Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
November 29, 2006
Cheese Fruit Cake Bebop
Chetam buat kek ni sebanyak 2 biji masa raya lepas. Sebiji untuk Arwah Bapak dan sebiji untuk dibawa ke Medan. Kek ni memang sedap tapi satu adunan tu boleh dapat kek yang kecil jer. Untuk Arwah Bapak, Chetam buat 3 adunan dan hasilnya memang memuaskan. Chetam tabur badam, hazel nut dan cashew nut di atas kek sebelum dibakar. Pertama kali Chetam rasa kek ni semasa di Medan. Memang sedap tapi rasanya kalau tak ada kekacang lagi sedap sebab selepas beberapa hari, kekacang ni pun dah lemau.
Chetam tak sempat ambil gambar dan hari ni baru Chetam perasan yang resepinya dah penah Chetam tempek setahun yang lepas. So kalau nak resepinya, sila klik di sini Cheese Fruit Cake Bebop
Gambar kek di atas adalah sumbangan Kak Liza.
Nota Kaki Chetam: Cuba jangan tak cuba untuk juadah Hari Raya Aidil Adha. Memang sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment