Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 21, 2008

Trifle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang semalam Chetam buat trifle. Kali ni guna susu kotak dan kek jenama London Roll, kalau tak silap. Sebenarnya kek ni budak2 yang makan tapi bila Chetam rasa, boleh tahan juga yang perasa strawberry.

Trifle

Bahan A.
2 kotak London Roll perasa strawberry.

Bahan B
3 cawan susu kotak
3 camca besar tepung kastad
Beberapa titik esen vanila
3 camca besar gula

Bahan C
1 bungkus jelly perisa strawberry - jenama Nona
2 cawan air mendidih

Bahan D
1 tin buah koktel

Cara
Potong bahan A dan susun dalam bekas plastik.
Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk kecil. Masak atas api perlahan. Kacau supaya tidak bergentel. Apabila pekat, tutup api.
Bancuh bahan C sehingga gula larut.
Tuang air sirap dari bahan D ke atas kek yang telah disusun. Taburkan sebahagian buah koktel di atas kek. Tuangkan pula bahan B dan ratakan. Tabur sebahagian lagi buah koktel. Biar seketika.
Akhir sekali tuang bahan C dan masukkan dalam peti sejuk.

3 comments:

  1. chetam,kalo tuang air koktel tu x lembik ke kek 2???sy penah wat mcm 2 dlu tp kek jd lembik..

    ReplyDelete
  2. macam mana na wat trifle. x mgunakan kek...saya x suke kek.

    ReplyDelete
  3. pakai biskut jejari atau marie pun boleh.. bila tuang air dia jadi lembut sikit.. tak lembik..

    ReplyDelete