Iklan Berbayar


belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Januari 2012

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.




Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100.

Tarikh2 lain masih kosong. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Jika anda berminat untuk mempelajari pembuatan aneka jenis BUNS. sila hubungi Chetam. Pembelajaran secara hands-on untuk hampir 14 jenis buns. Antaranya : Split Bun, Sosej Roll, Selipar Bun, Chicken Floss Bun, Mexican Bun, Sardine Bun, Kaya Bun, Pandan Bun, Red Bean Bun, Pizza Bun, Coklat Bun, Butter Bun, Cheese Bun

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa dan Rabu, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

March 31, 2010

Kelas Coklat : 27 Mac 2010

Chetam minta maaf sesangat. Dek kerana lambat update info kelas...lupa lak nama yang
di atas ni. Chetam rasa nama nya Azura....tolong betulkan yer kalau salah. Yang bawah ni adik ipar beliau, Anis. Mereka dari Sungai Kantan, Kajang ..dekat jer. Anis n famili memang peminat coklat.


Ini pulak Syamsina dari Jerantut, Pahang. Datang hari sebelumnya ke Kajang dan menginap di Hotel Uptown. Chetam yang syorkan Hotel Uptown sebab lokasi memang strategik. Ada restoren mamak 24 jam di bawah. Ada restoren KFC 24 jam dan Pizza Hut di area berdekatan. Ada Mydin, kedai bakeri supplier-Bagus, 7-11, Bank dan paling penting ada Metro Point yang penuh dengan cafe dan restoren.....nyum...nyum....Syamsina bila balik Jerantut dah start buat coklat. Bila bawa ke sekolah....cikgu-cikgu lain tak percaya yang coklat tu hasil tangan beliau....Tahniah.

Chenul menyibuk ngan si Elmo. Siap dipakaikan si Elmo ni dengan plastik beg, misai dan crown.









Menu Makan Malam.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama Chetam tak post resepi kan.....sebabnya Chetam jarang masak sekarang. Sampai rumah pun dah malam.......hujung minggu sibuk ngan kelas coklat. Sekarang bila ada kelas coklat, buya yang akan masak untuk dihidangkan kepada student kelas coklat. Kadang-kadang buya rajin masak bila Chetam pegi keje.

Malam ni sampai rumah dari keje, buya dah sediakan lauk di bawah. Macam rendang daging....sedap n mantap cuma daging liat sikit. Tapi memang menyelerakan.

Nak resepi??.....jangan harapla.....Chetam jenuh tanya tapi tak dapat resepinya. Kalau anda nak resepinya....pegi la pujuk Buya kat facebook Buya - Husnul Khatimah.....
Apa nama lauk ni yer?

Chenul punya happy nak makan nasi

March 25, 2010

Teddy Bear Lagi....

Ambik gambar ni di Pesta Buku 2010. Berapa lah harga sekor teddy bear ni? Nak buat poll kejap.

Should Chetam buy this big Teddy Bear for Chenul on her 6th Birthday on April 2010?

View Results
Create a Blog Poll

March 24, 2010

COMEL TAK?

Chetam belajar buat kek Teddy Bears ni semata-mata sebab nak buat kek besday untuk Chenul bulan April nanti. Dah jemu buat kek Doll so ubah selera pulak. Chenul dah senyum simpul bila tahu Umi nak buat kek Teddy untuk bawa ke tadika.

Kelas Coklat : 21 Mac 2010
















March 17, 2010

Iklan Berbayar : Jadual Kelas di Akademi Citra Klasik

Kelas Membuat dan Mengukit Kek Berbentuk Bag LV pada 1 Mei 2010

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

1 April - Khamis
5 ptg ke 6 ptg

MAJLIS HI TEA DAN BERAMAH MESRA UTK AHLI .…,semua yg mendapat cabutan bertuah dijemput hadir untuk mengambil hadiah…sila daftar bg memastikan makanan mencukupi utk semua…. doorgift khas utk semua yg hadir sebagai tanda terima kasih Citra Klasik kepada ahli yg menyokong selama ini..
PERCUMA
Utk ahli sahaja

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

2 April - Jumaat
1030pg

Anika Pudding Mini Komersil di dalam cup
Pudding caramel kukus, Trifle, Pudding koktel sos kastad, pudding cendol, Jeli Kelapa Pandan

Ahli RM50
b/Ahli RM70

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

2 April - Jumaat
3 ptg

KEK BUAH POPULAR : kek buah kukus, kek buah bakar yg lembab dan sungguh sedap, cupkek buah buahan utk buah tangan perkawinan. Belajar memotong kek utk buah tangan dan cenderahati dan pelbagai cara pembungkusan yg simple dan menarik.

Ahli RM60
b/Ahli RM80

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

3 April - Sabtu
1030pg

MENGHIAS KEK KAWIN BERTINGKAT DGN BUTTERCREAM, terhad utk 5 org pertama yg mendaftar dan membayar deposit saja.
• Membancuh buttercream
• Teknik menghias dgn teknik paiping border, frills, bunga, daun, basket weave dan byk lagi
• Teknik membuat kek bertingkat sebagai wedding kek
Peserta akan menerima 2 bj kek yg dihias sendiri, 1 set cake pillar, cake board dan cake box , buttercream. Sila bawa nozzels, turntable, spatula, sehelai tuala tangan dan 1 roll tissue.

Ahli RM200
B/Ahli RM240

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

3 April - Sabtu
1030pg

INGIN BERNIAGA TAPI TAK TAHU APA NAK JUAL? JOM BELAJAR BUAT :
Waffle pelbagai isian, kaya ball, apam balik pelbagai topping, Kueh Pukis ( apam marble) pelbagai inti ( peralatan ada dijual di Citra Klasik…bawa duit lebih ya! )

Ahli RM100
b/Ahli RM140

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

3 April - Sabtu
3 ptg

ANIKA MEE KOMERSIL : belajar memasak mee dgn cepat dan mudah agar pelanggan tidak ternanti2....mee goreng mamak, mee hailam, mee ladna, mee kungfu, mee bandung, yee mee claypot, yee mee sizzling, mee kari.,,semuanya sungguh enak.......

Ahli RM100
b/Ahli RM140

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

4 April - Ahad
1030pg

ANIKA KREPEK /JAJAN PART 2 : Rempeyek pelbagai topping, kueh ros manis, kueh ros pedas, krepek Mee Siput, krepek bawang

Ahli RM50
b/Ahli RM70

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

4 April - Ahad
3 ptg

MEMBUAT DAN MENGHIAS FANCY COOKIES utk cenderahati perkahwinan atau hantaran pertunangan atau apa apa aja…..Design yg cun cun dan vogue gitu…bancuh dan bakar almond cookies, chocolate cookies, bancuh ising dan hias cookies dalam pelbagai citarasa..semua hasil di bawa pulang…

special utk Ahli RM100 saja

Bukan Ahli
RM140

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

4 April - Ahad
3 ptg

SET MENU MAKAN MALAM : butterprawns dgn serdak yg halus dan ranggup, Sotong schezuan dgn gajus, Crispy Chicken with Lemon Sauce ( ayam ranggup dgn sos Lemon), Dory Fillet in sweet cili sauce , Brocoli with mushrooms and soft Japanese tofu in oyster sauce. Complimentary, Puding Tofu dgn sirap pandan beserta resipi.

Ahli RM120
b/Ahli RM150

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

9 April - Jumaat
3 ptg

KUEH KUEH POPULAR CITRA KLASIK :Kueh bakar bijan, kueh bakar Jagung, Apam Warna warni yg sungguh gebu dan enak, apam kaya, Pudding Roti sos kastad

Ahli RM50
b/ahli RM70

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

10 April - Sabtu
1030pg
Hingga selesai

KEK KOMERSIAL ALA ALA PASAR MALAM: kek pisang, anika kek perasa butter seperti marble, kek pelangi, , anika kek bantal ( sponge chocolate, sponge oren, sponge marble), kek chocolate ekonomi dgn topping, Chiffon pandan, lapis pandan free resipi lapis keladi, lapis oren. Kelas praktikal. Sila bawa apron. Percuma 1 tin kek utk setiap peserta

Ahli RM150
b/ahli RM200

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

11 April - Ahad
1030pg hingga selesai

BENGKEL CUP CAKE : belajar membuat cup cake menggunakan kek butter chocolate, kek butter badam, kek sponge, teknik membuat pelbagai jenis krim dan hiasan yang menarik utk majlis perkahwinan, birthday dan apa saja…jgn ketinggalan! Kelas praktikal, dtg bawa apron ye! Anda akan pulang dengan pelbagai variasi cup cake sebanyak 16 biji….jgn lepaskan peluang ini.. sila bawa nozzle 233, 22, 69, 16, 4ft, 104, 48 ( nozzles boleh juga dibeli di Citra Klasik

Ahli RM100
B/Ahli RM140

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

17 April - Sabtu
1030pg

PEKEJ BAKERI : KEK & HIASAN : Rich chocolate moist cake kek , chocolate fantasy, blueberry Layer , blackforest, carrot & walnut cake, tiramisu, boston cheese, mocha kek, Royal Fruit, American Chocolate. Anda akan pulang dgn 2 bj kek yg anda hias sendiri serta 8 slice kek yg lain yg bernilai RM106! Sungguh berbaloi…kelas praktikal, sila bawa apron, spatula, turntable jika ada, sehelai tuala tangan dan 1 roll tissue dapur. Terhad utk 10 org pertama yg mendaftar dan membyr deposit sahaja...

Ahli RM250
b/Ahli 280
lunch + sijil

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

23 April - Jumaat
1030pg ke 6 ptg

PRODUK SEJUKBEKU UTK PENGUSAHA KECIL Part 1 : belajar membuat produk, teknik sejukbeku dan pembungkusan serta jangka hayat produk: Roti Canai, Roti Boom, karipap pusing, karipap biasa, samosa, popiah, kueh boom, cucur badak, kueh keria, cek mek molek, kueh kasturi. KELAS PRAKTIKAL. Sila bawa apron, kayu penggelek kecil, sehelai tuala tangan, pisau kecil. Free acuan karipap

Ahli RM180 + mkn Tengahari & sijil
B/Ahli RM220

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

24 April - Sabtu
1030pg

FROZEN FOOD PART 2 : kueh pau yg gebu dan lembut, sardine roll, bread roll, mini murtabak. Ketahui teknik sejukbeku dan jangka hayat produk serta teknik pembungkusan . ( digalakan mengambil Part 1 dahulu sebelum mengambil part 2)

Ahli RM80
B/Ahli RM100

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

24 April - Sabtu
2ptg

MENGHIAS KEK DGN STEAMED BUTTERCREAM DAN TEKNIK MEMBUAT FROZEN BUTTERCREAM TRANSFER. Anda akan berbangga jika dpt memenuhi permintaan anak2 anda utk melukis kerekter kartun kegemaran di atas kek harijadi mereka..anda akan mendapat 1 bj kek sponge chocolate 8" bulat, board dan kotak kek, 1kg buttercream . Sila bawa nozzels...boleh juga dibeli di Citra Klasik..

Ahli RM180
B/Ahli RM220

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

24 April - Sabtu
1030pg ke 530ptg

BENGKEL MEMBUAT HALWA….jgn ketinggalan…satu satunya kelas yg jarang diajar oleh sesiapa…hanya di Citra Klasik…
Mengukir buah betik utk dijadikan sejambak bunga beserta daun….teknik membuat halwa agar berkilat sesuai utk hantaran…sungguh klasik dan ekslusif! Kelas terhad, sila daftar awal….sila bawa dulang dan pisau ukir

Ahli RM250
b/Ahli RM280
lunch & sijil

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

25 April - Ahad
1030pg

ANIKA PASTRI....cream puff, chocolate eclairs, Paris Press with fruit top, Puff Gulung Tuna Mayonaise, Golden Swan, Mini cocktail puff with salad
* students yg telah mengambil pekej pastri hanya membayar RM40 utk kelas ini.

Ahli RM60
b/Ahli RM80

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

25 April - Ahad
3 ptg

ANIKA DIMSUM HALAL.
Anda suka makan DIMSUM tapi susah nak dapat yg halal? Jom kita belajar dan buat sendiri..sungguh mudah sebenarnya...4 jenis DIMSUM aneka inti...belajar secara praktikal/hands on dan bawa pulang utk jamu keluarga....belajar juga buat maiyonese yg pastinya sedap, segar dan tanpa bahan pengawet...

Ahli RM80
Bukan Ahli RM100

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

28 April - Rabu
1030pg

ANIKA KUE TALAM : Talam Sagu Pelangi, Talam Permata, Talam Marble free resipi : Talam Karamel lapis, Talam ABC

Ahli RM50
b/ahli RM70

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

28 April - Rabu
2 ptg

PEKEJ KUEH TALAM / kueh basah: talam keladi, talam suji gula merah, , talam cendol, talam pandan nyonya/ Talam Gula Merah, talam berlauk, murtabak kraker, macaroni bakar, koleh kacang Serimuka pandan, serimuka pulut hitam, + 3 free resipi Talam Sagu Durian, Talam Soon, Kelas, Tlm Ubi kayu, Kelas Praktikal. Sila bawa apron

Ahli RM150
b/Ahli RM180
dgn sijil

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

29 April - Khamis
2 ptg

DONUT & CHARKOI : belajar membuat donut yg sungguh lembut dan gebu dengan pelbagai jenis topping dan hiasan dan juga charkoi cara jualan di pasar malam …free resipi, cicah cakoi : sos cili dan kaya pandan

Ahli RM60
B/Ahli RM80

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

30 April - Jumaat
1030pg

BISKUT MODEN TERLARIS Black walnut, royal swiss, marble tart + 2 free recipe

Ahli RM50
b/Ahli RM60

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

30 April - Jumaat
3 ptg

BISKUT TERBARU :Blueberry Nastar, Almond Strawberry, Tiramisu + 2 free resipi

Ahli RM50
b/Ahli RM60

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

1 mei - Sabtu
1030pg
Hingga selesai

MEMBUAT DAN MENGUKIR KEK BERBENTUK LV BAG mengguna Ising Fondant. Sungguh Cantik dan Exclusive! Kelas terhad…daftar dan bayar deposit awal awal agar tak ketinggalan…setiap peserta akan mendapat 1 bj kek butter/chocolate, Fondant siap pakai ( resipi diberi), kek board dan kotak. Anda akan pulang dgn hasil yg bernilai RM180! Sungguh berbaloi baloi! Sila bawa turntable, fondant roller, pizza cutter ( semua peralatan boleh dibeli di Citra Klasik)

Ahli RM250
b/Ahli RM280

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

1 Mei - Sabtu
2 ptg

ANIKA KEK YG SEDAP DAN GLEMER SIAP HIASAN : Opera Cake, Oreo Cheese cake, Silk Chocolate Cake

Ahli RM50
b/Ahli RM60

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Untuk pendaftaran : Sila SMS kan :
NAMA PENUH, NO.TEL, NAMA KURSUS&TARIKH KURSUS YANG INGIN DISERTAI kepada 0196430505 ( Amira) atau 0192605043 ( kakpau), 0136207200 ( Azreen) atau telefon pejabat 0387346427 ,/faks ke 0387360034 atau datang sendiri ke AKADEMI CITRA KLASIK, 15, Jalan Hentian 4 , Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang, Selangor. Utk kelas RM100 ke atas, deposit 50% hendaklah dimasukkan ke akaun kami sebagai pengesahan kedatangan..

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

March 15, 2010

Kelas Coklat : 14 Mac 2010

Semua tengah khusyuk mendeko kotak coklat.

Elman dari Sri Sekamat.....nyaris terlepas kelas coklat ni. Nasib baik dekat pukul 10 pagi Elman called nak konpem nama dia ada tak dalam kelas coklat.

Huda dari Sungai Besar tapi malam sebelumnya dah turun ke rumah kawan untuk bermalam....tak nak terlewat datang ke kelas coklat. Macam nak hidang biskut raya la pulak...hehehe

Azwa pulak dari Puchong.....datang ditemani bodyguard....ramai betul student Chetam datang dari Puchong....lepas ni boleh buat Persatuan Student Coklat Chetam dari Puchong...hehehe

Yang atas ni Azwa punya....banyak dah masuk tupperware...masa Azwa ketuk acuan oreo tu...mak ai...chetam berkata-kata dalam hati...abis la acuan aku....baru beli dari Jakarta tu....Chetam trus minta acuan oreo yang tak nak keluar lagi sebutir tu...tekan belakang jari...tup...trus keluar.....pakai jari jer Azwa.....hehehe

Suka tengok kombinasi di atas.....ada rose yang warna keemasan. Daun-daun tu memang menarik kalbu



March 12, 2010

Kelas Coklat : 7 Mac 2010

Kelas kali ni cuma dua orang. Seorang tak datang tanpa memberitahu terlebih dahulu sedangkan sehari sebelum kelas, ada yang sms minta masukkan nama ke dalam kelas ni kalau-kalau ada yang tarik diri.

Dah beberapa kali orang buat macam ni. Mentang-mentang Chetam tak kenakan deposit masa booking. Kalau Chetam letak syarat bayar deposit.....mesti hangus duit mereka.....Chetam juga yang untung...hehehe

So moral of the story.....lepas ni.....MESTI BAYAR DEPOSIT SEMASA BOOKING....amacam??? setuju???

Kali ini giliran Anis dan Atul yang datang dari Pandan Indah untuk belajar coklat. Tak banyak gambar sebab semua dah packing. Cuaca panas sangat.....
Mereka berdua sampai lambat.....Jam kat dinding dah pukul 10 pagi tapi tak der call masuk pun sebab biasanya dalam pukul 9.30 pagi mesti ada yang call untuk konpem jalan atau dah sesat. Kali ni tak der call pun.....Suami Chetam dah happy.....yea!!hari ni tak der kelas.......Chetam pun dah relax.....bestnya.....tak der sapa pun datang....boleh tutup pintu...tiba-tiba Anis dan Atul muncul depan pintu nak konpemkan lokasi kelas coklat. Dengan selamba Chetam cakap.....SALAH RUMAH LA DIK!!!....berubah muka Anis ngan Atul....hehehehe....acah jer

Atul tengah expecting 1st baby.....InsyaAllah semua akan berjalan lancar dengan izinNYA....

Masa tengok Anis ni....Chetam cakap.....macam kenal la muka ni.....dah lama baru perasan yang rupa Anis macam anak sedara Chetam di Kamunting. Di samping minat, Anis belajar sebab planning nak buat door gifts untuk hari bahagia yang bakal menjelang nanti. Jangan lupa jemput yer....

Kelas Coklat : 6 Mac 2010

eh...eh...bagai diatur ikut ketinggian la pulak.....hehehe

Puan Azuwa dan suami dari Tawau, Sabah. Sepatutnya Puan Azuwa datang pada bulan November 2009 tapi ada halangan. Sambil datang belajar, dapat juga beliau berziarah ke rumah abang beliau di Semenyih.

Puan Haliza datang dari Muar, Johor. Ini pun last minute booking sebab ada yang tarik diri. Puan Haliza ada anak yang tinggal di Kajang so tak der masalah nak ke kelas coklat.

Diana datang dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebenarnya kakak Diana yang sepatutnya belajar coklat tapi Zura tak sihat...batuk teruk. Zura turut datang tapi duduk bersandar jer kat sofa.....penat....dek kerana teruk batuk...Puan Haliza siap kasi petua untuk redakan batuk...minum kicap yang diperah air limau. Masa Diana masuk rumah...Chetam dok cakap dalam hati.....budak dah belajar coklat la rasanya sebab muka familiar..rupanya Diana dan Zura pernah datang ke ofis Chetam untuk ambik Softener buatan Bumiputera

Macam biasa....splitters...siap berwarna warni drizzlenya...

Kelas kali ni Chetam turut selitkan Coklat Oreo yang berwarna warni

Hasil coklat termasuk kotak berbentuk segi empat