Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 06, 2009

Kek Puding Karamel


Kek Puding Karamel

Sumber : Yani MyResepi

Bahan-bahan

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara

1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Nota Kaki Chetam:
  1. Dah lama teringin nak buat tapi tak berani sebab nampak macam susah sangat. Lagi satu kelemahan Chetam bila buat karamel, jarang yang jadi.

  2. Tapi bila tengok satu iklan dalam email yang jual kek macam ni, trus Chetam semangat nak mencuba guna resepi Yani.

  3. Bahagian kek tu Chetam modified guna spongemix. Chetam guna 100gm spongemix, 2 biji telur ayam, 25gm minyak masak dan 25gm air. Campur semua bahan dan pukul dengan mixer elektrik sehingga naik.

  4. Bahagian kek juga bukan plain tapi Chetam tambah perasa dan pewarna. Buat ala-ala pelangi. Cuma bila siap, lapisan kek nipis. Lain kali nak buat spongemix 250gm.

  5. Kalau nak tengok lebih jelas cara Yani buat, sila cari di segmen kek dalam My Resepi.

No comments:

Post a Comment