Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Disember 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Disember 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


July 11, 2008

Kosmo Online: Kuali bersama Norzailina Nordin - Biskut Badam Berhias

Biskut badam berhias

KIRA-KIRA dua bulan lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan. Aidilfitri menyusul sepurnama kemudian. Jadi, mungkin ada di antara kita sudah berfikir apakah biskut untuk lebaran ini. Apa kata, kita sediakan sesuatu yang berbeza daripada biasa?
Biskut badam ini istimewa kerana hiasan di atasnya. Ia nampak saja rumit tetapi sebenarnya agak mudah jika anda tahu caranya. Dengan pengetahuan tentang penggunaan coklat cair dan aising royal, anda juga boleh membuat ratusan jenis biskut atau kek topping pada masa akan datang.

Supaya biskut ini rangup, perkara paling penting ialah memastikan badam di dalamnya betul-betul masak. Cara memanggang badam di dalam ketuhar adalah dengan meratakan ia di dalam tin pembakar. Pastikan tiada badam yang bertindih.

Gunakan api atas dan bawah pada suhu 200 selsius. Panaskan ketuhar terlebih dulu lebih kurang 10 minit.

Setelah lima minit memasukkan badam, kacau dengan senduk kayu. Ini untuk memastikan seluruh bahagian badam mendapat kepanasan yang sekata. Bakar atau panggang lagi sehingga kulit nipis di luar badam nampak sedikit merekah. Anda juga akan dapat menghidu bau badam yang sungguh wangi ini.

Untuk memudahkan, anda perlu membuang kulit badam terlebih dulu. Caranya ialah dengan mencelurnya di dalam air mendidih selama dua hingga tiga minit. Kemudian, letak badam di dalam air biasa (paip). Anda boleh mengupas kulitnya dengan mudah.

Dengan badam tanpa kulit, anda juga akan mendapati sangat mudah bila membakarnya. Anda boleh lihat sendiri, ia akan menjadi keperangan. Jika memanggang kacang hazel, ia akan nampak berminyak dan keperangan bila telah cukup masak. Anda juga boleh gunakan kacang jenis lain bagi menggantikan badam dalam resipi ini.



Kaedah membuat biskut ini tidak memerlukan kaedah creaming. Anda hanya perlu menggaul semua bahan hingga sebati dan menjadi doh. Sekiranya doh agak keras, ini bermakna tidak cukup mentega. Jika suka, anda boleh gunakan separuh mentega dan separuh lagi marjerin. Jika marjerin digantikan dengan lemak sayuran, biskut akan menjadi lebih rangup.

Bakar biskut hingga benar-benar masak dan keperangan dasarnya. Jika ia kurang garing, ia akan mudah lemau dan tidak rangup lagi. Biar biskut sejuk di atas redai. Alaskan bawah redai dengan kertas kalis minyak atau foil. Kemudian curahkan perlahan-lahan dengan coklat merah. Baki coklat akan menitis ke atas kertas dan anda boleh gunakan semula. Adalah lebih mudah jika anda gunakan kertas silikon sebagai penggalas.

Sesetengah ketuhar memerlukan suhu 180 darjah selsius untuk membakar biskut. Manakala kek pula pada suhu 195 hingga 200 darjah selsius. Jadi, ia bergantung pada jenis ketuhar dan berapa lama anda sudah menggunakannya. Bagi ketuhar berkipas dengan api atas dan bawah, anda perlu turunkan sebanyak 20 darjah selsius. Jika suhu dalam resipi adalah 180 selsius, ini bermakna anda perlu gunakan suhu 160 darjah selsius.

Untuk mencairkan sebarang jenis coklat, hiriskan kecil terlebih dulu. Letak di dalam mangkuk keluli atau tahan panas. Campurkan lemak sayuran. Kemudian letak mangkuk di dalam periuk berisi air mendidih perlahan. Kacau sebati. Teknik ini dinamakan double-boiler. Pastikan tiada air atau wap yang jatuh ke dalam coklat tadi kerana ia akan mengeras.

Bila salutan coklat sudah keras, bolehlah picitkan corak di atasnya dengan menggunakan aising royal. Jika anda membuatnya dengan sebiji putih telur, memadai dipukul dengan garpu sambil memasukkan gula tadi. Jika membuat banyak, gunakan pemutar elektrik pada tahap minimum. Tambah gula sehingga anda mendapat aising yang pekat dan mudah dipicitkan ke atas biskut.

Setelah aising hiasan keras, anda boleh letak di dalam mangkuk kertas dan simpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan anda melapik dengan kertas kalis minyak supaya corak kekal cantik dan tidak patah atau rosak. Cuba gunakan coklat warna hijau dengan aising kuning, contohnya, untuk mendapatkan kelainan. Semua terpulang pada kreativiti masing-masing.
Nota Kaki Chetam: Sila klik imej resepi untuk melihat versi yang lebih besar.

2 comments: