Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 27, 2007

Kek Coklat Kukus Badariah sempena Majlis Tahlil Arwah Ayahanda dan Bonda di Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam cuma nak tayang kek yang Chetam bawa khas dari Kajang ke rumah kakak di Taiping. Chetam buat dua biji kek coklat kukus Badariah, disalut dengan coklat topping dan dihias dengan jelly. Simple tapi sedap. Kakak Chetam bagitahu semua yang makan kek tu puji sedap sampai jiran sebelah rumah beliau sibuk dok tanya sapa yang buat.

Kakak Chetam ni sebenarnya yang dulu tinggal di Bangi. Selepas Arwah Bapak meninggal dunia, beliau sewakan rumah di Bangi dan balik ke Taiping untuk tinggal di rumah yang suami beliau beli zaman bujang dulu. Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum kenduri Tahlil ni, kakak Chetam jatuh dari motor. Motor menjunam masuk ke dalam longkang dengan tayar depan ke bawah dan tayar belakang tertonggeng ke atas. Alhamdullilah anak sedara Chetam tak duduk di dalam bakul depan. Kalau tidak, memang cedera parah. Anak sedara duduk di bahagian belakang dan cuma lebam di pipi kanan. Tapi kesian kakak Chetam. Tangan kiri beliau patah, tangan kanan lebam teruk. Kaki pun lebam juga.

Sebelum kejadian, kakak tengah siap nak hantar bekal nasi kepada anak lelaki yang ada kelas tambahan. Yang kelakarnya, lepas masuk longkang, beliau terus bangun dan masuk rumah untuk ceduk nasi untuk bekal baru. Dah siap dengan kunci kereta nak hantar nasi, mungkin dah terasa sakit, kakak terus talipon suami kakak Chetam yang lagi sorang. Bila sampai hospital, sah tangan kiri dah terkulai dan kena tahan di wad selama 2 hari. Baru beberapa hari tangan bersimen, kakak Chetam ni dah sibuk menyangkul. Bila balik Taiping hari tu dan tengok tangan kakak bersimen, teringat pada Arwah Emak yang pernah bersimen tangan kanan selepas jatuh semasa nak turun anak tangga di luar dapur. Arwah Emak nak cuba pam air elektrik yang baru Arwah Bapak pasang di telaga masa tu.

Amboi....sedapnya. Nak resepi, cari kat kotak sebelah.

Kakak Chetam dok tersenyum dengan tangan bersimen.

No comments:

Post a Comment