Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
October 08, 2007
Puff Sosej
Resepi paling simple yang Chetam buat semasa di Tepen hari Sabtu lepas. Roti Prata segera jenama Tesco dan sosej yang dicelur. Oh Ya......Tesco baru dibuka di Bandar Kamunting . Lebih besar dari cawangan Kajang tapi bad experience di hari pertama Chetam ke sana. Semasa memilih baju, poket sedara terdekat Chetam telah diseluk. Yang sedihnya, orang yang ambil merupakan seorang wanita Melayu yang bertudung. Cuma silapnya, kami tak tengok muka wanita tak guna tu (oopsss) sebab dok asik pilih baju. Bila dia blah, baru tersedar. Tapi syukur sebab cuma dompet kecil tanpa IC di dalam nya. Kesian sedara terdekat.....rugi lebih RM100.
Puff Sosej Segera
Roti prata
Sosej ayam - dicelur dahulu(boleh ganti ngan daging)
Telur Ayam - dipukul
Roti prata di potong segi tiga memanjang. Sekeping boleh dapat dalam 4 atau 5 potong. Sosej yang dicelur dipotong 2. Satu potong di letak atas roti prata di bahagian paling besar. Gulung sosej. Bahagian roti prata yang paling kecil akan berada di bahagian atas. Kelar bahagian atas dan celup dengan telur. Bakar dalam suhu 190 - 200 selsius selama lebih kurang 20 minit - ikut oven anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Chetam...Saya dah cuba resepi ni.Sedap gak ye.TQ very much
ReplyDeleteemm.......mmg best saya pun da cuba.tq chetam.
ReplyDeletewow..mesti sedap...nak cuba lah~
ReplyDelete