Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 31, 2010

Kelas Coklat : 31 Januari 2010

Farah dari Puchong. Kagum ngan semangat nak belajar Farah. Chetam tunda kelas beliau banyak kali ke tarikh berlainan....sekali pun tak mengeluh.....tak per kak....saya nak belajar.....SYABAS Farah.....jangan lupa praktik tau...

Kak Fauziah yang datang dari Kedah, singgah rumah anak di Kota Damansara. Lepas tu terus ke kenduri kahwin di Johor. Pagi ni datang ke rumah Chetam di Kajang. Semangat berkobar-kobar.

Ini pulak Chocolate Box yang dihias oleh Farah dan Kak Fauziah. Chetam siapkan dulu kotak ni malam sebelumnya supaya dapat digunakan pada hari ni. Mana la tahu kut pecah macam hari tu sebab tak cukup masa dalam peti sejuk.