Banyak Baya buat biskut raya tahun ni. Chetam dah tanya sama ada Baya buat OPEN HOUSE atau tidak tahun ni. Sekiranya anda berasa di Wisconsin, USA dan berhasrat untuk merasa hasil tangan Baya yang enak ini, anda dijemput untuk berkunjung ke rumah Baya. Kalau betul2 berminat, sila email Chetam untuk dapatkan alamat Baya.
Tart Nenas Gulung Sumbangan Baya
Versi 1 - Ukuran in Metrik
1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.
1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.
Cara cara
-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja)
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati
Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.. bakar 350F selama 17-19 minute.
Nota Kaki Baya : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah.. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering.
Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus ..tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok..last sapukan kuning telor..
Versi 2 - Campak pula
1 cawan butter.
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula.
2 sudu besar tepung jagung bumbun.
2 1/2 sudu besar tepung kastard bumbum.
1 sudu besar susu tepung.
2 1/2 cawan tepung gandum.
Baya rasa hasilnya tetap sama..campak ker + ikut betul betul ker still sama..:)). Dengan syarat kena masukkan semua tepung diatas.. selamat mencuba.
Nota Kaki Baya : Jika nak jem color kuning elok, kena masak air gula dulu, baru letak nenas then jem akan jadi color kuning yg berkilat.. tapi jika kawan kawan nak jem color perang sedikit seperti dibawah , letak gula terus kedalam nenas dan masak atas api. Then color akan jadi keperangan.. mudah ajaa kannnn :)) ..baya dan anak anak suka yg color perang then baya selalu masukan nenas dengan gula terus dan masak atas api, kena kacau selalu laa yaaa kalau tak hangus karang. :))
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rasa nak cuba la tengs ya..sye xpenah buat lagi agak2 jdi tak..hehe
ReplyDelete