Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 31, 2010

Kelas Coklat : 27 Mac 2010

Chetam minta maaf sesangat. Dek kerana lambat update info kelas...lupa lak nama yang
di atas ni. Chetam rasa nama nya Azura....tolong betulkan yer kalau salah. Yang bawah ni adik ipar beliau, Anis. Mereka dari Sungai Kantan, Kajang ..dekat jer. Anis n famili memang peminat coklat.


Ini pulak Syamsina dari Jerantut, Pahang. Datang hari sebelumnya ke Kajang dan menginap di Hotel Uptown. Chetam yang syorkan Hotel Uptown sebab lokasi memang strategik. Ada restoren mamak 24 jam di bawah. Ada restoren KFC 24 jam dan Pizza Hut di area berdekatan. Ada Mydin, kedai bakeri supplier-Bagus, 7-11, Bank dan paling penting ada Metro Point yang penuh dengan cafe dan restoren.....nyum...nyum....Syamsina bila balik Jerantut dah start buat coklat. Bila bawa ke sekolah....cikgu-cikgu lain tak percaya yang coklat tu hasil tangan beliau....Tahniah.

Chenul menyibuk ngan si Elmo. Siap dipakaikan si Elmo ni dengan plastik beg, misai dan crown.









No comments:

Post a Comment