Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 10, 2009

Free Promo: Kelas Membuat Coklat di Mas des Fontaine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf lama tak update......sibuk banget ngan training....pas tu ikut company trip. Nanti Chetam citer pasal company trip.

Ni nak citer pasal kelas coklat yang Chetam pegi Sabtu lepas. Syok sangat sebab coklat yang dihasilkan memang setanding ngan coklat yang dibeli di kedai. Sedap sangat dan proses membuat pun amat mudah. Tak payah bilik berhawa dingin ataupun Marble slab. Teknik yang digunakan direka sendiri oleh cikgunya iaitu Puan Rahimah.

Chetam pegi belajar bawa Chenul sebab Buya ada kelas mengaji. Pegi naik teksi dari rumah. Sampai ke kelas berkenalan pulak ngan member Puan Rahimah iaitu Puan Salwa yang merupakan pemerhati bebas...hehehehe....bila berkenalan, dapat tahu pulak yang Puan Salwa ni peminat Teratak Chetam. 1st time bertembung ngan peminat Teratak Chetam.

Bila start tempering proses....Chenul sibuk nak tolong. Suruh tengok TV ngan anak-anak Puan Rahimah, Chenul tak nak. Segan kut sebab semua lelaki. Bila siap tempered coklat, mula la proses moulding. Chenul start buat perangai.....mengamuk sebab tak kasi tolong. Suruh tolong bubuh badam dalam coklat dia tak nak. Lama gak dia mengamuk bawah meja. Tak pernah buat perangai macam tu. Malu Chetam ngan Puan Rahimah dan students lain. Nasib baik kakak Puan Rahimah redakan keadaan. Rupanya Chenul nak buat tempering proses so kakak Puan Rahimah preparekan coklat tapi Chenul mengamuk lagi.....dia kata coklat sikit. Mak ai....hangin betul....Chetam nak belajar pun tak leh concentrate. Nasib baik Puan Rahimah dan kakaknya pandai pujuk. So tambah coklat dalam bekas Chenul, trus dia buat tempering siap sampai sampai moulding. Chenul buat coklat peanut butter ngan kacang tanah dan gunakan acuan Mickey Mouse. Senyum dan ceria bila selesai.

Gambar bawah ni Chenul tengah tolong isi coklat putih dalam acuan. Dalam coklat ni dibubuh ganache strawberry. Sedap sangat rasanya. Chetam dok makan yang coklat putih ni...yang lain belum rasa.

Bawah ni gambar Chetam songlap dari blog Puan Rahimag - Mas des Fontaine Homemade Chocolates.
Chetam belajar buat coklat dengan filling ganache strawberry dan coklat, coklat ngan badam, coklat putih ngan filling ganache , coklat perasa mint bentuk shells dan paling comel coklat penut butter ngan kacang bentuk teddy bears macam kat bawah ni.Kalau berminat nak belajar buat coklat ni....di bawah ada sedikit details dari blog Puan Rahimah dan juga pamplet beliau:

Apa yang akan dipelajari and diperolehi:
  1. Jenis-jenis and formulasi coklat: couverture, compound dan masakan
  2. Cara "tempering" coklat couverture yang mudah untuk dilalukan di rumah TANPA mengunakan mesin atau memerlukan bilik yang berhawa dingin
  3. Cara membuat inti coklat "ganache"
  4. Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat couverture dan compound. Couverture: Coklat badam, Nutty, Strawberry Delight dan Cocoa Delight Compound: Dark Melting Delight, Coklat berperisa
  5. Tips:
    1. Permilihan dan penjagaan acuan coklat
    2. Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
    3. Menyimpan dan membungkus coklat
Terhad untuk 2 orang setiap kelas
Setiap Rabu atau Sabtu (9 am to 2 pm).
RM 250 termasuk nota, bahan-bahan yang diguna, dan jamuan ringan. (Anda akan membawa pulang min 50 biji coklat (sila bawa bekas) dan acuan coklat berharga RM 30. Acuan coklat percuma ini hanya akan diberi sehingga bulan Mei sahaja). Bayaran semasa kelas.

Alamat:
Mas des Fontaine
Lot PT 10857, Jalan Sentosa 8
Taman Desa Sentosa, Teras Jernang
Bandar Baru Bangi

Sila klik pamplet kecik tu.

1 comment:

  1. Salam Chetam,saya antara peminat Chetam dan dah lama saya berminat nak belajar buat coklat terutama yang halal macam ni,nak ikut kelas ni belum mampu rasanya so boleh tak beritahu saya di mana boleh saya dapat pembekal coklat yang halal tu. selama ni saya beli coklat dari kedai bangsa asing atau pun dari kedai kawan Kak Pau di Putrajaya.So boleh tak berikan alamat atau siapa boleh saya hubungi untuk mendapatkan coklat tersebut. tq

    ReplyDelete