Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 05, 2010

Kursus Asas Coklat di LKM - Tunjuk Ajar oleh Chef K



Demo oleh Chef K. Lepas tu semua peserta buat latihan amali.
Memang best sebab banyak tips yang dipelajari dari Chef K.

Untuk semua peserta Kursus Asas Coklat pada tarikh 4 dan 5 Februari 2010, sila email chetam1@gmail.com jikalau nak lain-lain video clips. Yang dah sign autograph....hehehe....dan beri email dalam buku nota LKM yang comel tu....Chetam akan emailkan sebentar lagi. Oh ya...bila email...sila beri kata laluan.....kasi Chetam nama penceramah pertama pagi semalam. Iyer la....kang ramai pulak yang ngaku ikut kursus tu....hehehe....

Chetam cuma upload 1 video klip saja. Sesiapa yang berminat nak mengikuti Kursus Asas Coklat, jangan lupa lungsuri laman sesawang Lembaga Koko Malaysia dan muatturun borang kursus tersebut. Satu kursus akan diadakan di N.Sembilan bulan depan dan satu lagi di LKM sendiri pada penghujung bulan May dan awal Jun. Tempat adalah terhad.

Kursus yang ditawarkan ini melibatkan penggunaan bilik berhawa dingin dan teknik tempering menggunakan marble slab.

Chetam seronok dapat kenal ngan ramai peserta. Ada yang 1st time nak kenal coklat. Ada yang dah buka biz coklat, tak kurang yang buka biz lain macam kafe. Ramai yang merupakan tokeh kek dan biskut. Ada yang terlibat dalam dunia andaman dan hantaran kahwin. Dan yang paling Chetam respek, Najwa dan Bonda beliau yang datang dari Kuala Selangor.

Nanti Chetam akan uploadkan gambar-gambar sekitar kursus dan coklat yang dihasilkan.

Chetam

No comments:

Post a Comment