ulangi dengan process membuat kulit dan teruslah sampai inti habis digulung. Simpan dalam peti sejuk. Sedap dan senang untuk dibuat.

KEK LAPIS ALA TIKAR
(Sila tengok gambar untuk cara membuatnya)
Bahan-bahannya
500 gram mentega
75 gram susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
½ sudu teh baking powder

Bahan untuk Lapis Coklat
1 sudu makan pes coklat
10 gram serbuk koko
50 gram mentega, dipukul sehingga lembut

Cara-caranya
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.
3. Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.
4. Bahagikan adunan menjadi 2. Satu bahagian di campurkan dengan pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega yang telah dipukul dan gaul rata.
5. Siapkan 2 loyang berukuran 12x 22x 4 cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Pada loyang pertama dimulakan dengan adunan kuning, kemudian dilapis adunan coklat, lapis kuning dan seterusnya. Sementara loyang kedua, dimulai dengan adunan coklat, kuning, coklat seterusnya. Setiap lapisa beratnya 100 gram. Buat 7 lapis pada kedua-dua loyang. Bakar tiap lapis dalam ketuhar selama 6 minit pada suhu 150 darjah C dengan api atas. Pada lapisan terakhir selesai dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
6. Sejukkan dan keluarkan kek dari kedua-dua loyang. Pada tiap kek potong memanjang ½ cm sebanyak 14 potong. Susun berselang-seli antara kek di loyang pertama (coklat-kuning-coklat) dan kek di loyang kedua (kuning-coklat-kuning). Ketepikan.
7. Ulangi resipi membuat kek lapis tanpa campuran pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.
8. Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan. Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
9. Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek lapis tikar yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan).
10. Kemudian sapukan atas kek lapis tikar dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
11. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS ANYAM
(Sila tengok gambar untuk cara membuatnya)
Bahan-bahannya
500 gram mentega
75 gram susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan serbuk kek lapis
½ sudu teh baking powder
susu pekat manis, untuk sapu

Cara-caranya
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung susu, baking powder dan rempah kek lapis yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.
3. Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula. Bahagikan kepada 2 adunan.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 22 x 22 x 4 cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar kek setiap loyang mempunyai 7 lapisan setiap lapisan beratnya 100 gram pada suhu 150 darjah C dengan api atas selama 6 minit. Setelah sejuk keluarkan kek dari kedua-dua loyang.
5. Ambil kuih dari loyang pertama dan potong memanjang 1cm. Dan potong seterusnya setebal 1 cm dan letakkan dalam susun melintang (Gambar A)
6. Kek pada loyang kedua mulakan sebaliknya iaitu melintang. Potong seterusnya sehingga habis.
7. Letakkan kek yang lebar 1cm, disapu dengan sedikit susu pekat dan tampalkan kek melintang disebelahnya dan disapukan dengan susu pekat manis. Ulang sampai kek dari loyang pertama habis.
8. Susun kek dari loyang kedua atas susunan kek tadi. Mulakan dengan hirisan kuih yang melintang dan kemudian memanjang, buat selang seli sampai kek habis jangan lupa sapukan susu pekat untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain. Kemudian padatkan kek dengan cara dimasukkan dalam loyang 20 cm selama 2 jam.
9. Ulangi resipi membuat kek lapis untuk lapisan atas dan bawah. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.
10. Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan. Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
11. Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek anyam yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan).
10. Kemudian sapukan atas kek anyam dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
12. Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS BATA
(Sila tengok gambar untuk cara membuatnya)
Bahan-bahan untuk "Bata"
600 gram mentega
100 gram susu pekat manis
30 biji kuning telur
1 biji putih telur
275 gram gula kaster
75 gram tepung gandum
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan rempah kek lapis

Bahan Coklat
1 sudu makan pes coklat
2 sudu makan serbuk koko
50 gram mentega, dipukul
jam strawberry, untuk disapu

Bahan-bahan untuk kek lapis
500 gram mentega
75 gram susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
½ sudu teh baking powder

Cara untuk membuat Bata
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga sebati. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang. Masukkan tepung dan rempah kek lapis yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.
3. Tuang campuran telur sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega dan dikacau rata menggunakan spatula.
4. Bahagikan adunan kepada 2. Satu bahagian dimasukkan, pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega yang telah dipukul dan satu adunan lagi dibiarkan warna asal.
5. Tuang selapis adunan (berat 175 gram) ke dalam loyang 22 x 22 x 4 cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah C (api atas) selama 6 minit. Tuang pula adunan warna asal (berat 175 gram) ke atas adunan coklat tadi dan bakar lagi selama 6 minit. Buat lapisan seterusnya sehingga adunan habis.
6. Buat kek yang sama pada loyang kedua tapi mulakan dengan adunan kuning dulu, kemudian coklat, seterusnya sehingga habis. Pada lapisan terakhir selepas membakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
7. Kek dipotong miring, kek dari loyang 1 dan 2 potongan miring harus sama tebalnya. (Lihat sample gambar). Tiap loyang potong miring 20 bahagian.
8. Siapkan kek lapis bata dan disapukan dengan jam strawberry dan dilekatkan dengan hirisan kedua dari loyang kedua disebelahnya (lihat sample gambar). Sapukan dengan jam strawberry dan ulangi sehingga kek selesai. Ketepikan.
9. Mulakan untuk membuat kek lapis. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.
10. Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan. Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
11. Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan jam strawberry (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek bata yang telah disediakan tadi diatasnya. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan).
12. Kemudian sapukan atas kek bata dengan sedikit jam strawberry dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
13. Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS BERCORAK COKLAT
(Sila lihat lampiran gambar)
Bahan-bahannya
300 gram mentega
50 gram tepung gandum
25 gram tepung susu
200 gram gula kaster
24 biji kuning telur
1 sudu makan susu pekat manis
½ sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette

Bahan untuk Corak Coklat
Pes coklat
1 sudu makan serbuk koko
25 gram mentega, dipukul

Cara-caranya
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang dan masukkan susu pekat manis. Pukul lagi hingga sebati dan ketepikan.
2. Pukul kuning telur, gula dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung susu yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga rata.
3. Tuangkan adunan tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan spatula.
4. Ambil 100 gram adunan dan campurkan pes coklat, serbuk koko dan mentega 25 gram dan gaul rata. Masukkan kedalam piping baga ataupun plastic segitiga.
5. Sendukkan 75 gram adunan kuning ke dalam loyang berukuran 22 x 10 x 7
cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih dan bakar dalam oven paad suhu 150 darjah C (api atas) selama 6 minit. Keluarkan dan tekan dengan acuan leper atau spatula dan sapukan dengan sedikit mentega di atas permukaan kek.
6. Tuang lagi adunan kuning (75 gram) ke atasnya. Picitkan adunan coklat di berbagai tempat (dot dot kecil) dan bakar selama 6 minit. Lapis lagi dengan adunan kuning dan bakar 6 minit. Tiap dua lapisan picitkan adunan coklat.
7. Pada lapisan terakhir selepas bakar menggunakan api atas selama 6 minit, bakar lagi 15 minit menggunakan api bawah.
8. Sejukkan kek sebelum mengeluarkannya dari loyang untuk dhidang.

KEK LAPIS KOPI KEJU
(Sila lihat lampiran gambar)
Bahan-bahannya
10 biji kuning telur
75 gram gula pasir
30 gram tepung terigu
20 gram tepung susu
75 gram mentega, dicairkan
50 gram keju cheddar, diparut

Bahan untuk lapis Kopi
15 biji kuning telur
125 gram gula halus
¼ sudu teh baking powder
25 gram tepung jagung
25 gram tepung susu
250 gram mentega
25 gram susu pekat manis
1 sudu teh ovalette
paste kopi
susu pekat manis/ jam strawberry untuk sapu

Cara untuk membuat lapis keju
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung susu yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga sebati.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau perlahan. Masukkan parutan keju cheddar dan gaul hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang persegi 22 cm x 4 cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialaskan dengan kertas roti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C sehingga masak.

Cara untuk membuat lapis kopi
1. Pukul mentega sehingga lembut dan masukkan susu pekat manis dan pes kopi dan pukul hingga rata. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula halus dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung jagung, teung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul rata menggunakan spatula. Tuang ke dalam aduanan mentega dan gaul rata.
3. Tuang 125 gram adunan ke dalam loyang 22 x 22 x 4 cm yang telah disapukan denga mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Gunakan api atas dengan suhu 150 darjah C dan bakar untuk 6 minit. Buat selapis demi selapis sehingga adunan habis. Pada lapisan terakhir bakar menggunakan api atas selama 6 minit, kemudian bakar lagi selama 10 minit dengan api bawah.
4. Bila kek sudah sejuk keluarkan kedua-dua kek dan potong mendatan menjadi 2 bahagian. Ambil lapisan kopi dan sapu dengan susu pekat manis atau jam strawberry dan tutup dengan 1 bahagian kek keju. Sapukan lagi dengan susu manis/ jem strawberry dan tutup lagi dengan kek keju dan akhir dengan lapis kopi.
5. Biarkan kek sebati dan melekat selama 2 jam sebelum dipotong untuk dihidang.

KEK LAPIS ASAM MANIS ("HAW FLAKES") / KEK LAPIS PRUNE
Bahan-bahannya
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
haw flakes secukupnya
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Cara-caranya
Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang. Masukkan 100 gram gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan. Pukul putih terlur sehingga kembang. Masukkan 120 gram gula dan ovalette. Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata.

Cara membakarnya
Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar
warna. Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat. Setelah itu tuang 1 sendung adunan diatasnya dan ratakan. Susun hirisan haw flakes jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat. Grill lagi sehingga coklat. Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi haw flakes, sehingga adunan habis.
Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 darjah C, bakar lagi selama 10 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.
Nota: Haw Flakes boleh digantikan dengan buah prune tanpa biji yang dihiris halus, lalu kek dinamakan Kek Lapis Prune.

KEK LAPIS CEMPEDAK/ KEK LAPIS DURIAN/ KEK LAPIS KEJU
Bahan A
500 g mentega lembut
1 sudu makan esen vanilla

Bahan B
14 biji kuning telur
6 biji telur
275 g gula halus
2 sudu makan ovalette

Bahan C
100 g tepung gandum atau tepung Hong Kong, diayak
1/2 sudu teh baking powder
Bahan D (bahan ini dikacau rata)
500 g cempedak
1/4 tin susu pekat

Cara-caranya
Pukul Bahan A selama 3 minit. Pukul Bahan B selama 5 - 7 minit sehingga kembang. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau rata. Masukkan pula C dan kacau lagi sehingga rata. Bakar dengan menggunakan grill, selapis selapis. Setiap lapis kek sebanyak 2 senduk adunan tepung. Bakar selama 2 - 3 minit. Lapis lagi berselang-seli dengan 2 sudu makan cempedak iaitu bahan D. Jika hendak lebih lazat lebihkan cempedaknya.

Panduan
Kuihnya dilapis, selapis adunan tepung dan selapis adunan cempedak. Apabila dilapis dengan cempedak, hendaklah dibakar sehingga cempedak kering, baru dilapis dengan adunan tepung lagi. Jika tidak kek akan jadi terlalu basah dan jadinya tak lawa dan juga tak sedap. Setelah habis adunannya dilapis, keluarkan keknya dan sejukkan baru diterbalikkan diatas rak kek. Jangan buka oven setelah lapisan terakhir. Ini akan merenggangkan lapisan keknya.
Nota: Untuk mendapatkan KEK LAPIS DURIAN, gantikan isi cempedak kepada isi durian...
Untuk mendapatkan KEK LAPIS KEJU, gantikan cempedak/ durian kepada parutan keju... Cara membakarnya ada lain sedikit... selepas ratakan adunan taburkan keju dan bakar...

KEK LAPIS KAYU MANIS
Sumber: Fiza Nordin
Bahan-Bahan:
Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumurlagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan.

Bahan A :
500 gm mentega (2 ketul)
4 sd besar susu pekat manis penuh krim
3 sd besar sirap perang
2 ½ sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh vanila
Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain. Pukul hingga kembang. Ketepikan.

Bahan B :
400 gram tepung halus
8 biji kuning telur
10 biji telur
350 gm gula caster
50 gm gula icing - diayak
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75
1 sd teh serbuk penaik

Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan tepung halus - diayak 4 kali dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit.

Bahan lain :
½ ketul mentega dibiarkan lembik
(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati)

Cara:
Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke gril (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar).
Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis. Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat.
Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C.
Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.
Tambahan:
Jika suka rempah kek lapis rempah atau kopi, boleh pakai dalam resipi ini menggantikan serbuk kulit kayu manis dengan serbuk rempah kek/ kopi.
Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak.
Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus. Menyediakannya juga memerlukan kesabaran.
Sirap perang memberkan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan.
Bahan2 kek ini menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A).
Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM.
`Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk'
Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu.
'Contoh : SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll'
Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'.
Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat.

KEK LAPIS COFFEE PRINCESS
Bahan A
20 biji kuning telur (disejukkan)
4 biji putih telur (disejukkan)
50 gram air sejuk
150 gram tepung gandum
250 gm gula castor
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250 gm mentega (cair) - masukkan didalam plastic dan dicelupkan dalam air panas.
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan coffee oil
1 sudu teh garam
pewarna merah

Cara-caranya
1. Pukul telur, air sejuk, gula dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung
gandum dan baking powder yang telah diayak dan gaul rata menggunakan spatula.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul kesemua bahan B sehingga sebati.
3. Masukkan adunan B kedalam adunan A dan kacau sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan merah dan satu dibiarkan warna asal.
4. Lapis 2 warna asal diikuti dengan 1 lapis warna merah. Melapis jangan terlalu tipis agak-agak 2 senduk nasi untuk 1 lapis. Bakar menggunakan grill (api atas) dan pada lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah.

KEK LAPIS STRAWBERI KOPI
Bahan-bahannya
250 gm mentega
80 ml susu pekat
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
120 gm gula kastor
1 sudu besar Quick 75/ ovalette
90 gm tepung gandum
1 sudu teh strawberi emulco
sedikit pewarna merah
1 sudu besar serbuk koko
½ sudu teh kopi emulco

Cara-caranya
1. Alas tin empatsegi 20 cm dengan kertas kek dan sapukan dengan sedikit mentega.
2. Pukul mentega dan susu hingga pucat. Ketepikan.
3. Putar kuning telur, putih telur, gula dan Quick 75 hingga kembang dan pekat.
4. Bubuh tepung berselangseli dengan adunan mentega. Kacau sebati kemudian asingkan bahagikan kepada dua, bubuh strawberi emulco dan warnakan merah pada satu adunan.
5. Baki adunan yang lagi satu dibahagikan 2, campurkan serbuk koko dan kopi emulco ke dalam satu bahagian. Isikan ke dalam beg aising.
6. Ratakan satu lapisan adunan biasa ke dalam tin. Bakar menggunakan api atas dan bawah. Keluarkan dari ketuhar dan tekan sedikit supaya mampat.
7. Lapisan kedua adalah adunan merah. Picit garisan memanjang adunan kopi. Gril hingga keperangan. Ulangi proses melapis dengan adunan biasa diikuti strawberi berkopi. Ulangi hingga habis adunan.
8. Akhir sekali, bakar pada 170 C selama 10-15 min supaya ia tahan lama.

KEK LAPIS PRUN
Bahan-bahannya
250 g mentega
80 ml susu pekat
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
120 g gula kastor
1 camb Quick 75/ ovalette
90 g tepung gandum
150 g prun tanpa biji, dihiris nipis
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan susu hingga putih, ketepikan.
2. Putar kuning dan putih telur selama 3 min, masukkan gula dan Quick 75/ ovalette, putar hingga kembang dan pekat.
3. Bubuh tepung berselangseli dengan campuran mentega. Kacau sebati. Asingkan 1/3 adunan, campurkan dengan pewarna hijau.
4. Alas loyang persegi 20 cm dengan kertas kuih dan sapukan sedikit mentega. Ratakan adunan biasa, biar nipis. Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180 C, selama 4-5 min.
5. Cucuk permukaan kek dan tekan dengan sesuatu yg leper. Ratakan adunan biasa lagi dan susun prun memanjang. Gril keperangan.
6. Ikuti dengan adunan hijau, biasa, kemudian biasa dan prun. Ulangi proses melapis hingga habis. Supaya kek lapis tahan lama, bakar seperti membakar kek biasa, pada suhu 190 C selama 15 min agar ia benar-benar masak.


"UnQuote"

Himpunan 14 resepi-resepi muffins sumbangan dari Diana (RPA)

Berikut adalah sumbangan dari Diana Restoren Pak Amir

==========================================

Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.

Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin.

Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.
Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung cake selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test muffin, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk.

Diana sudahpun berikan sedikit tips untuk membuat muffin, sekarang adalah masanya untuk kita cuba membuatnya pula. Kebanyakkan resipi yang Diana kongsi bersama adalah dari Chef Wan dan dapat dihimpunkan 14 macam resipi muffin kesemuanya. Selamat mencuba, dan jangan lupa feedback.

TIPS PENTING: JANGAN GAUL MUFFIN LEBIH DARI 15 SAAT APABILA SUDAH CAMPURKAN DENGAN BAHAN KERING. JIKA TERLALU DIGAUL ADUNAN, MUFFIN AKAN MENJADI LIAT, MENDAP DAN TIDAK SEDAP.

Apple Nut Muffins
Hidangan: 6 keping muffins
Bahan-Bahannya
Untuk "adunan kering"
1 cawan(125 gram) tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk soda
1 sudu teh penuh serbuk penaik
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 cawan badam, dicincang
3 sudu makan gula kaster
Untuk "adunan basah"
1 biji telur
3 sudu makan sos apel (makanan untuk bayi)
4 sudu makan yogurt rendah lemak
1 sudu makan minyak tidak tepu
1/2 cawan apel hijau - yang telah didadu
Untuk taburan:
1/2 sudu makan gula perang (brown sugar)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar kepada 200C.
2. Gunakan dua lapisan kertas diatas tin pembakar muffin.
3. Persiapan untuk "adunan kering":
Masukkan tepung gandum, serbuk soda, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan garam ke dalam mangkok yang sederhana lalu dibancuh hingga sebati. Tapis adunan.
Campurkan gula dan badam. Bancuh sekali lagi.
4. Persiapan untuk "adunan basah":
Pukul telur di dalam mangkok yang besar diikuti dengan sos apel, yogurt dan minyak, lalu dibancuh hingga sebati.
Kemudian masukkan apel yang telah didadu dan bancuh lagi.
5. Akhir sekali masukkan "adunan kering" ke dalam "adunan basah". Gaul rata aduan itu, tidak melebihi 15 saat.
6. Masukkan satu sudu makan penuh adunan dalam tin pembakar muffin, lalu taburkan gula perang ke atasnya.
7. Bakar selama 15 hingga 20 minit sehingga ia benar-benar masak.

APPLE PECAN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 biji telur
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 sudu teh parutan kulit orange
3 biji epal, buang kulitnya dan potong dadu
1/2 cawan kacang pecans, dipanggang dan dicincang
20 biji kacang pecan untuk hiasan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul telur, gula, minyak, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit limau. Masukkan adunan kering dan kacau rata. Masukkan epal yang telah didadu dan kacang pecans yang telah dicincang.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan hiaskan dengan sebutir kacang pecan diatasnya. Bakar pada suhu 175 darjah C untuk setengah jam.

APPLE RAISIN MUFFINS
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk all spice
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 cawan sour cream
4 sudu besar mentega, dicairkan
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan dipotong dadu
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang walnut, dicincang

Topping
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk all spice dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas berasingan campurkan gula, sour cream dan mentega sehingga rata. Masukkan bahan yang telah diayak. Masukkan epal, kismis dan walnut dan gaul rata.
3. Campurkan kesemua bahan untuk topping dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan taburkan topping diatasnya.
5. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 - 25 minit atau sehingga ia masak.

COCONUT PINEAPPLE MUFFIN
Bahan-bahannya
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji putih telur
1/2 cawan susu segar
1 cawan tepung serbaguna
1 1/2 sudu teh double-acting baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan kelapa parut kering yang manis, dipanggang sedikit
1 cawan bulatan nenas dalam tin, dipotong

Cara-caranya
1. Pukul gula perang, minyak, putih telur dan susu.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk kayu manis dan garam. Kacau adunan kering kedalam adunan yang dipukul. Masukkan kelapa parut dan nenas. Kacau rata, jangan terlalu dikacau.
3. Sendukkan adunan kedalam acuan kertas yang diletak dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 25 minit.

MUFFIN BLUEBERRY
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1/4 cawan gula perang
2 biji telur
1 cawan blueberries dalam tin, ditoskan
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim
4 sudu besar hirisan badam

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul krim, mentega dan gula. Masukkan telur satu persatu, diselangi dengan blueberry. Masukkan bahan yang telah diayak dan kacau rata.
3. Sendukkan adunan kedalam mangkuk muffin yang telah disapu dengan mentega dan taburkan hirisan badam diatasnya.
4. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 25 minit.

FRUITCAKE MUFFIN
Bahan-bahannya
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan kismis
1/2 cawan sultana
parutan kulit dari 1 biji oren
parutan kulit dari 1 biji lemon
1/2 cawan ceri, dicincang
1/3 cawan gula kaster
1/4 cawan jus lime
3 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar susu segar
1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih (cloves)

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda dan garam.
2. Rendamkan kismis, sultana, parutan kulit oren dan lemon, ceri dan gula dalam ujus line selama setengah jam.
3. Pukul telur dan minyak jagung sampai sebati. Masukkan gula perang, susu, serbuk buah pala dan serbuk bunga cengkih. Masukkan pula bahan yang telah diayak dan buah-buahan yang telah direndam. Gaul rata.
4. Sendukkan pada loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar selama 25 min pada suhu 170 darjah C.

HONEY CORN MUFFINS
Bahan-bahannya
100 gram tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
secubit garam
100 gram cornmeal
3 sudu besar madu
50 gram kismis
4 sudu besar minyak jagung
225 gram jagung krim
1/3 cawan air
Butter untuk hidangan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dan campurkan dengan cornmeal. Masukkan madu, kismis, minyak, jagung krim dan air dan gaul rata.
2. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 15 - 20 mint sehingga muffin naik dan bewarna keemasan. Hidangkan panas bersama mentega.

APPLE AND MACADAMIA NUT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar esen vanilla
parutan kulit dari 1 biji lemon
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan didadu
1/2 cawan kacang macadamia, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
2. Pukul gula, minyak, telur, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit lemon.
3. Campurkan kedalam adunan kering, masukkan epal dan kacang macadamia dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit.

DATE, HONEY AND CARROT MUFFINS
Bahan-bahannya
1/4 cawan mentega
1/2 cawan madu
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 cawan tepung wholewheat
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan carrot yang diparut
1 cawan kurma, dihiris

Cara-caranya
1. Cairkan mentega dan madu. Sejukkan. Campurkan susu, telur dan parutan kulit lemon.
2. Ayak kedua jenis tepung, baking powder dan garam. Campurkan adunan mentega. Masukkan carrot dan kurma dan gaul rata.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit atau sehingga masak.

BLUEBERRY AND OAT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan aduanan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.

SPICED PUMPKIN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan gula kaster
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk cengkih (cloves)
1/2 sudu teh serbuh buah pala (nutmeg)
2 biji telur, dipukul
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air
1 cawan labu, dibakar dalam oven dan dilecek
1/2 cawan kacang walnuts, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak kesemua 8 bahan pertama kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, minyak dan air. Masukkan bahan yang telah diayak, labu yang dilecek dan kacang walnut. Gaul rata.
3. Sendukkan kedalam loyang muffin yang telah sapu dengan mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.

BANANA CHOCOLATE MUFFINS
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.

APRICOT AND ALMOND MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan apricot, dicincang
1 cawan air panas
1 sudu besar baking soda
1/2 cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
2 cawan yoghurt segar
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 1/4 cawan bran flakes (nestum)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen badam
1/2 cawan badam, dicincang

Cara-caranya
1. Campurkan aprikot, air panas dan baking soda. Rendam untuk beberapa jam.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Campurkan aprikot yang telah direndam.
3. Campurkan pula dengan yoghurt, tepung, bran flakes (nestum), garam, esen badam dan badam. Gaul rata.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar untuk 20 minit pada suhu 175 darjah C atau bila lidi dicucuk dan keluar bersih bererti muffin telah pun masak.

OAT BRAN AND FRUIT MUFFINS
Bahan-bahannya
150 grams campuran buah-buahan kering, dicincang kasar (apple, pear, apricot, mango dan sebagainya)
115 gram oat bran
85 gram rolled oats
70 gram tepung serbaguna
40 gram gula perang (brown sugar)
20 gram baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
140 gram atau 3 biji pisang, dilenyek
parutan kulit dari 1 biji oren
60 ml jus oren
30 ml minyak jagung
2 biji telur
240 ml susu rendah lemak

Cara-caranya
1. Campurkan buah-buahan kering, oat bran, rolled oats, tepung, gula perang, baking soda, serbuk kayu manis dan

pisang dalam bekas pembancuh dan gaul sehingga rata. Bila sudah rata, buat bulatan perigi di tengah.
2. Masukkan parutan dan jus oren, minyak jagung, telur dan susu kedalam adunan kering tadi. Digaul sehingga rata.
3. Masukkan adunan kedalam dulang pembakar muffin yang telah dilapiskan dengan cawan kertas. Isikan 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 - 30 minit. Keluarkan dari dulang pembakar dan sejukkan apabila sudah masak.

May 24, 2005

Papa! Bacakan Kuat-Kuat Ye

Kali ni bukan resepi yang Chetam nak kongsi tetapi secebis kisah yang dihantar oleh Suria Insani kepada Mealtimemenus. Kisah sedih yang menyayat hati kecil Chetam. Chetam harap anda luangkan masa untuk membaca kisah sedih ini.

=================================================================

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah. "Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya
bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Hai....Hai....berita terkini dari Dapur Chetam

Assalamualaikum semua.
Chetam sempat cuba 3 resepi. Dua resepi sudahpun berada di dalam blog ni, iaitu Talam Suji(dari koleksi Kuih Talam) dan Pai Mc Donald. Resepi ke 3 ialah Custard Cream Puff.

Komen Chetam untuk resepi pertama iaitu Talam Suji sumbangan dari Kak Liza. Sesiapa yang tak suka manis, boleh kurangkan gula untuk lapisan atas. Semakin lama, kuih talam ni rasanya semakin sedap. Lapisan bawah yang merupakan tepung suji memang mengancam. Sayang sekali, suami Chetam tak nak makan kuih ini disebabkan lapisan atasnya lembik. Dia nampak jer lembik, terus tak nak cuba. Tapi lembik la yang best...yer tak!!! Tapi tak membazir sebab Chetam jamu kuih talam suji ni pada bebudak yang datang mengaji dengan suami Chetam.

Komen untuk resepi kedua - Pai Mc Donald...........hem....tak memberangsangkan. Pastrinya liat. Mungkin sebab Chetam guna shortening ataupun dipanggil lemak sayuran. Kepada sesiapa yang nak cuba.....Chetam cadangkan ganti shortening dengan mentega. Kalau dah cuba, bagitahu feedback pada Chetam. Intinya memang sedap. Walaupun cuma guna Epal hijau, serbuk kayu manis dan gula tapi best betul. Next time kalau Chetam nak buat, Chetam akan guna pastri dari resepi karipap bakar (resepi ni Chetam dah kasi earlier). Sedih sekali sebab suami Chetam langsung tak sentuh pai ni. Not his taste.........hehehehehe...Resepi ni disumbangkan oleh Cik Diana dari Singapore.

Resepi ketiga - Custard Cream Puff, Chetam kasi 10 bintang. Habis Chetam dan suami makan. Tak sempat kasi jiran2.....hehehehe.... memang sedap. Custard fillingnya amatlah sedap. Tapi elok kurangkan gulanya.....Walaupun rupa puffnya tak cantik tapi sedap giler....Chetam rekomen resepi ni untuk dicuba. Resepi ni disumbangkan oleh Cik Diana dari Singapore. Nak resepinya??? Okay...semak di bawah. Sori sebab bahasa orang susah....

Custard Cream Puffs

Custard Filling
1 cup sugar
3/4 cup custard powder
3/4 teaspoon salt
3 cup milk
3 egg yolks
2 tablespoon butter
2 teaspoon vanilla
1/2 cup evaporated milk
1. In a sauce pan put sugar, salt and custard powder and mix well.
2. Gradually add milk and mix after each addition. Beat egg yolks separately and add to the mixture.
3. Slowly bring to boil stirring constantly until thickened. Add butter and stir. Let it cool to room temperature or in refrigerator.
4. Add evaporated milk and vanilla and whip the mixture with a blender.

Custards
1/2 cup butter
1 cup water
1/4 teaspoon salt
1 cup all-purpose flour
4 eggs

1. Preheat oven to 220 degree C.
2. In a large pot, bring water and butter to a rolling boil. Stir in flour and salt until the mixutre forms a ball. Transfer the dough to a large mixing bowl. Using a wooden spoon or stand mixer, beat in the eggs one at a time, mixing well after each. Drop by tablespoonfuls onto an ungrease baking sheet.
3. Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven until golden brown. Centers should be dry.
4. When shell are cool, either split and fill them with the custard filling or use a pastry bag to pipe the filling into the shells.

May 13, 2005

Air Asam

Air Asam sumbangan Juliana Mat Yassin of RPA

Cili padi - dikisar
Lada kering - dikisar
tomato - dipotong dadu
Limau nipis - ambil jusnya
daun kesum - di hiris halus
bijan - di goreng (kalau tak nak pun tak apa)
air asam jawa
belacan
sos tomato
garam - secukup rasa
gula - secukup rasa
Bawang goreng

Caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi.suaikan rasanya.Jangan terlalu cair nanti tak best.
Enak dimakan dengan ayam bakar ,daging bakar,ikan bakar dan yang seangkatan dengannya.

May 10, 2005

Nak cuba buat pai epal macam kat Mc Donald tu?

Berikut adalah resepi sumbang Diana of Singapore di dalam Restoren Pak Amir.

~~Quote~~
Ini dia resipi Apple Pie ala McD... Kebanyakkan teman diana yang telah mencuba, dapati serupa atau hampir sama ada pula kata lagi sedap dari McD punya apple pie... Ini semua citarasa masing2 kan...

Diana jarang menggunakan apple merah untuk buat apple pie sebab rasa dia macam lain sikit la... tak macam apple hijau... resipi ini menggunakan gula biasa tapi kalau nak tukar kepada brown sugar pun boleh... Selamat mencuba...

APPLE PIE GORENG ala McD
6 - 8 keping pie

Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk
2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT <<>

May 04, 2005

Koleksi Pai

Berikut adalah beberapa resepi Pai yang Chetam ambil dari Restoren Pak Amir(RPA) dan MealTimeMenus(MTM). Maaf sebab tak berkesempatan untuk mentranslate beberapa resepi.

Coconut Pie sumbangan Denote of MTM
***************
2 c. milk
1 c. sugar
4 eggs
1/2 c. flour
6 tbsp. margarine
1 tsp. vanilla
1/2 tsp. salt
1 c. coconut

In a blender, combine milk, sugar, eggs, flour, margarine, vanilla &
salt. Cover & blend for 10 seconds. Scrap the sides and cover & blend for another 10 seconds. Add coconut & blend for another 2 seconds. Pour into a greased 10 inch pie plate. Bake at 350 for 50-55 minutes or until a knife inserted near the center comes out clean. Serve warm.

Serves 6

French Canadian Meat Pie sumbangan Deltra of MTM

5 lbs. Ground Lamb or Beef ( you can also mix both meats)
3 med. onions, finely chopped
1 tsp. each ground cloves, dried thyme, black pepper
4 garlic cloves
3 tsp. salt
1 1/2 tsp. dried sage
2 cups water
1 1/2 to 2 cups bread crumbs, plain or seasoned

Pie Dough:

4 cups flour 1 lb. shortening
3/4 to 1 cup ice water
1 tsp. salt

To prepare pie dough, cut in shortening into flour. Mix salt with cold water. Add water to flour mixture, stirring in just enough to moisten. Roll out dough and place bottom shells in 4 - 9" pie plates. Roll out top crusts and set aside.

Place all filling ingredients, except bread crumbs, into a stock pot, bring to boil. Stir and cook 20 minutes, breaking up the meat until "pink" disappears. Remove from heat and stir in 1 cup of the bread crumbs. Let stand and cool 20 minutes. If all liquid is not absorbed, stir in remaining 1/2 cup of bread crumbs. Cool mixture well and spoon into pie shells; level out well. Mixture should not be too moist or too dry. Cover filled pies with top crusts, egg washing rims first. Seal and flute edges. Bake at 400 for 35 minutes.

Note : This makes 4 meat pies. Make one for dinner and freeze the rest.

Pai Ayam sumbangan Azielina Said of RPA

Intinya:
Isi ayam / daging 700g
Sayuran beku (kacang peas & jagung) 2sb
Cendawan shitake dihiris halus 5kutum
Bawang putih & halia ditumbuk halus

Caranya:
Tumiskan bawang putih & halia masukkan daging hingga masak diikuti cendawan dan sayuran tambahkan perasa sos tiram.

Topping:
Ketang direbus dan dilecek halus 1kg
Susu cair 2cawan
Lada hitam & Lada putih ikut rasa
Telor kuning 1 biji
Sedikit garam

Caranya :
Digaul semua bahan topping jika mahukan topping yang basah boleh tambahkan susu.

Caranya:
Dulang kaca ukuran 30 x 20 (yang boleh tahan panas untuk dibakar didalam oven) letak inti daging ratakan diikuti toppingnya ratakan gunakan senduk leper dan garis2 ikut suka gunakan garfu sapu putih telur diatasnya bakar lebih kurang 30 mins dan tukar pada panas grill suhu yang tinggi selama 10 mins.

Apple Pie - maaf...tiada nama penyumbang resepi dalam koleksi chetam
Pastri
2 1/3 cawan Self Rising Flour
½ sudu kecil garam halus
¾ cawan butter (tanpa garam) - potong persegi kecil
4 sudu besar air sejuk

Untuk disapu diatas pie
3 sudu besar fresh milk
1 sudu besar gula halus

Cara-cara
Masukkan tepung dan butter ke dalam mangkuk besar. Dengan menggunakan butter knife, potong ketulan butter tersebut menjadi halus - mesti sentiasa di litupi dengan tepung. Masukkan air sejuk dan uli dengan tangan sebentar supaya menjadi doh lembut.Tutup dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min - 1 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan bahagi dua doh tersebut. Canai satu bahagian dan letakan di dalam pinggan pie berukuran lebih kurang 23cm. Canaikan bahagian doh yang lagi satu sama besar dengan permukaan pinggan pie, ketepikan. Isikan inti ini ke dalam pinggan pie, taburkan butter. Tutup dengan doh yang lagi satu.Tekan bahagian tepi dengan garpu. Buatkan lubang di tengah-tengah pie supaya udara panas dapat keluar apabila membakar nanti. Hiaskan sesuka hati dengan lebihan doh tadi. Sapu susu atas permukaan pie dan taburkan dengan gula halus supaya apabila pie masak, ianya akan menjadi warna kuning yang cantik.Bakar selama 15 minit 219 Deg. C. Kemudian kurangkan suhu oven ke 190 Deg C dan bakar lagi selama 45 minit

Inti.
8 biji apple hijau (Granny Smith)
1 cawan gula perang
3 sudu besar corn flour
¾ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
¼ sudu kecil serbuk buah pala
2 hiris halia
¼ sudu kecil garam
¼ cawan parutan kulit lemon (limau besar warna kuning)
1 sudu besar jus lemon
3 sudu besar butter - dibekukan sedikit dan potong persegi kecil

Kupas kulit apple, buang empulurnya dan potong persedi kecil atau hiris nipis-nipis. Dalam mangkuk besar, gaulkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali butter.

Tips dari pengirim
Kegunaan corn flour dalam inti pie ini adalah untuk memekatkan intinya, jadi bila kita potong, pastry dia taklah 'soggy' atau lembap. Serbuk kulit kayu manis (cinnamon) dan buah pala (nutmeg) boleh dibeli di pasaraya - Giant/Jusco atau kedai menjual bahan kek. Famous brand ialah McCormick. Sekira suka, boleh juga gantikan hirisan halia dengan ¼ sudu kecil serbuk halia. Sekiranya gunakan tepung biasa ayak bersama 1 sudu kecil baking powder. Make the pie 1-2 days ahead before consuming. It taste better. Lepas canai pastry, sebelum masukkan intinya, biarkan 5 minit. This is to avoid shrinkage (pastry mengecut) apabila proses membakar. Pie ini sedap di makan dengan ice cream vanilla ataupun kalau rajin buat vanilla sauce.

Chicken Mushroom Pie sumbangan Puti Mazura of RPA
1 cawan chicken breast - cut into small pieces
1 cawan mixed vegetables – the frozen kind
1 cawan sliced button mushroom
1 tin Campbell creamy chicken mushroom
1 tin Campbell cream style corn with chicken
1/2 cawan corn kernel (jagung tin)
1 tin water (use Campbell tin)
2 cloves garlic – chopped
1 big onion - diced
½ tsp black pepper – crushed
¼ tsp salt

Saute onion, garlic and black pepper until onion is soft. Add chicken and stir well. Add salt (sparingly as can mushroom/corn contained salt), and sliced mushroom. Mix well the can mushroom/corn with water and pour into chicken mixture. Heat to simmer and turn of heat. Add mixed vegetable, corn kernel and stir well. The filling do not necessarily well done, as baking process will cook it again.

Pie crust
Use ready made puff pastry or shortcrust pastry or do your own.

Shortcrust Pastry
2 1/3 cawan Self Raising Flour - or add 1 tsp baking powder to plain flour
½ tsp salt
¾ cawan butter
4 tbsp ice water
1 pc egg - beaten

Mix flour, salt and butter in a big bowl with hands (or use butter knife) until it turns into breadcrumbs. Add in water and mix into soft dough – if dough is too soft add a little bit of flour. Shape dough into a ball, flatten it and place in a plate, cover with a clingwrap and chill in the fridge for 30 minutes. Remove.Divide dough into 2 parts - 1 for top and the other for bottom.Roll out the dough and cover the bottom of pie plate (23cm). Spoon filling , and cover with the 2nd part of the dough (roll out 2nd dough similar to the first one). Make a hole or slit in the middle, decorate with left over pastry and brush pie crust with beaten egg yolk. Bake 180 Deg. C until golden.

SUGAR FROSTED APPLE PIE - maaf sbb tiada nama penyumbang dalam koleksi Chetam
(A) FLAKY PASTRY (sukatan untuk pai dengan diameter 9 inci)
2 cawan tepung gandum yang telah diayak
1 sudu teh garam
2/3 cawan lelemak sayuran/mentega (guna marjerin pun boleh ... tapi, pastry kurang lembut)
4 - 5 sudu besar air ais (mesti air yang sejuk betul - kalau tak, tak jadi "flaky")

1.Ayak tepung sekali lagi, kali ini bersama garam. Masukkan dalam mangkuk adunan yang cukup besar.
2.Masukkan lelemak sayuran/mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Masukkan air, sesudu demi sesudu, sambil digaul adunan dengan lembut hingga adunan sebati dan menjadi sebuku doh.
4.Bahagi adunan kepada 2 bahagian - 1 besar sikit (untuk dasar pai), 1 kecil sikit (untuk penutup pai).
5.Canai adunan dasar secukup besar untuk menutupi dasar dan tepi acuan. Pastikan adunan tidak terlalu nipis. Juga pastikan ada sedikit lebihan supaya mudah dikelim dengan adunan penutup.
6.Apabila inti pai telah dimasukkan, canai adunan penutup secukup lebar. Tutup pai dan kelim mengikut citarasa anda (saya selalunya ambil jalan mudah ... guna garfu dan tekan keliling tepi/bibir pai).
7.Bakar pai mengikut arahan dalam resipi pai di bawah.

(B) PIE FILLING
6 biji epal hijau, biasanya jenis Granny Smith (kalau suka kurang masam, tak payah guna epal hijau semuanya .. boleh guna epal merah jugak)
1 cawan gula
2 1/2 sudu besar tepung gandum
3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu teh serbuk pala
1/4 sudu teh garam halus
2 sudu besar mentega (untuk dititik atas inti nanti)
1 sudu besar gula (untuk hiasan)
2 sudu besar susu/krim (untuk hiasan)

1.Sediakan pastri dan ketepikan.
2.Epal dibelah empat, dikupas dan dibuang biji. Kemudian dihiris nipis.
3.Masukkan hirisan epal, gula, tepung gandum, serbuk kulit kayu manis, serbuk pala dan garam halus dalam mangkuk adunan.
4.Gaul dengan lembut hingga sebati (jangan kasar-kasar .... nanti epalnya hancur).
5.Masukkan inti ke dalam acuan yang dasarnya telah dilapik pastri. Titikkan dengan mentega.
6.Tutup pai dengan pastri penutup dan kelim. Tebuk beberapa lubang di permukaan pai untuk membolehkan stim dan "air" pai keluar (ikut sukalah bentuknya... nak buat fancy pun boleh).
7.Sapu susu/krim ke atas permukaan pai.
8.Tabur gula untuk hiasan.
9.Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius selama 35 minit atau sehingga pastri berwarna keemasan dan "air" pai memercik keluar dari lubang-lubang di permukaan pai.
10.Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang (kalau dipotong sebelum cukup sejuk, isi pai akan meleleh).

Nota :
1.Kalau kesuntukan masa, doh untuk pastri boleh diadun menggunakan mesin kek. Hasilnya kurang cantik (tak "flaky") tapi taste/rasanya tak terjejas.
2.Kalau nak campur dengan epal merah, pastikan epal merah tu yang jenis rangup sikit. Kalau tak, isinya nanti mungkin lembik/hancur ... jadi macam makanan bayi pulak.
3.Apa-apa pun, kuantiti maksima bagi epal merah dicadangkan supaya tak melebihi 3 biji supaya isinya tak lembik sangat.

April 28, 2005

Lagi Resepi Kek Keju tanpa perlu membakar

Ini resepi kek keju yang Chetam janjikan. Resepi ini Chetam minta dari kawan ofis. Chetam belum cuba tapi dan makan 2 kali. Memang sedap. Oh Ya......kat pasaran ada dijual Gelatin yang halal. Maaf juga sebab Chetam tak sempat nak translate ke BM.

CHILLED CHEESE CAKE

250 gm Philadephia Cheese
25 pcs Digestive Biscuits or Marie biscuits
1 can Nestle Cream OR substitute with 2 teaspoon of condensed milk
1 sachet Gelatine OR 3 teaspoon
1 can Pineapple rings OR Peach halves
180 gm Butter (Preferably salted) OR ¾ of the normal size cube butter
1 fruit Orange for its juice
1 packet Jelly (any preferred flavour)

1st layer
Pound the biscuits into crumbs and melt the butter
Pour the melted butter onto the biscuits crumbs and blend/mix it until even
Press onto the cake pan evenly
Put in the freezer while you prepare the 2nd layer of cheese

2nd layer
Melt the gelatine & 2 t/spoon of sugar (optional) in 1/3 cup filled of hot water
Squash the orange for its juice
Cut the cheese into smaller cubes for faster/easy melting
Put all cheese/orange juice/gelatine/Nestle cream or 2 teaspoon of condensed milk into a non-stick frying pan or cake blender
Blend all these ingredients over slow fire until its fully blended
Pour this on top of the biscuits layer
Keep in the freezer until the cheese is dry (at least 20 mins)
Decorate the pineapple rings or peach halves onto the cheese layer

3rd layer
Boil 1 large cup of water and pour in the jelly when the water is boiling
Under low fire stir until the jelly boils again
Optional – to add 2 teaspoon of sugar into the jelly
Pour jelly onto the cheese slowly when it is still hot in order for it to set in and stick onto the 2nd layer

When done put cheese cake in the fridge for at least 4 hours before serving.

Kek Keju yang tak perlu dibakar.

Resepi berikut Chetam dapat dari Restoren Pak Amir. Chetam taj edit apa-apa, Chetam terus pastekan komen penyumbang resepi tersebut.

==================================================

Kek Keju ini tidak perlu dibakar dalam ketuhar dan Diana telah lama berkongsi resipi ini dengan ramai kawan-kawan dan juga saudara mara... Ini pandangan Diana....

Saya memberi rating 8 dari 10... resipi yang hebat kerana tidak payah dibakar... Saya lebihkan gula kerana resipi asal tidak terasa gulanya... Krim Kejunya mempunyai texture yang ringan dan juga berkrim, macam apa yang saya sukakan... Ia sedap dimakan bila sudah disejukkan di peti ais atau pun bekukan untuk mendapat kek keju seperti ice cream... panduan kek keju akan lebih mantap bila disejukkan di dalam peti sejuk semalaman... kebanyakkan kawan-kawan yang telah mencuba sukakan dan selalu menyediakan untuk function, party, makan bersama teman sepejabat dan ada juga yang menjual... best tu boleh buat bisnes....

NO BAKE CHEESECAKE
==================

Bahan-bahannya
1/2 cawan biskut graham (boleh juga gunakan biskut digestive)
1/3 cawan gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/3 cawan mentega, dicairkan
2 (8 oz) paket krim keju, gunakan brand Philadephia
2 sudu besar jus lemon
1 pint heavy whipping cream, (1 pint = 2 cawan)
1/3 cawan gula pasir (lebih sedap, doublekan sukatan gula)
1 (21 oz) tin ceri (boleh ditukarkan kepada blueberi, buah peach, atau pun cokelat)

Cara-caranya
1. Dalam bekas kecil, campurkan biskut graham, gula perang dan serbuk kayu manis. Campurkan mentega cair dan gaul rata. Tekan adunan dan ratakan pada dasar loyang springform ukuran 8 - 10 inci. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga adunan tidak berderai.
2. Dalam bekas sederhana, pukul kirm keju bersama jus lemon sehingga kembang. Masukkan whipped cream dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu. Campurkan gula dan pukul sehingga kembang dan rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan springform yg berisi base biskut. Atas krim keju letakkan ceri (ataupun blueberi, buah peach, cokelat ikut mana yang suka). Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Semasa hendak dihidangkan, keluarkan dari acuan springform.

April 24, 2005

Koleksi Nasi Goreng pula

Chetam dapat semua resepi ni dari MDC.....so Za...jangan tak cuba.

Nasi Goreng Daging + Kerang sumbangan dari Hazdi

Nasi
Kerang
Daging
Telur
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
Cili api
Belacan
Kobis Bulat
Garam
Bawang Goreng

Rebus daging dan ketepikan airnya
Rebus kerang mcm biasa dan amik isinya
Tumbuk bwg2 + cili api + Belacan.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi.
Masukkan daging + kerang dan kobis.
Masukkan telur pulak..
Then masukan nasi dan dan gaul hingga sebati..
Tambah garam ikut selera memasing..
Hidangkan dengan bawang goreng dan kuah sup daging tadi....

tip:
nak tau nasi or mee/mihun goreng dah masak or blum masa kita kacau2 tuh akan keluar asap

Nasi Goreng Cendawan, juga dari Hazdi

Nasi
Ayam
Telur
Cendawan tiram
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
Cili api
Belacan
Kobis Bulat
Garam
Bawang Goreng

Tumbuk bwg2 + cili api + Belacan.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi.
Masukkan ayam + kobis + cendawan + telur
Then masukan nasi dan dan gaul hingga sebati..
Tambah garam ikut selera memasing..
Hidangkan dengan bawang goreng

Nasi Goreng Tomyam, juga dari Hazdi

Nasi
Daging Cincang Ramli ( boleh ganti dgn ayam cincang)
Telur
Pes tomyam
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
Cili kering
Kacang panjang
Garam
Bawang Goreng

Tumbuk bwg2,panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi.
Masukkan cili kering dan tg hingga naik bau.
Masukkan daging cincang + pes tomyam + kacang panjang + telur
Then masukan nasi dan dan gaul hingga sebati..
Tambah garam ikut selera memasing..
Hidangkan dengan bawang goreng

NASI GORENG KERABU DAGING BAKAR sumbangan Arweena

Bahan2 Daging Bakar:
100 gm daging
1 sudu kecil jintan }
1 sudu ketumbar } di kisar
2 ulas bawang putih }
2 cm halia }
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara menyediakan :
1) gaulkan semua bhn kisar bersama kunyit dan garam
2) kemudian gaulkan pada daging dan perap selama 30 min.Panggang di atas bara api hingga masak.

Bahan2 lain:
2 btg serai }
2 kuntum bunga kantan } di mayang halus
Beberapa helai daun kesum dan limau purut }
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } di cincang
4 tangkai cili padi ( dihiris halus)
2 biji telur
1 susu kecil sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak, tumis bhn2 yg dicincang hingga naik bau.Masukkan telur , cili padi dan kacau rata.
2) Masukkan sos tiram dan garam.Kemudian masukkan nasi kemudian gaul rata.
3) Akhir sekali, masukkan bhn kerabu yg di mayang.gaul rata dan angkat.Hidangkan bersama daging bakar.

Nasi Goreng Belacan sumbangan Eyzlyn

bahan-bahannya:
nasi putih 1 mangkuk
2 ulas bawang merah-mayang
1 ulas bawang putih- mayang
secubit ikan bilis
i sudu besar cili api yang diblend dgn belacan
telur sebiji
daging: lembu ker, ayam ker, sotong ker, udang ker... tak kisah

cara-caranya:
panaskan minyak dalam kuali
tumis bawang putih n merah sampai naik bau. masukkan cili api+belacan. masukkan daging. kasi daging masak. masukkan telur. lepas tu, masukkan nasi. dah masak boleh didang. hidang dengan daun salad ker, tomato ker,

NASI GORENG UDANG sumbangan Kak Liza

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah besar (buang kulitnya dan tinggal bahagian ekor sahaja]
1 cawan sayur campur [mix vege]
1 biji telur (dipukul)
2 ulas bawang putih [ketuk]
1 s/k lada hitam
1 biji laga merah [cincang]
1 pokok daun bawang [ mayang]
Garam secukup rasa
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan mix-vege dan kacau ratau.
3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gaulkan rata.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan bersama daun bawng dan bawang goreng.

NASI GORENG KERABU sumbangan Kak Liza

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
100 gm Isi ayam dipotong kecil
100 gm udang
100 gm Ikan bilis goreng
1 batang serai
1 batang bungan kantan
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
5 batang kacang botol
5 putik jagung muda
1 batang lobak merah kecil- potong dadu
sedikit garam
minyak
sos ikan/nampla

Cara:
1. Mayang halus bahan sayur.
2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang.
6. Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
7. Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.

Nasi Goreng Belacan Thai Style sumbangan Yusmar
1 ulas bawang putih diketuk
sedikit belacan dibancuh ngan sikit air
1 camb sos ikan
1 mangkuk nasi

Tumiskan bwn putih sampai wangi kemudian masukkan air belacan. Masukkan nasi goreng hingga sebati dan masukkan sos ikan.

Bahan sampingan:
1 biji telur dibuat dadar dan dihiris
sedikit hirisan mangga muda
sedikit hirisan ayam yg digoreng ngan sos tiram
hirisan cili padi
hirisan bawang merah
sedikit udang kering yg digoreng ngan sikit gula

Apabila nak makan campurkan kesemua bhn sampingan dengan nasi goreng tadi.

NASI GORENG HAWAII sumbangan Kak Liza

Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 ulas bawang putih ]
1 biji cili capsicum ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]

5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin

1 pokok daun bawang [potong kecil]...hiasan

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.

NASI GORENG IKAN MASIN sumbangan Kak Liza

Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin [ gorengkan dan pecah2kan]
2 biji telur
6 pokok kangkung [potong kecil]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
minyak

bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sediki ikan bilis
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kangkong dan sos nampla. Gaulkan rata.
3. Masukkan telur dan biarkan agak masak sikit baru di kacau hancur. Gaulkan rata.
4. Taburkan ikan masin dan gaulkan rata.
5. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
6. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping.

NASI GORENG NENAS sumbangan Kak Liza

bahan:
2 mangkuk nasi putih [sejukkan]
1/2 cawn nenas dalam tin[asingkan airnya]
1 biji telur [pukul sikit]
5 ekor udang besar
100 gm isi ayam [hiris kecil dan nipis]
2 ulas bawang putih ]
3 ulas bawang merah ] hiriskan
1/2 cawan mix-vege
1 biji lada merah [cincang]
1 s/b sos ikan [sos nampla]
1 s/b sos tiram
1 s/b lada hitam
2 s/b majerin

cara:
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang merah dan putih yg dihiris.
2. Masukkan ayam, udang. dan mix-vege . Kacau rata.
3. Masukan telur dan biarkan mask sikit baru dihancurkan.
4. Masukkan nasi, sos nampla, sos tiran dan nenas. Kacau rata.
5. Bila dah nampak agak garing boleh angkat dan masukkan dalm buah nenas yg dibelah 2 dan korek isinya.
6. Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan.

NASI GORENG KAMPUNG juga sumbangan Kak Liza

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.

NASI GORENG TOMYAM dari Kak Liza

Bahan-Bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang putih ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
100 gm udang kecil
100 gm isi ayam [ hiris nipis]
2 s/b pes tomyam [2 kiub tomyam ]
4 batang kacang panjang [potong kecil]
1 batang carrot [ potong dadu kecil]
2 keping daun kobis [ potong kecil]
1 pokok daun ketumbar [daun yg digunakan untuk tomyam]
3 biji cili merah [potong kecil]
1 s/k sos nampla
2 s/b minyak
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan kib tomyam, isi udang, ayam, cili merah. carrot, kobis dan kacang. Masakkan sehingga agak layu.
3. Masukkan nasi, sos nampla dan garam. Gaulkan rata.
4. Angkat nasi dan masukkan dlam pinggan hidangan.
5. Taburkan hirisan daun ketumbar.

NASI GORENG BERIANI dari Noor Masri

4-5 sudu besar minyak masak
5 cawan nasi
2 sudu besar rempah beriani } dibancuh dgn sedikit air
300 g daging ayam } dipotong kecil - boleh ganti dgn daging lembu jika suka
2 cawan sayuran campur beku
5 tangkai cili kecil } diketuk - suka pedas tambah lagi
1 sudu kecil paras rata jintan putih/halus (cumin) - TAK perlu tumbuk
sedikit serbuk kunyit

Bahan A:
1 labu bawang besar }dicincang
5 ulas bawang putih }dicincang halus/ditumbuk
2 cm halia } dicincang halus/ditumbuk

Bahan sampingan:
Hirisan timun
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng

Cara membuat:
Panaskan minyak dan goreng bahan A sehingga kekuningan
Masukkan rempah beriani , jintan putih dan serbuk kunyit, goreng sebentar sehingga wangi kemudian masukkan ayam
Bila ayam masak dan airnya kering masukkan nasi, sayuran , cili api dan garam secukup rasa ;goreng sehingga sebati
Angkat hidangkan bersama timun, taburan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar jika suka.

NASI GORENG USA dari Kak Liza

Bahan-Bahan:
4 pinggan nasi putih
4 ulas bawang merah [cincang]
2 ulas bawang putih [cincang]
1 biji cili capsicum merah
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
1 mankuk kecil daging ayam [dipotong nipis dan kecil]
1/2 cawan mix-vege
1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk lumat]
Garam
majerin

bahan hiasan
telur mata kerbau
salad coleslow
daun sup
tomato buah

Cara:
1. Panaskan majerin, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang beserta lada hitam.
2. Tumis hingga naik baunya.
3. Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging tersebut masak
4. Kemudian masukkan mix-vege dab telur hancur tadi.
5. Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Kemudian masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan dan hiaskan saperti dalam gambar.

nasi goreng sardin dari Hazdi

nasi putih
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
telur
cili kering
garam
ikan sardin (dlm tin - amik ikan shj)

tumis bwg2 hingga naik bau
masukkan cili kering & tunggu hingga masak
masukkan ikan sardin (yg dihancurkan), sayuran, telur dan biarkan dalam 3minit
masukkan nasi dan garam dan kacau
hidangkan.

Kesemua resepi di atas adalah dari Melayu.com. InsyaAllah, bila ada kesempatan, Chetam akan tambahkan resepi dari Pak Amir pula.

Koleksi Kuih Talam

Assalamualaikum Sumer
Maaf lama tak menjengah ke blog ni. Chetam balik kampung suami di Medan, Indonesia menghadiri pekahwinan adik ipar.

Chetam tunaikan Ija dulu yer.... Buat pengetahuan semua, resepi kuih dalam di bawah ni Chetam ambil dari MDC. Resepi-resepinya disumbangkan oleh Kak Liza ataupun Hanieliza. Beliau ada berikan url resepi beliau di dalam ruangan sembang di sebelah kanan.

TALAM UBI KAYU
Lapisan Bawah
1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan dan buangkan semula air tu]

3 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.

TALAM KACANG MERAH
Lapisan bawah - [kacang merah ]

1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

TALAM HIJAU
Bahan
Lapisan Bawah
2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
5 caw. air biasa
1 cawan gula
sket jus pandan/pewarna hijau

Cara...
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalamloyang yg telah disapukan minyak dan kukus sehingga masak [30 minit]

Lapisan Atas
3/4 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
3 cawan santan + sket garam

Cara...
1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.

KUEH TEPUNG TALAM
Lapisan Bawah:

3 roda gula roda ) masak dan sejukkan
4 sudu gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini.
2. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak
3. Sejukkan dahulu baru dipotong dan hidangkan.

TALAM SUJI
Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Lapis atas :
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah atau gula melaka
sedikit garam

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 minit.

TALAM KELADI/KELEDEK
Lapisan Bawah
300 gm keladi/keledek merah
375 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung ubi
1/2 s/k garam
225 gm gula

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan keladi/keledek dan rebus sehingga lembut.
2. Blendkan dengan santan cair.
3. Campurkan dgn semua bahan.
4. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap.
5. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
6. Kukuskan selama 20 minit.
7. Campurkan adunan lapisan atas dan tapis.
8. Masakkan sikit dan tuangkan atas permukaan keladi atau keledek yg telah dicakar2kan.
9. Kukuskan selama 20 minit.
10 Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.

TALAM KELADI SERUNDING
bahan A
200 gm keladi
200 gm tepung beras
1 liter santan
garam secukupnya

bahan B
sedikit bawang goreng
daun bawang ]
cili merah ] mayang halus
200 gm serunding daging

cara
1. Keladi dibuangkan kulit dan potong dadu. Rebuskan dgn garam sehingga lembut dan toskan.
2. Campurkan semua bahan dan gaulkan sebati.
3. Masakkan sebentar atas api dan masukkan dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Bila telah sejuk, taburkan semua bahan B dan potong.
6. Hidangkan.

TALAM NANGKA
bahan lapisan bawah
200 gm nangka [cincang kecil]
200 gm tepung beras
250 gm gula
800 gm santan
sedikit pewarna kuning

bahan lapisan atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masakkan sekejap atas api.
3. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
6. Kacau sekejap diatas api.
7. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan adunan lapisan atas.
8. Kukuskan selama 20 minit.
9. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

TALAM JAGUNG
bahan lapisan bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

bahan lapisan atas
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

KUEH TALAM PISANG
bahan lapisan bawah
2 cawan pisang lecek halus [pisang berangan atau pisang emas]
1 cawan gula apsir
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 cawan santan cair
pewarna kuning

cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1.5 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/k garam

cara
1. Galukan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


KUEH TALAM KACANG HIJAU
Lapisan bawah - [kacang hijau ]

1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Kesemua resepi di atas adalah sumbangan dari Kak Liza.

KUIH TALAM BERLAUK (Sumbangan dari Noor Masri yang berada di UK, juga dari MDC)
200 g keladi yg telah diparut
180 g tepung beras
50 g tepung jagung
1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu kecil garam

Bahan lauk:
250 g daging kisar
50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng
1 tangkai daun sup } dihiris
1 tangkai daun bawang }dihiris
1-2 tangkai cili merah }dihiris
garam secukup rasa
1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air masak
½ sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau kemudian masukkan daging
Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api
Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau sekata.Ketepikan.
Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.
Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.
Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus sehingga masak.
Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan
Hidangkan bersama sos cili

TALAM DELIMA sumbangan nurvidaryna, juga dari MDC. Resepi diperoleh dr CHEF ASMA NOR DIN
Lapisan bawah :
bahan A
250gm gula kastor (kalau terdesak gula biasa pun boleh tapi kurangkan)
100gm tepung beras
40gm tepung kacang hijau(green pea)
1/2 tsp garam

bahan B
650ml air
200ml santan pekat (santan dalam kotak pun boleh)

bahan C
300gm sengkuan cina (sengkuang biasa pun boleh tapi sedap lagi yang sengkuang cina)
direndam 1/2 jam
Sedikit pewarna merah jambu

Lapisan Atas
bahan D
70gm tepung beras
50gm tepung jagung
2 tsp garam halus

bahan E
800ml air
200ml santan
sedikit pewarna merah jambu

gunakan loyang 10 x 10 x 3

CARANYA:-
---untuk lapisan bawah,potong kiub sengkuang cina yg direndam 1/2jam dan toskan airnya
---masukkan bahan B kedalam A.kacau rata dan tapis kedalam periuk.
---masak atas api sederhana sehingga naik wap
---masukkan bahan C.Kacau rata kemudian tuangkan kedalam loyang
kukus selama 25 minit (tidak perlu lap).
(kalau tak mahu warna pink tu keluar, lebih baik letak bahan C sebelum tututp api or naik wap.
---untuk lapisan atas ,satukan bahan D dan kacau rata
---Tapis kedalam periuk.masak atas api sederhana dan kacau hingga wap naik.sebelum tuang,carik-carik SIKIT bahan yg dikukus tadi.
---tuangkan ke atas lapisan bawah.kukus selama 25 minit.penutup perlu dilap selalu or setiap lima minit.