Layan gambar dulu. Nanti Chetam citer.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
February 12, 2010
Coklat yang Dihasilkan Semasa Kursus Asas Coklat di Lembaga Koko Malaysia
Tempahan dari Puan Rahimah, Shah Alam
Tempahan dari Puan Rahimah, Shah Alam untuk 115pcs lolichoc Teddy dengan perisa Epal dan Strawberi. Ini merupakan tempahan mengejut untuk majlis pada hari Ahad ni. Tiga malam nak siapkan tempahan ni sebab lolichoc teddy memerlukan coklat disiapkan terlebih dahulu, baru boleh dicucukkan lidi di bawahnya.
Untung juga beli tempat cucuk telur ni di Thank Q, Nilai 3. Dapat juga si Teddy ni semua berposing dahulu sebelum masuk kotak.
Tempahan dari Puan Ramnah, Kajang
Kelas Coklat : 6 Februari 2010
Bodyguard paling muda...hehehe....kalau tak silap nama baby ni Daris...menemani ibu belajar buat coklat. Umur Baby Daris masa datang ke kelas Chetam, blum pun 2 bulan. Masa sambut di muka pintu, terkejut juga tengok ramai yang datang termasuk Baby Daris. Gambar di atas Baby Daris dah ready nak balik.
Ini Miza, ibu kepada Baby Daris. Kesian Miza....sekejap sekejap kena tinggalkan coklat untuk susukan baby Daris. Akibat dek kerana coklat asik dibiarkan lama, kebanyakan coklat Miza tak nak keluar dari acuan. Nanti balik cuba di rumah yer....
Ini pula Halimah.....Alhamdulillah semua coklat beliau jadi. Sebenarnya Halimah dari Jalan Duta. Datang dengan komuter dan kemudian dijemput oleh Miza. Semangat nak belajar sebab Halimah pengemar coklat. Di bawah adalah hasil kerja tangan Halimah.
February 05, 2010
Kursus Asas Coklat di LKM - Tunjuk Ajar oleh Chef K
Demo oleh Chef K. Lepas tu semua peserta buat latihan amali.
Memang best sebab banyak tips yang dipelajari dari Chef K.
Untuk semua peserta Kursus Asas Coklat pada tarikh 4 dan 5 Februari 2010, sila email chetam1@gmail.com jikalau nak lain-lain video clips. Yang dah sign autograph....hehehe....dan beri email dalam buku nota LKM yang comel tu....Chetam akan emailkan sebentar lagi. Oh ya...bila email...sila beri kata laluan.....kasi Chetam nama penceramah pertama pagi semalam. Iyer la....kang ramai pulak yang ngaku ikut kursus tu....hehehe....
Chetam cuma upload 1 video klip saja. Sesiapa yang berminat nak mengikuti Kursus Asas Coklat, jangan lupa lungsuri laman sesawang Lembaga Koko Malaysia dan muatturun borang kursus tersebut. Satu kursus akan diadakan di N.Sembilan bulan depan dan satu lagi di LKM sendiri pada penghujung bulan May dan awal Jun. Tempat adalah terhad.
Kursus yang ditawarkan ini melibatkan penggunaan bilik berhawa dingin dan teknik tempering menggunakan marble slab.
Chetam seronok dapat kenal ngan ramai peserta. Ada yang 1st time nak kenal coklat. Ada yang dah buka biz coklat, tak kurang yang buka biz lain macam kafe. Ramai yang merupakan tokeh kek dan biskut. Ada yang terlibat dalam dunia andaman dan hantaran kahwin. Dan yang paling Chetam respek, Najwa dan Bonda beliau yang datang dari Kuala Selangor.
Nanti Chetam akan uploadkan gambar-gambar sekitar kursus dan coklat yang dihasilkan.
Chetam
Subscribe to:
Posts (Atom)