Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 12, 2010

Kelas Coklat : 6 Februari 2010

Bodyguard paling muda...hehehe....kalau tak silap nama baby ni Daris...menemani ibu belajar buat coklat. Umur Baby Daris masa datang ke kelas Chetam, blum pun 2 bulan. Masa sambut di muka pintu, terkejut juga tengok ramai yang datang termasuk Baby Daris. Gambar di atas Baby Daris dah ready nak balik.

Pasangan adik beradik, Halimah dan Miza dari Bandar Baru Bangi.

Ini Miza, ibu kepada Baby Daris. Kesian Miza....sekejap sekejap kena tinggalkan coklat untuk susukan baby Daris. Akibat dek kerana coklat asik dibiarkan lama, kebanyakan coklat Miza tak nak keluar dari acuan. Nanti balik cuba di rumah yer....

Ini pula Halimah.....Alhamdulillah semua coklat beliau jadi. Sebenarnya Halimah dari Jalan Duta. Datang dengan komuter dan kemudian dijemput oleh Miza. Semangat nak belajar sebab Halimah pengemar coklat. Di bawah adalah hasil kerja tangan Halimah.




Anita datang dari Setiawangsa. Di bawah ni semua hasil kerja tangan Anita.



No comments:

Post a Comment