Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 05, 2007

Krim Puff - Umi Imah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sori lama tak jengah ke Teratak Chetam. Chetam sibuk ngan satu projek baru. InsyaAllah, kalau projek menjadi, akan Chetam war-warkan di Teratak Chetam ni.

Chetam satu famili baru balik bercuti ke Genting Highlands. Tidur di sana 2 malam. Chenul seronok main kat sana sampai terlalu penat hingga tertidur di meja makan.

Semalam Chetam sempat buat cream puff dari resepi Umi Imah. Kalau tak silap Umi Imah dari Cari.com. Resepi ni Chetam dapat dari Pengasas ResepiDotNet, Puan Jeni. Chetam minta maaf sebab tak sempat ambil gambar so Chetam paparkan gambar dari Puan Jeni. Cream Puff ni memang sedap. Masa Chetam buat, Buya tak ader di rumah kerana mengajar mengaji di rumah orang. Bila Buya balik, komen Buya.....Umi ni tak reti masak lain...masak kek aje......Dalam hati, Chetam dah cakap, gerenti Buya tak akan sentuh cream puff ni. Tapi sangkaan Chetam meleset. Sambil tengok Aznil ambil Award Pengacara TV Popular, tangan Buya pun rancak memasukkan cream puff ni ke dalam mulut.


Krim Paff
Sumber: Umi Imah
Sumbangan : Puan Jeni RDOtNet
Gambar : Puan Jeni RDOtNet

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Nota Kaki Chetam :
1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
2. Boleh juga masukkan cream nya dari sebelah bawah dengan cara menebuk satu lubang kecil dan memicit cream ke dalam lubang tu.
3. Gunakan piping beg dengan nozzle yang kecil untuk menyumbat cream ke dalam puff
4. Kalau tak ada piping beg, boleh guna gunting untuk potong sedikit bahagian tengah dan masukkan cream menggunakan sudu.

11 comments:

  1. Anonymous4:22 pm

    macam mane bentuk dia blh jadi gitu..boleh bg tau x..saya suke sgt crean puff ni..nk try buat.thanx..

    ReplyDelete
  2. kena guna nozzle bintang yng besar.....masuk dalam piping bag....masuk adunan cream puff...picit bentuk membulat dalam 2 kali dan akhiri dengan menegak ke atas....nanti bakar akan kembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepung apa nak guna buat cream puff ni

      Delete
  3. dah cuba resepi ni..thanks ye..sedap :-)

    ReplyDelete
  4. Salam...bile da buat puff ni,mcm mane nak masuk kan inti dia? Kene potong tengah2 ke?

    ReplyDelete
  5. Salam...kak,mane nak masukkan inti puff...kalau belah dua n letak inti boleh x? Atau ade cara lain?

    ReplyDelete
  6. Salam...kak,mcm mane nak letak inti?kalau belah dua boleh?atau ade care lain?

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam...gunting sikit pas tu picit inti guna piping beg

    ReplyDelete
  8. Salam...kak,puff tu gune tepong gandum ke?

    ReplyDelete
  9. Salam...kak,saya da buat,tp lembik la.....kenape ye?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam...tepung gandum je

    ReplyDelete