Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 16, 2009

Acar Ikan Kering - Sumbangan Mak Lang 12 Julai 2005


ACAR IKAN KERING
Sumber : Sazylina Ramly
Sumbangan :Mak Lang
Gambar: Mak Lang

Bahan-bahan
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih
Rempah
2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji,
gorengkan dulu dan blend halus.
1 botol Cuka
Gula

Maklang letak sedikit biji sawi...

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula
(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili
padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota Kaki Mak Lang: Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan. Sedap dimakan selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas.

Nota Kaki Chetam: Resepi ni Chetam ambil dari email bertarikh 12 Julai 2005

No comments:

Post a Comment